Wednesday 16 September 2015

L I F E U P D A T E

FINALLY!
WELCOME BACK HAFIFAH! WELCOME BACK!
FUHHH.. FUHH.. Berdebu.. bersawang gila belog kiut aku nie kan. Haish..macamanalah aku boleh abaikan minat aku terhadap penulisan  belog nie? Kalau dulu. Gian kot nak menulis. Duk dalam kelas pun kepala duk ingatkan belog. Macam-macam cerita kalau boleh nak tulis. Sepak batu, kucing hilang and etc. lawak pun ada. nekad gila sanggup hide blog nie berbulan lamanya. And now, aku bukak balik belog nie. Dah tak nak ada yang sibuk-sibuk hal aku. So, aku tapis balik segala post aku yang dulu. Saja. Malas nak bagi pisang berbuah dua kali. Ecehhh!



So, ehem..Bismillah. dengan berbekalkan lagu fav all the time aku – GIT FRESH- BLOW ME A KISS. Aku rasa semangat lain macam pulak untuk menghupdate belog. . Gigih kot angkut laptop bawak turun ground floor semata-mata nak dapat line wi-fi. Ngeh ngeh. Ingat nak tukar layouts aku.tapi leceh lah pulak. Take time karang. tapidah bertahun lamanya belog nie tak bertukar rupa. ngeh ngeh. nanti ada masalah aku tukar semua. So, aku hupdate je lah dulu. =) Aku berada di hostel. Kolej Melati ,UiTM Shah Alam.  Believe it or not.. I’m stepping another stage towards my last semester! not last one yet.. Insyaallah lagi 2semester aku akan pegang titlle
 Graduan Ijazah Kepujian Bio-Komposit. 
 Oh! Lamanya perjalanan hidup aku. Kawan-kawan seangkatan aku dah lama habis. Aku still lagi merangkak. #sigh. Takpe.. Allah dah tulis perjalanan hidup aku. And I believed all those hardships will lead me to the better future.

Ape eh nak di taip? Tadi punyalah banyak nak di taipkan sampai tak menyempat sesudah isyak terus turun bawah. Hurm.. okay.. aku taip yang terlintas je kay.

Last semester I managed to finish one whole semester without my supportive and loving mom. It was hard. Bagi yang kenal aku they knew that my mom and I were closed. Sebiji zarah pun aku takkan  berahsia. So, tiap kali tekanan time study my mom lah yang akan menjadi spirit booster untuk aku. Call tiap hari. Whatsapp tiap hari . menanyakan benda yang sama. Naik muak pun ada. Biasalah time ada sekarang bila dia dah tiada. KACA bhaii!

 Tapi allah maha kaya ..pada semester lepas, semua urusan aku di permudahkan. Orang lain kelas tak tau mana. Tunggang langgang. Aku siap boleh pilih lagi nak itu ke.. nak ini ke.. bayangkan babe. Kolej pun. Tumpang 3 hari siap orang kolej call mintak  ambik kunci. Itu semester lepas. But not for this semester. Ternyata tak semudah yang ku sangkakan. Aku menghadapi kesukaran untuk mendapatkan kolej dan mengaturkan jadual. Ya allah tekanan tu takleh nak diceritakan pada orang. I really-really stress. But still, I put a smile as a mask hiding my true feeling.  Bila my brother call “ how’s  going?” and I always answered “ just fine. And bla.. blaa.. bla”asking for another things. I'll never tell him. Aku kesiankan dia. He did everything to me, so masalah nie masalah aku. Sebolehnya aku tak mahu menyemakkan fikirannya.Hal study tanggingjawab aku. not him.  Susah bagi orang lain untuk perasan perasaan sebenar aku. Jarang. Bila aku stress pun aku akan tido and bangun tu aku akan kembali bersemangat. Cakap takkan berhenti. Tarik rambut kaki tangan member. Tapi, aku tak tau lah tahap stress aku menggunung atau aku macam dah penat sangat ke atau Allah mngurniakan seorang sahabat yang memahami jiwa aku, Nurul Syazwani Shafiee je yang tahu perasaan aku.

One day, in last week, aku berulang alik sekitar kampus. Cari lecturer itu ini. Berurusan ngan kolej. Check nama tak naik-naik. Aku tak nak duk luar. I don’t have enough money untuk mnyewa. Tamau! Tapi pahamlahkan. Berurusan dengan sistem. Semak doe! Lagi susah daripada berurusan dengan orang. Eh tapi sama naik je lah. dua-dua semak!that day, Aku balik monyok ke bilik kawan aku di mana tempat aku menumpang.but still can act like nothing happened I did not cry. Memang aku jarang menangis Cuma aku akan kuat termenung and mengeluh. Kalau member ajak sembang, aku still boleh layan lagi. Even kekadang aku tak fokus sangat pun. But still, I’ll try to be there for everyone. 
Menjadi manusia biarlah yang memberi manfaat pada orang lain. InsyaAllah. 

Masa lepak ramai-ramai nak layan movie masa makan. Aku berlagak macam biasa membontoti nurul menolong bukakkan laptop. Tapi tiba-tiba tangan aku di pegang, Nurul pandang aku tajam.
“kenapa minah nie?” pelik okay pelik.aku terkejut pun ada tetiba tangan kena pegang. Series pulak tu. Tak tau lah orang lain perasan tau tak. tapi series aku sungguh terharu selepas dengar kata-katanya.

KEBETULAN AKU ADA GAMBAR PEJAM MATA. 

“mek pah.. kau pejam mata. Tarik nafas panjang-panjang tau. Kau akan dapat ape yang kau perlukan. Percayalah cakap aku. Allah akan bagi. Cuma kau kena sabar sikit. Kau kena bertahan. Jangan pikir sangat. Kadang-kadang benda yang kita tunggu tu besar hikmahnya” dengan series. Lepas tu tangan dia kembali bergerak untuk membuka laptop. Mencari cerita untuk di tonton beramai-ramai. Aku kaku. Berair mata aku. Nurul hanya tersenyum. Dia tau.. dia tak perlu bercakap banyak untuk aku.cukup sekadar sekali.Ya allah, di saat aku lemah kau hadirkan sahabat ini bagi menjawab segala kebuntuan fikiran nie. inilah yang aku mahu dengar. Inilah yang aku perlukan sebenarnya. Semangat. Terima kasih untuk sahabat ini YA ALLAH.

Ya, betol.. Allah uji aku untuk aku sedar yang aku punya sahabat di mana dia tahu bila masa aku menghadapi mental breakdown. Dan alhamdulillah.Nurul was right. Akhirnya aku mendapat kolej.  setelah habis cuak semua tu.Malah jauh lebih baik dari sem lepas. Aku juga dapat mnyelesaikan masalah jadual aku yang aku fikir impossible untuk di selesaikan. Tiba-tiba benda menjadi mudah. Jumpa je DR NAZA. Semua dah kembali sedia ada. Allah uji aku untuk aku sentiasa mengingati kuasanya. Allah sebaik-baik perancang. Kuncinya sabar. =)


Okaylah. Nie lah dulu. Penat pulak aku nak menaip. Nanti tulis lagi. 
love,
nur hafifah hazizi