Tuesday, 18 November 2014

M E N U L I S


 hello babe.

 thanks for keep reading my entry one by one. puhahaha hakakrasa sanaddd *sangat* happy ever after! muehehe.. =) 

ditemani lelagu jazz, raggay * i dont know how to spell it right* dariyou tube. argh! life is complete with a glass of milo and laying down and hupdating blog. cool rights?  *sengih nampakgigi taring sambil flipping hairs*

sebenarnya, aku tak da points nak di tuliskan pon.cuma.. cuba kembali kepada mood mula-mula aku memasuki dunia blog.kenapa? sebab menulis dengan aku tak pernah padam. no no no no aaaaaa * goyang-goyang manja jari telunjuk aku* walaupun aku seolah-olah kurang mengupdate belog. kekangan waktu semestinya dan ketandusan idea. jiwa aku tak stabil. so menganggu emosi dan semangat nauuu! tapi tu dulu tapi malam nieee mood okay! so,

MENULIS

AMANI SORRY KIDNAP GMBAR KO
aku suka menulis, berangan semestinya. aku akan tulis ape jer yang terlintas di kepala hotak aku. rasa best aku layankan je. ermm..! sebelum melalut lebih jauh.aku nak bagitau hangpa. zaman sekolah aku bukan cemerlang mana pun buat essay, karangan bagai nie wei.. pernah dapat C pun hadeerr. BM dpt C dalam ujian bulanan ? yesss aku lettew. *angguk-angguk kepala*kepelikannya aku punyalah ngam dengan cikgu BM masa tuh tapi dapat C jugak.whyy?????! xdak sapa tau . chet! abaikan yang penting SPM akan A solid utk BM. muehehehe.



dulu pernah berangan nak jadi novelis. selalu berangan buat novel. tak sampai suku aku dah 'sadakallah' . tak pernah nak habis. padahal kalau mampu memang masyukk la. takpe lah. nak buat macamana. dah sememangnya aku orangnya hangat- hangat taik ayam. so sebab itu buat belog. sebab gian nak menulis boleh di lepaskan dengan hanya bercerita satu topik, padat , ringkas dan bermanfaat insyaAllah. walaupun aku dapat rasakan belog aku nie mengarut.keke.=)

aku selalu dengar ayat orang-orang yang aku pikir sedikit poyo dengan statement mereka.

"eleh, konon perahsia tapitulis belog satu dunia tau! hek eleh!"

"nak glemerr la tu!"

"buat belog untuk semua orang baca? ho.. so not me! nak kena bagitahu semua . " nie ayat paling poyo. 

"baik tulis diari laaa dari taip blog. satu je tuh kuncinya. nak di kenali la tuh!"

do we look like we care? takkan?? =)

hokayy.. itu antara aku pernah dengar ayat-ayat pedas orang- orang di sekeliling aku. dan bila mereka komen sebegitu, terusss tau adrenaline akak zapppp! naik . mcm lava nak kua dari gunung berapi!.


ape masalahnya kami menulis belog?? anda mungkin kata macam-macam sebab minat anda bukan disini. tak sewajarnya kalian  menghukum serta mengadili kami. bagi aku. sememangnya menjadi tumpuan ramai. konon perahsia tapi dalam belog pung pang pung pang. itu tak boleh nak judge semua orang macam tu. gaya penceritaan mereka berbeza. ada yang untuk berniaga, personal , travel dan memacam lah lagi. u guysss patut hormat mereka. sebab ini minat mereka.


bagi aku.. kenapa wujudnya blog comel nie?
aku tak kejar followers bejuta-juta. aku tak kisah ada atau tidak pembaca . malas nak ambik pusing. ada tak pe takda pun takpe. bagi aku , menulis adalah 'healing treatment' untuk aku. aku dapat luahkan dengan cara menulis aku lega. sekurang-kurangnya aku tahu ada orang yang membaca. mengomen dalam diam. helloo!! zaman dah canggih.. ada ke lagi orang pakai buku? naaa! tak da la ! aku boleh kerat jari tau.. ecehhh! confident. ada betol tak pepasal melayang jari aku.okayla. mostly memang akan menaip. satu, tak penat tulis pepanjang. cantik boleh letak gambar. kenangan kan? so,, kenapa nak poyo-poyo nak buat diari tulis pakai pen liplap liplap. pastu sengaja letak open open saja nak suruh orang tengok baca la ape la. sama je la kan? 

peace no war babeh!! =)

p/s: so, hormatilah minat orang. kenapa perlu potong minat orang kalau kau yang tak minat menaip. diam-diam dah la. tak perlu kottt nak heboh condem orang tak pepasal. uneducated okay. penulis da cukup bijak sebenarnya nak menulis. kalau betul dia nak rahsiakan sesuatu. dia memang takkan tulis. so, ape yang mereka tulis sebenarnya dengan satu niat sahaja. iaitu.. berkongsi. kongsi rasa, pendapat, perasaan and etc. okay?


sincerely,
nur hafifah hazizi



Monday, 10 February 2014

life update: a good start . may it ends well =) oh 2014


Ya Allah, lama sungguh. benar-benar lama aku tinggalkan blog kecil tapi comel aku nie kan.. shiaaaannn anak mami di anak tirikan. alolorrr... herrr herrr herr.. bukan ape, aku sedikit busy this lately. sebelum dapat futher study untuk ke alam degree.. aku habiskan masa cuti aku dengan berkerja dekat maxis. so.. bangun pagi balik lewat petang.. mana ada masa nak menaip. mana ada masa nak menulis. weekend pulak  memang di habiskan berfoya-foya dengan kengkawan as i  only got 1 day holiday per weekend. kejam kan? tak da life langsung!


well.. lupakan segala yang lalu.. now, kita start citer  hadapan hari tau? well.. my life dah berubah menjadi seorang yang agak bertuah.. ALHAMDULILLAH.. syukur. biasalah kan.. kehidupan.. lepas siap kita di uji.. berkat kesabaran kita dapat ape yang kita tunggu. dan perkara tu lagi manis jika di teliti luar dalam. *ahaiii kenapa gaya penulisan aku agak formal sekarang?? faktor usia kah?*

well, aku bakal menjadi Siswazah di UiTM Dihatiku *lahhh sangatttt =p* haha. bakal menduduki kos SARJANA MUDA BIO-KOMPOSIT * ermm.. apa lagi nak taip nie hoii!* tempoh pengajian 2 tahun setengah. so the time when i turn into  24 i dah  boleh marry! wahhh kerrlas gitew. so, aku taknak briefing atau komen  pape lah sal kos  aku which i believed why i'm the chosen one to be in this course! aku terlalu jauh lagi nak pikirkan hal kerja ke ape.now, yang penting habiskan pengajian dulu. hokeyyyy!oh ye! aku and mek dik, anis azilah.. owner  blog KURA-KURA MANIS dapat satu kos. wallaweiii! tak percaya makkk.. nanti insta aku penuh gambar aku dengan mekdik jerr. kekeke goodbye MAWAR 20.. babai ECAH! ecehh,, xdalah.. MAWAR 20 tetap di hati. hahaha.. hopefully, mood baik dan semangat baik nie terussss berkekalan okay? InsyaAllah..

most important faces =)
mereka!  oh gambar  wa xde eh? wa mahal sikit mukanya ekkeke
 GANG  PILU
CC: khairi (mamat), Najwa, Cikgu (amna), Gjoe, pengerusi gang pilu (Afieq), Burhanudding ( leming), Azmeeda (farah), si cantik manis (hafifah a.k.a posshieyy/me)

sahabat kesayangan aku. terima kasih aku ucapkan sebab.. sebab sabar layan kerenah aku.. yang paling bermasalah, pelupa lah.,, careless  lah .  kiutkan? kenapa aku sayang korang semua? nak tau? sebab korang layan aku dimana aku tak dilayan sebegitu rupa. maksud aku kita macam adik beradik. aku cara aku.. tempat orang meluah perasaan pilu masing-masing la, layan kerenah poyo + gila abang ngan kakak aku nie ha, selalu di buli dan dileteri, selalu di behavekan oleh mereka, selalu mengikut apa kata mereka , selalu pening kepala melayan keinginan mereka. haishh! macam-macam lagi lah. heeheee.. =) u guys so annoying. hanya allah je tahu betapa jahatnya mulut korang.. betapa pedasssnya korang,, betapa kuatnya berleter tapi like seriesly, i dont know why i tetap bersahabat dengan uols. dah la kita berbeza latar belakang. like how we become friends. this friendship u know.. arghhhhh! susah la nak cakap. but thanks..  saat aku sendiri.. u guys ada. i love u.




kenapa PILU?
haha sebab semuanya sekarang kami -kami nie semua tengah pilu. lonely. haha.. dalam satu masa semua macam broken heart. funny rite? kebetulan. tak plan pun but bila cuti harituh masing-masing cerita hal personal masing-masing.. laaaaa semua tengah pilu ke??? hahaha thats why lah kami namakan gang budak pilu. hikmah di sebalik broken heart nie, masing-masing dah tak poyo dengan bf/gf masing-masing.. sekarang masing-masing mencari kawan yang tolol lagi gila nie lah.. yela nak hiburkan hati yang pilu nie kan? hehe. takpe.. selagi semua still single takda komitmen lagi. lets enjoy ourselves dulu kay? =) 



dann itu sahaja lah kot? herrmm.. oh ye! sebelum aku lupa.. aku punya seorang  kawan yang tetiba muncul lam hidup nie. where on earth entah boleh berkawan. sampai laaniee masih berhubung. i guess masa aku part 4 kot aku kenal  dia (time diploma). herrmmm bermula dari satu salah faham kononnya. arghh! so funny. luu pn haado! kekeke..  biasanya, ada orang yang datang nie mudah nak berlalu pergi kan? alhamdulillah sampai detik nie masih lagi berkawan. and yes still counting =) walaupun aku memang namakan dia CHIPSMORE. sebab dia muncul tetiba then lesap pastu muncul balik.. kadang tuh lesap sampai tak leh nak detect lansung. missing in action orang pumtuihh kata. yelaaa,, orang busylah kata kan .. herr herr.. herr *bila pulak dah tertukar skill gelak nie poshh??!* but lately... macam pelik pun ada..  kerap pulak dia muncul. hehe. tapi xpe.. as long as u ingat iolss.. iolss akan ingat uolls jugok! so.. sorry sebab terrlewat wish besday awak so,

IZZAT IZZUDDIN. HAPPY 26th BHIRTHDAY. Be happy, extremely handsome! healthy! and mace-mace lagi. =)




p/s: sorrylah gaya penulisan aku dah berterabur terburai bagai. lama hoiii tinggal dunia penulisan nie. hadess! bubaiii !

XOXO,
nur hafifah hazizi