Monday, 17 December 2012

A day to remember

GUYSS!

hari nie hari yang agak penuh dengan kerenahnya! lucu pun ada, sebal pun ada, sedih pun ada!. ok.. sekarang da masuk bulan doblas kan? dan hujan memang susah sangat nak berhenti. lau berhenti pun xsampai sejam lah. da tuh hujan jugak turun tanpa sempat kita ready lagi ok. taw-taw da lebat. dalam 2 minit je. pastu dah ok. da tuh, lebat balik! so, bagi si penunggang motosikal cam aku and housemate agak was-was la nak ke kelas. mulalah sebak mengundang. yelaa.. orang lain gie naik kereta. kami?? huaa! balik cuti nie nak mengamuk ngan ma lah! nak kereta sutir.! haha. macamlah my mum layan kan? memang tak lah kan? 

so,hari nie kelas start kol 8. susaahhhnyaaa nak boleh ke bangun tau. aku sembahyang pun sembahyang subuh gajah. 'subuh gajah' ape tuh?? haha aku pun Xcelli tak tau mana asalnya perkataan tuh tau. tau-tau orang da panggil camtuh. kalau kita menunaikan solat subuh pada waktu yang agak lewat seperti kol 7 pagi, 7 lebih-lebih.. haa tu lah dia subuh gajah ok. versi orang tua-tua kelate. =) aku,amanina,maisa, and kak ayu cam da resah dah. hujan kat lua memang lebat gila. tak ada tanda-tanda nak berhenti tau. pikir punya pikir dengan tebal mukanya kami decide nak mintak tolong ngan classmate aku. kami memang rapat lah ngan si dia nie. nak-nak kawan aku Amanina nie. memang rapat gila ahh! so, ape lagi.. terrpaksalah si amanina nie tebalkan muka mesej Asmirul Afzan nak mintak tumpang dia. 

mesej Amanina:
"mirul, bangun dah ke? ermm.. mafla nyusohkan mu. buleh tak kalu hjn xbreti mu mari amik kitaorang?"

mesej Asmirul:
"ok!"

mesej Amanina:
"thanx mirul.. mafla terpaksa menyusahkan mu! pas nie lepas gang aku ado merc.. xse doh nyusoh kan mu doh. thanx taw rul!"

hehe.. yang mesej last macam gegedikss siket tuh sebenarnya aku lah yang balas. bising mulut si amanina  tau! haha. takpelah babe! lau kaujadik ngan mirul pun. akuu jugak leh tumpang sekaki tau! jap gie moto Ego S aku tuh pung lu tak pandang la! haha =p

well, pergilah kami ke kelas ngan si mirul nie taw! hehe. lucu tau time mirul sampai sepan rumah. aku mula-mula da berlari ke kereta tau. tak tengok belakang . aku nekad. satu je! tanak duk depan. haha! and yes! aku, maisarah and Kak ayu berjaya duduk di seat belakang. Amanina pulak kat seat depan! ewah ewah! cam husband & wife tau! yela.. dorang duk berbual bla..bla..bla.. kitorang kat belakang nie just sengih-sengih sambil cuit-cuit taw. yela.. sweet je orang depan tau! haha! ampun ama! aku tau korang kawan baik je.! =)

so, lepas je habis kelas pertama. we all berpecah ngan mirul. samada mirul terlupa yang kami datang sekali tak pun dia pergi makan kat lua ngan gang2 dia. kami lak kena berjumpa Sir Raja sebab nak discuss siket sal projek physic kitaorang nie haa..lepas naik pulak bilik lecturer nak cari Cik man. tapi tak jumpa. so, decide nak gie cari Sir Bani pulak. semuanya pasal projek la. bayangkanla dahla bertentangan arus tau bilik lecturer aku tuh. last-last sorang pun tadak. disebabkan mirul makan kat lua ngan gang2 dia. kitaorang pun decide makan kat cafe lah. punyalah lama unggu mesej si mirul nie. masing-masing macam was-was. lambat lagi ke? nak tnya pulak macam tak sopan. sampaikan aku ada kuakan idea bangang siket . "ama, takut mirul tunggu kita mesej jah. hurm.. nak mesej cam tak sopan kan? apa kata mu anta jah mesej kosong kat dia! bia ye ingat ke kita.:" akhirnya end up ngan mereka ketawakan idea bernas aku. CEH! orang nak balik tidur!!!  last-last, aku mesej jugak dia guna phone ama.

aku: rul, kitaorang siap dah makan kat cafe. mu ade kije lagi ke? buleh doh kalau nak balik pon.

mirul:  aku duk kat gazebo. study bio.

anddd we all just like, alamak! takkan la nak desak mirul anta kitaorang kot? kesian la pulak. adooiiI! mati kutu pulak. masing- masing da sibuk jadi pengarah teater masing-masing. buat skrip la. jalan cerita la. semata-mata nak balik rumah. tapi last-last maisarah pun cakap, ape kata kita suruh perebet jah ambik kita? and!! yes! thats the best! excited la. call lah abe sobri. dia da biasa sangat ngan kitaorang. tapi dia tak leh ambil kami. pastu dia cakaplah cuba tepon ke ain( telinga aku dengar ain) . dia duk dekat situ jugak. so,sekali lagi kami tepom ain nie. haha! tapi kali nie aku suruh amanina pulak. yang lucunya, ain yang kononnya pompuan tapi jawabnya lelaki. haha. anamanya angah! bukan ain! poh..poh.. jauhnya beza. boleh lagi tertukar!. mitak dia datang ambil sekarang! sampai lupa pulak nak tanya kereta ape dia pakai. dahla menipu mirul tau. cakap kami balik dulu. ngan kawan aku! yela.. sebab antara kami ber4.. akulah yang banyak berkawan. tak tahan tuh. sebelum bagi alasan nak balik tuh. macam2 excused la bagi kat mirul. haha. si mirul pun betol banyak tanya lah. sebelum nak pergi ke kolej, kami kena melintas mirul yang duk kat gazebo. haha! tutup muka dengan file tau. malu! macam bongok je kan? orang tengok memang cam tak betol tau. pastu nak boleh ke menunggu si angah nie punyerlah lama. habis kereta yang lalu depan kolej kitaorang , kitaorang cakap tu angah. yang buncit! hitam! tua! muda! argh!! macam-macam. then sampailah si angah. tanpa toleh ke belakang. aku memecut naik atas kereta tu tau! sebab tak mau duk depan. alih-alih kak ayu lagi yang kena duk depan. haha. lucu tau! macam mana nak citer erk? takpelah.. bia aku, ama., maisa, and kak ayu je lah yang tahu. hehe

P/S: mirul! ketahuilah bahawa engkau di tipu! Wakakaka ;) kami malu nak susahkan kau lagi. segan giler. di sebabbkan nak balas jasa kau. 1 biji setengah durian and air tea o beng and air carrot susu kami kasi / belanja kau! hahaa! THANKS KAWAN! =)

saje letak muka happy kami berempat =)


lots of love,
nur hafifah hazizi

No comments:

Post a Comment