Tuesday, 25 June 2013

Clearance Tamat Belajar UiTM (diploma)

alhamdulillah.. selesai sudah semua perkara berkaitan pengajian Diploma aku selama hampir 3 tahun. Clearance aku pun sudah selesai maka dengan rasminya aku dan UiTM KT dah takder paper hubungan lagi dah. muhaha.. hanyalah sejuta satu rasa kenangan indah, pahit ,manis tawar, masam dan macam-macam lagilah. 

proses Clearance kami ambik masa lama siket sebab ramai pegawai yang dikehendaki agak sibuk. so, terpaksalah kami berkampung di kawasan kampus.okay, kami pergi ke kampus pada hari Isnin. iaitu hari karporat untuk student UiTM. so, cuak jugak hati nie. "boleh ke masuk kampus? boleh ke pergi kampus pakai pakaian ape? orang cakap pakai jeans semua nie kan?" cuak gila kau. tapi dek kerana senior kami dulu, brader Sang Sani Aluwi membalas tweet kami kata "demo semo bukan student. bakpo keno paka pakaian karporatnyo? tak perlu paka pun" so, itulah yang menyebabkan kami tak pakai pakaian karporat. nak masuk kawasan kampus punyalah takut. tapi last-last lalu depan pagar utama kampus . explain bebaik kat Pok Guard. and alhamdulillah.. mereka benarkan kita masuk buat clearance pada hari isnin tanpa perlu pakai pakaian karporat! muhehehe. thanks brader sani!

Ape yang patut kita buat ? dimana urusan clearance tuh di uruskan?

Semua hal kaitan CLEARANCE nie berlaku kat HEA (depan padang tuh) so, korang just pergi HEA cakap kat staff yang tak berapa friendly tuh nak buat clearance. so korang akan diberikan borang untuk di isi, dalam borang tuh anda perlu mengumpulkan 4  tanda tangan pihak atasan / pegawai / staff uitm. haaaa... bab nie yang penat siket. ops! bukan siket doe. MEMANG penat.

Antara orang yang kamu perlu tandatangan mereka ialah
1. Pegawai Kokurikulum (EN.AMIN)
2. Pegawai Polis Bantuan ( jangan jadi bengap cam kami, mintak tanda tangan pak guard! nama lagi pegawai kan? ketua keselamatan kitalah. En. AZMI)
3. Pegawai Takbir Kolej ( Pn. Shida)
4. Pegawai Perpustakaan ( yang nie korang kena check hutang piutang korang selama 3 tahun berbelanja. cam kawan aku.. dia top-upkan kad matriks dia. and ada balance yang masih tak digunakan lagi. mungkin RM2 je. so, biasanya akan di burn je. takpun dia mintak korang phothostat banyak-banyak sampai habis balance top-up korang. so, lau korang rasa kad matrik korang masih ada baki. terus sebelum datang  clearance korang pungut i/c segala 7 keturunan korang. haha. takpun korang burn je lah. and bagi kes aku pulak. aku berhutang RM13.10. haha. nie semua gara-gara nak siapkan report lah last sem. haha. so, memang kena bayar ah. tapi i dapat diskaun sepuluh sen. muhehe.. baik betol Coach JPAM) =)

lepas dah berpeluh, keletihan kesana kemari kan? aku nasihatkan pakai lah baju yang menyerap peluh. haha.. bukan ape. penat doe cari orang nie. nampak je 4 orang yang nak ditanda tangan. tapi nak kejar setiap sorang memang! haa,... pahamlah sendiri.  aku macam nak gelak pun ada. mesti kelakar kami nie. kehulur kehilir. hihi. tapi best woo! perasaan buat clearance nie. perasaan dimana korang akan rasa korang sangat-sangatlah TUA dan BESAR. BAJET "hye adik-adik... akak dah habis belajar.. selamat mengahadap lecturers, quiz and sebagainyalah ualls" haaa.. itulah perasaannya. seronok kau! muehehhehehe! =)

sambil menunggu nak bertemu ngan pegawai-pegawai tuh. sempat jugak kami pergi makan ikan keli kat cafe. masing-masing ambik ikan keli. pastu lauk macam last-last sem tak jauh berbeza. ahaii! Umieee!! rindu! muhehe.. and yang lawaknya. sir yem (lec physc) menjerit panggil aku, ama and mai. hehe. bukan ape tau. dia duk kat kafe sembang-sembang lah ngan beberapa student. and aku nie nak lari dari dia. sebab honestly, aku tak tau nak borak ape ngan sir yem. malu! malu!. punyalah laju aku speed sambil tutup muka ngan kertas bagai last last " hoi!! macam kenal je!!! buat pe kat sini hoi!"punyalah sempoi sir yem. alahaii rindu sir. ngan muka tak jadi. aku tersengih. "eh, sir! " buat-buat tak perasan. then terus rancak borak-borak. takderlah yang malu tadi kan. ama ada cakap "sir.. thanks bagi project we all A solid! muhehe" then sir pun balas ngan penuh yakin and humble. konon menyedapkan hati kami lah kan "no lah, tu usaha korang lah. bukan sebab saya ape. korang yang bersusah payah" dalam hati aku, ama and maisa terus tergelak. eksperimen pun kami tak buat. SERIES!! just cocentrate kat report je. thats the key. sebab takder presentation projek pun kan? just slideshow je. lau Project bio sem 5 dulu kena bentang banner siap and wat simulization lagi okay! hehe nasib physics nie simple. phhewww!~ dahla follow projek KAK ANNE aku. budak mekatronik UIA. so,memang memang save budget . save time. less stress and yeah! hehe.. science is all about cheating and experiencing! bukannya jawapan kena solid pun. ape yang kita gain time eksperimen tuh jawapan logik ke tak just record je. then bagi sebab yang masuk akaii! hehe. and yes.. mostly, semua report yang aku,ama, and mai buat standardnya selalu eksperimen tak menjadi. then terus grabb dari internet punya. biasalah. nak hidup babe!

kami tak jumpe ramai sangat lecturers. mostly lecturer ade kelas, ade yang kua. sempat jumpa sir yem, pn adida, en fauzi, en pie.je. thats all. lepas nie.. dah takder alasan untuk kami datang ke UiTM KT. nak jumpe orang pun tak der .alahaiii.. sedih gila! ;( habis sudah kisah hidup aku dengan UiTM KT. kampus kecik but significant! aper maksudnye? aku pun tak sure. selalu standard budak-budak nie akan cakap cam tuh. so i pollow jugak ah. muhehe. bye!

XOXO
nur hafifah hazizi

2 comments:

  1. Hi. tumpang tanya. ada efek ke kalau tak settle clearence dalam tempoh selepas tamat belajar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hye.. efek xsure.. tapi bila kita grad kot. i mean.. scroll xleh ke. by hook or crook mmg kena settel

      Delete