Ya Allah,
mungkin rahmat mu di bulan ramadhan. semangatku kian pulih.aku mula mampu menerima kenyataan dari tamparan hebat ini sedikit demi sedikit. segalanya aku serahkan kepada Allah. segala yang berlaku ini semua dengan izin mu. dugaan mu mungkin kau turunkan untuk aku dek kerana aku alpa dan jauh darimu. alhamdulillah, aku makin dekat dengan mu Ya Allah. =)
KUN FAYA KUN
Bila Allah berkehendak serta menghendakinya, dan pabila Dia telah menetapkan sesuatu maka Allah berfirman kepadanya: "Jadilah", maka jadilah dia. Begitulah beberapa ungkapan ayat-ayat kun [jadi] maka faya kun [jadilah] dalam al-Qura’an.
aku kian pulih. aku mula menjadi sebiasa mungkin di alam maya, di whatsapp dan juga di depan rakan-rakan. terima kasih rakan-rakan aku, kawan baik aku yang tak habis-habis memberikan yang terbaik untuk membantu aku kembali bersemangat. semoga kalian di rahmati.
senyumku bukan bermaksud aku lega, tawaku bukannya bermaksud aku gembira. aku redha. mungkin ada sesuatu yang menanti aku. mungkin Allah telah tetapkan ape yang terbaik untuk aku. Allah knows better.
sabar dan sabar dan sabar.
maafkan aku. satu perkataan yang benci aku dengarkan ketika 3 tahun lepas dimana aku sentiasa di suruh bersabar ketika abah aku sakit. seorang demi seorang datang membuatkan aku lali dan sangatlah membenci perkataan "sabar". kak anne aku know me better. hanya dia aje yang mampu menenangkan aku tanpa menggunakan perkataan sabar. Kak anne, kawe rindukan demo =(.dan sekarang, aku terpaksa menemui perkataaan sabar. adrenaline aku sentiasa naik sekiranya perkataan ini aku dengari. sungguh aku benci perkataan sabar. hati ini bagai tersiat-siat tatkala mendengar perkataan sabar. sabar bagiku tak ubah macam menunggu. dan menunggu sesuatu yang mungkin tiada harapan sangatlah memedihkan hati. secara realitinya,mustahil untuk digapai dan terlalu jauh untuk dikejar.
sungguh sehingga kini. aku kadang-kadang tak memahami kenapa aku? kenapa selalunya aku? walhal aku tidaklah jauh ketinggalan dengan kalian. kenapa selalunya aku??? Ya Allah. ampuni aku kerana menyoalkan ketentuan mu. kurniakan aku kekuatan sebagaimana kau kurniakan kepada para nabi untuk berdakwah menentang orang kafir.
doakan aku kuat, tabah dan mula mencorak langkah untuk segala kemungkinan yang bakal terjadi. ya Allah.. kurniakan lah hambamu secebis kekuatan dan semangat. jiwaku melayang. sungguh. aku ibarat melayang. tak mampu untuk dikongsikan rasa pedih dan sakitnya hati ini dengan orang lain.sememangnya kejam untuk aku meluahkan ape terpendam kepada kawan aku. ibarat membunuh kebahagiaan mereka. aku taklah sekejam itu. maka, aku terpaksa menyembunyikan rasa sakit ini. mereka mengatakan mereka memahami perasaan dan kedudukan aku. tapi, mereka hanya memahami di permukaan aku sahaja. bukan dasar aku lagi.
thanks ma and my bross. i know aku mengecewakan kalian. tapi sungguh.. aku tahu kalian mahu yang terbaik untuk kita sekeluarga. terima kasih di atas dorongan. keluarga akulah yang paling terbaik. yang mendengar aku menangis teresak-esak. yang termenung yang mengalirkan air mata secara tiba-tiba.dan aku mulai demam. akhirnya, aku mula bangkit melihat realiti. andai bukan di sini rezekiku. akan ada lagi di hadapan hari. sekian. =)
kun fa ya kun.
trust Allah,
nur hafifah hazizi
Berat mata memandang,, berat berganda ganda lagi bahu memikul,, kan by? Alhamdulillah, redha dgn ketentuan Dia bukan bermksd kita lemah yunk,, tapi kita semakin ke depan... keep it up by! Aku as a friend,, mampu doa je tok poh,, dah xbley nak wat lebih dr tue.. moga ada jalan untuk poh nati... Dia yg maha mengetahui, Dia tahu apa yang terbaek untuk hamba.. Sebab Allah turunkan ujian dugaan kpada hambanya, tue tandanya Dia terlalu rindu ke poh.. Doa byk2 di bulan mulia nie.. poh salah seorg yg bertuah tau dop,, sebab Allah bgi dugaan ke poh dalam bulan yg paling indah.. Doa mudah termakbul by.. Doa selagi mampu,, mintak Dia bagi petunjuk dan kuatkan hati poh.. aku doakan kebahagiaan poh.. okeh? Sayang poh as always!!!!!
ReplyDelete