Saturday 27 July 2013

Impian

bercakap tentang impian.
aku punya impian. dari kecik sampai ke besar gajah nie. aku punya impian.

impian untuk berjaya dalam hidup, bahagia dalam hidup, pandai, jadi cantik ,bijak dan well standing macam hanis zalikha *ececeh! i'm a big fans of her*. impian untuk membahagiakan orang tua. impian untuk punya sahabat sejati, impian untuk menjadi muslimah sejati yang diredhai Allah. InsyaAllah.

tapi, tak semua yang kita impikan tuh dapat. realitinya.. hidup nie tak semanis impian, hidup nie jugak tak seindah mimpi. itu yang kena kita ingat.

bila kita berkehendakkan sesuatu yang tak nyata.. dan Allah seakan sedang memberi kita nikmat keindahan impian kita itu walhal kita tak pasti pun berapa lama benda tu kekal ke.. tak  ke.. ape ke kan? wahai manusia, kalian sedang di duga! =)

dugaan datang sekali dengan impian.
why did i say so??
sebab, bila kita impikan sesuatu, contohnya.. nak hidup senang(kaya) , nak bahagia (manusia), nak makan/shopping/macam-macam lagi (keperluan hidup). dan macam-macam lah lagi segala jenis keinginan.  percaya tak aku cakap, yang manusia akan buat ape saja walaupun mungkin dengan cara kotor semata-mata untuk meraih impian mereka? betul kan?
tapi! tidak sesekali berhempas pulas untuk memantapkan keimanan dan amalan mereka. bila ditanyakan ape yang semua nak di akhirat, semua tanpa segan silu akan jawab "syurga". akan tetapi, tak pulak berusaha macam nak mati ke arah sana.  *nasihat pada diri sendiri jugak sebenarnya* *malu dengan diri sendiri*

oleh itu,
impian memang macam-macam. semua yang indah. tapi awas! silap haribulan.. impian tersebut lah yang membunuh kalian. chiewaahh! aku nie dah kenapa kan? cakap macam dah dewasa gila. hehe.  saja. acah sikit! nak suh korang nervous! kah kah!

aku punya impian. dan aku jenis degil serta keras hati. bila aku cakap nak tu.. nak lah jawabnya. bila aku suka benda tu. benda tu lah jugak aku stick like a gum! bila aku susah sayang orang, tapi bila nama kau masuk lam hati aku, susah lah kau keluar. so, impian aku inilah. tapi, aku ada kelemahan. aku tak berani mencuba atau mengekspresskan feeling aku. aku tak berani kejar impian aku. masalah jugak aku nie.


aku punya impian untuk bekerja. nak belajar setinggi mungkin. at least ada deg. carik kerja, and yang penting aku nak tolong ma. nak sangat-sangat. aku anak perempuan seorang. dari 3 adik beradik. abah dah tak da. sekali gus aku rasa aku juga bertanggungjawab untuk ma. sangatlah takut untuk tersalah pilih suami. sekarang umur 21. aku dah boleh pikir sal nie. sebab tu lah taknak terburu-buru. mencari kekasih memang mudah kan? tapi tidak suami. ape yang penting aku nak bahagiakan ma. adik aku. abang aku? haha! dia kan abang.. keke. =p. itulah impian aku. menjadi seseorang yang mampu melindungi adik dan ma aku. bila dipikirkan balik. takpe aku sorang-sorang. asalkan aku punya adik ngan ma selamat. tuhan maha adil kan? insyaallah. kesunyian aku nie di gantikan dengan insan terbaik. yang mampu melengkapi kekurangan dalam hidup aku. yang mampu membimbing bukan memusnahkan. mampu melindungi aku, sebagaimana aku cuba untuk melindungi keluarga aku. hanya itulah impian aku. sekarang,  aku gembira . kerana hidup aku tak pernah sunyi. bila aku diduga. aku punya sahabat di belakang ku. ramai yang menyayangi diri ini. itu jugak impian aku. di sayangi oleh sahabat. terima kasih atas nikmat mu. di sebalik aku sibuk menunggu my mr.one. rupa-rupanya, aku ada sahabat yang melengkapi kesuyian hati nie.


 siapa cakap being alone is not fun? kan? =) all u need is "just love yourself,live urlife to the fullest!" enjoy every moment yang kita ada. kita selalu cakap kita di duga kerana impian kita tak terlaksana kan?  tapi, bila impian kita dapat, pernahkah nak bersyukur? kita cakap kita ditinggalkan.bersendirian. tapi Allah hantarkan sahabat sejati pada kita untuk bersama. kenapa kita tak nampak? jawapannya. impian kita tak terlaksana. bukan? take a look around u. anda pasti akan cakap. yeahh! aku dah punya lebih dari apa yang aku impikan. trust me. insyaAllah. 

i left everything from yesterday, so today i will live my life well. i chased away all the pain, as i hope that i can feel the happiness soon. i chased them away from me as i was an option for them. i will live my life well, for a better tomorrow. 

love,
 nur hafifah hazizi

2 comments:

  1. just bersyukur dengan apa yang kita ada...walaupun tidak sehebat oarang lain..^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes.. betol tu =.= haruslah bersyukur =)

      Delete