Lagi sekali, aku akan menghupdate cerita. mak aihh! lama bebenor nie. actually banyak benda nak menaip tapi dek kerana masa dan entahlah mood ke laut aku taip separuh dan aku berhenti. taip lagi separuh berhenti dan akhirnya berbulan blog aku sepi. tak pelah, sekadar nak meluahkan hati. bukan nak mengharapkan ribuan followers pun . =)
Aku tengah menjalani Latihan Praktikal di FRIM, Kepong. tak terpikir pun akan berada di kepong. Jam dia.. ya Allah tuhan aje tau babe. aku takder banyak cerita sangat pasal Praktikal aku, rasa malas lah nak hupdate pasal FRIM. dah habis mengarang dalam Log Book Practical , so aku rasa tak yah lah kencang sangat pasal FRIM. FRIM je ponnnn~!!
Aku rindukan adik dan abang aku sebenarnya. sunyi rasanya tak jumpa dan dengar suara diorang. aku dah ada satu habits sekarang nie.. believe it or not kalau 3 hari sepi aku akan call salah sorang daripada mereka. tanya khabar mereka. YAA! inilah NUR HAFIFAH HAZIZI yang baru. seriesly. *mengangguk kepala dengan senyuman yang maha angkuh* haha
Aku yang jenis heartless. before nie aku mengaku aku bukanlah jenis yang clingy gila. i mean siblings lah. masa arwah ma ada kan, aku tak heran pun ape nak jadi dengan adik-beradikku yang lain. yang penting my mom selalu call. kadang tu dengar je lah ape yang my mom ceritakan. nak bertanya?? memang tak lah.
selepas ketiadaan my mom, abang aku dan aku, dimana aku dengan dia tak pernah rapat. series! tak pernah tapi sekarang macam belangkas. segala rahsia aku dia tahu. sedikit sebanyak mengantikan kerinduan aku pada my mom. sebab ape? sebab dia layan jer cerita aku.. dia suka menanyakan hubungan aku lagi-lagi pasal member aku. malahan, dia pulak yang masuk geng dengan kami semua. aku orangnya yang suka apabila kawan baikku rapat dengan keluargaku. yalah, aku dah takder sesapa, sedikit sebanyak kadar kebergantungan aku dengan member aku sangatlah tinggi. abang aku layan kami macam adik-adik.
"poh minggu nie balik kampung, tolong uruskan bil kereta suruh farah temankan"
"poh balik sekejap tolong uruskan borang Yayasan adik. ajak mamat gie terengganu"
"poh tolong beli bla..bla.. pakai duit kawan mu dulu nanti bayar"
rileks badak diaaa jer suruh aku pau member aku. tapi itulah, abang aku dah biasa dengan diaorang. aku suka macam adik beradik. nak nak mamat, farah dan amna. asal depa datang rumah mesti riuh dengan abang aku. abang aku sembang macam-macam bagi nasihat lah apelah. aku senyum.. sebijik macam arwah ma buat pada aku.
" aku anggap adik-adik je semua kawan kau nie, aku pun banyak berterima kasih jugak dengan diorang. jaga mung. lagipun tolol semua kawan kau nie, aku ketawa tak hingat!" ayat yang selalu abang aku guna. di fesbuk sangatlah suka mengomen status aku mahupun kawan-kawan aku. pastu bahan diorang. gelak tak hingat. mungkin kami masih muda dan masih fun! tu yang dia suka kot melayan kami. alah,,. macam korang kan? suka lepak dengan budak-budak sebab ape? takde tekanan lagi kan? layankannnn je lah,.
abang aku bila aku call pun panjang jugak sembang, dalam 5minit jugak *dulu jarang okay, 30 saat pun rasa susah nak sampai* tanya itu ini, takpun dia cerita dia kerja itu ini. dan perubahan terbesar aku boleh teman melepak dia makan kat kedai dan kami sembang lama bukan main, macam-macam lah cerita sal kawan, family dan masa depan. chiewahhh! perubahan paling besar bagi aku dan dia. kalau dulu duduk sekali punnn jarang. apatah lagi nk sembang kedai mamak sama-sama. kau rasa?
Alhamddulillah, allah hadiah kan Abang yang bertanggungjawab untuk kami adik beradik. di usia 22 tahun, dia mengalas amanah arwah abah supaya menjaga kami,*ma,adik dan aku*. dia sanggup jual kedua-dua motornya untuk menanggung aku yang tengah belajar dan juga ma dan adik aku sementara menunggu duit pencen. Allah murahkan rezekinya.
Abang aku di permudahkan dalam mencari kerja. Dia seorang abang yang takkan membiarkan adik-adiknya lapar, rasa susah, sebolehnya! takkan biar kami terasa kurang. ditelan segala cemuhan orang demi kami. tangan aku terketar air mata hampir menitis tatkala terkenangkan pengorbanan beliau.
sesungguhnya, abang aku segalanya bagi aku. Nadi aku, aku kuat demi dia, demi adikku. Aku kuat untuk mereka. aku berterima kasih, insyaallah.. Suami ku akan menghormatinya. insyaallah aku pastikan segala jasanya terbalas. Insyaallah segala penat lelah untuk aku dan adik akan memudahkannya di masa hadapan. Insyaallah.
love,
Nur Hafifah Hazizi
No comments:
Post a Comment