Monday, 18 November 2013

i'm officially graduated from my diploma! #disebalik tarikh keramat ini... jeng....jenggg... jenggg!


Alhamdulillah.. 17 nov 2013 . akhirnya tarikh keramat yang di tunggu-tunggu setiap pelajar yang bergelar mahasiswa/i telah tiba jua. ALHAMDULILLAH.. aku berjaya menamatkan pengajian aku di UiTM Chendering pada bulan 4 tahun ini dan........

  "i'm officially graduated!!"

akan tetapi.. aku tidak menyertai mereka yang gembira untuk memakai baju keramat (jubah konvo) dan aku dengan rasa sedikit sedih kerana tidak menghadirkan diri pada tarikh berikut. TAHNIAH! kepada semua! kalian sudah melakukan yang terbaik.. we did well! hehe.. aku tumpang gembira buat kalian semua. emma proud of u guys!

haiii... bila aku yakin kan diri untuk tidak menghadirkan diri disebabkan perkara-perkara yang penting, jauh di dasar hati.. wujud perasaan terkilan dan sedih bila tengok FB FB rakan-rakan pakai jubah keramat.. gambar insta yang di uplod . lebih-lebih lagi sahabat kesayangan aku pun berkumpul. menitis jugak air mata nie. tapi apakan daya... aku dah buat keputusan. tak boleh nak patah balik dah.. takpelah.. aku tak se'lucky' korang. sentiasa senang hidupnya takder masalah. hehe.. nasiblah aku tak berayah .. alahai,... abah.. poh rinduuuuuu~ =.=- 

aku tak join sebab bukan apa. aku malas nak pergi sebab aku kerja. cuti lagi satu hal. pastu tarikh untuk nak siapkan visa pulak bertindih time konvo. and abang aku pulak tetiba tak mampu nak balik, memang takleh nak balik. takpelaa.. nanti degree aku pergi! hehehe! bila aku bagitau kenapa aku tak join konvo ke 79 nie. macam-macam dugaan yang timbul. semua macam mendesak suruh aku join. lau tak join rugiiii.. menyesal.. dan betul kata mereka.. sedikit sebanyak terbit jua perasaan sebegitu.. baik keluarga dan kengkawan aku, masing-masing memohon aku untuk mempertimbangkan balik keputusan aku. akan tetapi.. aku betul-betul tak mahu pergi. dek kerana something dan hanya keluarga kesayangan aku je yang memahami. ma, abang dan adikku.. thanks kerana memahami. biasalah dalam hidup tak semestinya ape yang kita rancang itu yang akan terjadi kan?? so aku redha. lagipun hati aku sedikit tawar hati untuk menjoinkan diri dalam majlis keramat itu =.=, hihi! 

dan Allah s.w.t tak pernah leka. ujian demi ujian dia utuskan untukku. baik dari segi fizikal dan mental. nak sampai ke tarikh keramat 17 NOV 2013. macam-macam tomahan, dugaan yang aku terima. luar dan dalam. sampai aku penat, letih dengan keadaan sekeliling. sedih dengan keinginan dimana impian aku dari dulu lagi untuk menghadirkan diri ke majlis konvokesyen ke 79 UiTM. dan sekali lagi.. namaku hanya sejarah. sedih dengan tekanan sekeliling ku. aku tak menyalahkan mereka. kerana apa yang mereka lakukan adalah yang terbaik untuk aku. tapi apalah dayaku dengan takdir Allah s.w.t. rancanglah sehebat manapun, bila dia tidak memberikan keizinan untuk kita, maka takkan terjadilah perkara tersebut. Allahuakbar lagipun KONVO untuk degree kan ada? insyaAllah kan? =)

oleh itu, my sayangness. especially my lesbo, teman sekelas, sebatch intake SEP2010 KITA DAH GRADUATED!!!!! haha.. percaya tak kita dah ada diploma!! TAHNIAH!! semoga berjaya dalam hidup kalian, aminnnnn~!

p/s: nanti aku update balik gmbar geng geng aku graduate okay? leniee takdak mood nak uplod gambor lol! hehe. dah penat dah nak melawan perasaan nak tuliskan cerita sal konvo nie. tapi dikuatkan hati jugak sebab ramai yang tertamya tanya kenapa aku takde di majlis konvo. hehe.. =)
tulus ikhlas,
nur hafifah hazizi

Sunday, 10 November 2013

i won't give up on us.

so.. dah lama tak menulis lirik lagu fav guaa.. hehe.. lenie tengah khusyuk dan tergilakan lirik lagu dari penyayi Jason Mraz.

When I look into your eyes
It's like watching the night sky
Or a beautiful sunrise
Well, there's so much they hold
And just like them old stars
I see that you've come so far
To be right where you are
How old is your soul?

Well, I won't give up on us
Even if the skies get rough
I'm giving you all my love
I'm still looking up

And when you're needing your space
To do some navigating
I'll be here patiently waiting
To see what you find

'Cause even the stars they burn
Some even fall to the earth
We've got a lot to learn
God knows we're worth it
No, I won't give up

I don't wanna be someone who walks away so easily
I'm here to stay and make the difference that I can make
Our differences they do a lot to teach us how to use
The tools and gifts we got, yeah, we got a lot at stake
And in the end, you're still my friend at least we did intend
For us to work we didn't break, we didn't burn
We had to learn how to bend without the world caving in
I had to learn what I've got, and what I'm not, and who I am

I won't give up on us
Even if the skies get rough
I'm giving you all my love
I'm still looking up, still looking up.

Well, I won't give up on us (no I'm not giving up)
God knows I'm tough enough (I am tough, I am loved)
We've got a lot to learn (we're alive, we are loved)
God knows we're worth it (and we're worth it)

I won't give up on us
Even if the skies get rough
I'm giving you all my love

I'm still looking up

so.. nie sedikit video klip beliauuu.. have fun guys! 


sincerely,
nur hafifah hazizi


Tuesday, 5 November 2013

cara-cara untuk membuat Passport a.k.a Buku Merah =)


Lately, aku baru siap dari menyiapkan buku pasport aku. series aku cakap penat woo! as aku nie tak der pengalaman untuk buat buku pasport nie. so agak pening-pening lalat lah aku dengan kawan aku yang first timer yang nak kua travel je jauh nie kan. heee~ so, aku ceritakan serba sedikit tentang pengalaman aku yang jakun nak menyiapkan buku merah nie a.k.a passport.

Okayy, ape yang korang perlukan dan bawak untuk membuat pasport hanyalah 2 keping gambar passport dan kad pengenalan anda. korang kena datang sendiri tau. jangan gegatal nak kirim kan dekat orang lain pulak sebab 'thumbprint' kita akan diambil tau.

this is what i mean. background kaler putih
tudung fully black!


so, jangan lah pulak jadi cam aku dan kawan aku. tetiba kena kua balik bila mak encik imigresen tu cakap " maaf ye dik, gambar passport latar belakang kaler biru kita tak terima ye. kita terima kaler putih je. tudung kaler hitam eh! oh ya! awak warna dah hitam tapi ada polkadot , kami tak terima" tegasnya mak cik tu cakap. buat penat aku je. then lepas terkedek-kedek aku ngan kawan aku pegi carik kedai gambar. terus snap. nasiblah sekarang gambar cepat siap kan? xsampai sepuluh minit dah siap gambar.

sesuka hati je kan? ngan tudung kaler biru.
memang tak lepas lerr!
so, kembalilah kami ke pejabat imigresen tuh. bila nama di panggil.. kita kena ukur tinggi dan berat bagai. pelik jugak aku. tapi ikutkan lah je.. jakun kan.. hehehe.. pas sekali lagi thumbprint kanan dan kiri di scan. kami pun buat pembayaran.

 RM 100 = 2 tahun
RM 300 = 5 tahun

dek kerana aku buat di pejabat imegresen yang kecil , maksudnya cawangan daerah , bukan di ibu pejabat negeri terengganu.. so, aku kena tunggu selama 5 hari barulah pasport aku siap. well.. well.. kalau korang pergi ibu pejabat besar tu... korang leh dapat passport selama sehari je. tunggu kejap dah dapat. =)

so, itulah sahaja. =)

sincerely,
nur hafifah hazizi

Sunday, 6 October 2013

i'm back!!! life updates!

derrr~ fuhh! fuuuhh! fuhh! ooommmjiee.. lama ngat ngat kite tinggalkan blog kita yang kiut lagi simple nie. pheww... missing me? alolorrr!! omell ngattt uolss! =)


ntah kenapa aku macam dah kureng siket nak menulis blog nie. walhal memang dari alam keremajaan hingga nak monopous nie memang aku n menulis memang berpisah tiada. *kekeke* 

banyak! terrramatlah banyak untuk aku menaip. Qada balik yang dulu-dulu dah aku tinggalkan blog aku. huaaa! muhehe.. tak tau acaner nak mula nie. grrr~

okay. aku tak nafikan yang aku dah lalui macam-macam kesukaran dalam hidup aku. i tolddddd u huh! my life never ever ever well smooth! mesti berbengkang bengkok. ape yang aku rancang aku harapkan memang series tak menjadi. series epic gila emosi gua! =( cuma apa yang aku buat, aku cuba tak cepat melatah. telan semua dugaan yang menimpa. ujian, segala jalan tang tertulis dan aku pilih nie. aku kena kuatkan diri tabahkan hati cekalkan semangat =) satu je pesanan aku: jangan sesekali paksa diri kita. ikhlas lakukan sesuatu. kalau tak mampu berhentilah. jangan paksa. ambil jalan lain. mungkin sukar dan penuh tanda tanya tapi.. tak siapa tahu kan? pernah kan zaman sekolah dulu belajar poems bahasa inggeris "the road  not taken" haaa.. gie study balik poem tuh! korang tentu paham maksud aku. insyaAllah.


sekarang..  menunggu panggilan ke degree untuk bulan 3 nie. aku isi masa ngan bekerja. i bekerja kat kedai maxis. gaji okaylah. =) cukuplah buat aku beli aiskrim pulut *peminat tegar hokeyhh* . hidup nie penuh dengan hikmah kan? selama aku mulakan kerja. mindset aku mula berkembang . dimana aku boleh nampak cara rakan sekerja bergaul macamana, suasana kerja ofis and yes! menghadap customers yang kekadang bagi aku psycho a bit larh. huargh! sooooo chalenging! =) all my colleagues  memang alhamdulillah. macam macam perangai. aku yang paling muda sekali and yes.. kami tak sebaya ada yang dah kahwin, ada bertunang ada yang masih singgle, not available macam-macam status lah but! kami sempoi. leh borak randoms. bagi aku pengalaman di mana aku rasa sesuai lah kot nanti bila kerja lepas habis deg karang. "ouhhh, macam nie rupanya berkerja. walaupun lain beza umur, pangkat dan status tapi tetap berkerja sama " pftt!~ mesti ade yang tak paham kan? takpe! nanti insyaallah korang akan paham. =)


back to my personal life. yeah! dah tak mo cakap banyak dah. i'm letting all the pass go. i will move ahead. tapi  buat masa sekarang. aku tak mo komitmen ape. biarkanlah masa. jangan penah mendesak aku untuk mencuba atau menerima. jujur aku tak suka. last-last aku akan menjauh. =) biarlah.. kalau benar jodoh itu ada, biarkan lah perasaan itu datang semulajadi. sebagaimana aku tidak senang di tunggu, aku juga akan berhenti menunggu. sebagaimana aku rimas dengan pengharapan, begitu juga aku akan hentikan semua harapan aku. aku tak perlukan harapan lagi. kerana aku dah punya jawapan. =)


so, as long as u can smile.. just enjoy every ur liltle
moments with beloved one =.=
sincerely,
nur hafifah hazizi

Friday, 16 August 2013

i missed my old soul brother =(

sebelum terlambat.. aku ucapkan

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin 
kat hangpa semua.

okayh.. lately, aku baru sedar yang aku nie dah jadi agak anti-socials. maksud aku.. aku dah jarang berblogging, tweeting, facebooking , texting whatsapping, wechating and others ing-ing lagi lah. sekarang cuma scroll down segala jenis apps like, fav,or double tapping ape yang patut pastu off9.series cam dah hilang interest kat dunia socials semua nie. lau kawan ajak chat ke whatsapp ke.. 4,5,6 patah bls then terus lesap. symptom apekah ini??

oleh kerana habits pelik aku nie. aku dapat rasakan kawan baik aku makin jauhhh dengan aku. but still, aku macam malas nak endahkan. kekadang dia anta wechat. aku balas lambat then dia pulak tak balas. oh ye! aku ada symptom pelik. aku suka buat something. i mean duk depan laptop layan cerita sampai lebam. takpun tengok tv sampai  bengkak mata. takpun baca novel dimana aku ambil masa untuk membalas text orang lambat. lepas aku baca aku jadi "jap lagi lah reply.. jap lagi la"sampaikan akhirya tak terbalas. tak pun penyakit lama aku yang tak pernah dapat aku ubati iaitu.. tak suka charge phone! kekadang tu tak tau pu phone aku dah mati. and aku jugak berpenyakit malas nak topup! *gaya memang forever alone* 

so, my bestie. aku dapat rasakan aku dengan dia macam dah jauh. aku takkan statekan sape. kalau kat tweeter memang aku metion lah nama dia. kat sini tak mampu sebab umum sangat kan?? aku dah macam jarang keep in touch dengan dia. aku dapat rasakan persahabatan kami ada jurang. series aku sedih. aku mengaku.. sejak melihat keitiman beliau dengan buah hatinya aku jadi.. woahh! sweetyer. pastu bila dia anto mesej ke ape ke. aku jadi dah tak kisah sangat sebab mind set aku cakap "alamak! lupa balas mesej dia nie! eh! takpelah.. ehem-ehem kan dah ade.. okaylah tuu" haa... nampak tak pemikiran narrow aku tuh? *geleng kepala*


lepas tu harapan aku macam nak tunggu dia balik as he work outside of besut. i mean "nanti dia balik kita lepak sakan lah.. ape susahhhh" macam tu mind set aku. =( tapi malangnya.. bila kami berkumpul aku dapat rasakan jurang antara persahabatan kami. maksud aku.. dia tak sempat dengan aku. i mean aku jadi kaku pulak dahh... haishh!  kalau dulu... aku seperti dilayan lebih sikit tapi sekarang aku rasa aku dah macam nothing. bila lepak aku dah takleh nak mendekati dia. aku dah tak de modal sangat nak bergurau sebab aku bila lama tak jumpa memang akan jadi kekok. take time nak okay. so, slowly.. aku jadi cam jauhhh hati. mengada kan? sampaikan dah tak excited dan juga dah takda mood untuk hang up lepak sesama. rupa-rupanya aku baru tahu.. dia bukan abang aku sorang. dia bukan untuk aku sorang. dia .. dia... dia... #sigh. i missed him. i missed my old brother. i missed my soul brother. i missed all the tololness and poyoness we both. 

dear bestie,
kenapa jadi cam nie? aku nak abang aku macam duluu.. aku tak sukakan suasana macam nie. kaku. aku nak bergurau macam dulu. aku tak endah bukan sebab aku tak care. cuma memang habits macam nie. aku senyap bukan tak fun tapi aku tak tau nak interact camana. pliss... bagi masa. bagi peluang untuk kita jadi cam bff dulu. betolkan? kita dah tak macam dulu? =(

sincerely,
nur hafifah hazizi

Thursday, 1 August 2013

THROWBACK : MY SPM (2008/2009)

lol! kat group skolah gua banyak betul adik adik merungut sebab trial spm dah nak dekat la. ape lah kan. pastu mulalah masing-masing post something yang "susahnyaaa duk kelas sains, hoi! akaun lagi susah okay! dia ada soalan dari oversea okay! dan budak eco pulak masuk tgk slope keuntungan ape ntah dan begitulah budak perdangangan dan ye, seterusnya asas" masing-masing gelabah. well, as akak poh nie kelas sains so, i cheritakan lah kenangan berada di dalam kelas sains selama 2 tahun.

akak berjaya menempatkan diri dalam kelas sains. kelas kami tak ramai orang pun lam 20 orang aje. so, sangatlah beruntung sebab yelah. sebab tak ramai kan? pastu sekolah kami nie cikgu sama je yang ajar. so peluang untuk rapat dengan cikgu memang tinggi.  antara dua aje sebab terlampau ceredik atau terover pemalas. dan yes! saya seorang yang malas. bukan golongan yang cerdik pandai. hehehe. wajah nie lah yang selalu takda lam kelas. wajahnie la yang selalu riuhkan kelas dan wajah ini lah yang banyak bercakap. muhahaha.
tengok. betapa hitam + gelapnya aku dulu.
sampaikan dak lelaki kelas aku panggil aku
poh nigeria! haha! tolol!

BARIS KPW

okay. form  4.. ramai yang cakap tahun tuh tahun honeymoon. well, betol lah. padahalkan, awal tahun semangat punya sangatlah meninggi! (sebab konon result pmr okay kan?). memang bersemangat! kalau boleh terus nak belajar KIMIA ,BIO, FIZIK. poyo! haha. lepas tu, feeling kita kononnya dah besar. waaa! eksaited!tapi betul lah, dia punyer semangat akan slow-slow berkurang okay dan kamu akan memang menjadi pemalas. awas! semangat kena kental! jangan cepat meresap.kalau orang aktif, masuk sukan, kawad lagi, bola jaring, bola baling, masuk kem sana, kem sini. haa.. bulan 7 atau 8 korang baru clear. kira memang leh fokos.sebelum tuh.. memang akan main main. jadi student Sains. effort korang kena double,

buat baik ngan cikgu, selalu ringankan tulang jumpa cikgu. macam-macam lah lagi. jangan lau tak paham pendam sengsorang atau pasangkan niat " takpe,, cover dekat tuisyen, kat rumah pun boleh, tak pum! study guna buku" jangan! jangan sesekali pasang niat. sebab pengalaman sendiri. bila kita sekali takpaham. lepas tu kita diamkan. lepas tu lagi,lagi lagi, end up. korang akan give up and lost. nanti nak exam bulanan. korang tak kan paham nak pegang ape nie? nak tengok yang mana dulu? time tuh nak mintak tolong sape ajarkan? kawan? cikgu? kalau ader yang sanggup takpe, tapi siapa yang nak ajarkan? setiap subjek 7 chapter tak paham. cuba tambah tolak darab bahagi semua. berapa lah korang nak kena menuntut?? haaa.. nasib lah. masa tuh dah tak der jalan lah. mulalah call semua kawan seluruh Malaya konon nak cari sport/ peruncingan kan? ape senyum-senyum? pernah la tuuu! =.=

*****


CLASSMATE UNTUK 5 TAHUN BERSAMA
seringkas mungkin akak nak sharekan pengalaman akak jadi budak SPM. akak tak clever. sumpah. tak pandai. pemalas lagi dik. selalu auta. hehehe. maksudnya nak hidup kan? akak memang berusaha sedaya mungkin nak ape yang akak nak.

okaylah. masa form 4. memang kaw-kaw akak main-main. lepas gian kan? setahun (form3) bercuti dari aktiviti KOKO kan? so, memang muka nie yang selalu skip kelas. tapi akak ada advantages. sebab cikgu memang rapat ngan akak kecuali cikgu BIO,FIZIK,KIMIA and ADDMATH. ha.. tak taulah akak tak reti nak buat baik. dek kerana lam hidup akak nie, akak tak berapa gemar orang yang suka ampu cikgu so, memang lah takreti nak berbual. lebih-lebih lagi cikgu yang nerds gituu kan. lau yang mulut luas, mulut lancar memang akan ngam lah dengan akak sebab apa? sebabnya dorang selalu marah aku kes takda lam kelas la apela. tapi tetap aku sengih. sampaikan masa temu murni ngan ibubapa aku ingat lagi cikgu Sj aku, Pn Zainun gitau ma " kak, kita mitak maaf. memang selalu kita marah anak akak. sebab anak akak marah gajah rimau pun dia tak melenting. sebab tulah kena marah selalu." haa.. tengok! tengok! kekerasan hati i. hehe. ekceli bengang jugak kan kekadang. tapi memang salah aku. takkan lah nak melenting kan? malu? alaa! classmate dari form 1 lagi. dah takda perasaan malu lah. hahaha! 

separuh dari kami. aku pakai tudung hitam sebab akan bergerak
ke stadium . orang lain masuk kelas belajar. haishh!
tapi naik form 5. aku sedar yang aku kena gain attentions cikgu-cikgu aku. as aku nie pelajar yang makan ampu cikgu. aku kena motivated diri nie rapat ngan cikgu. aku memang! bila cikgu yang bagi extra care, atau attentions siket.. aku akan semangat lam kelas tu. bila lam kelas cikgu yang macam pilih kasih sikit budak pandai ngan tak aku pun macam kurang lah siket. nampak tak? nampak? so, nak dijadikan cerita. entah camana result akhir tahun addmath aku tertinggi daripada biasa dan boleh termasuk list budak yang selalu cemerlang addmath kiranya cikgu addmath aku mula nampak bakat terpendam aku. as, dia seorang yang baik.. melayan segala pertanyaan bodoh. suka berbual ngan aku. memang yes! aku semangat. sampaikan form 5 dia memang polish addmath skills aku. memanglah takderlah bijak mana pun tapi cukup lah untuk tidak fail lam setiap exam. tak bijak pun. HAHAHA.  okay cikgu bio aku nie macam pelik siket. dia macam dingin ngan aku. tak pernah nak bermesra. even kalau aku berusaha bila lam kelas bia mostly akan diadakan lam lab atau bilik tayangan. bila kekadang ada semangat nak belajar rajin-rajin aku akan lompat ke group depan . group bijak pandai. lau malas aku akan join group buat taik mata. seriesly! aku tak paham. kekadang aku baru tersengguk mengantuk walhal kawan aku di sebelah buat peta. bila nampak aku layu. mesti cikgu bio akan panggil "paahh.. g kemana dah? duk meja depan!" memang aku selalu kena. so terpaksa lah terkedek-kedek tarik bangku ke meja depan. tahannnn je lah perasaan mengantuk.pantang aku layu sikit. mulalaah seru nama aku. kawan kat sebelah gie dreamland,legoland. aku bru nk book ticket dah kena tangkap. haishh. memang chemistry kureng lah. hahaha. cikgu nie takder pengalaman acaner aku leh rapat. bila dia senyum kat aku pun dah dianggap satu keajaiban ke-8 dunia. siyes.  then, cikgu FIZIK. sangatlah baik. boleh buat masuk gang. tapi sayangnya. otak aku memang tak leh masuk fizik. bio dengan addmath aku syok addmath. bio dengan fizik , aku sanggup menghafal bio. walhal orang selalu cakap bila kita survive addmath, kita mampu survive fizik kan? tapi tidakkk bagi aku! memang cannot go langsung fizik lam otak aku!.entahlah.. maybe soalan dia tak straight kot. so aku xleh nak bayang satu. memang maaf la. cikgu baik pun, ajar mati-mati pun. aku dah dapat grab lam kelas tapi bila exam. macam tak penah belajar. kekadang tertanya-tanya "ehh, ade ker belajar sal nie? aikk?" haa.. macam tu punya takda idea. lastly, cikgu kimia. dia sangatlah garang. bila dia sounds. kita duk tingkat tiga pun leh dengar suara dia. memang tak berkelip lah aku bila lam kelas tu. memang sengaja akan duk meja belakang. sengaja! tinggal 4,5 orang je meja depan. lagiii lah dia cari /point kami yang group belakang. aku sangatlah lemah lam bab cari electrochemical series, sampai sekarang macam blur. nasiblah dah tak jumpa sal ECS kat diploma. yang belajar nya organic. so, tahanlah siket. =) cikgu nie. lagi kita tak paham lagi tuh dia tengking kita. mana lah tak kecut. tapi thanks to her. setiap tahun peratusan kimia sekolah kami mesti naik. 


merekalah antara sahabat yang banyak membantu aku tika
aku mula bangun nak memecut. thanks guys!
macam-macam lah ragam. bila pikir pikir. ngan perangai mengarut aku nie. aku tak sangka aku mampu untuk survive lam core science. belajar last minit gila. bulan puasa memang tak tidur. tidur lepas subuh. pastu pantang cikgu masuk lambat, ada meeting takpun time rehat mesti aku membuta time sekolah. teruk kan? pastu, dengan muka tebalnya aku pergi menuntut ilmu kawan aku. selalu grab sesaper je yang boleh ajar aku. hehehe.. nasiblah semua lam kelas baik. tapi biasalah study kejap je. main tambah bergosip pulak lebih. hahaha! nampak tak? =) aku start catch up semua subjek lam pertengahan bulan 7. memang dugaan. aku bukanlah budak cerdik pandai. aku kena kerja kuat untuk gain sesuatu. so, agak penat lah bila kena speed up last minit. sampaikan aku terpaksa skip sesetengah chapter sebab tak sempat nak cover. tak sempat nak study. memang tawakal je ilmu yang aku kumpul time SPM.  dahla SPM semua kena tulis kan? bulan 10 ke 11 ye aku SPM? lupa. tapi start dari bulan 7 aku mula sedar dan bergerak. memang penat dik. so, jangan.. jangan lah sesekali main-main awal-awal tahun. struggle cepat. lau tak adik kena kuat fizikal dan mental. macam akak, akak kena pasrah lah ape yang termampu. dan alhamdulillah. result akak di luar expectations akak. alhamdulillah. but still, akak tak mampu nak score an A's for FIZIK,BIO,KIMIA and ADDMATH. so.. 

berusahalah.! itu kunci kejayaan =)
jangan merungut. selagi ada peluang dan cara. carilah
bagi mereka yang macam akak nie. tak bijak manapun, suam kuku
kunci kejayaan kita, kita kena usaha sehabis daya! usaha ibarat budak straight A's 
lain-lain, serahkan pada Allah s.w.t =)

sincerely,
nur hafifah hazizi

Saturday, 27 July 2013

Impian

bercakap tentang impian.
aku punya impian. dari kecik sampai ke besar gajah nie. aku punya impian.

impian untuk berjaya dalam hidup, bahagia dalam hidup, pandai, jadi cantik ,bijak dan well standing macam hanis zalikha *ececeh! i'm a big fans of her*. impian untuk membahagiakan orang tua. impian untuk punya sahabat sejati, impian untuk menjadi muslimah sejati yang diredhai Allah. InsyaAllah.

tapi, tak semua yang kita impikan tuh dapat. realitinya.. hidup nie tak semanis impian, hidup nie jugak tak seindah mimpi. itu yang kena kita ingat.

bila kita berkehendakkan sesuatu yang tak nyata.. dan Allah seakan sedang memberi kita nikmat keindahan impian kita itu walhal kita tak pasti pun berapa lama benda tu kekal ke.. tak  ke.. ape ke kan? wahai manusia, kalian sedang di duga! =)

dugaan datang sekali dengan impian.
why did i say so??
sebab, bila kita impikan sesuatu, contohnya.. nak hidup senang(kaya) , nak bahagia (manusia), nak makan/shopping/macam-macam lagi (keperluan hidup). dan macam-macam lah lagi segala jenis keinginan.  percaya tak aku cakap, yang manusia akan buat ape saja walaupun mungkin dengan cara kotor semata-mata untuk meraih impian mereka? betul kan?
tapi! tidak sesekali berhempas pulas untuk memantapkan keimanan dan amalan mereka. bila ditanyakan ape yang semua nak di akhirat, semua tanpa segan silu akan jawab "syurga". akan tetapi, tak pulak berusaha macam nak mati ke arah sana.  *nasihat pada diri sendiri jugak sebenarnya* *malu dengan diri sendiri*

oleh itu,
impian memang macam-macam. semua yang indah. tapi awas! silap haribulan.. impian tersebut lah yang membunuh kalian. chiewaahh! aku nie dah kenapa kan? cakap macam dah dewasa gila. hehe.  saja. acah sikit! nak suh korang nervous! kah kah!

aku punya impian. dan aku jenis degil serta keras hati. bila aku cakap nak tu.. nak lah jawabnya. bila aku suka benda tu. benda tu lah jugak aku stick like a gum! bila aku susah sayang orang, tapi bila nama kau masuk lam hati aku, susah lah kau keluar. so, impian aku inilah. tapi, aku ada kelemahan. aku tak berani mencuba atau mengekspresskan feeling aku. aku tak berani kejar impian aku. masalah jugak aku nie.


aku punya impian untuk bekerja. nak belajar setinggi mungkin. at least ada deg. carik kerja, and yang penting aku nak tolong ma. nak sangat-sangat. aku anak perempuan seorang. dari 3 adik beradik. abah dah tak da. sekali gus aku rasa aku juga bertanggungjawab untuk ma. sangatlah takut untuk tersalah pilih suami. sekarang umur 21. aku dah boleh pikir sal nie. sebab tu lah taknak terburu-buru. mencari kekasih memang mudah kan? tapi tidak suami. ape yang penting aku nak bahagiakan ma. adik aku. abang aku? haha! dia kan abang.. keke. =p. itulah impian aku. menjadi seseorang yang mampu melindungi adik dan ma aku. bila dipikirkan balik. takpe aku sorang-sorang. asalkan aku punya adik ngan ma selamat. tuhan maha adil kan? insyaallah. kesunyian aku nie di gantikan dengan insan terbaik. yang mampu melengkapi kekurangan dalam hidup aku. yang mampu membimbing bukan memusnahkan. mampu melindungi aku, sebagaimana aku cuba untuk melindungi keluarga aku. hanya itulah impian aku. sekarang,  aku gembira . kerana hidup aku tak pernah sunyi. bila aku diduga. aku punya sahabat di belakang ku. ramai yang menyayangi diri ini. itu jugak impian aku. di sayangi oleh sahabat. terima kasih atas nikmat mu. di sebalik aku sibuk menunggu my mr.one. rupa-rupanya, aku ada sahabat yang melengkapi kesuyian hati nie.


 siapa cakap being alone is not fun? kan? =) all u need is "just love yourself,live urlife to the fullest!" enjoy every moment yang kita ada. kita selalu cakap kita di duga kerana impian kita tak terlaksana kan?  tapi, bila impian kita dapat, pernahkah nak bersyukur? kita cakap kita ditinggalkan.bersendirian. tapi Allah hantarkan sahabat sejati pada kita untuk bersama. kenapa kita tak nampak? jawapannya. impian kita tak terlaksana. bukan? take a look around u. anda pasti akan cakap. yeahh! aku dah punya lebih dari apa yang aku impikan. trust me. insyaAllah. 

i left everything from yesterday, so today i will live my life well. i chased away all the pain, as i hope that i can feel the happiness soon. i chased them away from me as i was an option for them. i will live my life well, for a better tomorrow. 

love,
 nur hafifah hazizi

Thursday, 25 July 2013

money


Living a day without any money in ur wallet/purse is damn!
pffttt~!


duit! sape tak mo duit kan? hurm.. masalah bagi aku kalau tak berduit nie. bila tak da duit nie mulalah malas nak bergerak, nak berhubung ngan girlfies, ngan sape-sape lagi lah. mula rasa nak dukkkk je lam rumah jadi anak dara sejati.. weee~~ untung tau u alls dapat iolss y sejati tak kua rumah!. *statement mintak pelempang!* haha

well.. kawan-kawan aku nie jenis style cam boboi siket okay. kitorang tak macam others girlfies. kua sembang kat pantai ke, kat sana la.. kat situ. ala.. yang sweet-sweet punyer tempat. we, nie macam boboiboy. nak nak dengan girlfies sekolah rendah iolls. memang on the spot je kua tau. yang syoknyer. kua pulak malam-malam . siang hari membuta. manly enough!

bila kua, memang perlukan duit! port paling best lepak rumbia ngan kedai pok awie. mesti! mesti! berkumpul kat situ. kedai tuh laku atas jasa we alls je. muhehehe. banyak fuluss melayang tau! haishhh. kesian pulak ngan mami. tak tergamak nak mintak duit. alahaiii.. nasib nasib.. semua duit sekarang. kua ngan kawan pun kena pakai duit tau. mana mau cari duit?? nak kerja? i malasss! muhehe. huargh! *stress!*

lenie, hampir 3 tahun bersendirian aku mula dah biasa. rasa malas nak berdua. chieewah! malas lah. selain dari bebas nak kua ngan sape.. bebas sebebas-bebas nya.. money pun diperlukan lam perhubungan. lau aku nie.. aku jenis yang suka bagi hadiah laa.. suka beli itu la.. beli ini. over you! walhal satu pun tak jalan! bila cakap "maaa!! nak kawennn !!!" mulalah mami iols balas. " nak kahwin ada duit ke?? gewe pun tarak! dulu bukan main lagi bercapel!" haaa.. lebih kurang cenggitu lah. hehe. biasalah ma. proses puberty omputih kate. wehehe =* shayam mami!


so, money money money! cari harta dulu baru boleh pikir hal seterusnya!. nak duittt! nak duit nak shopping! nak duit nak beli gadjet.. nak duit nak bergayut ngan crushhh! nak duit nak berbelanja and yahhh!!! i'm craving for moneyyyyyy~ pelish! haha.. desperado gilers an? takderlah. aku just nak gambarkan dunia alaf 21 nie. semua kena duit. giteww.. takpe.. aku dah adapt dah keadaan tak berduit nie. so, live well. insyaAllah.. aku percaya rezeki di hadapan hari. =)

adiooosss~!
p/s: i need money! need it almost 3K. mana mau cari??? nak g jepunnnnnnn~! =(
love,
nur hafifah hazizi

Monday, 22 July 2013

Kun Faya Kun.

 Ya Allah,


mungkin rahmat mu di bulan ramadhan. semangatku kian pulih.aku mula mampu menerima kenyataan  dari tamparan hebat ini sedikit demi sedikit. segalanya aku serahkan kepada Allah. segala yang berlaku ini semua dengan izin mu. dugaan mu mungkin kau turunkan untuk aku dek kerana aku alpa dan jauh darimu. alhamdulillah, aku makin dekat dengan mu Ya Allah. =)
KUN FAYA KUN
Bila Allah berkehendak serta menghendakinya, dan pabila Dia telah menetapkan sesuatu maka Allah berfirman kepadanya: "Jadilah", maka jadilah dia. Begitulah beberapa ungkapan ayat-ayat kun [jadi] maka faya kun [jadilah] dalam al-Qura’an.


aku kian pulih. aku mula menjadi sebiasa mungkin di alam maya, di whatsapp dan juga di depan rakan-rakan. terima kasih rakan-rakan aku, kawan baik aku yang tak habis-habis memberikan yang terbaik untuk membantu aku kembali bersemangat. semoga kalian di rahmati.

senyumku bukan bermaksud aku lega, tawaku bukannya bermaksud aku gembira. aku redha. mungkin ada sesuatu yang menanti aku. mungkin Allah telah tetapkan ape yang terbaik untuk  aku. Allah knows better.

sabar dan sabar dan sabar.

maafkan aku. satu perkataan yang benci aku dengarkan ketika 3 tahun lepas dimana aku sentiasa di suruh bersabar ketika abah aku sakit. seorang demi seorang datang membuatkan aku lali dan sangatlah membenci perkataan "sabar". kak anne aku know me better. hanya dia aje yang mampu menenangkan aku tanpa menggunakan perkataan sabar. Kak anne, kawe rindukan demo =(.dan sekarang, aku terpaksa menemui perkataaan sabar. adrenaline aku sentiasa naik sekiranya perkataan ini aku dengari. sungguh aku benci perkataan sabar. hati ini bagai tersiat-siat tatkala mendengar perkataan sabar. sabar bagiku tak ubah macam menunggu. dan menunggu sesuatu yang mungkin tiada harapan sangatlah memedihkan hati. secara realitinya,mustahil untuk digapai dan terlalu jauh untuk dikejar.

sungguh sehingga kini. aku kadang-kadang tak memahami kenapa aku? kenapa selalunya aku? walhal aku tidaklah jauh ketinggalan dengan kalian. kenapa selalunya aku??? Ya Allah. ampuni aku kerana menyoalkan ketentuan mu. kurniakan aku kekuatan sebagaimana kau kurniakan kepada para nabi untuk berdakwah menentang orang kafir. 


doakan aku kuat, tabah dan mula mencorak langkah untuk segala kemungkinan yang bakal  terjadi. ya Allah.. kurniakan lah hambamu secebis kekuatan dan semangat. jiwaku melayang. sungguh. aku ibarat melayang. tak mampu untuk dikongsikan rasa pedih dan sakitnya hati ini dengan orang lain.sememangnya kejam untuk aku meluahkan ape terpendam kepada kawan aku. ibarat membunuh kebahagiaan mereka. aku taklah sekejam itu. maka, aku terpaksa menyembunyikan rasa sakit ini. mereka mengatakan mereka memahami perasaan dan kedudukan aku. tapi, mereka hanya memahami di permukaan aku sahaja. bukan dasar aku lagi.

thanks ma and my bross. i know aku mengecewakan kalian. tapi sungguh.. aku tahu kalian mahu yang terbaik untuk kita sekeluarga. terima kasih di atas dorongan. keluarga akulah yang paling terbaik. yang mendengar aku menangis teresak-esak. yang termenung yang mengalirkan air mata secara tiba-tiba.dan aku mulai demam. akhirnya, aku mula bangkit melihat realiti. andai bukan di sini rezekiku. akan ada lagi di hadapan hari. sekian. =)



kun fa ya kun.

trust Allah,
nur hafifah hazizi

Sunday, 21 July 2013

dugaan terbesar 2013

hai! salam ramadhan!

okaylah, hati ini makin rasa sakit . tersiat-siat hati nie. separuh jiwa ku melayang entah kemana. bergerak ke kanan dan ke kiri dengan perasaan sebak membungkam. Ya Allah.. dugaan apakah ini? sungguh aku tak kuat. merintih pun tiada gunanya. ape yang mampu aku buat? ape yang mampu aku ubah?

sakitnya hati nie hanya engkau yang tau Allah. sungguh.. kurniakanlah aku secebis kekuatan. insya Allah. =)

xoxo,
nur hafifah hazizi

Wednesday, 17 July 2013

short life update!

 
laa gila dah tak update story. tak tau nak story ape.. taip... taip... pastu delete balik.. tak tau! series.  sebab bila nak bercerita, teruss aku tweet . and nowadays, Im not so intrested to FB anymore. kekadang nak naikkan status pun dah segan dah . hidup ialls skrg di dunia Twitter and Insta. =)

so.. sesimple mungkin aku gitau yang :

1. aku masih tak bekerja. menganggur dan menunggu keputusan penerapan UiTM  jumaat nie. 

2. aku masih lagi freee!! tak der tanggungjawab kat sesapa.

3. adiccted to Lee Jang Suk lam I hear your Voice.

thats all. salam ramadhan semua. 

XOXO, 
nur hafifah hazizi

Thursday, 4 July 2013

Selamat hari jadi ma! ke 55

SELAMAT HARI ULANG TAHUN  KELAHIRAN  MAAA!





ASSALAMUALAIKUM DAN HYE!!
aku nak update kan sikit tentang hari jadi mommy aku. hari nie lah 5hb Julai. Alhamdulillah, beliau sudah mencecah 55 tahun dah. May many years to come!

ma selalu bagitahu aku.. "poh, besday ma 5 hb. nak gie sambung lesen kereta eh? " ujarnya. aku macam. ooo.. ok.. besday ma! then, terus aku plan baikkk punyer dengan adik aku, Pijey untuk buat suprised kat dia. oleh kerana adik aku tengah kaya sekarang sebab baru dapat duit Kutu. so, aku pun berpakat kumpul lah duit dengan dia. at first, aku just nak belikan satu telekung chantikkk punyer kat satu laman web nie kan. just untuk ma. boleh buat pergi terawih tau! tetapi, apekan daya takda stock camana ntah. so, lambat lah pulak nak boleh ada balik. hurm!! frust, frust! frust!

then adik aku pun come out with, "poh, nak belikan selipar lah kat ma. bagi dia pegi kedai ke, ape ke? sebab selipar lama dia dah buruk lah" ujar adik aku. aku pun terus setuju! hehe. so, malam semalam, kaw-kaw aku and adik aku plan. di sebabkan aku tengah addicted ngan drama SBS korea "i hear your voices" so.. time tuk beli kek and selipar sangatlah limited!. kami start malam semalam pada pukul 8. tak pernah lagi tau bergabung ngan adik aku nie. tetiba rasa macam cute-cute and sweet pulak. hehe. chumels!

 As my mum nie memang banyak tanya. so, mesti dia hairan kan? kami cakap nak kua gie beli burger. then nak gie supermas kojap. dia pun balas " poh, nak gie supermas bawak handbang??  pijey paka baju baru apo? nak gie mano eh 2 beradik nie?" *kriik kriikk* laa.. yela.. terover dress pulak dah! haha. nakal lah! tapi benda tuh dibiarkan begitu aje. disebabkan kami memang anak yang banyak hal. so, ma tak syak sangatlah kot. maybe pikir adik aku nak temankan aku kua date kot. haha/okay! dek kerana aku nie berada di kawasan luar bandar . so, janganlah expect kami beli hadiah yang sooo making the vass. hehe. dek kerana malam tuh malam jumaat and betul-betul awal, so, tak banyak kedai yang bukak kat jertih nie. 

lepas je dapat ape yang kami nak. ermmm! aku bagi peluang adik aku yang pilihkan kasut. sebab series dia macam excited gila time masuk lam kedai. hurmm. takpelah duit kasut memang aku yang bayar. takpe... memang dah niat aku pun nak suh guna duit aku =) so, adik aku lah yang pilihkan. =) dia yang bayarkan. aku just kasi duit. terasa diri sangatlah besar and matang. piieewiett! sempat lagi berangan. and yes duit cake kami kongsi lah. hehe. dapat lah kek coklat moises yang cream dia memang creamy habis derr! siyes wa cakap lu. cake dia memang best!


so, at twelve, memang aku and adik aku dah plan suh ma kua dari bilik. and adik aku nak berkeras bawak kek. aku dah agak mesti susah sikit dengan aku nie. bila aku panggil je " ma, meh kua kejap. ma.. " pujuk merayu. "gapo? malas lah! ore tido dah nie. malas ma! oyak jah laluh!" tegas dan keras okay. sebab dia tau aku nie tak pandai nak memaksa dia. aku mulalah pening lalat garu kepala. kua balik pergi kat adik. " aku dah cakap! ngan aku bukan ma dengar, mu lah gie!" terus ambik kek dari tangan adik aku. and terdengar lah suara riuh PUAN ZABIDAH aku marah-marah sebab mengacau lenanya. and TARA!!! kua jugak akhirnya! terus nampak cake terus menangis dia. aku pulak terus salam peluk ciom di ikuti adik lelaki aku. "nah.. tiup kek! pastuh tengok atas katil po ada gapo" ujar adik aku. hello! tak tengok cake pun okay berdesup masuk bilik aku tengok atas katil ada kasut. sekali lagi jadi telenovela romantika pulak dahhh! haha.

abang aku, hafifi hazizi tak bersama kami. takpe. dia kerja carik rezeki. dia call ma lepas kami sambut besday ma. sekali lagi ma menangis. tak taulah ape yang diorang sembangkan. aku ngah syok makan cake. haha! aku kan anak tak berapa nak bertauliah kan? hehe


ma,
i'm so grateful that God sent me an angel to take care of me since the day i was born. i tell you mama, theres no one like you! i'm so thankful that i have u as my mom. i'll cheerish every moment we were together ma. u've seen me happy, me sad, me so reasonable, me mad,me annoyed and everything insides me. mom, i'm not always said this , but YOU ARE THE MOST THAT I LOVE! Everyone in this family is so lucky for having you in theirs life, we just have u. only u. be healthy. be happy, be wat ever u could be mom. as long as u are happy. =) u are more than a mother for us. u are the teacher, the guidance, bestfriend, sister and abah for us. thank u for giving us pprofusely every single part of yourself. 

you are the best mom in all over the world!
love,
nur hafifah hazizi

Tuesday, 2 July 2013

Ladies Talk : 0nline shopping.

Assalamualaikum..
Aku boring nie. tak tau nak buat ape. bukan tak tau tapi lebih kepada malas nak buat something!. haishhh..  =( so macam biasa, hobi aku menulis kan. kali nie aku nak sharekan sedikit pengamalaman aku membeli barangan shopping online nie. sejujurnyalah, nie lah pertama kali dalam hidup aku membeli baju shopping on9. biasanye aku takkan beli sebab.. yelah aku kan negative thinkingn sikit an? so macam-macam lah aku pikir kan. lau kita dah bank in.. dia tak hantar acaner? kalau barang tuh hodoh tak sama lam gambar bayar mahal-mahal euuu! so tak berbaloi lah kan? so, macam-macamlah lagi aku pikirkan. heeee..  biasalah.. i nie kan takut mencuba something yang baru. hehe.

so, last few days, aku adalah tertengok satu accounts kat ig nie (ig=instagram). mula-mula macam biasalah aku tengok-tengok. pastu double tap kan gambar tuh kan. syok uh! feeling giler bila sebelum kau tido.. kau layan insta! woah!! ibarat BB user doe. muhahaha! *AKU KAN POYO*
i choose that pink. nampak cam soft je
kalau kita pakai kan? hehe
dan..!!! tetiba aku ader berkenan kat satu gambar nie tau!. terus macam di pukauu!. entahla.. mungkin orang tak berkenan sangat tapi.. aku memang gila berkenan kau!.. taknak! tak nak! terus kua ig. malam tu plak bukak ig. sekali lagiiii terrnampak dreess nie. aku jadi sasau.. ibarat dress tuh ada suara "kakpohh, kakpohhh... pakai lah saya.. beli lah sayaaa" puaka kau!. terus pergi bilik my mami. 

"ehem~! maa.. ace tengok baju nie. comel tak?"
"comel jah. brapo ya?"
mother's instict kan? tak yah susun ayat bodek ape terus paham maksud anak dara dia nie. *teruiih sengih cam kambing mintak penampar! haha *terus mata bersinar-sinar! green light u!  ma pun macam okay je.. zappp! 12.38 a.m. tak sabar katakan.. takut di rampas orang! aku terus whatsapp si owner nie. terus buat payment keesokan hari.

dan time tuh. macam-macam aku pikirkan tau! series aku berdebar tau!!
1) masalah pos-pos laju nie. ade jugak barang tak sampai kan? kena pergi ulang alik pejabat pos lah apelah dengan guna tracking number. mana aku biasa! takutttt!! 

2) baju indah khabar dari rupa sebenarnya kan? haaa.. nebes gila!!

TTTAAAAADAAAAAAA!!!
*tiru gaya safiyyah*


tengok! special tak i.. sampai masuk IG
die.. nie buat makin sayang je.haha
tapi!! tapi!! baru je semalam dia whatsapp aku cakap dia baru settlkan postage aku lam pukul 3.30 pm tapi pukol 1.30 p.m tadi dah sampai brader posmen dengan van oren pos laju dia! kurang 24 hours.! aku bajet besok kot sampai. terus eksaited bukak. and yes!!! seperti yang aku impikan. cantik! just nice!!! 

ehem!! enterprame pliss! 
Cc: MOHD HAFIZAN
sebab jadi p/grapher tak bertauliah pada kakaknya! 



dress nie bersertakan free Belt.
aku tak pakai. tak minat belt. haha!





In a nut shells, *ewahhh! cam SPM ritew je ayat bunge-bunge.* EHEM! so, boronglah kat accounts dia. aku dah percayakan dia dah. mungkin lepas nie dah takkan teragak-agak lagi. insyaAllah. dia pun nice. sekarang tengah gigih promote baju raya! lawa-lawa! chantik!!! cepat lah grabb! harga pun tak mahal sangat. just so-so je.. 

XOXO,
nur hafifah hazizi

Sunday, 30 June 2013

me is rinduu her~!

 rasa malam nie tak best je.. fefelings cam serabut and arghh.. i just dont like diz pilinggg!~ tak de yang nak tanya perasaan aku.. takder yang sudi nak share ape yang aku rasa.. takder! takder! hahaha!  so, tak tau nak taip ape. aku nak share sikit conversation best aku ngan ama..~

AMANINA, aku tak tau bila aku baca balik whatsapp aku ngan kau.. aku jadi much better. haha. assuddoh!! aku normal! normal! haha. tapi tulah. whatsapp pun nge mu.. twitter pun nge mung.. chat FB pon nge mu. acanor? 24/7 nge mung. takleh hilang kojap je. hehe. ama, aku suka gila baca conversations kita hoknie. hehe ..

**OH YE!! CLICK KAT GAMBAR UNTUK LEBIH JELAS
T.Q!!










lambatnya 12 julai. lambatnya bak berangan ke alam degree. lupakan segala yang pahit time diploma. manisnya tetap aku simpan. hehe. tak sabarrrr!~ doakan yang terbaik untuk aku dan ama serta kawan-kawan yang lain okayh? =)

love,
nur  hafifah hazizi

Saturday, 29 June 2013

HATI


Hye!
Papehal  tahniah kepada TRW kerana menang malam nie. JDT, jangan kuciwa.. InsyaAllah rezeki ada lagi. Sorrylah.. aku tak layan bola nie. So, maaflah aku pun tak tau diorang nie lawan Piala FA ke, Liga Super ke. Kind of not suits with my interest at all.oklah, layan bola okay je tapi mengikuti memang tak lah. heee! Tak leh aku bayangkan kalau dapat hubby yang kaki bola. Tapi kiut lah kan? Berbeza interest. Dia tengok bola, aku bermanja ngan dia. Dia jerit “goal!” aku pun pekik “diammm! Anak nak tido!” haha.. kiut an? Keke. *gila berangan*

Ehem! Aku tak sure adakah nie sesuai bercakap pasal cinta? No! no! bukan cinta tapi JODOH. Aku rasa umur seusia aku dah layak kot fikir tentang JODOH.aku tak nak cari gewe. Tak nak! Aku nak cari suami. Tu yang susah. #sigh..

Tadi, time makan malam dengan ma. Ma banyak korek cerita sal aku. Dia cakap aku nie kenapa? Asyik menghadap phone je. Pastu, senyum seng sorang. Taknak ceritakan pada dia ke? Haha! Ma.. ma.. sekarang dunia IT kot. Everything is all about Internet. Aku memang 24/7 dengan phone. Sebab bukan bermesej, berwhatapp ngan yang special ke ape.. tapi yah.. internet lah kan. Blog walking, stalked orang tu.. orang nie.. gelak sebab my lesbo I yang damnn gila! Yes, doing that kind of stuff repeatedly. Takder yang special pun. Sape lah sudi nak kat kita yang macam jantan nie kan? Kalut lagi, gelojoh lagi, kelam kabut pun ye. Langgar sana, langgar sini.. haishhH! Siapa nak aku?

Bila aku cakap kat ma macam tu. Ma ketawa. Adolah tuh, jodoh sampai lah tu. Macam-macam cara. Sabarlah. Orang hok sabar insyaAllah pulangan dia pun akan lebih. Ha.. aku pun tersengih.  Ma Tanya sal kawan  aku yang mungking aku baik. Aku pun balas, tak nak cari gewe ma.. orang nak cari suami. Haa! Nampak tak gediknya?  Ma mungkin tahu ape yang aku nak, lantas dia berkata “ jangan sia-siakan orang yang ada depan mata sebab tunggu benda yang dah sah-sah bukan milik kita. Kita menunggu bagai nak rak. Orang tu tau ke ape yang kita rasa dan lalui? Orang yang menunggu kita tu pun? Mesti paham macamana sakitnya kan? Jangan nanti jadi macam achik tak kahwin sudah.” Ha.. pedass siot!. Aku hanya ketawa besar. Tak tau nak menjawab ape.

My love life will never be satisfactory until someone runs through an airport to stop me from getting on a flight.

Aku seorang yang bernasib baik. Sebab aku di kurniakan fikiran yang agak rasional. Aku tahu ape yang aku inginkan. Aku nak.dan aku jugak tahu ape yang mustahil dalam diri ini. Tapi, aku punya hati yang keras. Tersangatlah keras.  Bila aku cakap A, mesti A jugak. Even benda tu xmungkin! TAK MUNGKIN terjadi atau wujud. Tapi aku tetap ngan diri aku!.  Lately, aku makin sedar yang benda yang aku nak tak mungkin kot terjadi. Day by day, aku sedar tapi tetap jugak aku percaya tentang ‘MIRACLE’. Kadang-kadang aku pun tak yakin ada ke miracle untuk aku. kadang-kadang aku tahan perasan! hehe.. MOVE ON poh.. MOVE ON! jangan sia-siakan masa dan orang di selilingmu. adili orang seadilnya. kalau kau layak, dia akan datang poh. akan datang. kalau tak.. stop dreaming!

aku lebih suka twitter daripada FB sekarang. Sebab, kat twitter aku dapat rasakan ramai kawan aku yang bernasib sama macam aku. And their tweets inspired me. I mean, yang membukak mata aku. Kadang-kadang tergelak kecil sambil cakap “heii! Aku paham perasaan dia nie!”
  
There is a difference between hope and possibility.


Siapa yang faham. Faham lah. Entahla ma.. anakanda tak tau ape yang anakanda mahukan. Hehe.. nak yang hemsem cam retis korea lah! Haha ma terus cakap “pondan cam korea?” ish! Mulut ma.. geram i. dah takkanlah I nak orang Nigeria pulak dah? Kan ma pulak yang pitam. Hehe.  I just need someone. Seseorang yang boleh membehavekan aku, seseorang yang mampu merubah aku sedikit demi sedikit. Seseorang yang mampu terima aku. Ini susah la.. aku whatsapp ngan brader pijie. Siap dia cakap “poh, senang je mu poh.. mu just kena ayu-ayu sikit je. Memang jumpe ah” yeke? Haha. Entahlah. Setakat nie perangai jantan aku hanyalah terkeluar ngan kawan-kawan aku je.. haa.. paham tak? paham tak?

aku punya masalah. dimana aku asyik berpegang "kalau jodoh takkan kemana." so, dengan tuh membuatkan aku jadi malas mencuba. faham tak? aku jadi macam.. redha je. haha! bengap pun ada. jodoh kena cari. orang cakap jodoh nie ibarat sama macam rezeki. cari, tawakal dan barulah buleh guna konsep redha.  takpelah.. aku okay.. aku percaya Allah dah tulis yang terbaik jalan cerita cinta aku. dari dulu lagi Dia rancang kisah aku satu stage ke satu stage. dimana kalau aku flash back aku mesti akan cakap "hebatnya percaturan Allah". mungkin Dia nak aku enjoy dulu. kenal semua manusia di sekeliling aku. kenalkan aku pada macam-macam orang. supaya aku lebih mengnali manusia dan sekali gua buat aku lebih kuat. bila orang tanya, perli aku tentang seseorang , aku mampu ketawa dan rileks je. walaupun tuhan je tau debaran hati nie. doakan aku. doakan semoga aku kuat dan terus bersabar menunggu orang yang betul untuk aku. doakan aku supaya tak tersalah pilih orang. sebab aku dah penat sangat nak jumpa orang yang bukan-bukan and yes, unpredictable nie. i nak yang simple, sincere, smart and honest. tu je. cukup dah. doakan aku =)

The less you care, the happier you'll be.

love,''/
nur hafifah hazizi