Saturday, 9 February 2019

Happy Feb of 2019

Tiba- tiba aku gigih meloloskan diri untuk bukak email lama semata-mata nak update post baru berpeluh jugak la dahi nak ingat email lama ngan pasword lama nie. hadoyaiii.. Ya Allahhh! kotengok last post aku kali terakhir ialah 2017! wallawei.. aku jump ke 2019 terus la nie? Aku check kat dashboard banyak post yang  nak dipostkan sepanjang 2018. tapi semua dalam draft. bermaksud?? kekeliruan semangat untuk menulis.

2019- lewat tak kalau aku nak cakap pasal azam? dah sebulan lepas kot patut bercakap sal azam. hari nie genap 10 hari di bulan dua baru nak bercakap pasal azam. ko ghaserr?

Related image

Aku rasa untuk tahun 2018 lebih kepada aku mengenali kehidupan aku sebenar. ( aku tak tau lah ayat aku nie okay ke tak? lama betul tak menaip) Dimana aku kena struggle. aku kena kuat demi abang dan adik aku. buat benda kena pikir diorang sebab aku dah termasuk dalam tanggungjawab menangung keluarga. aku kerja cikai- cikai je. bermula sebagai assistant QC di satu syarikat makanan dan aku di promote kepada Executive akhir tahun lepas which is December 2018.  Kalau 2018 aku lebih kepada aku mengenali erti susah, 2019 aku boleh kelaskan sebagai tahun untuk aku belajar dan berkembang mungkin. 2018 aku letakkan diri aku yang kedua dalam segala hal. tahun nie aku nak lebih fokuskan pada diri sendiri, memberi ruang pada diri sendiri, dan mencantikkan diri sendiri luar dan dalam.Insyaallah. Aku nak lebih menghargai diri aku di samping menambahkan lagi ilmu agama dan mempersiap-siapkan diri untuk? haaa untuk ke sana, untuk jadi anak solehah, penyejuk mata keluarga dan insyaallah bakal suami.πŸ‘€πŸ‘€ (miang)  Insyaallah.


2018 aku tak berjaya temukan cinta hati lagi. konon nak seorang tapi entah lah. mungkin sifat aku yang dingin, yang overthink, yg tak tau lah nk cakap buat  orang tak stay dalam hidup aku. Sis pnya skill dah berkarat duhh al maklumlah hampir 5 tahun mengingle. ko ghaser?tapi sebenarnya aku pun half hearted jugak nak berkenalan dengan orang-orang nie kononnya still tak boleh move on, menunggu-menunggu tapi untuk 2019 nie aku dah tak naif lagi dah. aku tak nak buang masa, cukup aku menunggu sehingga 2018.. Tapi untuk 2019 nie, aku akan cuba membuka ruang, lebih open, lebih menambahkan circle untuk mengenali seseorang. aku target 2020 aku nak kahwin! paling tidak pun 2020 aku dah punya calon.  Tapi jangan salah faham ye, aku tak jatuh dalam situasi yang korang boleh labelkan aku sebagai desperate. naaahhhh, aku cuma rasa aku perlu fikirkan hal kahwin kahwin nie as aku dah cakap 2019 nie tahun untuk belajar, belajar menyayangi dan mencintai ke pelamin! bukan cam dedulu, asal nak khatam je masuk dalam kubur. alihnya diorang dah kahwin beranak pinak aku jugak yang terkebil-kebil .haiiilahh.
Image result for i'm going to get marry

Oh ye, Family aku dah bertambah! abang dah kahwin dan dah anak dah pun. Alhamdulillah, mungkin berkat dia berkorban demi aku dan adik, Allah kabulkan doanya dengan memberi isteri yang cantik mata memandang, lembut dan penyayang jugak pendiam! hahaha betol lah orang cakapkan, pendiam lawannya peramah. abang aku maha peramah orangnnya! 16/01/2019 baby diorang keluar! Aariz Naufal bukan Aoron Aziz uols. Ya allah, taip nama naufal pn dah cukup buat cikngah tersenyum tak berhenti. He is such a cutie! comel ! and handsome! cikngah can not lah!



2019 lebih mengajar aku untuk lebih bertanggungjawab. aku lebih fokus, cakap pun berlapik bukan main cakap je. Noob aku tetap ada, tapi untuk yang mengenali aku dengan dekat, mereka tahu aku dah bertambah kematangan dan semoga lebih matang lagi. Doakan semoga aku dimurahkan rezeki, dipercepatkan jodoh dan jugak di kurniakan kesihatan yang baik. Insyaallah.


sincerely,
hafifah hazizi