Monday, 29 April 2013

12 perkara tentang MAWAR 20

Mawar 20.
tempat bagi sepuluh anak gadis melayar kisah suka-duka selama hampir 9 bulan.
tempat suka dan duka sebagai anak gadis yang manja-manja duduk berdikari sendiri. menguruskan hal rumah dari A hingga Z sendiri. like what??! and yes! we all mampu okay. =)

Mawar 20 merujuk kepada lorong rumah kami. sesuai dengan namanya. kami( sepuluh anak dara yang agak biol, sewel and mentaliti tak berapa sihat ) ini menjadi penghuni rumah itu, macam-macam hal yang dah jadi. kenangan tuh bia aku simpan dulu dengan mereka. kalau punya peluang aku coretkan kay?

so, 12 perkara tentang MAWAR 20. panjang nie. so, selamat membaca yerr =)

1. MAKAN
dalam rumah nie terbahagi kepada dua kaum okay.yang gila makan and yang jarang makan. diet ke ape ntah. aku tak tau. 

gang gila makan: lee schaa, chik teh rahman, amanina adnan, poh cumil.
gang buleh tahan perut : izza, fara anisa, nora , maisa, ala dan nik tya.

haa.. nie merujuk pada perut lah. walaupun ada test ke ape ke.. final kan? orang lain tak mau gie makan sebab nak stdy. yelah bila gie makan tentu -tentu ambik masa kan? so muka wajib yang pergi carik makanan haa.. tak lain tak bukanlah. seperti yang di atas. 
cara makan kami pulak always bersama tau. maksud aku.. tak cukup sorang memang kami tak makan. untuk gang group B. diorang mesti berenam. dan group E mesti berempat. dan kalau tak sepuluh-sepuluh sekali. =) masa makan masa yang paling havc sekali. masing-masing berebut siaran. sweetnyer.. masa makan nie lah kami cerita kehidupan seharian kami kat kampus tau. contohnya, group B cerita sal kelas, siapa dorang jumpa.. lecturer camana dan macamtuh jugak untuk group E. lepas tuh, bising sebab masing-masing saling cari pasal. tak pernah nak aman. =)




2.  Penggemar U-tube
 haa.. nie memang tak leh larilah kan? aku tak rasa rumah sewa kitorang je. semua orang pun sama jugak kan. kenapa aku listkan sebagai perkara yang harus orang tahu? haaa! nie kerana..! jeng..jeng!

okay.. dia macam nie lah nak senang citer ye. dia ada genre tau
kalau sal u tube yang gila-gila, fun, sewel biol. : fara anisa, wanny chik jarang-jarang =)
kalau sal lagu nie : ika, ala, ama kot. hehe
kpop : chik, ama, mai,
kehidupan and nature nie : nora and yatilah kot. 
randoms: aku! 

so, bila sorang tuh layan u tube kan. lepas tuh mesti riuh mulut dia pergi kacau orang lain suruh bukak video tuh. dan dengan adanya speaker berkuasa tinggi mulalah kami semua jadi macam haram! riuh satu rumah kay.. kalau lucu gelak kuat gila! kalau dancing memang dancing habiss kau! kalau part movie.. haaa! berdramalah kau! =) kalau seminggu, seminggulah kami berdrama. tak paham aku. kadang-kadang skrip sama je pun. haishh! haha


3. Comel
haa.. jangan cakap we all poyo. bukan nak puji we all nie comel kay. comel maksud aku kat sini ialah.. kami sentiasa melakukan aktiviti bersama. kalau ada masa sesuai.. memang kami takkan berpecah lah. melainkan ada perkara yang memang tak leh elak. kalau nak balik kampung seluruh alam mawar 20 akan balik. =) kenangan naik bus sama-sama memang comel okay ;) pastu.. haa.. di antara perkara gila yang pernah kami buat ialah last minutes decide untuk pergi ke kemaman. masa tuh dah hampir kol 3 lebih nak dekat kol 4 petang dah. sewa kereta and bajet cam nak balik sebelum pukol 12 malam sebab takut pak cik kereta tidur. susah pulak kan?? ;). dek kerana gian sangat kan nak tengok movie. tapi dah la kami nak gie ke mesra mall pun main-main tau drive kereta. comel tau. bila bawak kereta aku.. and fara.. mulalah menggila. masing-masing nak tunjuk lagak. haha. subhanallah rindu! akan  tetapi boleh pulak melencong pergi ke rumah ika yang ambil masa nak dekat sejam lebih kot untuk sampai. bayang kan? sempat ke?? jawapannya memang tak sempat. tapi kami berkera jugak untuk balik malam tuh. tetapi..... disebabkan ada 'benda' yang berlaku. we all jadi takut tuk balik and decided untuk tak balik malam tuh. kiranya bermalam di rumah ika. yang chumelnya.. tidur satu bilik dalam bilik ika yang besar tuh.. esoknya? mandi and pakai pakaian yang sama. tak gosok gigi, xbawak ape-ape preparations pun untuk bermalam. bayangkanlah. pergi mesra mall macamana? hahaha! lawak oh! pastu, picnic, jogging and melepak sesama. comel rights? sebab apa aku kata comel. sebab ape yang kami buat sama-sama ada kenangan manis tersendiri tau. memang wajib akan ada ahh! =) 



4. Baju
 baju? haa.. baju nie.. aku nak cakapnya kami selalu tukar-tukar baju okay. mengada betol. hiiihiii.. nakal. tudung pun shared. and haaa! sebenarnya aku nak cakap we all ada cara tersendiri tau menyidai pakaian.  kami sidai pakaian dalam rumah! tingkat bawah. memang tak nampak ghuper rumah ok. macam doby pulak. dah tu berzaman pulak baru angkat. hehe. and yang lucunya.. baru-baru nie.. balik dari kuala pilah. bayangkanlah banyak ok pakaian sebab sepuluh-sepuluh orang basuh baju. memang penuhhh tingkat bawah. and nak di jadikan cerita puan Melissa (pihak kerawang iaitu hostel kat UiTM kami) datang melawat. kononnya datang melawat lah. terkejut beruk aku, ama, mai and nora time tuh. kuang ajar! masa kami takder kelas pulak puan datang. dengan pakaian bersidai. haa! tak tahan tuh bawak pulak junior sama. alahaiiii! memang malu lah kalau bertembung dengan mamat-mamat tuh kat kampus. dia pulak cam sinis je tau. argh! lantaklah dik.. akak dah part 6.. nak blaaah dah.. hehe.. 


5. Foyer. *tak sure ejaan betul tak
 foyer nie ruang tamu tingkat atas rumah kami. ruang yang menghubungkan 3 bilik. master bedroom (aku,ama, ika and fara), semi bed room (chik, yati and wani) satu lagi room (nora, mai dan ala). foyer nie lah tempat kami berkumpul! menggila! dan macam-macam lah.! tempat nie memang sinonim gila ngan ama. sebab ama selalu study kat foyer nie tau. kat nie lah aku layan movie ngan ika and ama dan jugak mai. haa! kat foyer nie lah ada konti DJ kak ton okay. ama yang jadik DJ. 

DJ kakton (ama): halo..halo.. siapa di talian.. kak ton di sini akan menunaikan permintaan lagu anda..
mulalahh ramai yang melayan kak ton siam nie okay. pemanggil wajib dio Ika and Wanny laa.. haha pun bercakap versi siam. macam-macam lagu diorang mintak . hindustan, tamil, siam, banglaa.. haaa semua yang mengarut mulalah kua. yang lain pulak jadik tukang ketawa.  ama.. ama.. bilalah nak matured? ;)

6. Tidur
kalau siang hari.. pantang takder kelas kami semua akan tidur. biasalah kan? semua macam tuh. pastu waktu malam mulalah melalak. kalau bilik aku lah. fara selalu tidur awal. kalau pukul 12 tuh dah mulalah dia slow. mengantuk. time tuh wat lawak pun dah tak jadik ape. so, dia akan tidur awal. pastu ika.. and barulah aku dan ama. bangun awalnya macam tuh jugak. fara yang awal. haa! pernah satu ketika. aku ngan ama tidur lewat gila lah. rasanya masa nak siapkan report ETR kot. lebih kurang kol 4 lebih gitew. ika tidur buas okay. so, kami kejut dia. kebetulan fara pun tidur cam kedudukan tu salah. so terpaksa jugak kejutkan. suh tid betul-betul. and guess what?? dia terus bangun tak tengok kiri kanan masuk toilet. aku ika and ama tengok jelah. tapi rupa-rupanya dia ambil air sembahyang. we all nie cam pelik. aku and ama just let go lah. mungkin fara lupa nak solat isyak kot. tapi ika pun cakap fara dah solat.. masing-masing duk sosek-sosek. and fara pun tanya "bakpo nie?? tak subuh lagi ko?" hahaha! kelakar gila beb time tuh! tuh belum lagi masuk part mengigau lam bahasa inggeris and mengigau makanan.. HAHAHA! roomiess lucu hokeyy =)

perangai kami yang bangun tidur
moody habis : ika, chik and nora
tak tengok orang kiri kanan and jalan berdetak detak: fara tapi lepas mandi terus okay =)
tak bercakap. mood slow: ama, mai, ala and yati  kot
mood okay kalau hilang mamai : wani 
mood yang terus bleh ketawa, bercakap: akuuu! 


7.Girls talked
haa.. bila berkumpul.. ramai-ramai.. kami memang takkan berahsia. masing-masing ada cerita sendiri okay. sorang cerita yang lain mesti dengar. family. kawan. pakwe. lecturers. and so on. memang akan cerita lah.  gaduh ngan pakwe pun satu rumah tahu. tengah bahagia pun satu rumah tahu. kena usha ngan orang.. satu rumah tahu.. berak sembelit, semuaaaa tahu.. haa.. 
macam-macam lah. =)

8. Belajar 
okay.. bagi aku semua dalam rumah tuh dalam kategori malas kecuali yati dan ika. orang lain ada jugak part main-main. tapi biasanya ika ngan yati nie tak lah. 

yang rajin gila : ika ngan yati.
rajin 80% : mai, chik,fara, nora
rajin 50% : wani, aku and ama

haa.. tengok sendirilah. tapi masing-masing tetap fun

9. Main-main
yang paling main-main tak tau nak series dah tentu AKU lah orangnya. sentiasa main-main. aku bila duk ngan sesaper je.. mesti carik gaduh. sebab aku mengacau. tak mulut aku kacau diorang.. kelakuan aku yang kacau. alih-alih diorang pulak yang carik pasal. biasanya mulut yang sentiasa bergaduh dengan aku ama, ika, dan wanny yang lain jarang laa. tapi dengan 3 nie, memang tak leh berjumpa! memang ada jer hal kami akan bertekak. hehe. saling-saling memangkah la. haa.. jangan ingat yati yang diam tuh tak bergaduh jugak ngan aku. bergaduh okay! siap main kejar-kejar lagi. yang lain?? lagiii lah. yang kedua main-main wanny! wanny nie pun kuat buat orang geram jugak. ada jer hal dia. tak aku dia lah.. tak dia akulah yang buat orang marah. then, lau macam perangai mengarut sikit mainannya.. fara, ika and chik kekadang ama. haa.. masuk mereka.. memang pecahla.. aku ngan wanny pun kalah. yati, nora, mai memang ayu lah. Ala?? haa.. diam ubi berisi tuh okay.. haha.. sayang u all! =)



10. Teman lelaki
aku: ama.. yati ada pakwe?
ama: ado.. arituh dioo kato ado.. F huruf dia.
aku: ehh?? yati pun ado?? wow!
ama: holaa.. adoo
aku: yati ado.. ika ado.. fara ngan wanny pun ado.. nora ado.. ala pun ado.. chik ado.. (time tuh masih ado lagi) so? aku, mu and esh la takdp?

we stared each other and KAH KAH KAH! lawak nyer ama! u bayangkan lah.. hanya aku 3 orang nie je yang takda. kalau ada scandal pun takpe. nie memang nak mesej pun tak tau nak mesej sapa. sebab tulah kami ber3 sentiasa bersama. nasiblah.. orang lain berebut nak cari port tuk bergayut. baik aku , maisa and ama layan Running Man tak pun Kpop.. 
bara mr.simple tenettenetnetnet tenenet.. =)

11. we are  family!!
kami family. first time jumpa mak ayah and kuage masing-masing memang lancar je mulut setiap orang panggil "aboh, papa, ayah, abah.." macam tu jugak kalau "ma, mama, mak" haa..  pastu.. memang seluruh kaum kerabat nie kenal okay. kalau ada abang.. mulalah berebut abang. contohnya, aku ada abang, ika ada, wani ada, and fara ada. bila abang masing-masing datang rumah sewa mulalah cakap "hubby i datang! abe mari.. aku kak ipar mu okay!" haishh! semuanya otak mereng. untunglah abang-abang kitorang. femes tak tentu fasal je. nak nak abang ika. (ben haniff) memang baik and sporting gila ahh! sebab pernah jumpa time kat kemaman arituh kan?. abang yang lain pun sama baiknya cuma malu nak jumpa depan-depan. ushaa jauh je. alahaii.. nakal u ollls! =)
salah satu gambar bersama mummy maisa. =) yang lain tak mampu
nak uplod kan =)

12. Kampus Life!!
haaa.. nie lawak! bila gang group B jumpa ngan Group E. wa cakap lu.. memang riuh la kampus. berlari nya! panggil ngan nickname yang diberi and terus peluk-peluk and cium-cium. macamlah kat rumah tak jumpa. HAHA.. lagi nakalnya.. kami ada lecturer sama. contohnya sir bani. kalau time lab gang B dapat kelas pagi and tengahari tuh kelas E. bila sir moody je. selalu we all 4 orang nie panggil sir "sir, budop kelas b kat bekeng. bakpe? " .. sir pulak "mana de bekeng.. saye cam biase je.. bla... blaa.." bila dia mengumpat ngan budak kelas b.. tentu we all tau.. samalah cam we all. sir bani pun pening. kadang-kadang cerita private life dia yang dia cerita kat group B tapi kami yang E pun tahu. alih-alih "  malas doh aku layang pok mung. kabo sini denung pung tau. pok mung nie.. bla..bla.." sekarang dah tak macam dulu.. kalu dulu ber saya awk lagi kan? sekarang terus pakai aku mung ngan gang kitorang! yang selalu kena aku lah. kalau ngan yang lain dia pulak yang sentiasa kena. nak-nak dengan chik. hehe =) alahaiii sir.. chumel je u.. thats why kami sayang sir BANIIII!!! =)

sir bani! in da house!
dek kerana kami ramai.. bila ada meeting ke ape ker yang perlukan batch part 6 nie berkumpul.. haa.. memang havoc la kami. suara mengalahkan petir. kadang tuh orang atau lecturer bagi briefing ke ape.. kami kat belakang memang tak layan. ketawa kat benda lain adalah. bergaduh ngan member baik kami lah.. cik amin, mirul, pizi,beduh, din, afiq, bobby ke.. haa.. memang riuh la. kami bukannya noob pun. perasan baik je.. mulut kalah speaker boxes! heee... so chumel! =)

 Last sekali, itu sahaja dari kami. Gadis Mawar 20. =)
lots of love,
nur hafifah hazizi

11 comments:

  1. allolo cumel jer..huhuhu...
    rinduuuuuuuuuu...huhuhuhu...
    teringat g kemamang keto lkat lam sluttt...hhahaha..memories never dies...:)

    ReplyDelete
  2. HAHAHA..
    thanks to you lah ala..
    buleh main mat nge ben haniff lamo lamo mlm tuh,,
    hahaha nakal weh..
    gan tau buleh masuk dlm selut, hehehe

    ReplyDelete
  3. yesss,akhirnyo tubik jgok entry psal geng2 mawar 20..huhuhu..BTW poh,layout hop baru ni jauh lebih cun dr hop sblum ni..napok lebih tersusun n menarik gitu..tp kalu buleh bendo hop gerok2 alik atah tuh poh tukar kaler lebih terang lg comel..wrno pink muda kurang myerlah..try tukar kaler meroh terang,,perrgghhh! #Justmyopinion =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAAHHA!! cmel je mae.. thanks for da suupportive komen.
      insyaAllah ye.. hehe..
      well, mmg sajo jah untuk mae poh wat entry nie okay. hihi

      Delete
    2. haha,wt utk mae deh?so sweet la poh ni..haha.tenkiu yea =D

      Delete
  4. hahaha
    biso ngattt set2 demo
    aku nak wt entry gop ar poh
    hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. zHAHAHA..
      buat lah.. nktau jgok hal puop demo ore jntn gano..
      hahaha

      Delete
  5. ehem ehem..
    nak buat correction sikit ye..
    suara mcm speaker box tu suara mu jah poh. aku dop. HAHAHAHA :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahha.. dah masa mano pulop aku oyak ado nyo??
      baco molek gak amanina.. haha
      aku tapa rebh kang!

      Delete
  6. rindu time makannnnnn..nok berebut speaker nge mu pohhhh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. holaa.. berebut sokmo nge mung1 haha

      Delete