Friday, 10 April 2015

MY HEALING THERAPY : DRIVING

HELLO ALL!

Lately, my heart are about to explode for everything around me. Dia macam nie tau. Ko ad tekanan ko xleh nak lepas. Ape ko rasa ? xke sakit jiwa ko di buatnya? Silap hari bulan boleh gila aku.  Hahaha. But don’t u worry because Iman aku still kuat lagi.InsyaAllah. =)Dan maaflah… tak da orang yang mampu membuatkan aku tenang sebagaimana my mom did to me. Hanya allah tempat aku mengadu. I hate sharing my feelings with others. Sebab dorang tak faham and memang takkan faham.but at least ak hargai effort mereka yang sedaya upaya nak memahami aku. =) thanksss yuuuucholl =)

 I still can bear it! I just missed my mom.so so much! Sumpah selama aku hidup nie. My mom sahaja yang betol-betol kenal aku. Even kadang-kadang dia marah and she said something unpleasant to hear tapi kuasa Allah, hati kita tenang bila berbicara dengan ibonda kita kan? she know me in and out. sebab dia macam kakak kita tau. dengan mommy, aku boleh kongsi pasal malam pertama, suami,lelaki,pakwe, kawan baik and anything la. even, masa aku di Chendering dulu, tuan rumah tu sangatlah baik. dia selalu nasihat macam-macam bila kawen. orang lain sipu-sipu malu. tapi muka aku rilek je. aku still ingat lagi ayat dia " jangan malu..sebab korang takde sape nak bercakap sal nie/ orang pompuan kena tau. mak cik tau korang nak bercakap hal nie dengan mak korang mesti korang segan kan??" ujar mak cik tu.konpident je taw. 

TETTTT!!
orang lain mungkin. my mom?? TAK HOKEY! mami turun segala pantang larang tauuu kat iols. mengandung la menikah la. takde tapis-tapis. sebab kenapa? sebab my mom is the best! =) 



Kalau dulu.

Aku sedih. Kalau aku di rumah. Aku akan merayau keluar dengan kereta., my mom and I memang perghhh cenggini. Kalau ak ad di rumah je. Ak lah yang akan jadi driver dia. Setiap hari tu dah plan nak gie memana.

“  poh.. esok g terengganu nak gie umah bla..bla..”   -BEREH BOS!-
“poh esok gie kb nok  gie umah cik long”                    - esok? Okayy ma -
“esok bangun awal nak cri barang”                            - hamboiii, okay-
“ esok nak gi bank”                                                       -okay-

Dan begitulah esok kepada besok kepada besok - pastu aku akan huplod instagram 
"demi mu mommy jadi driver tak berbayar pn poh sanggup. anything for you"
 caption win aku dolu dolu =)


Even, I used to say aku tak suka drive but actually I love driving. Cuma bab penat tu je xmampu tapi series aku puas bila drive. Aku akui aku seorang yang clumsy when it comes to driving. Bukan driving je pun sebenarnya. Haha tapi mommy dia percayakan kebolehan aku. maybe sebenarnya mungkin dia takda pilihan lain kot. tapi lama kelamaan. dia dah biasa. hahahaha. =) Walaupun dia memang akan guna high pitch to say something common

sorry malas nak godek gambar. nahh gambar lama =)
“lubang tu! Jangan lah lintas laju nak kemana? And memacam la”

The most  unbelievable things was, she let me drive from besut to gambang. Even my brother look hesitate at first but mom say to everyone yang cam macam “bia betul nak suruh poh drive??”
“ ehhh, bakpo nya dio xleh bowok.dio gie pah kemaman doh. Bowok sesat dalam bandar doh  lalu kot SOGO KLCC bla.. bla.. bla..” nampak tak? Time aku cerita senyap je tak de bagi respon paling kurang terkejut. But ma is ma.. she never scold me for being to bold. dia tau mana perangai berani tak bertempat aku dapat nie kalau tak dari farrah. dia percayakan farrah. sebab tu dia tak kesah kalau aku dengan farrah.hehe okay, mana kita? oh ye.. Lepas je dia cakap camtu terus ada semangat tau. zapppp! masuk dalam jiwa nie tau. hehe  Rupanya ma percayakan aku. And my bro dengan berat hati letting me drive that time. Sumpah wei..aku excited giler. Thanks ma.


But as for today,
Dah takda orang yang akan back up aku.even abang aku pun melampau tau. Walhal aku masa study dulu mampu je kot ulang alik terengganu ke besut seorang diri but now, nak pergi jertih pun kena ada orang teman. Kalau kengkawan aku ke ataupn cik abam dah sah-sah aku jadi co.pilot. mula-mula aku pasrah but lately aku jadi memberontak tau. Sumpah aku rasa orang yang rapatttt dengan aku nampak aku memberontak dari dalam.  


Its just I want my life back. My old life back. I don’t want something new and I’m not prepared to change at all. I just want my life and freedom back before my mom gone. That is just why, aku kadang-kadang berseloroh, mehla nakdrive! Memang muka nampak heartless je kan. Tapi series aku sangat mahukan anggukan dari mereka. Aku tertekan and I need my healing therapy. That is driving.






































































and.



















































I really missed to drive. In long distance. Seriesly. Ma.. =)   #alfatihah

lots of love , 
nur hafifah bt hazizi

Wednesday, 11 February 2015

P E N G H I J R A H A N

ALHAMDULILLAH DAN ASSALAMUALAIKUM =)




Ya Allah.. lama sungguh aku biarkan belog comel lagi kiut ini sepi kan? muhahaha *still gelak xmakan saman! *  rindu bangattt sama menulis. sebenarnya, macam selalu lah alasan aku kan.benda nak tulis tu banyakkk tapiiii lately mood tu yang kureng. taktau lah asal.. #sigh  maybe aged is the main reasonlah kot.! bahaha nak  sangat nauuu jadi tua! keke

grrr .. tak tau camana nak citer up and down.. twist and roll berkaitan tajuk entry sekarang iaitu PENGHIJRAHAN. 
bukan tahun baru hijrah tau! sebenarnya aku nak berkongsikan cerita penghijrahan aku yang tak seberapa nak hijrah lagi sebenarnya tapi ape yang boleh aku cakap sebelah kaki aku dah melangkah ke alam penghijrahan ini Insyaallah berkat doa dan semangat orang sekeliling terus dua kaki kann.. =)

aku percaya perasaan aku nie bagi sesiapa yang nak berhijrah ke arah yang lebih baik mereka  akan faham kot. yelaaa kita dari yang penuh daki orang cakap kan..kotor  dengan dosa. cara  berpakaian terutamanya dan cara pergaulan.dan yang penting ibadah tunggang tebalik ape kan. dan yang penting kita happy dan takda rasa bersalah pun kann. HAHAHA  banyak gila 'dan' aku! ahaha ye la.. orang cakap ape ye.. kita just ambik mudah benda yang remeh. eleh! aku tau kot mengucap kalimah syahadah dengan betol. aku tau kot sembahyang 5 waktu! malah aku tak ponteng pun puasa tambahan aku pernah jugak buat solat sunat dan sewaktu dengannya. soooo???
MasyaAllah. itu aku. aku yang dulu. InsyaAllah.


  • bagaimana dengan NUR HAFIFAH HAZIZI sekarang?
NHH yang sekarang mula berhijrah ye adik kakak. tak banyak pun penhijrahan beliau buat masa sekarang namun yang pasti kekosongan jiwanya terisi. apabila kita lebih ikhlas menghadap Tuhan. betol.. kita akan tenang.

  • Kekosongan? takda teman ke sampai rasa diri kosong?
tak.. bukan kekosongan yang sebegitu. alhamdulillah.. aku di kurniakan para sahabat yang sejati dan keluarga yang penyayang dan insan istimewa yang setia. takda kekurangan satu pun dari mereka. akan tetapi kekosongan itu datangnya dari aku. iaitu jiwa. terlampau dahagakan ilmu Allah. terlampau penat dengan dusta dunia sampai satu saat kita mencari apa yang hilang.

  • kenapa baru sekarang?
aku tergelak pulak. fefeelim Neelofa sangat kan?? bajet kena press conference! bahaha. berangan gila!! HAK HAK HAK. sejujurnya.. niat aku berubah sentiasa ada.serius.. dah lama! zaman awaldiploma lagi. sumpah aku suka melihat wanita wanita yang fully muslimah berpakaian. naluri untuk berpakaian sebegitu sentiasa ada! sungguh. tapi.. tatkala niat untuk berubah dari segi pakaian, aku sering bandingkan dengan orang lain. contohnya..

"poh..tak semestinya kena tutp semua.. kau pun tutup ape?! " macam-macam lah aku pikir . lebih kepada menyedapkan hati sendiri sebenarnya.biasalah manusia kan? dia dengar ape yang dia fikir dan nak je. tulah manusia.

tapi, petunjuk allah maha berkuasa. apabila masa menelan waktu.. naluri itu makin kuat! sungguh.
contohnya, semester lepas.. aku tetiba mendapat roomate yang begitu muslimah. maksudnya dari segi pemakaian dan juga ibadahnya.  sering bercerita tengtang agama dan sebagainya. hatiku juga terdetik tatkala dia mengajak aku menunaikan solat secara berimam. ya allah! selama ini aku sentiasa mencari alasan untuk berimam sebabnya ape?? nak cepat! sehinggakan aku lupa pahala yang ingin dikumpulkan. jahil kan?? dan itu lagi..

dan satu ketika.. aku mohon doa kepada sepupuku yang mengerjakan umrah dan di masayang sama aku mengikuti pendakian ke Gunung Nuang. satu malam, tatkala tidur disurau.  aku berkongsikan cerita tentang arwah ibuku kepada kawan ku. dan aku nyatakan hajat ku untuk menjadi yang lebih baik. 

" aku dah lama nak jadi macam si yunie and anis.tapi tak taulah kenapa wani, aku tak kuat la"

boleh ditanya pada orang-orang yang rapat dengan aku disana berapakali  aku suarakan hajat aku di sana. " mungkin nilah masanya. perkemaskanlah dulu solat kita. lepas solat tu doalah dengan allah. permudahkan segala jalan. Insyaallah poh niat baik allah bantu."

masih terlayar di mataku peristiwa tu. dan malam tu.. air mata aku benar-benar mengalir. kesunyian dan kepenatan aku menuntun aku memikirkan segala kealpaan ku selama ini. dan aku benar-benar yakin mungkin ini lah masaku. aku menjadi pemarah. betol-betol tak tenang selepas kejadian malam tu.aku tertanya-tanya kenapa dengan aku. sampaikan orang yang rapat dengan aku yang menjadi mangsa panas baran ku. dan aku mula terfikir.. jiwa aku lah yang mula memberontak. dan aku telah mula memilih ke jalan ini.. jalan di mana Allah di hadapan ku.


sungguh aku tak kuat. tak kuat meninggalkan perkara yang aku suka di belakang. contohnya berpakaian. tapi..

"tak semestinya orang muslimah tak leh berfesyen. tengok Fara Qiffa, *kawan sekolah* bla.. bla.. nla.. tetap cantik kan?"

perangaii??

" jadi diri sendiri. betolkan dengan Allah dulu.. lepas tu baiki sedikit demi sedikit. sekarang, pandai jaga diri je. betolkan ibadat and pemakaian dulu.ingat.. berubah demi Allah. bukan MANUSIA. manusia takkan berhenti menilai"


sungguh aku malu untukbercakap tentang agama. sebab diriku yang dahulu. orang mungkin boleh memberi nasigat berunsur agama. akan tetapi.. aku tidak. aku malu dan segan.aku tak nak orang cakap aku memandai je cakap. so, jangan lah kalian kata" laa.. da berubah tapi bercakap cam biasa je" jangan meletakkan harapan yang tinggi kepada ku. perangaiku masih sama.tidak berubah sedikit pun.masih lagi gila dan mereng. dan aku masih lagi lemah. tak sampai sesuku pun penghijrahan aku. dan aku sering tewas lagi sekarang. doakanlah aku Istiqamah dan kuat melawan Nafsu.kekuatan ku hanyalah senipis kulit bawang lagi. semoga aku terpilih oleh Allah sebagai orang yang berdiri dan brnyawa dalam keredhaanNya. 

Ameen. 



lots of love,
nur hafifah hazizi

Sunday, 11 January 2015

B O N D A

Bismillah,
try ma best to be so energetic eventhough i,m going to post about my mommiey.

Alhamdulillah, astargfirullah.. genap 43 hari aku kehilangan ibonda tercinta. ya allah.. sekejap je masa berlalu. masih terbayang-bayang keletah ibuku. seorang yang periang, penyayang yang amat dan juga sensitif. dan aku? aku seorang anak yang selalu melakukan seribu kesalahan. ya allah..


aku tak minta orang untuk bersimpati, tetapi aku lemas dalam kerinduan kasih sayang seorang ibu di mana aku tak rasa pun orang faham ape yang aku rasa. no one. kepiluan.

bila anda stress, siapa kah yang anda cari???

apabila anda marah , pada siapa yang boleh anda luahkan??

dan berita paling gembira anda dengar pada siapa yang akan anda kongsikan??


ibu.bukan??


ya allah, maafkan aku. aku tak mampu untuk menulis. kebuntuan ketandusan ideaa.. air mata laju mengalir. kekadang, aku mandi sambil berjuraian air mata. dengan keadaan sekeliling aku. aku... aku... mafkan aku. aku tak boleh.

al fatihah.

yang ikhlas,
nur hafifah hazizi