Saturday, 27 July 2013

Impian

bercakap tentang impian.
aku punya impian. dari kecik sampai ke besar gajah nie. aku punya impian.

impian untuk berjaya dalam hidup, bahagia dalam hidup, pandai, jadi cantik ,bijak dan well standing macam hanis zalikha *ececeh! i'm a big fans of her*. impian untuk membahagiakan orang tua. impian untuk punya sahabat sejati, impian untuk menjadi muslimah sejati yang diredhai Allah. InsyaAllah.

tapi, tak semua yang kita impikan tuh dapat. realitinya.. hidup nie tak semanis impian, hidup nie jugak tak seindah mimpi. itu yang kena kita ingat.

bila kita berkehendakkan sesuatu yang tak nyata.. dan Allah seakan sedang memberi kita nikmat keindahan impian kita itu walhal kita tak pasti pun berapa lama benda tu kekal ke.. tak  ke.. ape ke kan? wahai manusia, kalian sedang di duga! =)

dugaan datang sekali dengan impian.
why did i say so??
sebab, bila kita impikan sesuatu, contohnya.. nak hidup senang(kaya) , nak bahagia (manusia), nak makan/shopping/macam-macam lagi (keperluan hidup). dan macam-macam lah lagi segala jenis keinginan.  percaya tak aku cakap, yang manusia akan buat ape saja walaupun mungkin dengan cara kotor semata-mata untuk meraih impian mereka? betul kan?
tapi! tidak sesekali berhempas pulas untuk memantapkan keimanan dan amalan mereka. bila ditanyakan ape yang semua nak di akhirat, semua tanpa segan silu akan jawab "syurga". akan tetapi, tak pulak berusaha macam nak mati ke arah sana.  *nasihat pada diri sendiri jugak sebenarnya* *malu dengan diri sendiri*

oleh itu,
impian memang macam-macam. semua yang indah. tapi awas! silap haribulan.. impian tersebut lah yang membunuh kalian. chiewaahh! aku nie dah kenapa kan? cakap macam dah dewasa gila. hehe.  saja. acah sikit! nak suh korang nervous! kah kah!

aku punya impian. dan aku jenis degil serta keras hati. bila aku cakap nak tu.. nak lah jawabnya. bila aku suka benda tu. benda tu lah jugak aku stick like a gum! bila aku susah sayang orang, tapi bila nama kau masuk lam hati aku, susah lah kau keluar. so, impian aku inilah. tapi, aku ada kelemahan. aku tak berani mencuba atau mengekspresskan feeling aku. aku tak berani kejar impian aku. masalah jugak aku nie.


aku punya impian untuk bekerja. nak belajar setinggi mungkin. at least ada deg. carik kerja, and yang penting aku nak tolong ma. nak sangat-sangat. aku anak perempuan seorang. dari 3 adik beradik. abah dah tak da. sekali gus aku rasa aku juga bertanggungjawab untuk ma. sangatlah takut untuk tersalah pilih suami. sekarang umur 21. aku dah boleh pikir sal nie. sebab tu lah taknak terburu-buru. mencari kekasih memang mudah kan? tapi tidak suami. ape yang penting aku nak bahagiakan ma. adik aku. abang aku? haha! dia kan abang.. keke. =p. itulah impian aku. menjadi seseorang yang mampu melindungi adik dan ma aku. bila dipikirkan balik. takpe aku sorang-sorang. asalkan aku punya adik ngan ma selamat. tuhan maha adil kan? insyaallah. kesunyian aku nie di gantikan dengan insan terbaik. yang mampu melengkapi kekurangan dalam hidup aku. yang mampu membimbing bukan memusnahkan. mampu melindungi aku, sebagaimana aku cuba untuk melindungi keluarga aku. hanya itulah impian aku. sekarang,  aku gembira . kerana hidup aku tak pernah sunyi. bila aku diduga. aku punya sahabat di belakang ku. ramai yang menyayangi diri ini. itu jugak impian aku. di sayangi oleh sahabat. terima kasih atas nikmat mu. di sebalik aku sibuk menunggu my mr.one. rupa-rupanya, aku ada sahabat yang melengkapi kesuyian hati nie.


 siapa cakap being alone is not fun? kan? =) all u need is "just love yourself,live urlife to the fullest!" enjoy every moment yang kita ada. kita selalu cakap kita di duga kerana impian kita tak terlaksana kan?  tapi, bila impian kita dapat, pernahkah nak bersyukur? kita cakap kita ditinggalkan.bersendirian. tapi Allah hantarkan sahabat sejati pada kita untuk bersama. kenapa kita tak nampak? jawapannya. impian kita tak terlaksana. bukan? take a look around u. anda pasti akan cakap. yeahh! aku dah punya lebih dari apa yang aku impikan. trust me. insyaAllah. 

i left everything from yesterday, so today i will live my life well. i chased away all the pain, as i hope that i can feel the happiness soon. i chased them away from me as i was an option for them. i will live my life well, for a better tomorrow. 

love,
 nur hafifah hazizi

Thursday, 25 July 2013

money


Living a day without any money in ur wallet/purse is damn!
pffttt~!


duit! sape tak mo duit kan? hurm.. masalah bagi aku kalau tak berduit nie. bila tak da duit nie mulalah malas nak bergerak, nak berhubung ngan girlfies, ngan sape-sape lagi lah. mula rasa nak dukkkk je lam rumah jadi anak dara sejati.. weee~~ untung tau u alls dapat iolss y sejati tak kua rumah!. *statement mintak pelempang!* haha

well.. kawan-kawan aku nie jenis style cam boboi siket okay. kitorang tak macam others girlfies. kua sembang kat pantai ke, kat sana la.. kat situ. ala.. yang sweet-sweet punyer tempat. we, nie macam boboiboy. nak nak dengan girlfies sekolah rendah iolls. memang on the spot je kua tau. yang syoknyer. kua pulak malam-malam . siang hari membuta. manly enough!

bila kua, memang perlukan duit! port paling best lepak rumbia ngan kedai pok awie. mesti! mesti! berkumpul kat situ. kedai tuh laku atas jasa we alls je. muhehehe. banyak fuluss melayang tau! haishhh. kesian pulak ngan mami. tak tergamak nak mintak duit. alahaiii.. nasib nasib.. semua duit sekarang. kua ngan kawan pun kena pakai duit tau. mana mau cari duit?? nak kerja? i malasss! muhehe. huargh! *stress!*

lenie, hampir 3 tahun bersendirian aku mula dah biasa. rasa malas nak berdua. chieewah! malas lah. selain dari bebas nak kua ngan sape.. bebas sebebas-bebas nya.. money pun diperlukan lam perhubungan. lau aku nie.. aku jenis yang suka bagi hadiah laa.. suka beli itu la.. beli ini. over you! walhal satu pun tak jalan! bila cakap "maaa!! nak kawennn !!!" mulalah mami iols balas. " nak kahwin ada duit ke?? gewe pun tarak! dulu bukan main lagi bercapel!" haaa.. lebih kurang cenggitu lah. hehe. biasalah ma. proses puberty omputih kate. wehehe =* shayam mami!


so, money money money! cari harta dulu baru boleh pikir hal seterusnya!. nak duittt! nak duit nak shopping! nak duit nak beli gadjet.. nak duit nak bergayut ngan crushhh! nak duit nak berbelanja and yahhh!!! i'm craving for moneyyyyyy~ pelish! haha.. desperado gilers an? takderlah. aku just nak gambarkan dunia alaf 21 nie. semua kena duit. giteww.. takpe.. aku dah adapt dah keadaan tak berduit nie. so, live well. insyaAllah.. aku percaya rezeki di hadapan hari. =)

adiooosss~!
p/s: i need money! need it almost 3K. mana mau cari??? nak g jepunnnnnnn~! =(
love,
nur hafifah hazizi

Monday, 22 July 2013

Kun Faya Kun.

 Ya Allah,


mungkin rahmat mu di bulan ramadhan. semangatku kian pulih.aku mula mampu menerima kenyataan  dari tamparan hebat ini sedikit demi sedikit. segalanya aku serahkan kepada Allah. segala yang berlaku ini semua dengan izin mu. dugaan mu mungkin kau turunkan untuk aku dek kerana aku alpa dan jauh darimu. alhamdulillah, aku makin dekat dengan mu Ya Allah. =)
KUN FAYA KUN
Bila Allah berkehendak serta menghendakinya, dan pabila Dia telah menetapkan sesuatu maka Allah berfirman kepadanya: "Jadilah", maka jadilah dia. Begitulah beberapa ungkapan ayat-ayat kun [jadi] maka faya kun [jadilah] dalam al-Qura’an.


aku kian pulih. aku mula menjadi sebiasa mungkin di alam maya, di whatsapp dan juga di depan rakan-rakan. terima kasih rakan-rakan aku, kawan baik aku yang tak habis-habis memberikan yang terbaik untuk membantu aku kembali bersemangat. semoga kalian di rahmati.

senyumku bukan bermaksud aku lega, tawaku bukannya bermaksud aku gembira. aku redha. mungkin ada sesuatu yang menanti aku. mungkin Allah telah tetapkan ape yang terbaik untuk  aku. Allah knows better.

sabar dan sabar dan sabar.

maafkan aku. satu perkataan yang benci aku dengarkan ketika 3 tahun lepas dimana aku sentiasa di suruh bersabar ketika abah aku sakit. seorang demi seorang datang membuatkan aku lali dan sangatlah membenci perkataan "sabar". kak anne aku know me better. hanya dia aje yang mampu menenangkan aku tanpa menggunakan perkataan sabar. Kak anne, kawe rindukan demo =(.dan sekarang, aku terpaksa menemui perkataaan sabar. adrenaline aku sentiasa naik sekiranya perkataan ini aku dengari. sungguh aku benci perkataan sabar. hati ini bagai tersiat-siat tatkala mendengar perkataan sabar. sabar bagiku tak ubah macam menunggu. dan menunggu sesuatu yang mungkin tiada harapan sangatlah memedihkan hati. secara realitinya,mustahil untuk digapai dan terlalu jauh untuk dikejar.

sungguh sehingga kini. aku kadang-kadang tak memahami kenapa aku? kenapa selalunya aku? walhal aku tidaklah jauh ketinggalan dengan kalian. kenapa selalunya aku??? Ya Allah. ampuni aku kerana menyoalkan ketentuan mu. kurniakan aku kekuatan sebagaimana kau kurniakan kepada para nabi untuk berdakwah menentang orang kafir. 


doakan aku kuat, tabah dan mula mencorak langkah untuk segala kemungkinan yang bakal  terjadi. ya Allah.. kurniakan lah hambamu secebis kekuatan dan semangat. jiwaku melayang. sungguh. aku ibarat melayang. tak mampu untuk dikongsikan rasa pedih dan sakitnya hati ini dengan orang lain.sememangnya kejam untuk aku meluahkan ape terpendam kepada kawan aku. ibarat membunuh kebahagiaan mereka. aku taklah sekejam itu. maka, aku terpaksa menyembunyikan rasa sakit ini. mereka mengatakan mereka memahami perasaan dan kedudukan aku. tapi, mereka hanya memahami di permukaan aku sahaja. bukan dasar aku lagi.

thanks ma and my bross. i know aku mengecewakan kalian. tapi sungguh.. aku tahu kalian mahu yang terbaik untuk kita sekeluarga. terima kasih di atas dorongan. keluarga akulah yang paling terbaik. yang mendengar aku menangis teresak-esak. yang termenung yang mengalirkan air mata secara tiba-tiba.dan aku mulai demam. akhirnya, aku mula bangkit melihat realiti. andai bukan di sini rezekiku. akan ada lagi di hadapan hari. sekian. =)



kun fa ya kun.

trust Allah,
nur hafifah hazizi

Sunday, 21 July 2013

dugaan terbesar 2013

hai! salam ramadhan!

okaylah, hati ini makin rasa sakit . tersiat-siat hati nie. separuh jiwa ku melayang entah kemana. bergerak ke kanan dan ke kiri dengan perasaan sebak membungkam. Ya Allah.. dugaan apakah ini? sungguh aku tak kuat. merintih pun tiada gunanya. ape yang mampu aku buat? ape yang mampu aku ubah?

sakitnya hati nie hanya engkau yang tau Allah. sungguh.. kurniakanlah aku secebis kekuatan. insya Allah. =)

xoxo,
nur hafifah hazizi

Wednesday, 17 July 2013

short life update!

 
laa gila dah tak update story. tak tau nak story ape.. taip... taip... pastu delete balik.. tak tau! series.  sebab bila nak bercerita, teruss aku tweet . and nowadays, Im not so intrested to FB anymore. kekadang nak naikkan status pun dah segan dah . hidup ialls skrg di dunia Twitter and Insta. =)

so.. sesimple mungkin aku gitau yang :

1. aku masih tak bekerja. menganggur dan menunggu keputusan penerapan UiTM  jumaat nie. 

2. aku masih lagi freee!! tak der tanggungjawab kat sesapa.

3. adiccted to Lee Jang Suk lam I hear your Voice.

thats all. salam ramadhan semua. 

XOXO, 
nur hafifah hazizi

Thursday, 4 July 2013

Selamat hari jadi ma! ke 55

SELAMAT HARI ULANG TAHUN  KELAHIRAN  MAAA!





ASSALAMUALAIKUM DAN HYE!!
aku nak update kan sikit tentang hari jadi mommy aku. hari nie lah 5hb Julai. Alhamdulillah, beliau sudah mencecah 55 tahun dah. May many years to come!

ma selalu bagitahu aku.. "poh, besday ma 5 hb. nak gie sambung lesen kereta eh? " ujarnya. aku macam. ooo.. ok.. besday ma! then, terus aku plan baikkk punyer dengan adik aku, Pijey untuk buat suprised kat dia. oleh kerana adik aku tengah kaya sekarang sebab baru dapat duit Kutu. so, aku pun berpakat kumpul lah duit dengan dia. at first, aku just nak belikan satu telekung chantikkk punyer kat satu laman web nie kan. just untuk ma. boleh buat pergi terawih tau! tetapi, apekan daya takda stock camana ntah. so, lambat lah pulak nak boleh ada balik. hurm!! frust, frust! frust!

then adik aku pun come out with, "poh, nak belikan selipar lah kat ma. bagi dia pegi kedai ke, ape ke? sebab selipar lama dia dah buruk lah" ujar adik aku. aku pun terus setuju! hehe. so, malam semalam, kaw-kaw aku and adik aku plan. di sebabkan aku tengah addicted ngan drama SBS korea "i hear your voices" so.. time tuk beli kek and selipar sangatlah limited!. kami start malam semalam pada pukul 8. tak pernah lagi tau bergabung ngan adik aku nie. tetiba rasa macam cute-cute and sweet pulak. hehe. chumels!

 As my mum nie memang banyak tanya. so, mesti dia hairan kan? kami cakap nak kua gie beli burger. then nak gie supermas kojap. dia pun balas " poh, nak gie supermas bawak handbang??  pijey paka baju baru apo? nak gie mano eh 2 beradik nie?" *kriik kriikk* laa.. yela.. terover dress pulak dah! haha. nakal lah! tapi benda tuh dibiarkan begitu aje. disebabkan kami memang anak yang banyak hal. so, ma tak syak sangatlah kot. maybe pikir adik aku nak temankan aku kua date kot. haha/okay! dek kerana aku nie berada di kawasan luar bandar . so, janganlah expect kami beli hadiah yang sooo making the vass. hehe. dek kerana malam tuh malam jumaat and betul-betul awal, so, tak banyak kedai yang bukak kat jertih nie. 

lepas je dapat ape yang kami nak. ermmm! aku bagi peluang adik aku yang pilihkan kasut. sebab series dia macam excited gila time masuk lam kedai. hurmm. takpelah duit kasut memang aku yang bayar. takpe... memang dah niat aku pun nak suh guna duit aku =) so, adik aku lah yang pilihkan. =) dia yang bayarkan. aku just kasi duit. terasa diri sangatlah besar and matang. piieewiett! sempat lagi berangan. and yes duit cake kami kongsi lah. hehe. dapat lah kek coklat moises yang cream dia memang creamy habis derr! siyes wa cakap lu. cake dia memang best!


so, at twelve, memang aku and adik aku dah plan suh ma kua dari bilik. and adik aku nak berkeras bawak kek. aku dah agak mesti susah sikit dengan aku nie. bila aku panggil je " ma, meh kua kejap. ma.. " pujuk merayu. "gapo? malas lah! ore tido dah nie. malas ma! oyak jah laluh!" tegas dan keras okay. sebab dia tau aku nie tak pandai nak memaksa dia. aku mulalah pening lalat garu kepala. kua balik pergi kat adik. " aku dah cakap! ngan aku bukan ma dengar, mu lah gie!" terus ambik kek dari tangan adik aku. and terdengar lah suara riuh PUAN ZABIDAH aku marah-marah sebab mengacau lenanya. and TARA!!! kua jugak akhirnya! terus nampak cake terus menangis dia. aku pulak terus salam peluk ciom di ikuti adik lelaki aku. "nah.. tiup kek! pastuh tengok atas katil po ada gapo" ujar adik aku. hello! tak tengok cake pun okay berdesup masuk bilik aku tengok atas katil ada kasut. sekali lagi jadi telenovela romantika pulak dahhh! haha.

abang aku, hafifi hazizi tak bersama kami. takpe. dia kerja carik rezeki. dia call ma lepas kami sambut besday ma. sekali lagi ma menangis. tak taulah ape yang diorang sembangkan. aku ngah syok makan cake. haha! aku kan anak tak berapa nak bertauliah kan? hehe


ma,
i'm so grateful that God sent me an angel to take care of me since the day i was born. i tell you mama, theres no one like you! i'm so thankful that i have u as my mom. i'll cheerish every moment we were together ma. u've seen me happy, me sad, me so reasonable, me mad,me annoyed and everything insides me. mom, i'm not always said this , but YOU ARE THE MOST THAT I LOVE! Everyone in this family is so lucky for having you in theirs life, we just have u. only u. be healthy. be happy, be wat ever u could be mom. as long as u are happy. =) u are more than a mother for us. u are the teacher, the guidance, bestfriend, sister and abah for us. thank u for giving us pprofusely every single part of yourself. 

you are the best mom in all over the world!
love,
nur hafifah hazizi

Tuesday, 2 July 2013

Ladies Talk : 0nline shopping.

Assalamualaikum..
Aku boring nie. tak tau nak buat ape. bukan tak tau tapi lebih kepada malas nak buat something!. haishhh..  =( so macam biasa, hobi aku menulis kan. kali nie aku nak sharekan sedikit pengamalaman aku membeli barangan shopping online nie. sejujurnyalah, nie lah pertama kali dalam hidup aku membeli baju shopping on9. biasanye aku takkan beli sebab.. yelah aku kan negative thinkingn sikit an? so macam-macam lah aku pikir kan. lau kita dah bank in.. dia tak hantar acaner? kalau barang tuh hodoh tak sama lam gambar bayar mahal-mahal euuu! so tak berbaloi lah kan? so, macam-macamlah lagi aku pikirkan. heeee..  biasalah.. i nie kan takut mencuba something yang baru. hehe.

so, last few days, aku adalah tertengok satu accounts kat ig nie (ig=instagram). mula-mula macam biasalah aku tengok-tengok. pastu double tap kan gambar tuh kan. syok uh! feeling giler bila sebelum kau tido.. kau layan insta! woah!! ibarat BB user doe. muhahaha! *AKU KAN POYO*
i choose that pink. nampak cam soft je
kalau kita pakai kan? hehe
dan..!!! tetiba aku ader berkenan kat satu gambar nie tau!. terus macam di pukauu!. entahla.. mungkin orang tak berkenan sangat tapi.. aku memang gila berkenan kau!.. taknak! tak nak! terus kua ig. malam tu plak bukak ig. sekali lagiiii terrnampak dreess nie. aku jadi sasau.. ibarat dress tuh ada suara "kakpohh, kakpohhh... pakai lah saya.. beli lah sayaaa" puaka kau!. terus pergi bilik my mami. 

"ehem~! maa.. ace tengok baju nie. comel tak?"
"comel jah. brapo ya?"
mother's instict kan? tak yah susun ayat bodek ape terus paham maksud anak dara dia nie. *teruiih sengih cam kambing mintak penampar! haha *terus mata bersinar-sinar! green light u!  ma pun macam okay je.. zappp! 12.38 a.m. tak sabar katakan.. takut di rampas orang! aku terus whatsapp si owner nie. terus buat payment keesokan hari.

dan time tuh. macam-macam aku pikirkan tau! series aku berdebar tau!!
1) masalah pos-pos laju nie. ade jugak barang tak sampai kan? kena pergi ulang alik pejabat pos lah apelah dengan guna tracking number. mana aku biasa! takutttt!! 

2) baju indah khabar dari rupa sebenarnya kan? haaa.. nebes gila!!

TTTAAAAADAAAAAAA!!!
*tiru gaya safiyyah*


tengok! special tak i.. sampai masuk IG
die.. nie buat makin sayang je.haha
tapi!! tapi!! baru je semalam dia whatsapp aku cakap dia baru settlkan postage aku lam pukul 3.30 pm tapi pukol 1.30 p.m tadi dah sampai brader posmen dengan van oren pos laju dia! kurang 24 hours.! aku bajet besok kot sampai. terus eksaited bukak. and yes!!! seperti yang aku impikan. cantik! just nice!!! 

ehem!! enterprame pliss! 
Cc: MOHD HAFIZAN
sebab jadi p/grapher tak bertauliah pada kakaknya! 



dress nie bersertakan free Belt.
aku tak pakai. tak minat belt. haha!





In a nut shells, *ewahhh! cam SPM ritew je ayat bunge-bunge.* EHEM! so, boronglah kat accounts dia. aku dah percayakan dia dah. mungkin lepas nie dah takkan teragak-agak lagi. insyaAllah. dia pun nice. sekarang tengah gigih promote baju raya! lawa-lawa! chantik!!! cepat lah grabb! harga pun tak mahal sangat. just so-so je.. 

XOXO,
nur hafifah hazizi