Tuesday, 21 May 2013

Life updated: akulah suami akulah isteri.

Hello, dah lama gila tak menulis panjang-panjang. makin malas lak untuk menulis. benda nk bercerita sentiasa ada. tentang tersepak batu. adam berak sembelit pun semua aku nak ceritakan kat sini. muhahaha. tapi hanya mampu untuk tweet je. senang kan?




semenjak 2 bulan aku dengan rasminya telah menamatkan diploma aku dengan bangganya aku masih lagi memegang title  PEMAKAN ANGGUR (penganggur). kadang-kadang aku tergelak sakan bila tau ada kawan aku jadi kerani lah.. jadik cashier la kat mall di KL, ada yang duk kawan ngan orang keling lah, ada yang buat kerja rumah batu, menjahit , waiter/waitress lah.. and macam-macam bidang pekerjaan lah yang kadang-kadang aku pun tak tau ape jenis pekerjaan yang mereka tengah lalui sekarang. dulu, sebelum diploma habis akulah yang selalu riuh dengan budak-budak nie.. 

AKU NAK KERJA! AKU NAK KERJA! AKU  NAK KERJA!! 

kenapa nak berkerja sangat?
 sebab selepas habis diploma nie kononnya aku nak simpan duit untuk beli phones. pastu aku ngan gang zaman sekolah rendah berjanji bulan 6 nie tak pun lepas raya.. we alls yang girls nak gie SINGAPORE.. hello time tuh semester break part 5. memang berkobar gila ahh nak join trip tu bila aku contact je ngan gegirls aku nie mesti dorang tanya " dah simpan duit?? dah cukup duit tak?"
tapi sekarang.. aku macam malas lak nak cari kerja. sebab ape tau.. aku dah macam  takde motif dah nak cari duit. sebab kawan aku cakap mungkin hujung tahun pulak kot. aku pulak belom tentu ada lagi tak. kot kot lah dapat sambung deg jauh dari orang kan? argh! lantaklah. dapat kerja pun takpe. takde pun takpe.

dalam tempoh 2 bulan nie. dah macam-macam tempat aku pergi untuk carik kerja. salesgirl kat market la. mintak kerja?! bukan main malu ok. mesti aku pergi heret si AMA temankan aku. dia yang tolong tanya kot kot ada jawatan  kosong lah. apelah. mostly, sales girl gaji agak lumayan jugak . kan kerajaan dah suruh naikkan gaji kan? =) tapi malangnya. waktu kerja dia memang gila lah start kol 10 pagi hbis 10 mlam 2 jam rehat. ? eee! tak nak lah aku! nanti aku takda masa ngan adam. tak da masa ngan kengkawan aku. yelah,. dah penat kan? balik terus tidur lah. 

last few weeks, ibu sedara aku call. dia seorang cikgu. ajar budak Tuisyen.  dia cakap nak jadi cikgu tuisyen tak? standard PMR je. aku pun macam sangatlah interested ok! setakat PMR boleh lah kot. bila tanya subjek ape? Geografi. i was like?? err.. err.. lau sejarah tak pun math boleh lah jugak. sebab yelah benda leh kaji. aku nie dah la lupa macamana nak tengok peta, lajur baris bagai tuh kan. try jugak wat homework tengok balik buku PMR tuh. tapi! mat oii.. aku tak  beranilah nak ajar benda yang aku tak pasti. so, aku cakap tanak. humphh... 

so??sekarang dengan gembiranya aku katakan yang hidup aku sekarang nie tak ubah cam
Suami Isteri

kenapa kau jadi suami wei?? buat operation jantina ke ape?
hoii! celupar kan mulut hang! haha. aku sekarang menjadi suami dalam rumah aku nie. dek kerana akulah yang paling tua dan dah besar. mostly, perkara internal and external rumah memang ma akan rujuk aku. 

" poh, tolong bayar bil api,air, kereta, telefon, astro, bla,,bla,,"
"poh, minyak, kicap, senduk , sudu, ayam xdop.. tolong belikan.."
" poh, adik tadi mitok ma belikan seluar trek.. tolong gie beli.."
" poh, ubat darah tinggi, kecing manis, kecing tawar, bla.. bla.. habis. gie beli ye?"
" poh itu.. poh ini..."

bila aje aku kua rumah, aku mesti ditemani oleh ma. mana aje aku pergi mesti pergi heret dia. even, nak kua kan duit ATM dia pun.. aku yang kena keluarkan. aku makin beramah mesra ngan bank-bank, tempat pembayaran bil, di mana aku tak rasa orang muda seusia aku dah kena handle, beratur ambik nombor untuk bayar segala benda nie. #sigh. nak buat macamana kan?? aku yang paling besar. tapi aku enjoys! bagi aku. semua benda nie mematang kan aku. =)

baru-baru nie, sekali lagi aku menjadi seorang suami. abang aku asyik telefon dan mesej  aku.
 " tolong gie tukar minyak hitam kereta, gie servis. patutnya awal tahun lagi kena tukar minyak hitam tuh. tolong gie tukar tayar kereta depan belah pemandu. botok dah tayar tuh. dah nampak bunga dah. bawa kereta mesti dalam kadar perlahan yang amat. pastu alignmentkan sekali tayar tuh!" tiap kali call tiap kali tulah dia duk ulang. dan last few days. aku dah settled down semua job list yang dia buat untuk aku.

mula-mula. serviskan kereta. tukar minyak hitam, check aircond , enjin and ape yang patut kat satu kedai cina. nasiblah my mom ngan adam pergi jugak so, senang siket tugas aku. haahahaha. aku kust suh ma jelah yang cakapkan. so, yes.. my myvi dah selamat di operatekan. selama satu jam menunggu. aku terdetik, ya allah.. dah  besar rupanya aku. banyak benda dah yang aku terlepas pandang selama nie aku dah tau. brader servis  kereta punyalah baik ok. duk tulung bagi nasihat macam-macam sal kereta nie. aku nie? hanya angguk and geleng-geleng je lah. tak pun pura-pura mendengar walaupun aku tak berapa paham term..term kereta and ape benda yang disebutnya tuh pun aku tak tau. braderr! thanks untuk nasihat lu,. gua appreciated gila. lepas jer servis kereta, ma pun ajak pergi kedai tayar. aku layan kanlah. lagipun kedai tayar nie kedai kakak angkat aku. so, takder hallah tunggu alignment siap, tayar ditukarkan. sementara menunggu. aku berbual ngan kakak angkat aku. lepak ngan ma and adam sekali ok. lawak pun ada time tuh.keesokannya, abang aku ada call malam sebelumnya yang dia cakap kereta kami ada appoiment ngan pihak perodua. ala.. sal kereta myvi yang dipanggil balik nak tukar gear stereng ape ntah. ambil masa selama tiga jam. dek kerana kasihankan si adam untuk menunggu selama 3 jam lamanya. aku bertekad untuk pergi sendirian. kauuu! takut and jakun ok. masuk tuh macam nak nangis. nak rujuk sape nie? nasiblah diorang semua friendly layan customer. so, selama aku menunggu 3 jam. aku rasa aku terbongkang tak sedarkan diri. tau-tau je kakak perodua kejutkan aku. bukak je mata. mat aii! ramai jugak orang. alahaiii! malunya makngahhh! haha. so, selesai..!

lastly, hari nie.. aku dah berjaya nak mandikan myvi. dah lama pasang niat. lepas sehari, sehari. dek kerana takut sebab pekerja nya lelaki. aku selaki lagi angkut mak aku sekali gie car wash. rupa-rupanya kawan aku punya tempat kerja lah. Izzat (5pd) . rancak doe bercakap ngan dia. len  kali.. aku dah tak segan lah nak pegi basuh kereta. sebab kawan aku ada kan/ heee.. so, macam tu lah.. pengalaman aku. yang memang gila besar nak di bandingkan ngan gadis awal 20-an yang lain. dah gaya bapak orang kan?

nie pulak gaya mommy.. adam makin hari makin manja ngan aku mana aje aku pergi memang series nak ikut. kalau tak nak bawak dia.. aku memang kena lari-lari secara diam. tak boleh kasi dia nampak. lauuu tak.. mahunya mak aku call telifon mintak suruh balik. sampaikan ma aku selalu rungsing bila dengar aku nak kua jumpa kawan ke ape. datang umah.. terus masuk bilik aku. isap susu sambil baring lam pelukan aku atas katil. kadang tuh ajak aku bergusti korek mata hidung pun ada. perasaan yang sangatlah bahagia. series wa cakaplu. walaupun kekadang dia sombong tanak kawan aku, sebab adik aku ada kan? bila aku lesap kejap je.. mulalah menangis, kalut tak tentu fasal carik aku. aku rasa dia anggap aku macam mommy dia lah. sebab kadang-kadang kan mulut dia pernah tersasul panggil aku dengan panggilan mommy. pergi market duk lam troli mesti tunjuk barang yang dia nak sambil cakap " mommy,, adam nak.. mmommyy.. nak!' kadang-kadang tengok kiri kanan . malu. mesti cakap aku nie gatai menikah awal kan? tapi lucu pun ada. mesti diorang jeles ngan aku. dapat hubby hemsem. yelah.. dah adam comel gila kan? hahaha! tak aku genetik suami lah. muhahaha!! gila doe berangan.

so, kesimpulannya. itulah rutin harian aku, jadi seorang anak, kakak, ibu dan macam-macamlah. haa! jugak jadi driver my mommy! haha. takpelah. asal happy kan? korang?

XOXO,
nur hafifah hazizi

2 comments:

  1. Assalamualaikum, sabar je la.. mmg ssah nk dpat kje skrang ni.. saya follow blog awak ni ye :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam.. tulaa. Nak nak bru je dpt diploma kan. Xpe.. nanti bk tggu msuk deg. So. Mmpu duk umh je la.. heehee. Pwh. Thanks ye. Its a great honour dah bg sy. ;-)

      Delete