Wednesday 29 May 2013

Bukit Keluang, Besut Terengganu one word that i can say is "awesome


Okaylah.. biasanya apabila orang cakap pasal Bukit Keluang nie. tentu yang terlintas kat kepala korang tentang pantai dia yang cantik gila tu kan? yes! memang no doubt. view dekat pantai keluang memang lawa! siyes wa cakap lu! okay! tapi aku nak cakap banda lain kali. iaitu, *dugudugudugu* sound effect kasi debaran siket. ngehngeh taaadaaaa! BUKIT KELUANG!

okaylah!so, aku ngan beberapa orang kawan aku nie main lepas mulut je sebenarnya.maksudnya kami rancang benda nie on the spot. main-main je ekcelikan? tapi kitorang yang belum naik lagi atas tuh macam ekcited giler nak naik! aku? lagilah.. aku memang suka hiking and climbing nie kan. chiewah! haha. so, kami pun berkumpul awal-awal pagi lagi okay! konon pukul 7 dah ada kat dataran kaki bukit tuh kan. tapi biasalah janji melayu. mana nak tepat kan? tu belum lagi aku ceritakan kisah aku pergi pungut kawan-kawan gegirl aku yang lain tu kan? hee.. lawak habis ah.

SEE.. SEMANGAT OKAY! PAGI-PAGI BUTA DAH NAK HIKING!
MUKA SEMBAB LAGI OKAY! 
NIE KES TAK LAIN LAH.
BERGADUH MESTI WAJIB! ERRHHH~!
TAPI MAINTAIN HAPPY!!
GAMBAR TETAP PENTING TAUU!~

so, untuk korang yang tak pernah naik lagi and tak pernah merasa and nak merasa naik ke atas puncak Bukit Keluang tuh.. korang boleh je pergi sendiri. tak perlu upah guide pun. tapi! haruslah ada seseorang yang dah biasa naik Bukit tu. karang sesat aku tak jamin! jangan cakap aku tak pesan pulak. kan tak pepasal polis datang carik aku lau korang sesat kan? ishk! tak patut! tak patut!

DEK KERANA AKU MACAM KALUT DARI RUMAH
SO, AKU BERGEGAS PAKAI SELIPAR JEPUN JE.
KPOP OKAY STOKING! NIE PUN NASIB ADA =)
CIKUGU PJ, GURU BESAR AND PK.HEM SIBUK MERANCANG XTVT =)
SO CHUMEL
WA, HILMI, MAMAT IZYAN AND GJOE
TAKDE LAM GAMBOR AKU, MENA AND IMAN =)

JUM MULA! TENGOK HUTAN YANG
KAMI MASUK GILA KAU!

HAPPY TIME WITH AWESOME
 BOYFIES AND GIRLFIES

so, mana tempat kita mula tuh? ok! biasanya sebelum sampai pantai Bukit Keluang nie dia ada cabang tiga tau. sebelah ke kanan and sebelah ke kiri. so, kalau nak gie pantai memang korang akan nampaklah pantai berada di sebelah kiri penumpang. dah nampak dengan mata kepala kau dah. tak perlu poyo  nak pening konon sesat ok. and untuk yang sebelah kanan penumpang nie lah jalan untuk nak start ke kaki Bukit Keluang nie. jalan dia sunyi wa cakap lu. aku drive pagi tadi macam. "err?? memang series budak nie nak naik? OMG" cuak jugak la. sebab memang sunyi kot jalan tuh. so, lebih kurang 500m korang akan sampai ke satu kawasan yang luas gila and ada satu macam toilet lama gitu. so, kat situlah kami park kereta kami. oh ye! kawasan agak sunyi pagi hari.. so, aku galakkan korang datang banyak kereta. and berlainan gender okay.jangan nak tunjuk hero gegirls nak pegi sendirik. lelaki harus ada! a must! 


FIRT PIT STOP. VIEM LAWA KAN?
KENAPA DENGAN TUDUNG I??! ERHHH!~
TADI GADUH KAN? SEKANG DAH DAMAI. SIAP CERITA SAL PERSONAL LAGI.
P/S : MIA! GJOE CAKAP "I LOVE U" ATAS PUNCAK BUKIT KELUANG.
SO SWEET!! HEHE. MUCH ENVY!
IZYAN AND WAWA. =)

NIE DAH SAMPAI TOP PEAK DIA. MACAM NEWZELAND AN??
TENGOK! TERBONGKANG AKU. NASIB ADA PK HEM TOLONG
BACKUP AKU DARI BELAKANG. HAHA 
ekceli,, aku tak tau kenapa dengan muka aku. buruk amat! haha

macam duk cameron. duk atas nie series sejuk. sumpah!

kepoyoan!

kami naik agak lewat jugak sebab menunggu kawan aku datang. lebih kurang pukul 7 setengah pagi. barulah we all naik guna jalan hutan! sejibik cam mendaki Gunung Tebu. haa.. kat Bukit Besar Terengganu ape kes kan? jalan pakai Tar. kat belakang tuh.. cinonet je jalan hutan. tu pun tak thrill sangatlah. tapi jalan untuk mendaki bukit nie memang! memang! korang di nasihatkan makan dulu sebelum naik. tak yah poyo konon diet lah pagi tuh. tanak makan kan? sebab korang series! perlukan makanan. u need energy to reach at the peak of the Keluang Hills. denai ? denai kah? tak tau aoe orang panggil tapi dah adalah trek yang orang buat. sape buat? haa.. jangan tanya.  gua tak tau! hehe. so, agak menakutkan lah. sebab yelah kawasan sunyi! hutan boleh tahan tebal! kami just berlapan orang. dalam hati tak habis-habis baca ayat suci. yelah.. tempat macam tuh kan? korang kena beringat jugak tau. =)

tengok trek dia! 
we are here!!!
best bro and cute sista behind me! mena!
so, bagi budak-budak MRSM Kota Putra nie mesti dah pernah naik kan? sebab kawan baik aku nie Izyan Farhana nie.. cakap dia dah naik dah. siap ingat lagi jalan okay! kagum! kecik tapi bersemangat waja. tahniah Yan. mu memang hebat! hehe. so, berpandukan Izyan and Hilmi *mereka dah pernah naik* sampailah kami ke puncak Bukit Keluang tuh. tapi.. jalan dia.. fuhhhH! memang 45 darjah ah! non-stop! aku, hanya makan maggi petang semalam memang pancit habis. tak pernah aku naik bukit sampai rasa nak muntah. segala isi perut aku nie menari-nari clubbing untuk keluar. kepala? pening gila kot. lau ikotkan hati.. tanak dah aku gagahkan diri nak naik lagi sampai puncak. series aku cakap. lam masa 20 minit mendaki bukit tu.. aku rasa dunia aku macam gelap tau. kaki nak melangkah untuk memanjat trek-trek yang tersedia memang susah gila. nak mati mak! kata yan " mesti tak makan nie sebab tuh mu kenaling nie poh" . alhamdulillah.. dengan semangat keng kawan aku. aku berjaya jugak sampai. sampai-sampai je terus aku baring pejam mata. sampai hilmi cakap " naik bukit mari untuk tido jah. ada ke orang mari buat cam tuh poh?" . aku yang rasa mual and loya gila tak mampu nak membalas kata-kata hilmi. " kan aku muntah kecoh pulak korang kan" desis hati aku.

pondok besar gedabak di puncak.
korang boleh makan nasik kat sini =)
tengok! tengoK!
view dia series lawa!
GIRLS IN ACTION!
NIE LA TOP VIEW PUNCAK TU. LAWA KAN?? =)
so, bila dah sampai tuh. first time aku tengok. wow! Amazing. Subhanallah! view yang terlampau indah. macam duduk overses. korang buleh nampak seluruh tanah melayu kita nie. seluruh pulau yang berdekatan nie. pagi tadi agak berkabus sedikit. so, mata aku yang rabun nie tak mampu nak melihat view dari jauh. hehe. aku and gang berhenti 2 perhentian. first tuh dah puncak tapi tak tertinggi lah lagi. bila aku tengok sebelah bukit sana masih lagi ada trek aku terus tanya hilmie ngan Izyan " ehh, yang nie tak puncak lagi ke? kat sana tuh trek untuk ape? macamana nak pergi sana?" terus kawan aku yang lain gelak. konon poyo lah.. nak naik lagi tinggi tapi yang tak berapa tinggi pun dah pancit. mamat pun balas " gila mekpoh, nak naik yang nie pun pancit. duduk sini jelah. xyah lah naik!" konon kan? saja petik nama aku padahal dia pun sama tak larat! dah berborak,bergambar sakan kat atas tuh.. tiba-tiba hujan turun. ape lagi.. memang mati-matilah nak turun. hilmi pun bawak kitorang nie cari tempat berteduh. kononnya kita turun. aku ngan najwa yang pancit tadi terus segar and hyper taw. mulut riuh kembali. nak-nak si gjoe duk belakang sama dengan aku and mena. memang riuh lah kat belakang dengan suara kitorang. nampak rumah-rumah kat bawah yang macam semut lah.. hampir keseluruhan besut jugak kot. yeke? ntah.. tapi korang nampak la.. rumah-rumah yang berkelompok kecil. " wei! rumah aku lah! maaa!! wat gapo jemur kain tuh??!!" laung gjoe tak pepasal. gila pun ada. haha. kelakar pun sama.

I JUST LOVE MY POST IN THIS PIC.
KEMBALI KE KAKI  BUKIT!
perjalanan mula-mula landai and alih alih dah macam mendaki pulak. eh?? nie nak naik bukit yang tinggi lagi satu ke? okayy! hilmie tipu!! rupa-rupanya dia bawaknya aku and gang ke bukit tertinggi sekali. lagi sekali aku pancit! tak sempat jumpa pondok terus terduduk kat trek yang tersedia tuh. ampun!! mommy! tak larat!! =( haha. banyak masalah aku pagi nie. sebelum panjat bukit tadi.. tiba-tiba perut aku meragam nak buang air besar. kecoh kejap cari toilet. nak buat macamana dah tuntutan semula jadi aku!? hishh! haha. dengan pancitnya, dengan tetiba tudung aku buat hal. so funny!  so, alhamdulillah.. kami berjaya mendaki Puncak Bukit Keluang! takderlah tinggi sangat tapi cukup untuk puaskan hati kita. =) and All went well. =) 
TERIMALAH GWIYOMI DARI MEREKA,
ALOLORRR OMEYY NGAT!

THANKS FOR ALL THE GUIDANCE! =)

P/S: Umo 21 tahun baru tahu keindahan Bukit Keluang. padahal rumah tak sampai sepuluh minit. hehe. korang bila lagi?? try lah! =) babes.. terima kasih beri peluang aku kenal dunia sekeliling. hehe. terima kasih sebab sabar melayan kerenah aku dari pagi tadi. banyak je ragam aku. sayang korang!

lots of love,
nur hafifah hazizi

Monday 27 May 2013

HAPPY BELATED BIRTHDAY AZIEZUL HAQIEM ZAKARIA (26 May)

happy birthday to you..
happy birhtday.. happy birthday..
happy birthday to youuuu!~!



okayy.. dear bestie. selamat hari jadi joe. actually, aku dah nak tulis entry sal mu time malam kejadian mu di beranakkan kali ke 21 sebenarnya. tapi.. tak mampu pulak. sebab letih okay.. yela.. gie kenduri kat rumah 'sahabat' aku kan.. HAHAHA! so.. joe.. pliss.. bace dengan mood yang jiwang okay!?


Joe, tahniah.. hang dah besakk daa. aku ucapkan semoga mu bahagia sentiasa, sihat sentiasa, maintain smart and yes.. kepoyoan mu tuh harus! kunci kitorang untuk ketawa okay! sekalung jutaan kekesalan aku ucapkan. kerana tak mampu untuk menyambut hari jadi mu seperti tahun-tahun yang lepas. bagi aku and gang.. we all memang sangat-sangat nak celebrate. tapi tulah. dek ramai yang tak da.. benda nie macam tak happening tau. takpelah. nanti ye. and yes.. hadiah? tetap ada.. nanti eh.. tunggu je dulu.. aku belum mampu lagi untuk bershoping. nanti i delivery lagi eh?..

thanks joe, di atas unpredictable friendship yang terbina nie. aku pun lau pikir-pikir tak faham macamana aku ngan kau leh kamceng tahap dewa. okaylah. takpelah. mu yang nak sangat kan berkaan ngan aku kan? usha-usha aku kan time form 3. then form 4 pergi kem kat pahang sekali barulah terhegeh-hegeh tegur aku. kamcing ngan aku and sekumpulan ngan aku kan? haa.. pastu baru officially baik. tapi.. takde lah nak cakap kamcing cam sekarang kan? hurm... macamane nak explain erk?? haha! takpe joe.! bialah tu menjadi rahsia kita erk!? haha.

terima kasih joe. atas keprihatinan mu menjaga kebajikan aku and kengkawan selama berkawan.. hahaha. kebajikan kah? yela.. selama hampir 3 tahun kita menuntut ilmu di bumi Chendering. mu lah yang tak henti-henti menolong aku dan kawan-kawan aku yang lain kan? yelah.. sampaikan bunyi tikus kat dapur yang disangkakan pencuri pun.. dah nak menangis masing-masing nak suruh telefon mu. bukan cik azmi okay! u!! haha. macam lawak pun ada time tuh. keke. buat prank hari jadi kawan aku pun (ika) konon tayar kereta pecah dia dah kalut mintak aku telefon gjoe. aku nie nak tergelak pun ada. ada ke suh aku panggil mu?? macam lah mu tauke 'silvers stone' punya tayar kan? haha. takpelah.. nampak tak? kau hero kami di mawar 20. ececeh! haa!


Antara jasa mu kat bumi chendering
1. hidupkan moto aku secara manual. walaupun bukan mu yang hidupkan tapi kawan mu kan? ape nama dia? Danial budak OM tu kan? shitt ah! mu tahu mengepek je. dah aku pompuan. mana larat nak startkan moto ego kot! puih! haha. tapi thanks. sebab dari JPK even takde kelas pagi tuh.. mu mari jugak tolong aku and amanina. sayang u joe! haha

2. kasi pinjamkan aku laptop time-time darurat kan? seingat aku dah 3 kali kan? first time masa lepas minggu orientasi kita kan. pastu time aku nak guna kat library wat report. then time laptop aku rosak kat rumah sewa aku tuh. ye tak? haa.. lebih kurang la. thanks joe. i owed u a lot kan?

3. haa.. time aku tengok carrymarks physc aku. tetiba je mu muncul. then aku tetiba nak nangis dek sebab carry mark aku rendah gila. and thanks to you! memang aku ingat sampai mati ahh. konon consult konon. tapi makin menge'down'kan aku ade ah. cis kau! haah

4. datang dengan harzim kat rumah sewa kitorang. tolong kereta member aku yang tiba-tiba berasap tuh kan. padahal air kereta kering. chiewahh.. nasiblah ada abe joe nge abe ajim datang membantu! haha.. cute je uolss.. habuan dia? dapat buah kan? and rendang hasil tangan aku masak. hahaha!ekceli member aku yang masak. aku tolong balikkan ayam je. hehe

5. and tak lupa! ingat tak mu bagi aku pinjamkan duit RM10 nak pergi pasar malam. dek kerana ATM tak menjadi time tuh. aku pun terus mintak duit mu. and janji nak bayarkan? tapi aku rasa tak tau lah aku bayar atau tak. rasa macam belum. hahah. mintak halal ehh? dek keran 10 ya tulah aku buleh isi perut aku malam tuh. masehhh .. HALALkan eh? haha. nak bayar sekarang aku takder duit lagi. lam bank ada RM20 jah. muahahaha. 

6. and..yela.. segala ape jenis pertolongan mu secara langsung dan tak langsung.  thanks bro.

thanks sebab selalu berada di belakang aku and najwa selama di
Bumi Chendering
bagi aku, walaupun mu memang annoying and agak menyakitkan hati. tak pernah nak berlembut ngan aku nie kan. kalau aku nie semua tak kenalah. beli nasik petang-petang pun kena marah. haha. macam-macam. tapi bila ingatkan sekarang lucu sangat-sangat lah. aku bangga dengan pencapaian mung . series! u must be born to be a leader. a great, great leader kan? haha. tahniah! kekalkan kemajuan mu. nanti degree ko sapu bersih eh? haha

gang kuat atau orang kuat intake June 2009. haha. tahniah bro. atas
kejayaan masing-masing. gjoe selalu suh aku puji kerja korang
suruh aku bangga lah . and memang tak perlu suruh pun
tapi memang aku bangga gila dah okayy!?

terima kasih joe. sebab menjadi abang kepada aku. membela aku. thanks. semoga terus berjaya. oh ye.. semoga mu dengan cinta hati mu makin bahagia okay? jaga mia elok-elok. kuatkan semangat. jangan mudah melatah. jangan bekeng ngat ngan mia. lau bekeng mu macam bekeng ngan aku. memang larilah budak tuh tau. hehe. just be happy. okay? well behave dengan dia okay?? ingat, jauh lagi perjalanan korang. this is just a beginner okay. learn from the mistakes. ahaha. pandai lak i bagi ceramah free kan.?? well, aku kan hot setahh! hahaha! =)

cinta hati dia! yang tudung kuning nie. lawa kan?

mia, 
kakpoh sayang mia *juga seorang blogger. haa.. KLIK SINI* ngan gjoe. jaga gjoe baik-baik okay. dia memang buruk perangai. takder yang baik pun dekat dia mia. terencat pun dia. tapi kak poh percaya.. ngan mia je dia tunjuk segala kesweetan dia tuh kan. so be happy uolls. oh ye! tahniah ye atas kejayaan masuk Matrik kat johor Tangkak eh? hehe.. elajar elok-elok. lawan pointer si gjoe. buat jadi pembakar semangat okay? jaga Baby Bear kak poh bagi elok-elok tuh.. hehe. Thanks sebab memahami keadaan gjoe and kak poh selama nie. thanks for being so understanding. MIA memang COOL! semoga ada peluang untul lepak lagi ye comel? =)

last sekali, thanks untuk persahabatan nie. more years to come. hope, persahabatan kita tak berhenti di sini. semoga makin akrab, makin banyak benda bodoh, cerdik tak berapa nak betul kita dapat buat bersama . doakan kejayaan masing-masing ok? nanti kahwin dah janji kan? masing-masing nak jadi pengapit masing-masing kan? aku pun tak faham macamana tuh. haha. arghh! caralah! aku tak mo pikiaq. jauh lagi. mu ngan mia dulu lah ye. haha.  and  joe..

p/s: aku doakan kau sambung degree kat Segamat Johor. nahh.. ambik kau dekat ngan mia. pegi guide mia pulak. haa.. MIA!! jaga-jaga. pok guard gjoe memang amanah gila tau. haha! and bila dah tak sekampus dengan hang!! haa... senang siket aku nak berparti liar time kat degree nanti bila dah tak sekampus ngan mu. nak try lah jugak jadi minah bandar kan? nie tak! bila tau je aku kua malam even kua gie mydin je pun! sibuk call suruh balik! menyampah gila tau! tapi.. aku kena admit lah. aku terharu ngan keprihatinan mu. =) thanks. so sweet! yelah.. hot blogger mixed korean faces kan? boooowekkr! koya gila mu joe! hahaha. thanks for eberiee things. =) i gonna missed everything at bumi chendering joe. =( nanti aku gie kampus besar.. dah takda orang lah nak jaga aku macamana kau jaga aku kan? =(

sweet 21 okay!!!

lots of menyampah,
nur hafifah hazizi


Tuesday 21 May 2013

Life updated: akulah suami akulah isteri.

Hello, dah lama gila tak menulis panjang-panjang. makin malas lak untuk menulis. benda nk bercerita sentiasa ada. tentang tersepak batu. adam berak sembelit pun semua aku nak ceritakan kat sini. muhahaha. tapi hanya mampu untuk tweet je. senang kan?




semenjak 2 bulan aku dengan rasminya telah menamatkan diploma aku dengan bangganya aku masih lagi memegang title  PEMAKAN ANGGUR (penganggur). kadang-kadang aku tergelak sakan bila tau ada kawan aku jadi kerani lah.. jadik cashier la kat mall di KL, ada yang duk kawan ngan orang keling lah, ada yang buat kerja rumah batu, menjahit , waiter/waitress lah.. and macam-macam bidang pekerjaan lah yang kadang-kadang aku pun tak tau ape jenis pekerjaan yang mereka tengah lalui sekarang. dulu, sebelum diploma habis akulah yang selalu riuh dengan budak-budak nie.. 

AKU NAK KERJA! AKU NAK KERJA! AKU  NAK KERJA!! 

kenapa nak berkerja sangat?
 sebab selepas habis diploma nie kononnya aku nak simpan duit untuk beli phones. pastu aku ngan gang zaman sekolah rendah berjanji bulan 6 nie tak pun lepas raya.. we alls yang girls nak gie SINGAPORE.. hello time tuh semester break part 5. memang berkobar gila ahh nak join trip tu bila aku contact je ngan gegirls aku nie mesti dorang tanya " dah simpan duit?? dah cukup duit tak?"
tapi sekarang.. aku macam malas lak nak cari kerja. sebab ape tau.. aku dah macam  takde motif dah nak cari duit. sebab kawan aku cakap mungkin hujung tahun pulak kot. aku pulak belom tentu ada lagi tak. kot kot lah dapat sambung deg jauh dari orang kan? argh! lantaklah. dapat kerja pun takpe. takde pun takpe.

dalam tempoh 2 bulan nie. dah macam-macam tempat aku pergi untuk carik kerja. salesgirl kat market la. mintak kerja?! bukan main malu ok. mesti aku pergi heret si AMA temankan aku. dia yang tolong tanya kot kot ada jawatan  kosong lah. apelah. mostly, sales girl gaji agak lumayan jugak . kan kerajaan dah suruh naikkan gaji kan? =) tapi malangnya. waktu kerja dia memang gila lah start kol 10 pagi hbis 10 mlam 2 jam rehat. ? eee! tak nak lah aku! nanti aku takda masa ngan adam. tak da masa ngan kengkawan aku. yelah,. dah penat kan? balik terus tidur lah. 

last few weeks, ibu sedara aku call. dia seorang cikgu. ajar budak Tuisyen.  dia cakap nak jadi cikgu tuisyen tak? standard PMR je. aku pun macam sangatlah interested ok! setakat PMR boleh lah kot. bila tanya subjek ape? Geografi. i was like?? err.. err.. lau sejarah tak pun math boleh lah jugak. sebab yelah benda leh kaji. aku nie dah la lupa macamana nak tengok peta, lajur baris bagai tuh kan. try jugak wat homework tengok balik buku PMR tuh. tapi! mat oii.. aku tak  beranilah nak ajar benda yang aku tak pasti. so, aku cakap tanak. humphh... 

so??sekarang dengan gembiranya aku katakan yang hidup aku sekarang nie tak ubah cam
Suami Isteri

kenapa kau jadi suami wei?? buat operation jantina ke ape?
hoii! celupar kan mulut hang! haha. aku sekarang menjadi suami dalam rumah aku nie. dek kerana akulah yang paling tua dan dah besar. mostly, perkara internal and external rumah memang ma akan rujuk aku. 

" poh, tolong bayar bil api,air, kereta, telefon, astro, bla,,bla,,"
"poh, minyak, kicap, senduk , sudu, ayam xdop.. tolong belikan.."
" poh, adik tadi mitok ma belikan seluar trek.. tolong gie beli.."
" poh, ubat darah tinggi, kecing manis, kecing tawar, bla.. bla.. habis. gie beli ye?"
" poh itu.. poh ini..."

bila aje aku kua rumah, aku mesti ditemani oleh ma. mana aje aku pergi mesti pergi heret dia. even, nak kua kan duit ATM dia pun.. aku yang kena keluarkan. aku makin beramah mesra ngan bank-bank, tempat pembayaran bil, di mana aku tak rasa orang muda seusia aku dah kena handle, beratur ambik nombor untuk bayar segala benda nie. #sigh. nak buat macamana kan?? aku yang paling besar. tapi aku enjoys! bagi aku. semua benda nie mematang kan aku. =)

baru-baru nie, sekali lagi aku menjadi seorang suami. abang aku asyik telefon dan mesej  aku.
 " tolong gie tukar minyak hitam kereta, gie servis. patutnya awal tahun lagi kena tukar minyak hitam tuh. tolong gie tukar tayar kereta depan belah pemandu. botok dah tayar tuh. dah nampak bunga dah. bawa kereta mesti dalam kadar perlahan yang amat. pastu alignmentkan sekali tayar tuh!" tiap kali call tiap kali tulah dia duk ulang. dan last few days. aku dah settled down semua job list yang dia buat untuk aku.

mula-mula. serviskan kereta. tukar minyak hitam, check aircond , enjin and ape yang patut kat satu kedai cina. nasiblah my mom ngan adam pergi jugak so, senang siket tugas aku. haahahaha. aku kust suh ma jelah yang cakapkan. so, yes.. my myvi dah selamat di operatekan. selama satu jam menunggu. aku terdetik, ya allah.. dah  besar rupanya aku. banyak benda dah yang aku terlepas pandang selama nie aku dah tau. brader servis  kereta punyalah baik ok. duk tulung bagi nasihat macam-macam sal kereta nie. aku nie? hanya angguk and geleng-geleng je lah. tak pun pura-pura mendengar walaupun aku tak berapa paham term..term kereta and ape benda yang disebutnya tuh pun aku tak tau. braderr! thanks untuk nasihat lu,. gua appreciated gila. lepas jer servis kereta, ma pun ajak pergi kedai tayar. aku layan kanlah. lagipun kedai tayar nie kedai kakak angkat aku. so, takder hallah tunggu alignment siap, tayar ditukarkan. sementara menunggu. aku berbual ngan kakak angkat aku. lepak ngan ma and adam sekali ok. lawak pun ada time tuh.keesokannya, abang aku ada call malam sebelumnya yang dia cakap kereta kami ada appoiment ngan pihak perodua. ala.. sal kereta myvi yang dipanggil balik nak tukar gear stereng ape ntah. ambil masa selama tiga jam. dek kerana kasihankan si adam untuk menunggu selama 3 jam lamanya. aku bertekad untuk pergi sendirian. kauuu! takut and jakun ok. masuk tuh macam nak nangis. nak rujuk sape nie? nasiblah diorang semua friendly layan customer. so, selama aku menunggu 3 jam. aku rasa aku terbongkang tak sedarkan diri. tau-tau je kakak perodua kejutkan aku. bukak je mata. mat aii! ramai jugak orang. alahaiii! malunya makngahhh! haha. so, selesai..!

lastly, hari nie.. aku dah berjaya nak mandikan myvi. dah lama pasang niat. lepas sehari, sehari. dek kerana takut sebab pekerja nya lelaki. aku selaki lagi angkut mak aku sekali gie car wash. rupa-rupanya kawan aku punya tempat kerja lah. Izzat (5pd) . rancak doe bercakap ngan dia. len  kali.. aku dah tak segan lah nak pegi basuh kereta. sebab kawan aku ada kan/ heee.. so, macam tu lah.. pengalaman aku. yang memang gila besar nak di bandingkan ngan gadis awal 20-an yang lain. dah gaya bapak orang kan?

nie pulak gaya mommy.. adam makin hari makin manja ngan aku mana aje aku pergi memang series nak ikut. kalau tak nak bawak dia.. aku memang kena lari-lari secara diam. tak boleh kasi dia nampak. lauuu tak.. mahunya mak aku call telifon mintak suruh balik. sampaikan ma aku selalu rungsing bila dengar aku nak kua jumpa kawan ke ape. datang umah.. terus masuk bilik aku. isap susu sambil baring lam pelukan aku atas katil. kadang tuh ajak aku bergusti korek mata hidung pun ada. perasaan yang sangatlah bahagia. series wa cakaplu. walaupun kekadang dia sombong tanak kawan aku, sebab adik aku ada kan? bila aku lesap kejap je.. mulalah menangis, kalut tak tentu fasal carik aku. aku rasa dia anggap aku macam mommy dia lah. sebab kadang-kadang kan mulut dia pernah tersasul panggil aku dengan panggilan mommy. pergi market duk lam troli mesti tunjuk barang yang dia nak sambil cakap " mommy,, adam nak.. mmommyy.. nak!' kadang-kadang tengok kiri kanan . malu. mesti cakap aku nie gatai menikah awal kan? tapi lucu pun ada. mesti diorang jeles ngan aku. dapat hubby hemsem. yelah.. dah adam comel gila kan? hahaha! tak aku genetik suami lah. muhahaha!! gila doe berangan.

so, kesimpulannya. itulah rutin harian aku, jadi seorang anak, kakak, ibu dan macam-macamlah. haa! jugak jadi driver my mommy! haha. takpelah. asal happy kan? korang?

XOXO,
nur hafifah hazizi

Friday 17 May 2013

Follow me!


kat sinilah aku mencoretkan segala rasa. aku menjadi orang paling manja. jadi orang paling bodoh. orang paling marah. orang paling mengarut. kat sini. the true color of min. mengharapkan orang lain faham perasaan aku. kadang-kadang aku susah di jangka. tetapi, di sini.. aku jujur. aku akan cakap apa yang aku rasa. disini. dan mungkin termasuk kisah anda jugak di sini. FB.. selamat tinggal. dunia FB hanyalah sementara. twitter.. ya.. aku datang..!

FOLLOW ME. 

#mostly, apa yang tak terluah di blog and facebook, segala kepahitan and kegembiraan aku. aku coretkan di sini
# crush, family, friendship
# hope, dream, reality
# my daily routines. even nak masuk toilet pun aku cakap! =)

p/s: aku rasa jarang untuk update hidup aku kat sini.  blog nie lebih kepada bercerita tentang sesuatu. its kindda limited things to share. =) so, twitter.. #sigh.. like seriesly....

kan senang kalau ape yang aku coret dan kamu leh tahu kan? so,
 we both pun behave sesama sendiri  kan?
=(

XOXO,
nur hafifah hazizi

Tuesday 14 May 2013

baca dan fikir. la tahzan kerana cinta. ececei =)

bagi mereka yang bersedih kerana cinta. aku sekadar ingin berkongsi nasihat kawan baik aku satu masa dulu terhadap aku. lebih kurang camnie lah. so, baca and tangkaplah maksud di sebalik cerita aku ngan mereka. =) sesuatu yang tak pernah aku tahu dan mungkin tak pernah jelas. perbualan aku ngan sahabat baik aku, Iman Nazleen di twitter satu masa dahulu. serta mesage kami. begitu jugak perbualan dengan maisarah dan afiq. berbicara tentang doa, Jodoh dan Lelaki. auuuw! cam rancangan primadona je aku nie. HAHAHA.. zaazzzsss! layan!!

IMAN
  
iman : auuu! waddap u!
aku: Imannnn! missing u! pe cer?? sunyi je. tali pinggang gapo doh . lamo tapo .
iman: ada. busy ngan kije aku. maktab itu.. ini.. lah. *aku lupa ape yang dia cakap.
aku: yelaaa.. mu memang! takpe! asal jgn lost cntact! hoi!! mu ngn crushhh pe cer?!!
iman: oh namnam! malu doe!! macam biase! ;)
aku: alaaa! sharelah.. share lah... 
iman: pung prang.. pung prang.... bercerita sakan.
aku: waaa.. babe! i'm so envy of u larh.. nak macam muuu
iman: aku takder lah contact sangat ngan dia. sumpah poh. tapi aku selalu berdoa dengan Allah. dekatkan kami
aku: HAHA.. wahh! sweetnyer u.. iman. doa tuk dpt kapel ke? funny lah okay.
iman : no larhh.. aku berdoa supaya Allah dekatkan dia dengan aku. sekurang-kurangnya dia yang betul untuk aku poh. alhamdulillah. setakat nie, ape yang aku inginkan.. aku dapat. in a proper ways.
aku: man.. segan lah nak mengadu dengan Allah. tak tau nak mintak macamana. 
iman: mintak lah semoga mu ngan crush mu sentiasa dekat. mintak di tetapkan hatinya untuk mengingati mu. bukan memperlekehkan mu. memainkan mu. at least, andai crushh mu bukan untuk mu.. mu berpisah dengan hati yang tenang. sebab Dia tahu perasaan mu.
aku: betol kan man? xpe.. nanti aku nak buat macam mu. sweet je dengar crita mu. berkenalan .cute. semua berkat doa kan.? 
iman: alhamdulillah poh.. manusia hatinya xkonsisten. perhaps, they will changes.
aku: thats true. and to remains still, its hard for us to find the one. =(
iman: nolah! u ada crush ke?
aku: hahaha.. jengggG~! noooo! i tak macam u. punya crushh yang sweett cenggitu kan..
iman: eleh.. sweet lah sangat kan. cakaplah yang!.
aku: just one word babes, IMPOSSIBLE and mu tau kan man yang aku kan tak shuukerr impossible things. =(
iman: yang mustahillah ubatnya DOA poh. kalau betul ikhlas. berdoalah. takperlu meluahkan pada sesiapa tapi si Dia. Dia akan tahu...dan kalau betol and kena dengan doa yang mu mintak. insyaAllah.. dia dekatkan mu dengan ur crush okay. kalau bukan. dia akan jauhkan. keep prayings =)
aku: babe! forever 21 okayh! lambattt lagi okay
iman: xsalah kan? babe.. this is our time. start slowly.. jangan terlambat. tak perlu luahkan. mintak dengan Allah. Dia tahu jalannya. Dia akan bantu kau dekat dengan dia. yang penting DOA babe. Doa kunci kita. =)



********

MAISARAH

mai: poh.. tengok nie.. (menunjukkan phone nya) aku time tuh ngah sibuk ber u-tubing. ngah acuh tak acuh aku pandang. 

" jangan melewatkan solat , sekiranya anda melewatkan solat ,ibarat anda melewatkan jodoh anda"

serentak tuh aku bangun pergi sembahyang isyak. HAHA. see? gatal nak kahwin awal kan?

mai: ama, sekiranya kita ingat seseorang tuh, insyaallah orang tuh pun akan ingat kita. =)
aku: ye ke weii? yes! kiranya orang tuh ingat aku lah!
mai: *mencebik! bengong! yang penting mu kena lah wat dia kenal mung. sewel lah
aku: mana nak bagi kenal. jumpa pun susah. ape gila lah!
mai: doa lah.. bia dipermudah kan segala jalan. bila kita ikhlas ingat kan orang.. insyaAllah orang ingat kita. ama, ibarat mu ngan adik (daus) laaa,,,
aku: cheh! sian lah aku! takdop. puihh!
mai: doalah. jumpe lah tu... 



********

AFIQ

bubeng.. bubeng.. dia cerita kisah dia ngan crushh dia. adik FARAH AIDA. untung you... abang afieq gila sayang kat u.. akak so jeles okay! my abang dah divide kasih sayang dia kepada duaa dah. jeles! jeles! jeles! HAHA. takderlah. biaser je. dengan aku. afiq tetap yang sama. =) sukak berletiak.

tiap kali aku dengarr dia bercerita sal farah nie. memang mata dia bersinar tau. tak boleh aku berpaling ke kiri sikit. marah tau! aku tak cocentrate lansung! HAHA. gila lah mu afiq. 

aku: untung laaa... afiq.. aku nak orang macam mu sorang.
afiq: bakponya! baik kan aku? penyayang lagi.. caring lagi.. bla..bla.. * koya gila.
aku mencebik : sapo bulih mu memang matilah. cerewet nak mapuh! series wa cakap lu!
afiq : ketawa. mu poh.. nak cari orang bia lah orang yang hargai mu. 
aku: tok jumpa piq... *bermalasan nak bercerita. sumpah takder mood. tak da mood. membayang nasib diri. afiq ketawa.
afiq: tokleh.. mu kena cari.. mu ingat nie zaman jaafar tonggek ke? ore tua jodoh?
aku: bialah! tak po..pilihan ore tua tepat.
afiq: mu tau mano? kalu bulih hok mace nagih? kalu lah kalu
aku: mulut choiiI! masam mulut mu! puako! 
afiq: doplah.. soryy weii. doplah. hok peting cari poh.. tapi, mu jangan cari orang hok mu suko. cari orang suko kat mu.
aku: gilo! kalu gitu serupo lah kes nga pilihan ore tua. tolol! takleh paka!
afiq:HAHAHA. betol poh.. maksud aku.. hola.. gitulah.. mu cekak tak faham.
aku: piq.. orang laki sayang orang puae gano?
afiq: bakpo? mu ngorat nge sapo? laku mung?
aku: HAHAHA bodo! takdoplah sajo. bia aku tok lembut hati
afiq: payoh nk oyak. kalu mu berhubung ngan dia. mu kena tunjuk mesej mu kat ku
aKU;; hooO!! okay. mu memang busy body.
afiq: tak lah. aku tau dari skill dia mesej. aku leh baca pikiran orang.
aku: tak payah nak baca sangat lah! aku tapa kae! aku xdop pun! bukan macam mung! 
afiq: nak wat gano aku hemsem. *muntah!
afiq: aku sayang mu sebagai adik aku. ingat poh.. jangan bui ore laki sepenuh hati mung. sebab ore laki nie hati dia tak konsisten. kalu boleh hok macam aku nie tak po. setio hujung nyawa. *sempat lagi okay. orang laki walaupun dia baik dengan kita tak semestinya dia suka. orang lelaki nie kalau dia dingin tak semestinya dia benci. ingat molep.. selagi tak pasti. jangan sesekali terleka. sian ke mu kekgih. 
aku: pahtu.. aku tengok mu je lah naik pelamin?
afiq: tunggu lah.. kalu ada.. dia mari sendiri.. atas mung pulak masa tuh. cayolah. sabar lah. dia akan mari. mu tunggu.
aku: haha. tunggu lah nie yang aku duk teman mu makan nie. kalu dop,. xdop maknanya nok teman mu makan!
afiq: haha! nie saloh konsep mu nie. dae ngorat lupo saem. patutlah xlaku! niat tuh jahat ko saem.
aku: ahahahaha. doplah.. aku sayang sek-sek mu. sahabat dunio akhirat. hok peting.. aku tunggu. okayy aku tunggu.. *dengan buat muka bosan
afiq: kalu mu tak laku ngat. jadi nge akulah. hok no 2.
aku? ketawa terbahak bahak lalu melibas buku atas kepalanya. sial! haha!



lots of love,
nur hafifah hazizi

Monday 13 May 2013

randoms

jujurnya.. aku tak tau nak taip ape.kadang-kadang cam bangang pun ader. selalu je update entry. sampaikan takder ape nak diceritakan. tapi.. bila aku terrbaca blog kawan sekolah rendah aku nie. aku jadi terhibur and yes! semangat nak menulis tuh datang. tapi ikhlas aku cakap yang aku tak tau nak taip ape. 

hurm.. masa depan . hur,mm,kawan aku nie dia rungsing ngan masa depan dia. dia tertanya-tanya.. ape yang dia belajar nie  adakah dia akan aply dalam kehidupan seharian dia? and entry yang dia tulis tuh sedikit sebanyak membuka minda aku. ye lah,betul ape yang dia tulis. kadang-kadang tuh sampai tersengih pulak aku mengiakan pandangan dia.

well, betul ape yang kawan aku cakapkan. aku pun tertanya-tanya ngan hidup aku nie. apekah masa depan aku? jalan yang aku pilih nie betul kah? aku pernah mendapat tawaran SPA sebagai Nurse. dan aku tak suka nurse. jadi aku berkeras tak mau pergi. bodoh kah aku? ramai yang macam " ya allah poh.. ruginya mu.. poh..bla,.bla.. bla" sampaikan kekadang terbit satu rasa kesal dalam diri nie. tapi aku sentiasa memberitahu dan menenangkan diri aku.

 "ada hikmah ape yang aku pilih. rezeki ada di mana-mana"

kadang-kadang aku tak tau kenapa aku berkeras untuk memilih sains sebagai tiket untuk aku berjaya. sedangkan dulu cita-cita aku untuk menjadi peguam. entah mengapa time isi UPU dulu kos sains ini yang aku pilih. bukan cakap aku tak layak. tapi kadang-kadang aku terpikir, ape aku akan jadi? doktor? engineering? arkitek memang tak lah. kekadang aku mengeluh sendiri. haishh.. ape yang aku pelajari selama 3 tahun nie memang berat. terlalu abstrak dan seni dan rumit untuk aku ingati. tapi, aku biasalah study hanya untuk test.  mana nak ingat semua tu kan?

sejujurnya, jika ditanyakan cita-cita aku, aku tiada jawapan. dari zaman sekolah lagi. aku hidup tak konsisten. sebab bagi aku.. aku ikut ape yang aku mampu. nak jadi ape jadilah. masa depan. huh, terlalu misteri untuk aku rungkaikan. sampai satu tahap di mana diri ni dah letih and membuatkan kita akan tertanya-tanya , apakah sebenarnya aku tengah buat?? ape yang ada pada aku untuk aku bekalkan dan menjadi kunci kejayaan aku? kenapa pulak aku mengarut pada benda yang tak penting?? entahlah. =(

kan senang kan? kalau kita tahu apa yang terjadi pada diri kita 10 tahun akan datang. berbaloikah ape yang kita lalui selama ini? ape yang mampu kita perolehi. kadang-kadang aku rasa diri aku begitu kerdil. aku hanyalah pemegang diploma. dan insyaallah degree, akan datang. nak di bandingkan ngan kawan-kawan aku yang jauh lebih bijak di serata ceruk Malaysia dan lebih-lebih lagi dunia. aku kagum dengan kejayaan mereka masing-masing. sangatlah mengagumi. dan jika di bandingkan dengan diri ini. ya allah, betapa kerdilnya aku.

p/s: semoga aku lebih ariff dan bijak mengatur masa depan aku. cuba bangun. merancang cita-cita. berhenti mengharapkan benda yang tak mungkin menjanjikan kebahagian dan kejayaanmu. HApipahhh!! 

XOXO,
nur hafifah hazizi 



Sunday 12 May 2013

ajari aku rindu setengah mati. woahh! complete! =)

mata saya tak mau terlelap..
mata saya cakap saya tak mengantuk..

otak saya pulak degil..
otak asyik cakap penat.. penat.. nak rehat (tido)..

tangan saya pulak gedik..
lam takder idea macam nie.. buleh je mndarat atas key board laptop nie..

dan saya?
saya boring.. saya rindu.. saya ? saya? saya? tak tau nak buat ape lah. thats a fact.


AJARI AKU LIRIK -ANUAR ZAIN
Ajari aku tuk bisa

Menjadi yang engkau cinta
Agar ku bisa memiliki rasa
Yang luar biasa untukku dan untukmu

Ku harap engkau mengerti

Akan semua yang ku pinta
Karna kau cahaya hidupku malamku
Tuk terangi jalan ku yang berliku

Hanya engkau yang bisa

Hanya engkau yang tahu
Hanya engkau yang mengerti
Semua inginku

Mungkinkah semua akan terjadi pada diriku

Hanya engkau yang bisa mencintaiku

Hanya engkau yang bisa

Hanya engkau yang tahu
Hanya engkau yang mengerti
Semua inginku

Hanya engkau yang tahu

Hanya engkau yang mengerti
Semua inginku

Ajari aku tuk bisa mencintai mu.



RINDU SETENGAH MATI LIRIK _JUDIKA

Mengapa waktu

Tak pernah berpihak kepadaku
Apakah aku terlalu
Terlalu banyak berkelana

Mengapa kita

Masih saja tak pernah bersatu
Selalu saja bertemu bertemu saat
Kau milik yang lain

Mungkin kau bukanlah jodohku
Bukan takdirku
Terus terang

Aku merindukanmu

Setengah mati merindu
Merindu
Tiada henti merindukanmu
Masih hatiku untukmu
Aku tetap menunggumu

Mengapa waktu

Tak pernah berpihak kepadaku
Apakah aku terlalu
Terlalu banyak berkelana

Mungkin kau bukanlah jodohku

Atau bahkan bukan takdirku
Terus terang

Aku merindukanmu

Setengah mati merindu
Tiada henti merindukanmu
Masih hatiku untukmu

Aku merindukanmu

Masih hatiku untukmu
Aku tetap menunggumu

Menunggumu

Menunggumu
Aku tetap menunggumu

p/s:  dah berapa lagu ye aku pernah post kat blog aku nie? haha. tapi lau perasan aku post macam bercerita pulak kan? sebab mula-mula lirik lagu dari U-kiss (when i start loving). pastu lagu OST adam dan hawa kan? (macam retak2 je kan lagu tu) then. dua lagu nie. completing the whole story lah i rasa. kakaka. ntah. =)

now. sebelum tidur. lagu wajib dengar, nie la. tak taulah macamana aku leh terrrlayan lagu-lagu nie semua. HAHAHA. macam lucu. biasalah. lam hati ada taman okay! =)

XOXO,
nur hafifah hazizi