Sunday, 9 June 2013

Steamboat and Grill! Besut pun dah ada!

Malam semalam aku, amna and mamat pergi ke satu kedai nie. kedai steamboat member kami time zaman sekolah dulu. Najib. ala.. najib anak cikgu Sabdar. haha. Guru Besar SKTM sekarang nie. =). kedai dia tak salah aku kat Gong Badang kot. atas siket kat Caltex alaa.. kat bagunan baru tuh.


so, kedai dia agak terceruk lah sikit sebab dekat wisma bagunan tuh hanya kedai dia je baru bukak. so, aku rasa tak ramai kot yang perasan kewujudan kedai Najib nie. kalau dari jertih kedai nie terletak sebelah kiri penumpang. dang sebaliknyalah lau korangg dari kampung raja tu kan. =) so, aku ceritakanlah sedikit sebanyak eh. hihi =)

PERHATIAN SILA BACA!!
okay.. kedai nie cam lebih kurang Food Village tak pun terkenal dengan gelaran Chim Chum tuh kan. tapi bezanya kat Chim Chum atau Food Village tuh korang perlu bayar RM20 satu kepala tapi kat sini just RM15 satu kepala. okaylah.. makanan dia pun banyak lah pilihan. seafood pun ada. tapi yelah RM15 jangan lah korang bajet cam RM 20 kan? faham maksud aku? hehe.  and yes. kat sini korang kena denda tau. so, kalau dari rumah lagi nak pasang niat nak membazir memang kirim salam lah! awal awal lagi dia dah tanmpal kertas kat dinding bersebelahan meja. hehe.  so, masuk je kedai. diorang bagi korang tempat duduk. than dia tanya nak Sup ke nak Tomyam. kami mintak dua-dua. =) hee.. lahap kan? kekeke. 





so, sampai je dalam kedai. terus aku grabbb makanan. aku suka daging ngan seafood. so.. memang banyak gila lah ambik daging, banyak jenis, black paper, pastu daging ape ntah aku tak tau pulak nama dia tapi yelah. berbeza la so banyak jugak lah pilihan tuk korang grabbb! hehe

tengok! tak sabar kau! sibuk volunteer nak ambikkan makanan
haa.. nie serba sedikit gambar bayangan kedai si Najib punya steamboat . nice la. tapi bagi aku.. kurang siket point sebab enviroment dia agak tertutup. so agak lemas and panas sedikit lam kedai nie. lau macam dekat food village kan kawasan dia open kan? tapi, takpe.. it was a good start then. aku percaya nanti kedai nie akan di renovatekan and landskap dia akan bertambah lawa lah! =)



grab sana.. grabb sini.. nielah serba sedikit gambar yang sempat di snapkan. i enjoyed myself there. ahaha. perut aku memang lapar gila dek kerana aku hanyalah breakfast je pagi tu. ahaa! jangan salah faham nie hanyalah barangan grills je. steamboat macam sosej, ketam, fish cake , and mee hun, maggi, mee kuning pun ada diorang sediakan =) so.. kenyang la siapa yang datang. sayur pun ada. haa..! healthy giteww =)


masing-masing makan and lepak. suasana dia sangatlah okay and nice! 




makan-makan.. borak-borak.. add on lagi barangan makanan tu kan. lau perut kau mampu nak add on 10 kali pun takpe ok. asalkan jangan membazir! kasi licin lau tak kena denda! hehe. sebab first round tadi tak mampu nak ambik banyak sebab takut membazir kan? kang melayang pulak duit aku and gang! haha. so, second round aku lagi sekali bangun. hehe.. aku kalau sal makan memang tak malu lah! asal perut kenyang semua sanggup nokk! =)


makan-makan perut kenyang sampai kami terlupa tetang desert yang kedai Najib sediakan. yelah. Aiskrim kan? takkan nak letak kat luar. so.. kita kena mintak dengan mereka. duk syok berbual tetiba Najib datang meja kitorang "hoi, pok mung tok se aiskrim ko?" dan barulah aku menjawab "nok la weii! gano buleh tok ingat nie. derah.. derah.. gie ambik" haha. amna ngan mamat hanya mengeleng. hello.. najib je pun. dia pun tau lah true colour aku. tak perlu nak behave sangat pun. nak-nak kami pernah tuisyen sekali. lagilah! haha





excited kemain dapat aiskrim nokk! haha
 so, kami semua gembira! perut kenyang.. happy! balik terus aku panjat katil sambil menunggu masa untuk ketiduran. so, cubalah pergi. insyaAllah.. selera korang pun akan terbukak. jangan malu-malu. just pergi je bawak satu family ye. =)


tak taulah ape jenis conversation aku ngan amna nie.
ape lah yang happy sangat. entah lah mak ngah. =0
nie yang tak leh blah! ape jenis keadaan pun aku tak tau.
seriesly nie candid. kenapa ngan aku and amna?
kitorang skodeng sapa? hahaha

lots of love,
nur hafifah hazizi

2 comments:

  1. Boleh dapatkan no telefon steamboat n grill ni tak or boleh bagi tahu alamat lagi detail

    ReplyDelete