Wednesday, 23 January 2013

TIPS : menjaga hubungan baik dengan SAHABAT

Hai!! hurmm.. last a few days, aku macam  nak sesangat meng'updatekan' entry sal Persahabatan nie. entahlah. mungkin hati aku sekarang begitu terrremosi dengan nilai sesebuah persahabatan. Sebab, lately, aku rasa mata aku makin lama makin terbukak. yang mana satu sahabat aku dan yang mana satu bukan. tak semua mampu jadi sahabat . betol tak?so, before i bawak u tips-tips untuk mengekalkan sesuatu persahabatan supaya menjadi lebih kekal, bermakna, and wonderrpool so.. meh ler kita sesama fahami maksud persahabatan nie ye?. 



MAKSUD SAHABAT
Sahabat ialah seorang yang sangat mengenali pribadi kita luar dan dalam. seorang yang  selalu bersedia membantu kita dalam keadaan apa pun meskipun belum tentu ia sanggup atau sempat. tahu rahasia kita.,kelemahan , keburukan kita. sentiasa ada disaat kita memerlukannya.

MAKSUD TEMAN / KAWAN
adalah orang yang sudah sering bertemu dan bergaul (berinteraksi.red) dengan kita. berkongsi minat, hobi, aktiviti, tapi bukan memahami sepenuhnya kita. 

MAKSUD RAKAN
pergaulan yang dilambangkan dengan  didasari oleh pekerjaan dan keahlian . Eg: rakan sekuliah, sekerja dan se-se sebagainya.

MAKSUD KENALAN
 adalah orang yang secara umum kita tahu namanya, umur atau tempat tinggal.

okay then, so.. aku nak shared lah sedikit tips untuk korang menghargai nilai persahabatan korang ngan sahabat korang. macam mana nak kekalkan persahabatan korang kan? so, here we go! =)

1. Restu orang tua.
    haaa! jangan ingat bercapel aje ko perlukan restu ok! bagi aku lah kan, orang tua kita harus eh! bukan    wajib tau dengan siapa kita berkawan, bergaul. sebab orang tua nie pandai menilai. laa.. lagipun lau ibu bapa kita tahu dengan siapa kita berkawan dan dengan siapa kita bergaul. mereka akan percaya kan? nak balik lewat ke, keluar ke sana ke mari pun aku dah tak rasa mereka halang. betul tak? kita pun tak perlu menipu bukan?

2. Memahami jiwa
    yes! ini memanglah kan? kita kenalah mencari seorang sahabat yang sama jiwa. sama sekapala ngan kita bukan? bagi aku, tak perlukan persamaan pun takpe. sebab walaupun perangai kita mungkin agak kontra ngan sahabat kita. anda tak perlu hairan. betul ke dia sahabat aku nie? selalu je bergaduh . selalu je bertengkar. tapi ! dia lah yang paling paham jiwa aku. so, thats mean itu dah betul lah. anda tak perlukan persamaan tapi anda perlu yang sejiwa. sebab masing- masing akan melengkapi diri masing-masing.

3. Mengenali asal, usul keturunan sahabat anda
     haa, bagi aku penting sangat-sangat untuk kita mengetahui asal-usul keturunan sahabat kita. untuk apa? mungkin untuk mengelakkan kita terlupa and beringat apabila bercakap. maksud aku, supaya tak menyakiti hati sahabat dengan perkara yang paling-paling sensitif, iaitu keluarga. benda yang paling sukar kot untuk di kongsikan dengan orang. yelah, baik buruk family kita. takkan kita nak bercerita kat sebarangan orang kan?? so, appreciate and cuba-cuba sedaya upaya menunjukkan keprihatinan kita apabila sahabat kita sedang bercerita. tunjukkan anda berminat. walaupun mungkin cerita agak membosankan. tapi tak salahkan? mendengar untuk sahabat kita bukan?

4. Korek hal peribadi sahabat kita
      bagi aku ini pun penting! sebab bagi aku ini akan merapatkan kita . biasanya 80% mood orang tengah kapel nie tak stabil. sekejap marah, sekejap baik, sekejap melalak and macam-macamlah perangai kot! so, as a good sahabat. tugas kita consult sahabat kita. biarkan sahabat kita rasa yang kita nie pengting. 

5. Terima kekurangan diri masing- masing
      perlu! perlu! eh, wajib hokey. anda wajib bersabar dengan kerenah buruk rakan anda. contohnya, anda tengah makan tup-tup bau gas methane (kentut) . sape tak bengang bukan? tengah syok makan pizza hut tiba-tiba kena hidu bau kentut. confirm time tuh anda rasa nak lempang je kan sahabat anda. anda harus marah. jangan pendam ! tapi tulah. sabar jelah! hehe =)

6. Jangan menyimpan rahsia and berani bersuara.
    selalu jadikan sahabat anda sebagai tempat bercerita. walaupun korang dah la sekelas, sekampung, serumah . toleh kiri jumpa muka milah, kanan pun milah lagi, makan? milah tapi.. just enjoy your moments. bercerita lah itu ini. even benda tuh benda sama je. tapi, yes.. cerita je. bila ader je masalah ataupun kegeraman manje-manja terhadap sahabat anda . keluarkan. marah je kaw-kaw. tapi jangan! jangan sesekali TARIK MUKA. just tegur. then pastu buat cam biasa. =)

7. Jangan mengharapkan sesuatu dari sahabat.
     jangan sesekali anda mengharapkan sesuatu yang lebih! lebih! lebih! extra ordinary. extra fun! extra money! extraa yelah semuanya extra. just terima je cara korang bersahabat. jangan expect sesuatu darinya. contohnya, aku kawan dengan munir nie sebab munir pandai! boleh bagi aku Anugerah Dekan . sebab tuh aku sayang si munir!. tapi bila munir tak mampu bagi kau Anugerah Dekan. amacam? kau tinggal je si munir tuh kan? mula kata-kata belakang! kan? mula berbisik halus lah ngan hati kau. menyesal lah ape kan?? so! betul niat kau cepat! terima kawan kau and jangan jadikan dia sebagai batu loncatan kau! INGAT tu! 

8. Enjoy!
     yes! enjoy every moments uolss spent together. kadang-kadang, disebabkan sahabat kau, kau terpaksa kena marah sama. kau pun kena buli lah. apelah macam-macam lah. sampai kekadang tuh kau rasa macam nak je berjauhan ngan sahabat baik kau tu! tapi cuba kau tarik nafas dulu. tenang-tenang. jangan ikutkan kata hati. bila fikir-fikir balik, mesti benda tuh akan jadi perkara lucu kan? kena denda depan kelas la. bukan ke tu moment yang manis untuk kita ingati? kalau tak dengan dia. kita takkan rasa benda tu tau. so, enjoy je hidup kau dengan sahabat kau ok? =)

9. Appreciate ur BFF
   hargai sahabat tu. walaupun dia mungkin tak boleh bagi kau duit, markah tinggi lam test atau quiz. tapi, hargai lah ape yang dia mampu berikan pada kau. cuba bersyukur. ok? 

10.  Jaga perasaan
     anda perlu bersifat jujur. tapi kadang-kadang kita tak perlu untuk menjadi terlalu jujur. hati a=dan perasaan manusia tak sama. ada benda yang kita kena luahkan ada ketika tak. macamana tu? hurm.. bergantunglah. ioolss nak gitau pun ioolss tak reti jugak. sebelum bercakap, fikirkan dulu, jika aku diberitahu yang aku bla.. blaa.. blaa.. aku mesti sedih kan? aku mesti geram kan? mesti makan and tawar hati kan? haa.. so, amik kau! saling-saling berkerjasama lah. saling menjaga. InsyaAllah ok? =)

11. Jadikan sahabat anda seperti adik beradik anda
      try this! ini sangatlah awesome. sumpah. anda akan lebih-lebih menyayangi mereka. =) 

12. Jangan meletakkan syarat
     jangan sesekali meletakkan syarat untuk bersahabat. sebab, anda mungkin terlepas pandang yang seseorang itu mungkin begitu bernilai untuk anda. tetapi, dek kerana syarat anda. anda tidak mampu membezakan intan dan kaca. Trust me!

p/s: hurm.. ini semua sebenarnya hanyalah pandangan aku je. tak taulah bagi korang camane pulak. aku? alhamdulillah.. aku dilahirkan sebagai seorang yang memunyai ramai sahabat. aku tak sunyi. aku hargai setiap sahabat aku. aku menyayangi mereka. =) takperlulah aku sebut siapa mereka. sebab aku yakin, mereka tahu siapa mereka di sisi ku. =) HURM.. GUYS! I MISSED UOLSS!




LOTS OF LOVE,
NUR HAFIFAH HAZIZI




2 comments:

  1. heheh
    btol2
    bezo antara sahabat, kwn ngn rakan
    totally different thing
    bkn nak discriminate sesapo but that's the truth

    ReplyDelete
    Replies
    1. 2la pasal jie.. bukan nak discriminate sesapo tapi
      sajee.. nak suh orang tahu and lebih menghargai persahabatan diorang. tu je =)

      Delete