Sunday, 5 May 2013

ABAH .. ABAH.. ABAH

assalamualaikum,

kenapa perasaan aku nie berkobar-kobar nak bercerita sal abah aku. ya allah.. nak menitis air mata nie bila kawan tweeter aku bercakap perihal abah dengan aku. i missed him. dah lama aku tak bercakap tentang abah. like seriously , aku suka bercerita tentang abah. sebab semakin banyak aku bercerita tentang abah.. makin kuat ingatan aku kepada abah. bagi aku, aku sangatlah terharu bila orang sebut tentang abah. bertanyakan tentang abah. percayalah. seribu satu perasaan kasih aku akan jatuh pada orang tu. sebab berkongsi tentang insan yang begitu istimewa dalam hidup aku nie.

HAZIZI bin YUSOFF

abah meninggalkan kami sekeluarga seawal usia 52. Muda lagi kan? dia seorang yang ceria. suka bergurau walaupun mukanya tampak bengis. tapi sumpah. sekali kalau dah berborak dengan abah, korang akan rasa selesa. =) abah baik dengan kawan-kawan abang aku. ngan kawan aku pun sama. tapi kalau gang abang aku.. mari tengok bola rumah kami dia lagi suka! memang masuk gang!

abah seorang yang tenang, tegas dan garang. kalau nak di bandingkan dengan ma. abah lagi banyak mendiamkan diri. kalau dia nak marah kami adik beradik, mesti melalui ma. sian ma.  tadah telinga. lepas tuh marah kami.  kami manalah nak dengar leteran ma. kami kan anak yang degil tahap dewa. tapi bila abah ambil alih. sekali dengar dia laung nama " poh!!" segala urat saraf aku dah kejang okay.  dan mulalah aku meraung menangis. baru kena sergah. hihi.. aku memang sensitif dengan abah. bila abah menangkan adik aku lam sesuatu hal.. aku akan meraung! menangis tak pasal-pasal. lagi lah kena marah kan? abah tak kan pujuk. tapi last-last atau keesokan harinya, mesti dia akan ajak aku buat ape yang aku suka. contohnya ajak gie pantai, ajak makan ke , beli novel ke kan??

dulu zaman sekolah, aku tak rapat dengan abah jika nak di bandingkan dengan abang dan adik aku. kadang-kadang aku rasa tersisih gila. sebab abah selalu marah aku, tegur aku, adik aku tak pulak. abang aku?? lagi lah. bila dah besar aku baru paham. rupa-rupanya aku nie perempuan. hehe.. yela, pergi main balik nak dekat maghrib mana tak kena rotan?? kua rumah tengah hari main panas and main softball kat padang rumah aku bersama alief, farah, iera dan beberapa jiran yang lain. mana tak kena marah kan? pompuan tak ghupe pompuan. 

abah terlalu protektif. kalau darjah 6 aku nak pergi berkhemah badan unit beruniform. contohnya di kem bukit keluang. rela ajak ma aku nie pergi intai nampak pagar je pun tak pe malam-malam. yelah.. ibu bapa mana boleh masuk. pukul 11 malam kan? aku balik camping baru tahu yang abah ngan ma pergi. tak pada aku aje. adik aku. berkhemah di padang sekolah dia je pun. dah darjah 6 okay. boleh pukul nak dekal 11 malam setengah ajak aku ngan ma gie hantar bantal dan selimut kat anak bongsu dia? alahaiii! marah lah adik aku. malu! "abah! jangan mari lah. kalau pije nok je telipon lah abah. balik lah! " hah.. macam tu lah. nasib baik cikgu tuh semua kenal abah sebab abang aku dulu pun sekolah rendah jugak. sebab tu lah abah boleh pergi tengok adik aku. abah.. abah.. time form 5 dulu.. aku kena pergi camping kat Lanchang, Pahang. wa cakap lu dia tak bagi! menangis gila aku. okay sebelum tuh, time form 2 aku dapat pergi wilderness okay. 4 orang. tapi seminggu ke pulau langkawi. pernah dengar tak? and yes. perasaaan aku sangatlah suka. dah bawak balik dah surat kelulusan ibu bapa tu kan. melompat and melaung depan pintu rumah aku lagi! excited tahap dewa kot!. biasanya ma akan tanda tangan kalau yang remeh nie. sebab kalau abah, memang kirim salam lah. kalau trip atau perkhemahan mana-mana memang ma lah yang akan sign. asal kan "poh pandai bawak diri." malahan aku camping ke pulau redang pun ma yang tanda tangan tau. abah tau keesokan harinya. nak marah pun tak leh sebab dah bayar semua kan? hehe. sayang kat ma! muahhh! ma sporting and lagi heaven lah! hehe. tapikan di sebabkan ke pulau langkawi, jauh kan? dan seminggu lamanya. ma tak berani nak tanda tangan. and u know what,? bila abah baca terus dia koyakkan kertas tuh! depan aku! sadis tak? meraung bagai nak rak aku! memang melancarkan perang lah aku ngan dia. tak bercakap tau. bila nampak abah je. terus menangis. gedik kan? biasalah manja ngan abah. hehe.. =) and last-last dia pujuk dengan akhir tahun tu dia bawak aku and the family ke langkawi! and sekali lagi form 4 aku tak mampu pergi wilderness selama 7 hari tuh. and yang form 5 tuh ke kem. nak tak nak terpaksa bagi sebab 3 hari je pun. lagi satu sekolah aku 7 orang yang wakil negeri terengganu. bila aku cakap aku nak dan aku merayu. abah benarkan. and you know what, dia telefon aku setiap masa. bila bateri aku mati mintak and telefon no kawan aku. abah, abah, time tuh sangatlah rimas. tapi  bila dah takder.. aku rasa rindu . =)

abah seorang yang sempoi. dia selalu cakap abah tak paksa anak abah nak belajar ke tak. tapi dengan aku, abah selalu suruh aku belajar. kalau abang aku, lepas sukan olahraga, bola, lepas bola, badminton, penuh sampai akhir tahun. dari darjah 5 lagi bebas. tapi alhamdulillah. abang aku punya rezeki jugak atas berkat ibu bapa kami. =) dan aku? time sekolah rendah memang main bola jaring aje. bola baling. naik je sekolah menengah aku terus cakap kat abah" abah, dah la sekat poh. poh nak jadi macam mat(abang aku)" . so, dari form 1 aku aktif olahraga. kawad kaki KPW sampai ke peringkat negeri aku bedal. tapi bila nak pergi ke bola jaring tak pun bola baling abah terus bagi warning " abah bui setakat 2 benda jah. jangan mintak lebih. bia 2 nie poh buleh gie tahap tertinggi. kalu dop fokus study" aku tersentak. kenapa abang aku abah tak halang!? geram! tapi alhamdulillah. ketika form 2. aku dapat mewakili Besut ke peringkat terengganu dalam acara relay 4X100 P(14) and relay 4X400 P(14). so, bercakaplah tengtang stadium KG RAJA? stadium yang di banggakan GONG BADAK TRG. i dah mampu rasa. =) thanks to him.

bila aku lost, abah lah yang sentiasa ada. abah suka bercerita dengan anak-anak. bawak kami berjalan-jalan. tiap tahun memang akan ada vacation kami sekeluarga. dia cakap, masa muda abah tak leh berjalan. sekarang bawak anak-anak je. alhamdulillah =) abah seorang yang terlampau manjakan anak-anak. mintaklah ape. insyaallah dia akan bagi. lambat atau cepat je. konon bersyarat bagai kan? tapi percayalah. dia tetap bagi okay jika mampu. muhahaha! sebab tu anak-anak malas! kekeke. sebab tu, abang aku.. sejak ketiadaan abah. ape yang kami adik beradik mintak. dia berusaha jugak bagi. tapi alhamdulillah.. kami semua dah paham setelah abah takde. =)

so, ini jelah dulu ye. nanti panjang sangat. tak terbaca pulak korang. thanks.

lots of love,
nur hafifah hazizi

3 comments: