Monday, 11 February 2013

daddy's little lucky girl ;)

wahauu! lama! lama! and memang lama dah aku tinggalkan laman sesawang aku nie kan? kekeke.. actually, banyak gilers benda yang aku taip tapi xsempat di publishkan. taip panjang-panjangpun hanya tersimpan lam draft. ader lah lam 5 stories giteww.. hehe. if i got paid for being lazy, for sure enough i'd be a billion,billion,billionaireee =) sekarang dah masuk tuesday kan? hampeh! sunday nextweek i ada test bio. 2 chapter lagi kena cover. and! how lazy i am.. baca 3 pages je terus tutup notes. study kat rumah kan? mana leh jalan brooo! =) 

so.. daddy's little lucky girls kan? lucky k? takderlah lucky sangat pun. tapi kenapa aku katakan diri aku nie lucky? sebab i'm soo lucky to be born as NUR HAFIFAH HAZIZI not NUR HAFIFAH halim ke, dolah or papelah. bagi aku 3 beradik. aku lah yang paling jauh dengan abah. abah seorang yang suka bercerita itu ini. tapi dengan aku sangat-sangatlah jarang. tapi bila aku bersembang perihal 'abah' dengan kengkawan. aku rasa bertuah.. ye, aku sangatlah mesra nak di bandingkan sahabat aku dengan kengkawan yang lain. aku punya kenangan bersama abah di mana tak semua remaja seperti aku dapat rasakan. abah seorang yang baik dengan anak-anaknya. tapi cukup tegas kalau tak kena cara. menangis woooo! huhu. bila kami tengok cerita sesamakan? dia mesti ulang atau buat ulasan tentang cerita tuh. kalau time puasa masa nak berbukak dia selalu layan mulut adik dan abang aku untuk cerita sal mati, petanda kiamat and macam-macam lagilah. sebab time puasalah genap 30 hari kami makan bersama-sama. =) satu kenikmatan puasa untuk kami sekeluarga.  abah tak pernah mengecewakan kami adik beradik. mintak aje ape, walaupun bersyarat and kekadang kami tak dapat nak menepati syarat abah, lambat atau cepat abah pasti penuhi hasrat/keinginan kami adik beradik. ada ketika jugak abah melayan aku bercerita sal sekolah, malah selalu bagi nasihat. di mana kami biasanya akan berkumpul waktu malam and berkongsi cerita. abang aku sal moto, aku sal sekolah and adik aku? mungkin CD game PSP terbarunya waktu itu. bila aku ceritakan balik kepada kengkawan aku.. kebanyakannya jarang yang ada kenangan manis sebagaimana abah kami berikan pada kami.  =)

dah 3tahun abah pergi. walaupun aku mungkin yang paling sedikit kenangan bersamanya tapi alhamdulillah.. kenanangan tuh membuatkan aku bersemangat and berasa bertuah kerana aku tahu.. abah aku dan aku ada 'sesuatu' di mana tak semua orang dapat berkongsi kemesraan dengan abah masing-masing.

sekarang hidup aku hanya menumpang kasih bapa saudaraku. aku lebih rapat dengan bapa saudara sebelah abah berbanding dengan ma. mungkin sebab aku jarang bersama bapa saudara sebelah ma. jauh. aku baik dengan bapa saudara bongsu aku (pok su) . entahlah, aku pun hairan kenapa dia senang menasihati aku. berkongsi cerita dengan aku walhal sepupu aku yang sebaya dengan aku (perempuan) ada. tapi hal berkaitan masa depan, pelajaran, kerjaya, malahan politik pun dia mendidik aku. bagaimana nak berjaya lam kehidupan, jadi isteri, tugas aku sebagai anak, malahan dia juga pernah memberi nasihat tentang wang nanti aku dah berkerja. gaji pertama ape perlu aku buat,kedua ape.. and seterusnyalah. dimana kekadang aku rasa aku tak layak lagi tahu tentang sesuatu tapi! aku dah tahu. bila aku ceritakan ape yang poksu aku nasihatkan kawan-kawan aku. mereka mesti kata "aku tak pernah pikir pun sal nie lagi.. sal politik? jauh lagi aku. belajar dulu and then baru aku nak rancang and bla..bla.. bla.."panjang lebar.kadang-kadang  hatiku tersentuh. selain mirip sekali ngan perangai abah dia jugak perihatin pada aku. terima kasih pok su. poh hargai segala nasihat poksu.

keduanya abang sulong abah. (pok long) walaupun jauh nun di puncak alam. sekali sekala dia akan bertanyakan jugak khabar aku. sangat bermakna bagiku . sebab dia sudah terlalu jauh dengan ku. sudah punya keluarga sendiri. cucu pun dah berpinak-pinak. tapi alhamdulillah, masih juga teringat tentang aku adik beradik. memadailah kan? aku takperlupun wang ringgit. tapi aku hanya mahukan secebis dan sesuap kasih sayang. tak perlu hulurkan aku adik beradik wang. cukup sekadar kasih sayang.

aku bertuah! aku tak pernah menyesali ape yang terjadi dengan nasib aku. malahan, aku redha dan menerima segala dugaan untuk aku di usia muda ini. bertuah kerana aku tahu siapa orang-orang di sekeliling ku. bertuah kerana aku memiliki kekuatan dan ke'independent'an aku sendiri. bertuah kerana aku lebih tabah. walaupun aku down. aku tetap diam. aku selalu ingatkan diri nie. takkan ada dugaan besar selain abah pergi. jika pemergian abah pun aku mampu bangun. apatah lagi benda lain. mengingati arwah HAZIZI YUSOFF aku bangkit. 

so,that is why

daddy's little lucky girl ;)
*
now, i perasan how kepet my hidung was! ggrr!


No comments:

Post a Comment