Monday 18 November 2013

i'm officially graduated from my diploma! #disebalik tarikh keramat ini... jeng....jenggg... jenggg!


Alhamdulillah.. 17 nov 2013 . akhirnya tarikh keramat yang di tunggu-tunggu setiap pelajar yang bergelar mahasiswa/i telah tiba jua. ALHAMDULILLAH.. aku berjaya menamatkan pengajian aku di UiTM Chendering pada bulan 4 tahun ini dan........

  "i'm officially graduated!!"

akan tetapi.. aku tidak menyertai mereka yang gembira untuk memakai baju keramat (jubah konvo) dan aku dengan rasa sedikit sedih kerana tidak menghadirkan diri pada tarikh berikut. TAHNIAH! kepada semua! kalian sudah melakukan yang terbaik.. we did well! hehe.. aku tumpang gembira buat kalian semua. emma proud of u guys!

haiii... bila aku yakin kan diri untuk tidak menghadirkan diri disebabkan perkara-perkara yang penting, jauh di dasar hati.. wujud perasaan terkilan dan sedih bila tengok FB FB rakan-rakan pakai jubah keramat.. gambar insta yang di uplod . lebih-lebih lagi sahabat kesayangan aku pun berkumpul. menitis jugak air mata nie. tapi apakan daya... aku dah buat keputusan. tak boleh nak patah balik dah.. takpelah.. aku tak se'lucky' korang. sentiasa senang hidupnya takder masalah. hehe.. nasiblah aku tak berayah .. alahai,... abah.. poh rinduuuuuu~ =.=- 

aku tak join sebab bukan apa. aku malas nak pergi sebab aku kerja. cuti lagi satu hal. pastu tarikh untuk nak siapkan visa pulak bertindih time konvo. and abang aku pulak tetiba tak mampu nak balik, memang takleh nak balik. takpelaa.. nanti degree aku pergi! hehehe! bila aku bagitau kenapa aku tak join konvo ke 79 nie. macam-macam dugaan yang timbul. semua macam mendesak suruh aku join. lau tak join rugiiii.. menyesal.. dan betul kata mereka.. sedikit sebanyak terbit jua perasaan sebegitu.. baik keluarga dan kengkawan aku, masing-masing memohon aku untuk mempertimbangkan balik keputusan aku. akan tetapi.. aku betul-betul tak mahu pergi. dek kerana something dan hanya keluarga kesayangan aku je yang memahami. ma, abang dan adikku.. thanks kerana memahami. biasalah dalam hidup tak semestinya ape yang kita rancang itu yang akan terjadi kan?? so aku redha. lagipun hati aku sedikit tawar hati untuk menjoinkan diri dalam majlis keramat itu =.=, hihi! 

dan Allah s.w.t tak pernah leka. ujian demi ujian dia utuskan untukku. baik dari segi fizikal dan mental. nak sampai ke tarikh keramat 17 NOV 2013. macam-macam tomahan, dugaan yang aku terima. luar dan dalam. sampai aku penat, letih dengan keadaan sekeliling. sedih dengan keinginan dimana impian aku dari dulu lagi untuk menghadirkan diri ke majlis konvokesyen ke 79 UiTM. dan sekali lagi.. namaku hanya sejarah. sedih dengan tekanan sekeliling ku. aku tak menyalahkan mereka. kerana apa yang mereka lakukan adalah yang terbaik untuk aku. tapi apalah dayaku dengan takdir Allah s.w.t. rancanglah sehebat manapun, bila dia tidak memberikan keizinan untuk kita, maka takkan terjadilah perkara tersebut. Allahuakbar lagipun KONVO untuk degree kan ada? insyaAllah kan? =)

oleh itu, my sayangness. especially my lesbo, teman sekelas, sebatch intake SEP2010 KITA DAH GRADUATED!!!!! haha.. percaya tak kita dah ada diploma!! TAHNIAH!! semoga berjaya dalam hidup kalian, aminnnnn~!

p/s: nanti aku update balik gmbar geng geng aku graduate okay? leniee takdak mood nak uplod gambor lol! hehe. dah penat dah nak melawan perasaan nak tuliskan cerita sal konvo nie. tapi dikuatkan hati jugak sebab ramai yang tertamya tanya kenapa aku takde di majlis konvo. hehe.. =)
tulus ikhlas,
nur hafifah hazizi

No comments:

Post a Comment