Saturday, 6 April 2013

we are leaving! (T.T)


helo..
gila gigih aku  buat 2 entry lam satu hari. =)
harinie, 6 April 2013. bye dunia chendering! no more kampus mania.
dah takder kelam kabut buat  lab report! dah takder stress kena menghafal bio. dah takder lecturer nak buat gang. oh sir bani! me missed u lah sir! (T.T) dah takder mummy Lily yang selalu nasihat and care kan kami. madam! me missed u too. sir yem yang cool and macho serta madam Munirah yang sempoi! oh my.. dah takder dah suasana kampus. 

bukak je mata pagi tadi aku tengok sebelah kiri aku Fara Anisa. lena je tido peluk froggy!.. tengok sebelah kanan amanina pulak yang tengah lena berbungkus. lama jugak nak boleh  ke bangun. tetiba terdengar ika bangun kelam kabut. mak dah nak sampai katanya. alahaii.. jap lagi ika dah hilang. aku memerhatikan je lah. dah memang aku suka perhatikan orang bersiap kan? dari luar bilik terdengar suara mek chik ketawa. amboi! ketawa pulak? orang mood sedih dia ketawa. tak boleh jadi! aku terus pergi kat dia. "bengom! suka k gapo tahu gegey gegok! fish la mu nie" rupa-rupanya tengok video aku and ama. aku pun peluk and konon menangis dengan dia. haisshh! gila pulak. bangun pagi buat drama swasta ngan chik!




mak datang and ika left us. sebak! saat salam dengan ika. air mata nie tak tertahan. aku sayang ika. she was so lovely. selalu menasihatkan aku. walaupun aku selalu memerli dia. debok! anok gajoh. and macam-macamlah aku panggil dia. aku paling banyak buat pasal. tapi! kekadang dia pulak yang cari pasal. kami memang takleh baik lama tahu. last-last mesti berbalas-balas mulut. haha. tapi benda lucu lah. ada je benda yang dia tak pun aku nak cari pasal. tapi ika suka ceritakan tentang pakwe dia pada aku. social life and family dia. aku pulak dengar je. debok.. debok.. banyok pulok cerita mu op dengan aku? one of sweet memories aku dengan dia time study untuk paper CHM 361. dimana aku mengikut dia. jadi ekor  dia. selalu ngan ama je. kali nie ngan dia. kalau bangun pagi ika mesti masam-masam. takut pulak nak tegur. " ikaa.. buleh dop poh nok duduk dengan ikaa.. poh nak study ngan ika nie.." lembut gila okay. yelah! dah dia jenis bad mood pagi hari. takut jugak aku. " boleh la pohh.. marilah" ujar dia comel! =) sweet je spend 2 days dengan dia kat tingkat bawah. macam-macam cerita kua =) ika!! poh rindu!


lepas ika balik, nora pun balik jugak. noraa! aku sayang mu tau. walaupun mu annoying tapi tetap je comel okay. selalu dengar kesah mu ngan harun (a.k.a huzaimi) . cute je. aku jugaklah yang jadi pendengar cerita orang bercouple. haram jadah betol lah. dia tua satu tahun dari aku. bagi aku dah takde gap pun. aku laya dia cam aku layan kawan yang lain. menggila naik motor sesama. and macam-macam lah perkara bodoh aku ngan nora. =)


then fara ngan mek chik pun balik. fara! she was one of my roomie. gila doe! selalu je bergusti ngan aku. boring-boring angkat tangan kaki lawan gusti. yang membebel tak lain tak bukan ika lah. che nab nama samaran dia. sebab muka macam arnab. selalu cerita sal mama and papa lah, aiman nasir and kepala auta segala benda! huaaa! jahat okay! memang gang lah. 


mek chik she was like a sister. true sister. mintak tolong dengan dia memang mudah. sebab dia yang paling tua selepas kak ayu. so dia lah macam kakak bagi kami kat sini. cakap pun ada gaya mak nenek. tapi sekali ketawa and menggila. aku yang hiper nie pun tak terlayan ok! puii! aku rapat dengan chik. sangatlah. lau ader cerita cepat atau lambat mesti aku tahu jugak. rahsia macammana pun kami takleh nak sorok. masa peluk dia. aku memang mengongoi habis! lepas nie dah takder nak layan aku macam adik-adik lagi dah. chikk! i love you!


pastu wanny pulak bawak diri. mummy datang ambil lewat. so, aku ,ama, ala and mai decided nak tunggu dia. wanny seorang yang terencat. haha! takderlah dia matang tau. bila kita takder semangat. dialah orang yang selalu meniupkan semangat untuk kita. bila kita mengeluh atau mengadu takuttt. dia lah yang akan memberi nasihat yang tip top. tapi time dia sihat lah. mari cacat dia takder maknanyer semua tuh. orang cakap tak nak bergurau pun dia tak faham bahasa jugak. bagi side kick jugak baru tahu. suka sangat membuli aku. suka sangat gusti ngan aku. gang ngan si fara. dia pun samalah cam ika. takleh duk lama dengan aku. masing-masing akan cari modal and bertekak. mostly ngan wanny ni aku kena mengalah. yelah cacat kan? haha.. muah! sayang ding!


then Ala. so sweet! nampak pendiam tapi memang gila jugak. aku tak tahu macamana aku boleh berkawan and se gang dengan dia. sekelas dari part 1,2,3 tapi tak rapat. naik part 4 tercampak lam kelas yang sama terus jadi ngam! perahsia yang amat tapi rahsia orang nak korek. puih! matured je dia. sama ngan chik. selalu dengar aku, ama , mai mengadu itu ini. yelah, dah roomate ngan maisarah kan? terpaksa jugaklah dengar keluh kesah kami. hehe


maisarah pulak . she is the best buddy for me. seorang yang rational and optimis. selalu nasihat and main angin aku okay. selalu jadi stylist untuk aku ngan ama. " mai lawa x?" "mai, ok dah ke?" mai itu.. mai ini.. macam-macam mai lah. hehe. gedik kan? selalu bersama aku ngan ama ok! so sweet! mai ! me missed u lah. sekepala ngan ama. sangatlah. kalau ada jer modal ngan ama. memang aku nie kentut ke ape ke semua tak nampak ok. fishh la. 


yati. cam ner leh tertinggal yanti? hahaha the most silencer okay. gila study. bapak bijak doe! budak 4 rata ok. tapi ader je masa dia bersembang ngan aku. bergurau cuet-cuet kanan kiri. bila dengan dia aku tak kekok pon. manja-manja bagai.hehe. sayang yanti!


ama! she was the best of the all. aku tanak tulis panjang. sebab aku nak wat entry special untuk dia. she was my twins. she was the body and i was the tail. aku selalu jadi ekor. aku ngan dia tak boleh berpisah. selalu bertekak. ada je modal nak bergaduh and tak sependapat. tapi dia yang paling rapat and memahami. ama.. thanks BFF. me love ya.

friendship till jannah guys.! muahaha!

lots of love,
nur hafifah hazizi

10 comments:

  1. sedih may baco entry ni poh,wlaupon may dop knal geng2 poh =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. tu baru siket je mae.. sbb mood dah letih nak menaip.
      nanti poh nak taip pnjng2 sal budak-budak nie..
      mae tlong jaga ding baik2 ye. poh sayang ding. td dia nangis kuat gilo. sambung pulak ats kreto. =) ada rezki kita kmpl rama2 okeh? =)

      Delete
    2. nanti poh sambung la lg entri ni deh,may suko baco psal geng2 mawar 20 ni..mace2 peel ado etek =) insyaAllah may jgo ding as long as i can..nati ado la tu rzeki kito utk jupo rama2..

      Delete
    3. insyaallah poh sambung! poh nk cerito sorang2 kawan2 poh.. kawan terbaik dalam hidup poh. poh untung buleh jadi kawan mae sbagaimana mae untung dpt wanny okay =D

      Delete
    4. elehhh..i'm waiting for next story bout you guys! =D

      Delete
  2. uwaaaa!!! so tachim..i love n hate this entry..gonna miss mawar 20 so much..lps nie sunyilah hidup aku..no more your loud voice poh.. =(

    ReplyDelete
    Replies
    1. puii! bnyak2 benda mu rindu suara nyarig aku?
      choiii, tepom je la! aku buleh guna speaker box masjid!
      hehe.. aku rindu kat 'blusher' smula jadi u.. =)

      Delete
  3. huaaaaaaa..,sdih....rindu morang2 semuaaa,,...
    sayammmm kamooooooo....:(

    ReplyDelete
    Replies
    1. terharuuuunyerr! ala comment!
      alaaa! sayang alaa! kita tetap bersama okay?

      Delete
  4. beby,,, sory i baru terbaca entry nie,, n malam nie jugak la i curahkan segala air yang ada dalam mata nie,, seyesly seddddiiiiihhhh!!! ='((( sayang poh!!!

    ReplyDelete