Saturday, 11 May 2013

dengan mereka dunia KEJANTANAN aku begitulah terserlah. =.=

siapa mereka?? tadaa!!



HAHA! zaman muda-muda aku bersama mereka. kami berbeza latar belakang okay. contohnya kelas sains, prinsip akaun, eco, and perdagangan. habis satu batch 2009 bergabung. i think lah.. tahun aku lah kot tahun yang paling friendly and easy going. masuk je kelas mana semua boleh datang lepak okay. ha! nakal-nakal. bab kata cikgu sejarah aku, puan zainun " budak sains tapi otak tak sains! budak-budak nie lah! merujuk pada (aku, najwa, mariam, jalal, pizie and azwan) kepala otak mereng lam kelas. =)"

makin besar, rasa nak berkawan tuh makin kuat. dek kerana form 1 and form 2.. kelas kami tak sederet , maksud aku kelas depan tingkat atas manakala yang lain ada tingkat bawah. so, susah sikit lah nak rapat. tapi, masuk je form 3. kelas 3SE (aku) hingga 3 KM5 memang sederet. ape lagi! memang tahun form 3. dunia kami dah tak sempit tau. semua dah bergaul. nak-nak aku time tuh tolong senior aku kak pija jual kerepek. memang satu blok aku paksa dorang beli okay. hihi. yang wajib beli muka-muka mereka lah. haha!

students sains 2009. yang pompuan lah. yang jantan susah nak kena
panggil. gedik!
bergambar kenangan sebelum berpisah masuk
belajar. =)
as the time passing non-stop, so, biasalah kan.. orang akan datang dan pergi dalam hidup kita kan? yang tinggal hanyalah kenangan.

tetapi! mereka tidak. mereka tetap je dengan aku. suka duka. walaupun jauh terpisah di setiap ceruk malaysia. akan tetapi kami tetap sekali. 


akrabnya kami.. bila kami sakit, bila kami buat sesuatu mesti semua akan tahu. akrabnya kami.. melalui muka pun dah tahu ape yang kami duk pikir. akrabnya kami. jauh terpisah tapi bila jumpa. sekelumit perasaan kekok pun takda. bercakap mesti super volume. 2,3 bulan tak jumpa tapi bila jumpa dah boleh gelak-gelak. marah-marah bagai dah. terus mulut tak berhenti. akrabnya kami. kami takpernah berkira. contohnya kua makan. aku tak bawak duit. then aku lapar yang amat. tak payah aku suruh belanja pun mereka akan cakap " poh, oyak je lah nak makan gapo. aku bayar." macam tulah. tak perlu dibayar balik pun. =) bila kua duit PTPTN.. kami memang akan belanja . gang UiTM berkongsi yang lain bila PTPTN masuk. then, gang Maktab pun sama. dapat elaun terus belanja. gang degree and poli pun sama jugak. ape yang kita ada kita akan shared kan. setiap kali masuk sem baru. setiap kali tuh la duit habis untuk mereka. haishhh~ tulah farah cakap yang 
" tubik nge pok mu nie guno pitis jah mace." tapi mamat pulak cakap " tapi, takdop pitis pun leh hidup selagi ado duit lam ATM" maksudnya. kami semualah yang akan jadi ATM. haha

tengok! tanpa aku! then sent this picture or tag aku. lahabau!
okay. lupakan seketika lah pasal persahabatan kami. dari zaman sekolah hingga #Forever 21 nie kan? bergaduh! memangkah! memang tak sah. so.. bagi aku.. dioranglah adik, kakak, abang bagi aku.

so, sifat sebenar aku nie memang tak da limits ah ngan mereka. kalau tak puas hati ape. aku takdernye nak pendam-pendam. terus zapp aku lepas tau. dengan super volume lagi lah. haha. tapi kebiasaannya aku lah yang sentiasa kena marah dengan mereka . aku kan buas. mulut memang speaker tahap maximun.

"hoi mek poh! diam siket!" 
" poh! suka tuh slow sikit!"
" poh.. makan molek lah. jangan tumpah."
" poh, pakai gitu-gitu jah nyo! bukan nak gie mano pun!"
" poh itu.. poh ini"

see? itu benda biasa lah. selalunya aku nie kena siap ala kadar je ngan diorang. yelah zaman sekolah lagi memang aku nie bersiap ala kadar kan. masuk U je baru pandai melaram habis kan? tapi time cuti semester bila lepak ngan diorang memang serebeh je. t-shirt seluar jeans. takder nyer pakai skirt nie. tudung pun tudung Ariani je mampu  tak pun kain tudung bawal. pakai shawl? pernah. asal lak tak pernah. " mu nie jangok teh. nak jadi puae doh ko?" sape lagi kan? afiq mulut memang! tak kutuk aku memang. 


mereka jugak tahu yang aku nie tak pandai wat kerja rumah. datang lepak rumah aku. semuanya ma yang buat. tapi! diorang lagi suka kalau aku bawak sedulang cawan. baik cawan tuh kosong atau tak memang sengaja berpakat ngan ma suruh aku bawak. nak tak nak aku terpaksa. MA! sampai hati . memang aku bukak langkah setapak demi setapak. mata memang tengok cawan jah. tahan nafas okay. dan tugas mereka ketawa and mengutuk aku habis-habisan. ayat.. pedas woo! aku bagi warning eh. nak join kitorang telinga and hati korang kena kebal. mulut kitorang sama pedas. biasanya salah seorang kawan pompuan aku mesti datang menyelamatkan aku. dengan tolong membawa dulang minuman tuh.  ada sekali, kitorang nak celebrate sempena kitorang semua boleh sambung belajar lepas spm. pergilah sambut KFC. tengah syok bersembang gelak ketawa ramai-ramai. prangg!! tetiba aku terlanggar botol sos cili. gedegang satu KFC. muka aku? pucat gila. terkejut lagi malu lagi. nasib lah tak pecah botol sos. lepas hilmi tolong angkat. and aku di tenangkan oleh iman ngan amna. barulah warga lelaki sibuk berebut stesen berleter kat aku. sedih gila! bila aku menjawab diorang mesti cakap " ore kato nie xse dengar! acu dengar gak gapo ore oyak nie," haaa macam nie lah gaya mereka. =) so comel. selalu cuba mem'behave'kan aku. tapi kalau mamat?? ermm.. selalu mengajar aku ke arah yang merosakkan tau. "poh, panggil namo kira kuat!" " poh.. bla... blaa" ader je yang dia suruh aku buat tuk malukan i. yang bangangnya aku pulak ikut. then kena marah dek budak-budak nie. dasar kuang ajor mu mat! haha.

nie gang yang wajib lepak jumpa! gegirls kesayangan!
nie gang wajib lepak ambe.
haa.. nie yang jarangggg tapi still in contact lagi =)
mereka jugak tak pernah menanggap aku nie perempuan tau. malam-malam kua ajak aku minum. mereka bertiga lelaki. ape gilanya mereka. pernah mereka datang mengejut rumah aku semata-mata ajak nak suruh aku pilihkan mereka boxer nak bawak pergi pulau perhentian. aku macam?? wat the hell! dah la aku sorang pompuan. dah tu datang tunggu aku depan rumah. bila aku melalak cakap tak mau! diorang stay jugak tunggu. yela.. aku kan hati lembut. memang geram kan perangai onthe spot dia. tapi last-last follow jugak dorang ngan syarat ajak lah sesapa pun asal pompuan! gigih mamat cari kawan aku yang lain tau. nasiblah idayu ada! so.. selesai lah satu perkara. macam-macam lah. nak pergi carik baju kat kaybee. mesti di ajaknya aku. pastu kalau aku memang tak nak gie.. mulalah hantar gambar nak suruh aku jeles! hello! sampai gambar jalan pun diorang snap hantarkan tau. i was like?? arghh!! geram!! hihi


dek kerana diorang nie suka buat benda on the spot. aku memang tak boleh melaram ah. pakai ape yang sempat. tudung? hanya sempat pakai tudung bibik je okay. kadang kadang bawal haa, shawl? pernah.. tapi mesti kena gelak okay. sampai aku malu sendiri. memang zalim. nak di jadikan cerita. aku ngan gjoe satu kampus tau. tapi kami jarang jumpa. sebab diakan aktif. aku nie apelah kan? so, pernah terserempak kat kampus hari isnin. memang aku akan melaram lah kan? nak dijadikan cerita aku over siket make up. pakai blusher and eye shadow sikit u.. then dia cepat-cepat noticed aku dengan kata perlian "ouhh.. pandai upenyer make up.. patutlah gojes i nampak u.. nie nak goda sapo? aku tapa kae. blaja-blaja nuh!" huaa! stress!! kurang ajar tau. huhu. sampai kawan baik aku mai pun pernah tanya ."memang gjoe tak ajim nampak mu make up ke poh? sampai dia tegur mung?" soal maisa. hairan gila. jawapan aku? " tak shaa.. paling havoc dia nampak aku. pakai eyelinear jah. gjoe shit!" tapi sekarang. mereka dah berjinak okay. bila nampak aku uplod gambar. memang terus lah kena perli.tapi aku? tetap tabah. HAHAHAHA!

nampak tak? macam2 gaya. pastu
boleh pulak cakap aku gelenya. sape?
afiq lah mulut jahat. nie ada lagi kat gambar lain.
haha
well.. aku sayang diorang. bukan diorang jer yang kuat berletiak kat aku. aku pun sama je ngan diorang. sekali salah. beribu ribu kali aku berletiak. bukan aku kalau aku tak berleter kat mereka. aku selalu marah-marah. tak pernah lagi berlembut. macam mommy pun ada. 

see, this is how our conversations. nie yang berlapis punya. belum lagi bab merapu okay! hehe










so beginilah weolss.. yang sorang tuh sibuk nak kua. tiap masa ngan ketika, sorang masalah itu ini. macam macam ceritalah.and bagi aku. mereka lah mewarnakan hidup aku. kalau tak der marah-marah. tenang ape semua. memang tak fun lah kan? kami berjanji.. nak kawan sampai bila-bila. nanti kahwin semua wajib ada. malah majlis akikah anak kami pun semua kena ada. haha. macam mabuk je kan? insyaallah. kami tetap bersama. 
BFF til Jannah =)

p/s: bagi aku , senang je nak tau aku rapat ngan seseorang. kalau aku kuat mengepek and marah marah manja kat korang. nescayalah korang adalah kawan rapat aku. kalau nampak aku selalu senyum.. main angin korang.. nak marah pun tetap cakap okay. memang aku tak melawan cakap korang.. haa! tu maknanya kau dan aku tak rapat sangatlah. heee.. easy kan? hoho..

XOXO,
nur hafifah hazizi

No comments:

Post a Comment