Friday, 29 June 2012

Najwa Azahari, Safinah Hussein! Idayu RamLi Love You Very Strong!!


sebelum lebih jauh, meh aku kenalkan individu yang terlibat dalam ini cerita =)
ini lah idayu Ramli..
ini namanye Najwa Azahari

dan ini pula Safinah Hussein



korang kan mesti tertanya-tanya kan.. siapa gerangan mereka berdua lam hidup aku kan? muka pom tak pernah ade tuk menghiasi blog aku selama nie an? an? takpe.. aku tak salah kan korang. aku je yang lalai dan terlupa nak selitkan cerita insan penting dalam hidup aku. mereka ibarat kehidupan kedua aku . walaupun kami tak sering bersama. tapi kami lebih memahami antara satu sama lain. =) 
mereka ialah ROOMATES aku ketika di Uitm Chendering nie.  since part 1 hingga lah part 4. what a miracle, in just a short time, we all became sooo close! tersangat lah rapat sehinggakan kami makan pun da boleh main ambil je . boleh rampas je sudu kat mulut orang. siap boleh mengata lagi walaupun baru je knal kot!. haha.. well, bnyaklah peristiwa yang manis ngan dorang which is kalau aku cerita kan pun korang akan kata.. hek eleh...!! tapi kau orang ade ke?? xder kan??
PART ONE :

yang paling aku ingat kita mula-mula date kat pantai batu buruk kan?? korang ingat lagi tak yang gambar najwa sebagai kakak sulong,aku sebagai kak ngah dan safinah sebagai adik bongsu dannnn!! ayu sebagai ibu tunggal?? hahahahahahaha.... ya allah! sumpah aku rindu kan that moment!


tadaaa!lucu kan?

hahha.. lucu wehhh! dan ape lagi yang menarik erk?? instead pegi my din mall ngn giant! ahha!! pengalaman nak gie berbukak kat MC'D kan? haha.. punyalah pakai belit-belit selendang. makeup muka kasi lawa-lawa alih-alih kereta yang kita sewa ngan kak TY mampus! manatang unggoh!! haha.. siap nak marah kat kak ty . yang penting aku hantar sapinah dan ayu untuk berdepan ngan dorang . "nahhh, gie nahhh aku tak buleh!" walhal aku nie penakut. kahkahakah. lucu! then haa! semester break aku ajak korang balik besut kan? kitaorang bawak korang jengjalan sekitar besut. peristiwa adik najwa yang hampir lemas kat lata bulatan. ahhahahahahaha! lucu weh!! dan peristiwa ayu pakai kain sembahyang yang buat ma suka geli hati. hahaha. AYU!! ingat lagi ke tak?? =))
haha oh! terlupa.. aku tak leh lupa aku curi baldi kain orang sampai orang tuh kena saman kes nak buat pengumuman siapa ambil baldi dia! ahhahaha!! aku tak sengaja hokey! aku ingtkan baldi Najwa. alih-alih.. safinah jugak yang back up aku. hahaha!

PART TWO :+

bukak semester baru. ayu kelihatan agak segan dengan aku! ahha. lucu2.. dan seperti biase aku mesti demam. hurm.. semesta dua tak der yang menarik sangat kan? aku rase konflik aku dengan wa yang membuat kan kita jadi renggang kan? plus aku baru dpat lesen P so!! gilo stereng ahh! hahaha.. sampai ter abai korang2. tapI!! aku ingat lagi kita pegi gosok gigi bersama-sama kencing bersama-sama dan mandi waktu malam bersama-sama sampai melalak panggil nama pinah! ayu! mekwa! dek kerana takut ngan cerita orang minyak dan bangla yang semakin membuas di Uitm kita kan? hahahaha.. sweet gila. and aku ingat lagi statement safinah " pok sid kato orang minyak tok masuk bilik kito kalu selipar nge kasut kito tersusun rapi" ye ke? hahaha.. dek kerana statement inilah kami mula sedar bahawa kewujudan orang minyak hanyalah propa semata-mata. bodoh betol mu safinah! percayakan orang minyak! hahaha

ade gaya camnie ke orang minyak kat Uitm kita?? haha

PART THREE:

ayu tetap segan dengan aku! ahhaha. dan aku tetap demam bila nak datang kt Uitm. sapinah,sapinah.. ingat tak aku kata kat mu tika mu sampai lepas aku sampai. aku tertido. aku bukak mata bila mu sampai dan tak sempat nak greet mu lek lok aku da bukak mulut "maaf ah nah.. aku tak leh kecek banyok nge mu. aku pening palo. demam nie"  lucu kan? hahaha.. ayat pertama selepas 2 bulan tak jumpe! gila!!
ape yang ade kat part 3 erk? yang aku tahu matrix kad kita 4 orang kena rampas dengan PN SHIDA dek kerana kita lupa nak tutup tingkap. yela, da la duk kawasan berbukit kat belakang dimana mat-mat bangla penuh buat kije pembinaan istana kan? namekang di rogol kita . naia! ahhahaa.. orang kalut cari kat matrix. aku da mula-mula lagi menyorok bawah ampaian kain sembahyang. hahaa. yang jadi hero najwa dan safinah. haha. tapi!! ayu lagi hero! kita punyer la neves ngan puan shida dia dah la tido depan pintu. orang mintak kad matrik dia, dia dengan selambanya bangun (ingat nak pegi ambik kad matrix) tapi pegi panjat tido atas katil! pn. shida maintain menunggu! haha. gila samseng kau ayu!
lagi?? oh ok! kita selamatkan anak-anak kucing yang kesejukan kan? kita curi kotak mek wa then pindahkan kucing-kucing tu kan? sweet kan kita?? hahaa! banyak lah kenangan kita kan? safinah terrkenall ngan sikap pemalas beliau! dia stress buat CALCULUS mesti minum air kekwa! ahha.. ayu pulak time part 3 stress ngan CSC and mekwa maintain makan tido makan tido! HAHAHA. untunglah budak bisnes. sapinah! ingat tak yang kita study dekat ampaian . macam candle light dinner gituh time final rituh? sweet kan baby? =))



PART FOUR:

the last one. banyak yang terjadi kan kat part 4 nie. salah satunya kekecewaan terlampau peminat FIZO OMAR apabila aku, sapinah dan najwa menipu peminat tersebut (ayu) yang pizo omar da nak kawen. kawen pulak dengan andartu. hahahaha.. masyaallah! terguling dog kot! korang boleh tengok riak kekecewaan dia. haha. selain itu pulak, hurmm kami selalu mengintai adik (junior) haha. lucu kan? berebut nak adik. tapi najwa maintain ngan bokbon! haha. kita kua makan ngan adik.. haha. lucu kan?? rinduuuu!! lagi ape lagi erk?? haa! yang orang cakap ayu macam pelik sikit kesnya selalu senyum depan cermin kat peti ais sorang-sorang! tak boleh blah! memang lucu ah!! hahaa.. macam-macam kan?? Masyaallah.. rinduuuu!! (T.T).




itulah cerita kami. banyak sebenarnya. tapi hanya ini yang ada di kepala aku yang memang jelas aku masih ingat. nak shared dengan  korang! aku sayang mereka. nyawa kedua aku. mereka tempat aku mengadu. segala keburukan aku, segala kekurangan aku. mereka tetap ada di sisi. merekalah tempat aku meluahkan kelah kesuh aku. masalah keluarga terutamanya. merekalah sumber kekuatan ku. aku tak tahu siapa lagi yang mampu menjadi pendengar setia segala masalah aku. aku sayang pok mung!!! sumpah!!


inilah kisah kami =))





No comments:

Post a Comment