Wednesday, 29 May 2013

Bukit Keluang, Besut Terengganu one word that i can say is "awesome


Okaylah.. biasanya apabila orang cakap pasal Bukit Keluang nie. tentu yang terlintas kat kepala korang tentang pantai dia yang cantik gila tu kan? yes! memang no doubt. view dekat pantai keluang memang lawa! siyes wa cakap lu! okay! tapi aku nak cakap banda lain kali. iaitu, *dugudugudugu* sound effect kasi debaran siket. ngehngeh taaadaaaa! BUKIT KELUANG!

okaylah!so, aku ngan beberapa orang kawan aku nie main lepas mulut je sebenarnya.maksudnya kami rancang benda nie on the spot. main-main je ekcelikan? tapi kitorang yang belum naik lagi atas tuh macam ekcited giler nak naik! aku? lagilah.. aku memang suka hiking and climbing nie kan. chiewah! haha. so, kami pun berkumpul awal-awal pagi lagi okay! konon pukul 7 dah ada kat dataran kaki bukit tuh kan. tapi biasalah janji melayu. mana nak tepat kan? tu belum lagi aku ceritakan kisah aku pergi pungut kawan-kawan gegirl aku yang lain tu kan? hee.. lawak habis ah.

SEE.. SEMANGAT OKAY! PAGI-PAGI BUTA DAH NAK HIKING!
MUKA SEMBAB LAGI OKAY! 
NIE KES TAK LAIN LAH.
BERGADUH MESTI WAJIB! ERRHHH~!
TAPI MAINTAIN HAPPY!!
GAMBAR TETAP PENTING TAUU!~

so, untuk korang yang tak pernah naik lagi and tak pernah merasa and nak merasa naik ke atas puncak Bukit Keluang tuh.. korang boleh je pergi sendiri. tak perlu upah guide pun. tapi! haruslah ada seseorang yang dah biasa naik Bukit tu. karang sesat aku tak jamin! jangan cakap aku tak pesan pulak. kan tak pepasal polis datang carik aku lau korang sesat kan? ishk! tak patut! tak patut!

DEK KERANA AKU MACAM KALUT DARI RUMAH
SO, AKU BERGEGAS PAKAI SELIPAR JEPUN JE.
KPOP OKAY STOKING! NIE PUN NASIB ADA =)
CIKUGU PJ, GURU BESAR AND PK.HEM SIBUK MERANCANG XTVT =)
SO CHUMEL
WA, HILMI, MAMAT IZYAN AND GJOE
TAKDE LAM GAMBOR AKU, MENA AND IMAN =)

JUM MULA! TENGOK HUTAN YANG
KAMI MASUK GILA KAU!

HAPPY TIME WITH AWESOME
 BOYFIES AND GIRLFIES

so, mana tempat kita mula tuh? ok! biasanya sebelum sampai pantai Bukit Keluang nie dia ada cabang tiga tau. sebelah ke kanan and sebelah ke kiri. so, kalau nak gie pantai memang korang akan nampaklah pantai berada di sebelah kiri penumpang. dah nampak dengan mata kepala kau dah. tak perlu poyo  nak pening konon sesat ok. and untuk yang sebelah kanan penumpang nie lah jalan untuk nak start ke kaki Bukit Keluang nie. jalan dia sunyi wa cakap lu. aku drive pagi tadi macam. "err?? memang series budak nie nak naik? OMG" cuak jugak la. sebab memang sunyi kot jalan tuh. so, lebih kurang 500m korang akan sampai ke satu kawasan yang luas gila and ada satu macam toilet lama gitu. so, kat situlah kami park kereta kami. oh ye! kawasan agak sunyi pagi hari.. so, aku galakkan korang datang banyak kereta. and berlainan gender okay.jangan nak tunjuk hero gegirls nak pegi sendirik. lelaki harus ada! a must! 


FIRT PIT STOP. VIEM LAWA KAN?
KENAPA DENGAN TUDUNG I??! ERHHH!~
TADI GADUH KAN? SEKANG DAH DAMAI. SIAP CERITA SAL PERSONAL LAGI.
P/S : MIA! GJOE CAKAP "I LOVE U" ATAS PUNCAK BUKIT KELUANG.
SO SWEET!! HEHE. MUCH ENVY!
IZYAN AND WAWA. =)

NIE DAH SAMPAI TOP PEAK DIA. MACAM NEWZELAND AN??
TENGOK! TERBONGKANG AKU. NASIB ADA PK HEM TOLONG
BACKUP AKU DARI BELAKANG. HAHA 
ekceli,, aku tak tau kenapa dengan muka aku. buruk amat! haha

macam duk cameron. duk atas nie series sejuk. sumpah!

kepoyoan!

kami naik agak lewat jugak sebab menunggu kawan aku datang. lebih kurang pukul 7 setengah pagi. barulah we all naik guna jalan hutan! sejibik cam mendaki Gunung Tebu. haa.. kat Bukit Besar Terengganu ape kes kan? jalan pakai Tar. kat belakang tuh.. cinonet je jalan hutan. tu pun tak thrill sangatlah. tapi jalan untuk mendaki bukit nie memang! memang! korang di nasihatkan makan dulu sebelum naik. tak yah poyo konon diet lah pagi tuh. tanak makan kan? sebab korang series! perlukan makanan. u need energy to reach at the peak of the Keluang Hills. denai ? denai kah? tak tau aoe orang panggil tapi dah adalah trek yang orang buat. sape buat? haa.. jangan tanya.  gua tak tau! hehe. so, agak menakutkan lah. sebab yelah kawasan sunyi! hutan boleh tahan tebal! kami just berlapan orang. dalam hati tak habis-habis baca ayat suci. yelah.. tempat macam tuh kan? korang kena beringat jugak tau. =)

tengok trek dia! 
we are here!!!
best bro and cute sista behind me! mena!
so, bagi budak-budak MRSM Kota Putra nie mesti dah pernah naik kan? sebab kawan baik aku nie Izyan Farhana nie.. cakap dia dah naik dah. siap ingat lagi jalan okay! kagum! kecik tapi bersemangat waja. tahniah Yan. mu memang hebat! hehe. so, berpandukan Izyan and Hilmi *mereka dah pernah naik* sampailah kami ke puncak Bukit Keluang tuh. tapi.. jalan dia.. fuhhhH! memang 45 darjah ah! non-stop! aku, hanya makan maggi petang semalam memang pancit habis. tak pernah aku naik bukit sampai rasa nak muntah. segala isi perut aku nie menari-nari clubbing untuk keluar. kepala? pening gila kot. lau ikotkan hati.. tanak dah aku gagahkan diri nak naik lagi sampai puncak. series aku cakap. lam masa 20 minit mendaki bukit tu.. aku rasa dunia aku macam gelap tau. kaki nak melangkah untuk memanjat trek-trek yang tersedia memang susah gila. nak mati mak! kata yan " mesti tak makan nie sebab tuh mu kenaling nie poh" . alhamdulillah.. dengan semangat keng kawan aku. aku berjaya jugak sampai. sampai-sampai je terus aku baring pejam mata. sampai hilmi cakap " naik bukit mari untuk tido jah. ada ke orang mari buat cam tuh poh?" . aku yang rasa mual and loya gila tak mampu nak membalas kata-kata hilmi. " kan aku muntah kecoh pulak korang kan" desis hati aku.

pondok besar gedabak di puncak.
korang boleh makan nasik kat sini =)
tengok! tengoK!
view dia series lawa!
GIRLS IN ACTION!
NIE LA TOP VIEW PUNCAK TU. LAWA KAN?? =)
so, bila dah sampai tuh. first time aku tengok. wow! Amazing. Subhanallah! view yang terlampau indah. macam duduk overses. korang buleh nampak seluruh tanah melayu kita nie. seluruh pulau yang berdekatan nie. pagi tadi agak berkabus sedikit. so, mata aku yang rabun nie tak mampu nak melihat view dari jauh. hehe. aku and gang berhenti 2 perhentian. first tuh dah puncak tapi tak tertinggi lah lagi. bila aku tengok sebelah bukit sana masih lagi ada trek aku terus tanya hilmie ngan Izyan " ehh, yang nie tak puncak lagi ke? kat sana tuh trek untuk ape? macamana nak pergi sana?" terus kawan aku yang lain gelak. konon poyo lah.. nak naik lagi tinggi tapi yang tak berapa tinggi pun dah pancit. mamat pun balas " gila mekpoh, nak naik yang nie pun pancit. duduk sini jelah. xyah lah naik!" konon kan? saja petik nama aku padahal dia pun sama tak larat! dah berborak,bergambar sakan kat atas tuh.. tiba-tiba hujan turun. ape lagi.. memang mati-matilah nak turun. hilmi pun bawak kitorang nie cari tempat berteduh. kononnya kita turun. aku ngan najwa yang pancit tadi terus segar and hyper taw. mulut riuh kembali. nak-nak si gjoe duk belakang sama dengan aku and mena. memang riuh lah kat belakang dengan suara kitorang. nampak rumah-rumah kat bawah yang macam semut lah.. hampir keseluruhan besut jugak kot. yeke? ntah.. tapi korang nampak la.. rumah-rumah yang berkelompok kecil. " wei! rumah aku lah! maaa!! wat gapo jemur kain tuh??!!" laung gjoe tak pepasal. gila pun ada. haha. kelakar pun sama.

I JUST LOVE MY POST IN THIS PIC.
KEMBALI KE KAKI  BUKIT!
perjalanan mula-mula landai and alih alih dah macam mendaki pulak. eh?? nie nak naik bukit yang tinggi lagi satu ke? okayy! hilmie tipu!! rupa-rupanya dia bawaknya aku and gang ke bukit tertinggi sekali. lagi sekali aku pancit! tak sempat jumpa pondok terus terduduk kat trek yang tersedia tuh. ampun!! mommy! tak larat!! =( haha. banyak masalah aku pagi nie. sebelum panjat bukit tadi.. tiba-tiba perut aku meragam nak buang air besar. kecoh kejap cari toilet. nak buat macamana dah tuntutan semula jadi aku!? hishh! haha. dengan pancitnya, dengan tetiba tudung aku buat hal. so funny!  so, alhamdulillah.. kami berjaya mendaki Puncak Bukit Keluang! takderlah tinggi sangat tapi cukup untuk puaskan hati kita. =) and All went well. =) 
TERIMALAH GWIYOMI DARI MEREKA,
ALOLORRR OMEYY NGAT!

THANKS FOR ALL THE GUIDANCE! =)

P/S: Umo 21 tahun baru tahu keindahan Bukit Keluang. padahal rumah tak sampai sepuluh minit. hehe. korang bila lagi?? try lah! =) babes.. terima kasih beri peluang aku kenal dunia sekeliling. hehe. terima kasih sebab sabar melayan kerenah aku dari pagi tadi. banyak je ragam aku. sayang korang!

lots of love,
nur hafifah hazizi

1 comment: