Ya Allah.. lama sungguh aku biarkan belog comel lagi kiut ini sepi kan? muhahaha *still gelak xmakan saman! * rindu bangattt sama menulis. sebenarnya, macam selalu lah alasan aku kan.benda nak tulis tu banyakkk tapiiii lately mood tu yang kureng. taktau lah asal.. #sigh maybe aged is the main reasonlah kot.! bahaha nak sangat nauuu jadi tua! keke
grrr .. tak tau camana nak citer up and down.. twist and roll berkaitan tajuk entry sekarang iaitu PENGHIJRAHAN.
bukan tahun baru hijrah tau! sebenarnya aku nak berkongsikan cerita penghijrahan aku yang tak seberapa nak hijrah lagi sebenarnya tapi ape yang boleh aku cakap sebelah kaki aku dah melangkah ke alam penghijrahan ini Insyaallah berkat doa dan semangat orang sekeliling terus dua kaki kann.. =)
aku percaya perasaan aku nie bagi sesiapa yang nak berhijrah ke arah yang lebih baik mereka akan faham kot. yelaaa kita dari yang penuh daki orang cakap kan..kotor dengan dosa. cara berpakaian terutamanya dan cara pergaulan.dan yang penting ibadah tunggang tebalik ape kan. dan yang penting kita happy dan takda rasa bersalah pun kann. HAHAHA banyak gila 'dan' aku! ahaha ye la.. orang cakap ape ye.. kita just ambik mudah benda yang remeh. eleh! aku tau kot mengucap kalimah syahadah dengan betol. aku tau kot sembahyang 5 waktu! malah aku tak ponteng pun puasa tambahan aku pernah jugak buat solat sunat dan sewaktu dengannya. soooo???
MasyaAllah. itu aku. aku yang dulu. InsyaAllah.
- bagaimana dengan NUR HAFIFAH HAZIZI sekarang?
NHH yang sekarang mula berhijrah ye adik kakak. tak banyak pun penhijrahan beliau buat masa sekarang namun yang pasti kekosongan jiwanya terisi. apabila kita lebih ikhlas menghadap Tuhan. betol.. kita akan tenang.
- Kekosongan? takda teman ke sampai rasa diri kosong?
tak.. bukan kekosongan yang sebegitu. alhamdulillah.. aku di kurniakan para sahabat yang sejati dan keluarga yang penyayang dan insan istimewa yang setia. takda kekurangan satu pun dari mereka. akan tetapi kekosongan itu datangnya dari aku. iaitu jiwa. terlampau dahagakan ilmu Allah. terlampau penat dengan dusta dunia sampai satu saat kita mencari apa yang hilang.
- kenapa baru sekarang?
aku tergelak pulak. fefeelim Neelofa sangat kan?? bajet kena press conference! bahaha. berangan gila!! HAK HAK HAK. sejujurnya.. niat aku berubah sentiasa ada.serius.. dah lama! zaman awaldiploma lagi. sumpah aku suka melihat wanita wanita yang fully muslimah berpakaian. naluri untuk berpakaian sebegitu sentiasa ada! sungguh. tapi.. tatkala niat untuk berubah dari segi pakaian, aku sering bandingkan dengan orang lain. contohnya..
"poh..tak semestinya kena tutp semua.. kau pun tutup ape?! " macam-macam lah aku pikir . lebih kepada menyedapkan hati sendiri sebenarnya.biasalah manusia kan? dia dengar ape yang dia fikir dan nak je. tulah manusia.
tapi, petunjuk allah maha berkuasa. apabila masa menelan waktu.. naluri itu makin kuat! sungguh.
contohnya, semester lepas.. aku tetiba mendapat roomate yang begitu muslimah. maksudnya dari segi pemakaian dan juga ibadahnya. sering bercerita tengtang agama dan sebagainya. hatiku juga terdetik tatkala dia mengajak aku menunaikan solat secara berimam. ya allah! selama ini aku sentiasa mencari alasan untuk berimam sebabnya ape?? nak cepat! sehinggakan aku lupa pahala yang ingin dikumpulkan. jahil kan?? dan itu lagi..
dan satu ketika.. aku mohon doa kepada sepupuku yang mengerjakan umrah dan di masayang sama aku mengikuti pendakian ke Gunung Nuang. satu malam, tatkala tidur disurau. aku berkongsikan cerita tentang arwah ibuku kepada kawan ku. dan aku nyatakan hajat ku untuk menjadi yang lebih baik.
" aku dah lama nak jadi macam si yunie and anis.tapi tak taulah kenapa wani, aku tak kuat la"
boleh ditanya pada orang-orang yang rapat dengan aku disana berapakali aku suarakan hajat aku di sana. " mungkin nilah masanya. perkemaskanlah dulu solat kita. lepas solat tu doalah dengan allah. permudahkan segala jalan. Insyaallah poh niat baik allah bantu."
masih terlayar di mataku peristiwa tu. dan malam tu.. air mata aku benar-benar mengalir. kesunyian dan kepenatan aku menuntun aku memikirkan segala kealpaan ku selama ini. dan aku benar-benar yakin mungkin ini lah masaku. aku menjadi pemarah. betol-betol tak tenang selepas kejadian malam tu.aku tertanya-tanya kenapa dengan aku. sampaikan orang yang rapat dengan aku yang menjadi mangsa panas baran ku. dan aku mula terfikir.. jiwa aku lah yang mula memberontak. dan aku telah mula memilih ke jalan ini.. jalan di mana Allah di hadapan ku.
sungguh aku tak kuat. tak kuat meninggalkan perkara yang aku suka di belakang. contohnya berpakaian. tapi..
"tak semestinya orang muslimah tak leh berfesyen. tengok Fara Qiffa, *kawan sekolah* bla.. bla.. nla.. tetap cantik kan?"
perangaii??
" jadi diri sendiri. betolkan dengan Allah dulu.. lepas tu baiki sedikit demi sedikit. sekarang, pandai jaga diri je. betolkan ibadat and pemakaian dulu.ingat.. berubah demi Allah. bukan MANUSIA. manusia takkan berhenti menilai"
sungguh aku malu untukbercakap tentang agama. sebab diriku yang dahulu. orang mungkin boleh memberi nasigat berunsur agama. akan tetapi.. aku tidak. aku malu dan segan.aku tak nak orang cakap aku memandai je cakap. so, jangan lah kalian kata" laa.. da berubah tapi bercakap cam biasa je" jangan meletakkan harapan yang tinggi kepada ku. perangaiku masih sama.tidak berubah sedikit pun.masih lagi gila dan mereng. dan aku masih lagi lemah. tak sampai sesuku pun penghijrahan aku. dan aku sering tewas lagi sekarang. doakanlah aku Istiqamah dan kuat melawan Nafsu.kekuatan ku hanyalah senipis kulit bawang lagi. semoga aku terpilih oleh Allah sebagai orang yang berdiri dan brnyawa dalam keredhaanNya.
Ameen.
lots of love,
nur hafifah hazizi
Dear Poh, adik sepupu yang Kak Long sayangi,
ReplyDeletePoh, kak long perjalanan hidup poh tidak mudah. Malahan kalau kita offer dekat orang lain pun mungkin orang tu tak sanggup pun nak hadapi.
Tapi Poh sentiasa kena ingat ni, Poh ni 'the chosen one'.
Allah berikan Poh ujian yang besar dan berat hanya kerana Allah tahu bahawa Poh boleh hadapinya.
Baru-baru ini, kak long mula faham satu tips untuk hidup bahagia di dunia dalam menuju ke akhirat.
iaitu mengenai penyerahan diri kepada Allah.
Poh, cuba lepas solat, Poh doa dan bercakap dengan Allah:
"Ya Allah, aku serahkan seluruh hidupku, keluargaku, harta bendaku dan ilmuku kepadaMu. Kerana Engkaulah yang memiliki semua ni, bukan aku. Engkau berhak nak ambil semula bila-bila je yang Engkau nak. Engkaulah sebaik-baik penjaga. Kau jagalah diriku Ya Allah, dan jagalah apa juga yang ada dalam kehidupanku dan berikanlah yang terbaik untuk kesemuanya kerana Engkaulah yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku.....
thanks kak long =)
Delete