Tuesday, 5 November 2013

cara-cara untuk membuat Passport a.k.a Buku Merah =)


Lately, aku baru siap dari menyiapkan buku pasport aku. series aku cakap penat woo! as aku nie tak der pengalaman untuk buat buku pasport nie. so agak pening-pening lalat lah aku dengan kawan aku yang first timer yang nak kua travel je jauh nie kan. heee~ so, aku ceritakan serba sedikit tentang pengalaman aku yang jakun nak menyiapkan buku merah nie a.k.a passport.

Okayy, ape yang korang perlukan dan bawak untuk membuat pasport hanyalah 2 keping gambar passport dan kad pengenalan anda. korang kena datang sendiri tau. jangan gegatal nak kirim kan dekat orang lain pulak sebab 'thumbprint' kita akan diambil tau.

this is what i mean. background kaler putih
tudung fully black!


so, jangan lah pulak jadi cam aku dan kawan aku. tetiba kena kua balik bila mak encik imigresen tu cakap " maaf ye dik, gambar passport latar belakang kaler biru kita tak terima ye. kita terima kaler putih je. tudung kaler hitam eh! oh ya! awak warna dah hitam tapi ada polkadot , kami tak terima" tegasnya mak cik tu cakap. buat penat aku je. then lepas terkedek-kedek aku ngan kawan aku pegi carik kedai gambar. terus snap. nasiblah sekarang gambar cepat siap kan? xsampai sepuluh minit dah siap gambar.

sesuka hati je kan? ngan tudung kaler biru.
memang tak lepas lerr!
so, kembalilah kami ke pejabat imigresen tuh. bila nama di panggil.. kita kena ukur tinggi dan berat bagai. pelik jugak aku. tapi ikutkan lah je.. jakun kan.. hehehe.. pas sekali lagi thumbprint kanan dan kiri di scan. kami pun buat pembayaran.

 RM 100 = 2 tahun
RM 300 = 5 tahun

dek kerana aku buat di pejabat imegresen yang kecil , maksudnya cawangan daerah , bukan di ibu pejabat negeri terengganu.. so, aku kena tunggu selama 5 hari barulah pasport aku siap. well.. well.. kalau korang pergi ibu pejabat besar tu... korang leh dapat passport selama sehari je. tunggu kejap dah dapat. =)

so, itulah sahaja. =)

sincerely,
nur hafifah hazizi

No comments:

Post a Comment