Tuesday, 16 August 2016

M E L A K A WITH B O Y F R I E N D S


For the very third post for August's entry!


My kind of OOTD

well, i do not believe that hapipah is soooo sooo gigih typing New entry. weihh bukan kau memang pemalas ke? bukan belog kau dah berhabuk, debu atau mungkin sudah karam ke?? * hati kecil ini berperang sendirinya* chiewah ayat novelis Siti Rosmizah kauuu jahhh! biasalah ibarat camar mencari jalan pulang begitu jugak aku, dah kembali kepada belog chumels nie. walaupun agak hambar! lantak piee lah.! *tersengih-sengih.*

sesebebenarnyaa lah kan, sis nie bosan yang amat. kerja ada tapi mak aihh bukan main culas lagi nak siapkan. Makanya dengan itu, aku pun ambik keputusan nak menulis. sambil membakar waktu cepatlah berlalu  untuk ke jam 5! *jeling jam sikit, 11; 20 a.m* huh! jauhhh lagi perjalanan kau jemah! #sigh!

Tajuk entry sis yang gigih kali nie adalah :

 MELAKA TRIPS 2.0 DENGAN BOYFRIENDS!

AUUU! CATCHY tak ? catchy tak entry i???? pleaseeee cakap catchy!!

*krikk..krikkk.. krikk dan angin pun berlalu*

Melaka yes we went! Stupid trio eh no! Duo actually.  Stupid Dollahs. Jemah behave and comel je
sorang Jemah vs 2 stupid Dollahs



 lupaaa.. belog i bukan macam belog FL ngan Maria Elena. Lupa kita bukannya Cikepal dan PenaMerah jugak Irine Nadia. yeee! tauuu aku hanyalah Nur Hafifah Hazizi yang hanya glemer di dunia sendiri. ohhhh! sedihnya hati sis! betapa kerdilnya diri sis! okay enough with the talks. now, i nak critakan salah satu kenangan terindah bagi i lah. yeke ?
merujuk kepada tajuk di atas, kenapa 2.0?


2.0 bermaksud trip kedua aku dan kawang-kawang ke melaka yang bezanya adalah bilangan sahabat aku. 1.0 haritu kami pergi waktu Khairi (mamat) konvo. enam orang, tapi kali ini hanya Aku, Mamat dan Gjoe. 

Boyfriends?
alaaa.. itu adalah tips nak hangatkan keadaan. boysss . i highlight okay word { sss} mean more than one. no! no! jangan gosip rentis i pergi berdua! tamau! tamau! dosa okayy!

Kami decide ke sana sebab kawan sepengajian Mamat berkahwin. dia datang dengan bas so, kebetulan kereta dengan aku. dia mintak aku dan Gjoe temankan dia ke Melaka. Melaka? cuak gak nak mintak keizinan abang aku. well, try lah call nasib lah big boss LULUSKAN! abang aku memang harap je dengan mereka nie. asal! selamat! 



Makanya, kami bertolak dari rumah sewa aku pada jam 9 pagi. trafik agak perlahan mungkin sebab hari minggu jam 11.30 pagi kami dah selamat sampai ke Melaka. dengan perut kosong terus masuk majlis orang kami Makan. meriah jer orang melaka punya majlis. siap ada warong aneka kuih dan Cendol jugak pelbagai minuman. Nasi beriani beraneka lauk. memang sedap lah tapi ynag tak sedapnya aku sakit tekak di sebabkan baru nak sihat dari demam, malah batuk-batuk sikit. so, makan sekadar mengalas perut sahaja. 

lama kami di majlis kahwin kawan aku, sebab kawan aku tuh nak tunggu segala mak nenek kawan diorang time belajar dulu. bosan pon ada nasiblah tempat tu lawa jugak. sebab betol-betol tepi laut. bolehlah melaram kejap aku ngan Gjoe sementara menunggu Mamat. 





lepas je  kenduri tuh mamat nak pergi kelebang. tengah-tengahari nak pergi kelebang? aku dah lah demam. berpakaian baju kurung kau rasa??? mau matinya aku terbakar. taknak! aku cakap pleasee tak mau pergi kelebang! alhamdulillah nasib baik diorang memahami. so kami decide pergi je lah jalan-jalan tengah bandar melaka, ingat nak lah naik sky tower yang tinggi tuh kat melaka, si Mamat nie pulak gayat. haish stress. pekena cendol femes dekat kawasan jonker walk tu .. mak oihh best! gambar takder sebab aku dah kepanasan dan berpeluh. tak jadi nak bergambar.




dah habis pusing kami singgah sembahyang di Masjid Selat. Maha suci Allah.. cantiknyaaa! series dan besar dan beraircond. kagum sangat dengan masjid selat. lepas tu, Gjoe nak makan asam pedas claypot. Memanglah harituh pun dah makan harinie nak makan lagi? takper sebab dia yang nak belanja aku tadahkan jelah perut aku. =)


aku tak dapat habiskan asam pedas pari aku sebab mulut aku macam tak sedap, aku rasa kemasinan kuah tu agak melampau tapi Mamat dengan Gjoe makan cam tak hengat ape. mungkin mulut aku masih tak elok dari demam kot. alihnya, Gjoe yang habiskan asam pedas aku. Aku dari tadi tak larat nak berjalan sangat. tapi masih nak berbonding dengan diorang. tanak balik lagi! aku mengajak mereka berdua tonton wayang. Gjoe macam setuju tapi biasalah control macho buat-buat tak nak. dan yang geramnya mamat langsung tanak! baru bukak mulut ajak wayang terus cakap TAKNAK! huaaa.. kuciwa gila. orang nak tengok wayang! nak tengok citer hantu! dah lama tak tengok wayang! 







tapi perempuan kan, duduk dengan abang dan adik aku mengajar aku erti mengalah. takpelah taknak tengok pun. aku redha. tapi Gjoe mungkin cam kesian kot kat ku..dengan gaya poyo-poyo abadi beliau dia pun berjanji ," u nak tengok wayang ke? nak tengok crita ape? kita balik kl dulu okay sampai sana kita tengok wayang okay?" pastu punyalah bersinar mata aku " betol nie? promised dulu!"  tak sabar nak melompat. dia angguk sambil tayang muka miang " yes, i promised u lah!" ujarnya. " tapi mamat cakap tanak! mamat memang kalau dengan aku semua tanak kalau letak farah je mesti lajuuuu je on! ish tak adil lah.. bla,. blaa blaa" aku mengeluh. mamat ketawa. akhirnya dia setuju! yeayyyy! sayang depa a lot.

muka excited nak tengok wayang!
sesampainya di KL, gjoe mencadangkan kami menonton wayang di IOI Puchong sebab katanya tak ramai orang. i tellll hiiyuh! memang tak ramai pun! seronok je hakak. sampai je depan kaunter aku nak tengok light out dia macam taknak. tell uu ah, i nie berjalan dengan babies tau.. semua tak gemar tengok cerita hantu. aku macam keras lembut ubi. konon tak kisah tapi nak light out, sebab gjoe nak belanja mamat diam je. dan gjoe lepas satu-satu dia pujuk tengok cerita lain. "senang-senang kita osom lah wei! siapa menang decide " ujar aku. duk tengah que nie. tak peduli orang lalu lalang. 
" fine! kita osom sekali je eh! first win the he will decide" balas gjoe , sarkastik habis. kompidem je guna 'he' pastu first round je alih-alih aku yang menang! Light Out is on! yeayhhh!

sementara nak menunggu wayang, mereka berdua nak berkaroke. okay aku mengalah walaupun malasnya nak karok. sebab suara aku seriesly tak de! tapi yelah kan da belanja aku pun temankan je lah. time tuh hingar bingar pulak kawan aku call cakap paip patah lah ape lah semua. lawaknye lahai.! then sejam kemudian kami masuk menonton wayang,lepas jamak kat surau IOI Puchong. wayang tu.. kami bertiga menjerit memang tak hengat. lelaki-lelaki nie pun menjerit jahhh kau rasa? musykil pulak aku. hahaha. aku memang meluas dengan botol airnya kat tangan nasib tak melayan ke depan. wa cakap lu cerita nie memang mendebarkan. dia tak seram tapi nervousness dia memang top ah! 


  lots of love,
nur hafifah hazizi

Monday, 15 August 2016

B R O T H E R


Lagi sekali, aku akan menghupdate cerita. mak aihh! lama bebenor nie. actually banyak benda nak menaip tapi dek kerana masa dan entahlah mood ke laut aku taip separuh dan aku berhenti. taip lagi separuh berhenti dan akhirnya berbulan blog aku sepi. tak pelah, sekadar nak meluahkan hati. bukan nak mengharapkan ribuan followers pun . =)


Aku tengah  menjalani Latihan Praktikal di FRIM, Kepong. tak terpikir pun akan berada di kepong. Jam dia.. ya Allah tuhan aje tau babe. aku takder banyak cerita sangat pasal Praktikal aku, rasa malas lah nak hupdate pasal FRIM. dah habis mengarang dalam Log Book Practical , so aku rasa tak yah lah kencang sangat pasal FRIM. FRIM je ponnnn~!!

Image result for siblings


Aku rindukan adik dan abang aku sebenarnya. sunyi rasanya tak jumpa dan dengar suara diorang. aku dah ada satu habits sekarang nie.. believe it or not kalau 3 hari sepi aku akan call salah sorang daripada mereka. tanya khabar mereka. YAA! inilah NUR HAFIFAH HAZIZI yang baru. seriesly. *mengangguk kepala dengan senyuman yang maha angkuh* haha
Aku yang jenis heartless. before nie aku mengaku aku bukanlah jenis yang clingy gila. i mean siblings lah. masa arwah ma ada kan, aku tak heran pun ape nak jadi dengan adik-beradikku yang lain. yang penting my mom selalu call. kadang tu dengar je lah ape yang my mom ceritakan. nak bertanya?? memang tak lah.

selepas ketiadaan my mom, abang aku dan aku, dimana aku dengan dia tak pernah rapat. series! tak pernah tapi sekarang macam belangkas. segala rahsia aku dia tahu. sedikit sebanyak mengantikan kerinduan aku pada my mom. sebab ape? sebab dia layan jer cerita aku.. dia suka menanyakan hubungan aku lagi-lagi pasal member aku. malahan, dia pulak yang masuk geng dengan kami semua. aku orangnya yang suka apabila kawan baikku rapat dengan keluargaku. yalah, aku dah takder sesapa, sedikit sebanyak kadar kebergantungan aku dengan member aku sangatlah tinggi. abang aku layan kami macam adik-adik. 

"poh minggu nie balik kampung, tolong uruskan bil kereta suruh farah temankan"
"poh balik sekejap tolong uruskan borang Yayasan adik. ajak mamat gie terengganu"
"poh tolong beli bla..bla.. pakai duit kawan mu dulu nanti bayar"

Image result for siblings

rileks badak diaaa jer suruh aku pau member aku. tapi itulah, abang aku dah biasa dengan diaorang. aku suka macam adik beradik. nak nak mamat, farah dan amna. asal depa datang rumah mesti riuh dengan abang aku. abang aku sembang macam-macam bagi nasihat lah apelah. aku senyum.. sebijik macam arwah ma buat pada aku. 

" aku anggap adik-adik je semua kawan kau nie, aku pun banyak berterima kasih jugak dengan diorang. jaga mung. lagipun tolol semua kawan kau nie, aku ketawa tak hingat!" ayat yang selalu abang aku guna. di fesbuk sangatlah suka mengomen status aku mahupun kawan-kawan aku. pastu bahan diorang. gelak tak hingat. mungkin kami masih muda dan masih fun! tu yang dia suka kot melayan kami. alah,,. macam korang kan? suka lepak dengan budak-budak sebab ape? takde tekanan lagi kan? layankannnn je lah,.

abang aku bila aku call pun panjang jugak sembang, dalam 5minit jugak *dulu jarang okay, 30 saat pun rasa susah nak sampai* tanya itu ini, takpun dia cerita dia kerja itu ini. dan perubahan terbesar aku boleh teman melepak dia makan kat kedai dan kami sembang lama bukan main, macam-macam lah cerita sal kawan, family dan masa depan. chiewahhh! perubahan paling besar bagi aku dan dia. kalau dulu duduk sekali punnn jarang. apatah lagi nk sembang kedai mamak sama-sama. kau rasa?

Alhamddulillah, allah hadiah kan Abang yang bertanggungjawab untuk kami adik beradik. di usia 22 tahun, dia mengalas amanah arwah abah supaya menjaga kami,*ma,adik dan aku*. dia sanggup jual kedua-dua motornya untuk menanggung aku yang tengah belajar dan juga ma dan adik aku sementara menunggu duit pencen. Allah murahkan rezekinya.

 Abang aku di permudahkan dalam mencari kerja. Dia seorang abang yang takkan membiarkan adik-adiknya lapar, rasa susah, sebolehnya! takkan biar kami terasa kurang. ditelan segala cemuhan orang demi kami. tangan aku terketar air mata hampir menitis tatkala terkenangkan pengorbanan beliau.

sesungguhnya, abang aku segalanya bagi aku. Nadi aku, aku kuat demi dia, demi adikku. Aku kuat untuk mereka. aku berterima kasih, insyaallah.. Suami ku akan menghormatinya. insyaallah aku pastikan segala jasanya terbalas. Insyaallah segala penat lelah untuk aku dan adik akan memudahkannya di masa hadapan. Insyaallah.





love, 
Nur Hafifah Hazizi