Thursday, 1 August 2013

THROWBACK : MY SPM (2008/2009)

lol! kat group skolah gua banyak betul adik adik merungut sebab trial spm dah nak dekat la. ape lah kan. pastu mulalah masing-masing post something yang "susahnyaaa duk kelas sains, hoi! akaun lagi susah okay! dia ada soalan dari oversea okay! dan budak eco pulak masuk tgk slope keuntungan ape ntah dan begitulah budak perdangangan dan ye, seterusnya asas" masing-masing gelabah. well, as akak poh nie kelas sains so, i cheritakan lah kenangan berada di dalam kelas sains selama 2 tahun.

akak berjaya menempatkan diri dalam kelas sains. kelas kami tak ramai orang pun lam 20 orang aje. so, sangatlah beruntung sebab yelah. sebab tak ramai kan? pastu sekolah kami nie cikgu sama je yang ajar. so peluang untuk rapat dengan cikgu memang tinggi.  antara dua aje sebab terlampau ceredik atau terover pemalas. dan yes! saya seorang yang malas. bukan golongan yang cerdik pandai. hehehe. wajah nie lah yang selalu takda lam kelas. wajahnie la yang selalu riuhkan kelas dan wajah ini lah yang banyak bercakap. muhahaha.
tengok. betapa hitam + gelapnya aku dulu.
sampaikan dak lelaki kelas aku panggil aku
poh nigeria! haha! tolol!

BARIS KPW

okay. form  4.. ramai yang cakap tahun tuh tahun honeymoon. well, betol lah. padahalkan, awal tahun semangat punya sangatlah meninggi! (sebab konon result pmr okay kan?). memang bersemangat! kalau boleh terus nak belajar KIMIA ,BIO, FIZIK. poyo! haha. lepas tu, feeling kita kononnya dah besar. waaa! eksaited!tapi betul lah, dia punyer semangat akan slow-slow berkurang okay dan kamu akan memang menjadi pemalas. awas! semangat kena kental! jangan cepat meresap.kalau orang aktif, masuk sukan, kawad lagi, bola jaring, bola baling, masuk kem sana, kem sini. haa.. bulan 7 atau 8 korang baru clear. kira memang leh fokos.sebelum tuh.. memang akan main main. jadi student Sains. effort korang kena double,

buat baik ngan cikgu, selalu ringankan tulang jumpa cikgu. macam-macam lah lagi. jangan lau tak paham pendam sengsorang atau pasangkan niat " takpe,, cover dekat tuisyen, kat rumah pun boleh, tak pum! study guna buku" jangan! jangan sesekali pasang niat. sebab pengalaman sendiri. bila kita sekali takpaham. lepas tu kita diamkan. lepas tu lagi,lagi lagi, end up. korang akan give up and lost. nanti nak exam bulanan. korang tak kan paham nak pegang ape nie? nak tengok yang mana dulu? time tuh nak mintak tolong sape ajarkan? kawan? cikgu? kalau ader yang sanggup takpe, tapi siapa yang nak ajarkan? setiap subjek 7 chapter tak paham. cuba tambah tolak darab bahagi semua. berapa lah korang nak kena menuntut?? haaa.. nasib lah. masa tuh dah tak der jalan lah. mulalah call semua kawan seluruh Malaya konon nak cari sport/ peruncingan kan? ape senyum-senyum? pernah la tuuu! =.=

*****


CLASSMATE UNTUK 5 TAHUN BERSAMA
seringkas mungkin akak nak sharekan pengalaman akak jadi budak SPM. akak tak clever. sumpah. tak pandai. pemalas lagi dik. selalu auta. hehehe. maksudnya nak hidup kan? akak memang berusaha sedaya mungkin nak ape yang akak nak.

okaylah. masa form 4. memang kaw-kaw akak main-main. lepas gian kan? setahun (form3) bercuti dari aktiviti KOKO kan? so, memang muka nie yang selalu skip kelas. tapi akak ada advantages. sebab cikgu memang rapat ngan akak kecuali cikgu BIO,FIZIK,KIMIA and ADDMATH. ha.. tak taulah akak tak reti nak buat baik. dek kerana lam hidup akak nie, akak tak berapa gemar orang yang suka ampu cikgu so, memang lah takreti nak berbual. lebih-lebih lagi cikgu yang nerds gituu kan. lau yang mulut luas, mulut lancar memang akan ngam lah dengan akak sebab apa? sebabnya dorang selalu marah aku kes takda lam kelas la apela. tapi tetap aku sengih. sampaikan masa temu murni ngan ibubapa aku ingat lagi cikgu Sj aku, Pn Zainun gitau ma " kak, kita mitak maaf. memang selalu kita marah anak akak. sebab anak akak marah gajah rimau pun dia tak melenting. sebab tulah kena marah selalu." haa.. tengok! tengok! kekerasan hati i. hehe. ekceli bengang jugak kan kekadang. tapi memang salah aku. takkan lah nak melenting kan? malu? alaa! classmate dari form 1 lagi. dah takda perasaan malu lah. hahaha! 

separuh dari kami. aku pakai tudung hitam sebab akan bergerak
ke stadium . orang lain masuk kelas belajar. haishh!
tapi naik form 5. aku sedar yang aku kena gain attentions cikgu-cikgu aku. as aku nie pelajar yang makan ampu cikgu. aku kena motivated diri nie rapat ngan cikgu. aku memang! bila cikgu yang bagi extra care, atau attentions siket.. aku akan semangat lam kelas tu. bila lam kelas cikgu yang macam pilih kasih sikit budak pandai ngan tak aku pun macam kurang lah siket. nampak tak? nampak? so, nak dijadikan cerita. entah camana result akhir tahun addmath aku tertinggi daripada biasa dan boleh termasuk list budak yang selalu cemerlang addmath kiranya cikgu addmath aku mula nampak bakat terpendam aku. as, dia seorang yang baik.. melayan segala pertanyaan bodoh. suka berbual ngan aku. memang yes! aku semangat. sampaikan form 5 dia memang polish addmath skills aku. memanglah takderlah bijak mana pun tapi cukup lah untuk tidak fail lam setiap exam. tak bijak pun. HAHAHA.  okay cikgu bio aku nie macam pelik siket. dia macam dingin ngan aku. tak pernah nak bermesra. even kalau aku berusaha bila lam kelas bia mostly akan diadakan lam lab atau bilik tayangan. bila kekadang ada semangat nak belajar rajin-rajin aku akan lompat ke group depan . group bijak pandai. lau malas aku akan join group buat taik mata. seriesly! aku tak paham. kekadang aku baru tersengguk mengantuk walhal kawan aku di sebelah buat peta. bila nampak aku layu. mesti cikgu bio akan panggil "paahh.. g kemana dah? duk meja depan!" memang aku selalu kena. so terpaksa lah terkedek-kedek tarik bangku ke meja depan. tahannnn je lah perasaan mengantuk.pantang aku layu sikit. mulalaah seru nama aku. kawan kat sebelah gie dreamland,legoland. aku bru nk book ticket dah kena tangkap. haishh. memang chemistry kureng lah. hahaha. cikgu nie takder pengalaman acaner aku leh rapat. bila dia senyum kat aku pun dah dianggap satu keajaiban ke-8 dunia. siyes.  then, cikgu FIZIK. sangatlah baik. boleh buat masuk gang. tapi sayangnya. otak aku memang tak leh masuk fizik. bio dengan addmath aku syok addmath. bio dengan fizik , aku sanggup menghafal bio. walhal orang selalu cakap bila kita survive addmath, kita mampu survive fizik kan? tapi tidakkk bagi aku! memang cannot go langsung fizik lam otak aku!.entahlah.. maybe soalan dia tak straight kot. so aku xleh nak bayang satu. memang maaf la. cikgu baik pun, ajar mati-mati pun. aku dah dapat grab lam kelas tapi bila exam. macam tak penah belajar. kekadang tertanya-tanya "ehh, ade ker belajar sal nie? aikk?" haa.. macam tu punya takda idea. lastly, cikgu kimia. dia sangatlah garang. bila dia sounds. kita duk tingkat tiga pun leh dengar suara dia. memang tak berkelip lah aku bila lam kelas tu. memang sengaja akan duk meja belakang. sengaja! tinggal 4,5 orang je meja depan. lagiii lah dia cari /point kami yang group belakang. aku sangatlah lemah lam bab cari electrochemical series, sampai sekarang macam blur. nasiblah dah tak jumpa sal ECS kat diploma. yang belajar nya organic. so, tahanlah siket. =) cikgu nie. lagi kita tak paham lagi tuh dia tengking kita. mana lah tak kecut. tapi thanks to her. setiap tahun peratusan kimia sekolah kami mesti naik. 


merekalah antara sahabat yang banyak membantu aku tika
aku mula bangun nak memecut. thanks guys!
macam-macam lah ragam. bila pikir pikir. ngan perangai mengarut aku nie. aku tak sangka aku mampu untuk survive lam core science. belajar last minit gila. bulan puasa memang tak tidur. tidur lepas subuh. pastu pantang cikgu masuk lambat, ada meeting takpun time rehat mesti aku membuta time sekolah. teruk kan? pastu, dengan muka tebalnya aku pergi menuntut ilmu kawan aku. selalu grab sesaper je yang boleh ajar aku. hehehe.. nasiblah semua lam kelas baik. tapi biasalah study kejap je. main tambah bergosip pulak lebih. hahaha! nampak tak? =) aku start catch up semua subjek lam pertengahan bulan 7. memang dugaan. aku bukanlah budak cerdik pandai. aku kena kerja kuat untuk gain sesuatu. so, agak penat lah bila kena speed up last minit. sampaikan aku terpaksa skip sesetengah chapter sebab tak sempat nak cover. tak sempat nak study. memang tawakal je ilmu yang aku kumpul time SPM.  dahla SPM semua kena tulis kan? bulan 10 ke 11 ye aku SPM? lupa. tapi start dari bulan 7 aku mula sedar dan bergerak. memang penat dik. so, jangan.. jangan lah sesekali main-main awal-awal tahun. struggle cepat. lau tak adik kena kuat fizikal dan mental. macam akak, akak kena pasrah lah ape yang termampu. dan alhamdulillah. result akak di luar expectations akak. alhamdulillah. but still, akak tak mampu nak score an A's for FIZIK,BIO,KIMIA and ADDMATH. so.. 

berusahalah.! itu kunci kejayaan =)
jangan merungut. selagi ada peluang dan cara. carilah
bagi mereka yang macam akak nie. tak bijak manapun, suam kuku
kunci kejayaan kita, kita kena usaha sehabis daya! usaha ibarat budak straight A's 
lain-lain, serahkan pada Allah s.w.t =)

sincerely,
nur hafifah hazizi

No comments:

Post a Comment