Showing posts with label Friendship. Show all posts
Showing posts with label Friendship. Show all posts

Thursday, 27 June 2013

3 days 2 night with them!


aku akan cuba mengupdatekan cerita kami nie seringkas mungkin okay. agar korang tak jemu. haha. yelah tu.. tengok gaya entry nie akan jadi panjang je. aku mempunyai satu kelemahan iaitu aku tak pandai nak summarized stories. habis benda lau boleh nak cerita. masalah betol! haha.. so.. aku cuba eh! cuba! lau still panjang and membosankan gua mintak maaf sama lu! gua tidak bisa untuk memendekkan. gua enggak pandaii!! huaaa *stress!*

last sunday. 23 june 2013. aku berjumpa chenta hati aku dunia akhirat. the best! best ! best moment!. even baru berkenalan selama 3 tahun. tapi mereka dah pun jadi sebahagian hidup aku. mungkin sebab dari celik mata hingga ke tutup balik mata seharian aku bersama mereka. so.. kehadiran mereka memberi impak besar lam hidup aku. nak-nak aku yang takda adik bradik ramai nie kan? =)

SUHAILA AZIB!! i told u before.. gambar kita berdua tak ado
okayy!! eeee geram i!~

tempat berkumpul. rumah aku.dalam kol 10 setngah kot. ari ahad.
lamnak dekat kol 11 kami pun bertolak =)
gambar nenek i pun masuk. nenek i rejister group gediks we all jugak kot. hehe
fist pic together! sudah check in! terus snapp!! =)
sesampainya di hotel Ming Paragon. located dekat deretan secrect recipe and betul-betul sebelah Uncle Chua Kopitiam! haaaa... lawa okay. spa gitew. bilik dia RM158 pernight. kalau dah dua malam, RM45 bagi kami bertujuh. aku rasa paling maximun sesuai untuk 8 orang. tu pun kalau ada yang rela tidur kat bawah. cam kami aku bawak toto. so no hal lah. =)
bercamwhoring dengan my girls. yeah! memang best !
duk rehat. petang-petang tuh siket we alls kua gie mydin.
my mommy kirim sabun and adalah barang. yelah kat besut takder sabun kan.
hahahaha
dek sebab penat.. kami just chilling sambil bercerita je ape yang patut.lepas je rehat-rehat.. mandi-mandi ape. petang tuh jugak kami kua pergi ke mydin. mencari barang yang my mommy kirim kan. sakan budak nie tanya " ape kat besut takder ke barang nie? sampai kena cari mydin jugak?" hahaha.. wekr!! suka hati makngah la. sibuk!

camwhoring at eberie places yang kami lalu
kan? dah cakap. tempat nie ada nostalgia tersendirik =)

lepas je bergerak ke mydin. beli barang-barang siket. perkara lucu tetap berlaku di mana-mana saja. kisah lucu fara ngan wani yang memang takleh blah! hahaha! kami je paham! kiki. 
ulang nostalgia lama kat mydin. lucu!



comel gila gambar nie! me is melting! hahaa. berkaitkah?
dek kerana rindu.. fara tetiba ajak kami ke kampus. rindu punya fasal kan. maghrib-maghrib pun terjah kampus. wahhh! rinduu.. tapi segan lah. kami terlupa yang malam tu malam nifsu syaa'ban. ramai students ke masjid. kami pulak dengan selamba duk kat gazebo sambil curi wifi. haha. laju okay wifi time tuh. anak dara-anak dara. =) malam tu.. permintaan wani nak minum air best dia. kat kedai One Thai. pergilah kami. aku ngan ama hanya tersengih. recalled nostalgia ke babe? hehe. lepas makan. kami ke batu buruk sebab fara nak beli cardigan untuk pakai ke kampus besok. hehe. lawa je u punyer cardigan baby! 

end of day one. kejap je kan? balik hotel terus melaram! haha. =)
this pic just nice!
day two hari isnin started. lepas subuh aku ngan ama tak dapat tidur. gara-gara mekchik nak kua ngan kawan dia. tunggu kawan dia and dia tak pandai naik lif. i mean dia trauma kes dia pernah terperangkap lam lif time kecik dulu. yang lucunya aku lah yang kena pergi hantar dia. amanina tukang bukak pintu untuk aku karang. haish. pukul sebelas lebih hampir tepat kol 12 kami masuk ke perkarangan kampus. cuak! rindu! malu! best semua ada! hehe. aku sempat jumpe beberapa kawan aku contohnya Syahmin and ikram (akaun) mulalah melalut ke siam. siap nak belanja nasik arab. orang sekampung. memang letih lah aku melayan! haha. and aku jumpe jugak kengkawan yang lain. afiq... bobby.. and beberapa yang lain .=)

ke kampus. masing-masing eksaited!
so.. kerja clearance tak susah. tapi memenatkan. nak cari orang yang kena bagi sign nie memang memenatkan ah! siyes.! kehulur kehilir okay kami pergi.. penat wa cakap lu!

kat library! haha.. the poyoness over the limits!

nie kat kawasan kolej

waiting for ape ntah!

just lawa je sape yang snap nie? kretip je
rasa u. hahaha!

ehemmm!

me and maisa!!


haaa..kami bertujuh nie ada satu chemistry okay. iaitu kempunan ikan keli. maka dengan itu.. sambil nak menunggu en.Azmi. kami terus isi perut kami . brunch okay. ketujuh-tujuh kami makan lauk sama. hampir sama. haha. sweet je. makanan fav all the time kat kampus. lawak pun ada. ada ke berebut ikan keli?haha

semua sapu bersih ikan keli kat kafe kakak tahi lalat besau!
kakaktu friendly gila tau. pelik macam haram je we alls.
akak tu dah kenapa?!
dan terus kembali menunggu cik. Azmi sebab dia macam busy siket ritew. ambik urine test students katanya. =)
while waiting for en azmi
bergambar is a must!

=)
tandas feberet aku ama and maisa.tandas tingkat 2 block D sebelah lab kimia!tandas nie paling awesome lah kot sebab limited je student yang guna. this floor just ad bilik tayangan video and lab chemistry je pun. so kebersihan terjamin! =)
me with them
lepas je settle semua urusan. kami balik ke hotel. terus tidur tak sedarkan diri.  tau-tau nak dekat maghrib baru kami semua sedar. apelah punya penat. terus siapkan diri sambil tunggu turn nak masuk toilet kan. and. time nie kami semua menonton Teduhan Kasih abang Adi i berlakon. hehe. makan malam ngan Afieq and Mirul. kebetulan mereka ada. so best la spent time ngan mereka. rindu melepak ngan korang! =)

poyo!!

lepas makan malam kat restoran bawah jambatan kuala ibai tu.. kami pergi menerawang nak habiskan masa. seronok jugak. pusing-pusing bandar. alahai rindu je terengganu. hehe. oh ye! time dinner arituh MIRUL ada bagi satu sampul kat aku " poh, aku ngan ayah aku ada rezeki lebih buat padi. nahh untuk mu. duit zakat ambik lah. zakat untuk mu" . terketar-ketar tangan nie nak ambik. thanks mirul. mu memang baik. hanya Allah je yang mampu balas budi baik mu. moga kau dan keluarga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur. =)
teman kak chik date ngan tettt dia. =) sian aku, ama, and mai..
kami jugak yang tak laku-laku ='(
lepas tu.. kami pun decide nak melepak kat mc'd. lama gak duk mc'd. sempat ah jumpe Nik Aliful Fikri. alaaaa komander tuh. haha. just chilling ngan my girlfie kat situh. meluahkan perasaan masing-masing. ama ngan adik. aku dengan tett.. mai just pendengar dan pemberi pendapat. ala ngan din! wany pun ngan lukman all the times. fara pun sama mek chik lagi lah gembira. yang kusam tetap aku, ama and mai! alahaiii!! poh!! kan dah move on! muhahaa.. yeke? hoping so. =) dah ahh! tak nak ah citer sal fefelings nie semua. semak je! lau ada.. ada lah. lau takder apeleh buat kan? yang penting happy. 

end of day 2. balik hotel pakai mask terus menggedik and tidur.

anto kak chik kat stesen bus. diabalik ke kl.
kerja jatanya. sebak gila time nie..
dek kerana keletihan. masing-masing terjaga lewat. chik naik bus kol 11. thanks tu bubu fara, Aiman sebab telifon fara dan secara automatik kami terbangun. lepas je check out hantar chik ke stesen bus. chik kerja besok. so, dia terpaksa balik terus ke KL hari tuh.  meninggalkan kami berenam. fara, wani dan ala . aku, ama and maisa. kami berpecah. salam-salam peluk cium. mereka balik ke kb. kami naik ke dungun hantar maisarah. 

bilalah lagi kami bolehberkumpul balik? bilalah lagi semua kami boleh kembali cam dulu? rindu. sedih. sebak.

lots of love ,
nur hafifah hazizi

Tuesday, 18 June 2013

Seven Spice Girls will be rock'in at terengganu!

hello there..! 
lama kan i menyepi. sebenarnya banyak sangat aku nak ceritkan sampaikan tak pasti yang mana patut aku mulakan.aku baru je blik dari Kuala Lumpur ahad lepas. Safiyyah.. the cutest and lovely niece i jatuh sakit. nak nak nakkk sangat cerit sal penyakit safiyyah. nanti lah.. aku study pro and conts sal penyakit nie. then i will come out with an entry sal radang peparu dia nie.

okay! stop dengan cerita yang tak berkitan ngan tajuk entry aku7 SPICE GIRLS! erk?? sape? sape that 7Spice Girls?? haaa... tadaaa!! gang mawar 20 aku.! we all dah decided nak pergi naik buat clearance awal sikit dari orang lain. kenapa? kenapa? maybe lepas raya kami semua makin busy ngan tentatif kehidupan masing-masing. so.. kami setuju naik ke Terengganu by this UPCOMING SUNDAY (23 hb June). so, yeah! macam-macam yang dah kami plan okeyh. heeeeeee... tak sabar! tak sabar! tak sabarnyer!!!!!!! *gaya poyo lisa surihani lam istanbul aku datang*

kami plan dari awal lagi sal tarikh nie. lepas catchup ngan kawan-kawan yang lain. semua cam ape, terabur je. ada nak gie time puasa.. ada nak gie lepas raya ader tuh tak tau lagi bila nak naik. and we alls macam "ergh!!! susahnya! masing-masing banyak hal pulak. " so, bila dah ramai sangat yang terlibat so, untuk dapat the exact tarikh tuh memang susah lah kan? so, we alls pun setuju nak naik bersama-sama. "orang lain takda takpe.. asalkan mu orang ada , enough", so, okay.. we all pergi dulu. Tapi,tapi , tapi, jangan risau.. lau kena masa dan waktu.. mu orang cakap je bila nak naik ke Terengganu. aku and ama insyaAllah. on je. jangan spoiled okay gang? aku tetap akan ikhtiar tuk jumpa ngan mu orang. sekarang nie. bagi peluang je untuk me and lesbo lepas rindu ketat-ketat kami okay?

so, here we are.. the 7 spice girls aree.. *dugudugudugudugu*

FARA ANISA AZHAR
* tak sabar nak jumpe si gojes nie! *
MEK CHIK
*alahaii.. rindu gila kat kakak tiri aku nie! *
WANNY
*rindu ngan kecacatan u ding! sangatlah!
AMANI
*err.. asyik-asyik muka hang! p takpelah.
dah lama xtidur sama kan?*
ALA
* si diam ubi berisi ala nie! eee... so sweet!*
MAISARAH
* missing her badly. dah lama tak kongsi criter ngan esoh.
esoh!! rindu kau doe!
nowadays, masing-masing dah punya cerita masing-masing tau.  2bulan tak jumpa. just connecting via twitter, wassapp lah ape bende lagi. woah!!  so..... tak sabar nak jumpa. nak gomol-gomol. nak tinju-tinju. yeah! we all plan nak tido hotel. stu bilik. keke. 3 hari 2 malam. ambik kau nyah! siap plan nak gie tengok wayang kat kemamang kau!! gedik! pastu nak lepak lama-lama sampai lebam. woahh! amik kau.

ouh lupa, ika yati and nora tak mampu join kami. Nora terpaksa naik ke kuantan dan dia dah pun buat clearance lagi awal dari kami. chett kau nora! ika macam susah nak cuti kot. almaklumlah orang bekerja kan?? yati pulak katanya tak cukup bajet ape ntah. so.. tinggal 7 orang je lah. that is why, entry nie i panggil 7 spice girls!!! okay. tu jelah yang mampu aku update.

we alls akan berjimba-jimba di Terengganu!.yaaahoo!!

lots of love,
nur hafifah hazizi


Sunday, 9 June 2013

Steamboat and Grill! Besut pun dah ada!

Malam semalam aku, amna and mamat pergi ke satu kedai nie. kedai steamboat member kami time zaman sekolah dulu. Najib. ala.. najib anak cikgu Sabdar. haha. Guru Besar SKTM sekarang nie. =). kedai dia tak salah aku kat Gong Badang kot. atas siket kat Caltex alaa.. kat bagunan baru tuh.


so, kedai dia agak terceruk lah sikit sebab dekat wisma bagunan tuh hanya kedai dia je baru bukak. so, aku rasa tak ramai kot yang perasan kewujudan kedai Najib nie. kalau dari jertih kedai nie terletak sebelah kiri penumpang. dang sebaliknyalah lau korangg dari kampung raja tu kan. =) so, aku ceritakanlah sedikit sebanyak eh. hihi =)

PERHATIAN SILA BACA!!
okay.. kedai nie cam lebih kurang Food Village tak pun terkenal dengan gelaran Chim Chum tuh kan. tapi bezanya kat Chim Chum atau Food Village tuh korang perlu bayar RM20 satu kepala tapi kat sini just RM15 satu kepala. okaylah.. makanan dia pun banyak lah pilihan. seafood pun ada. tapi yelah RM15 jangan lah korang bajet cam RM 20 kan? faham maksud aku? hehe.  and yes. kat sini korang kena denda tau. so, kalau dari rumah lagi nak pasang niat nak membazir memang kirim salam lah! awal awal lagi dia dah tanmpal kertas kat dinding bersebelahan meja. hehe.  so, masuk je kedai. diorang bagi korang tempat duduk. than dia tanya nak Sup ke nak Tomyam. kami mintak dua-dua. =) hee.. lahap kan? kekeke. 





so, sampai je dalam kedai. terus aku grabbb makanan. aku suka daging ngan seafood. so.. memang banyak gila lah ambik daging, banyak jenis, black paper, pastu daging ape ntah aku tak tau pulak nama dia tapi yelah. berbeza la so banyak jugak lah pilihan tuk korang grabbb! hehe

tengok! tak sabar kau! sibuk volunteer nak ambikkan makanan
haa.. nie serba sedikit gambar bayangan kedai si Najib punya steamboat . nice la. tapi bagi aku.. kurang siket point sebab enviroment dia agak tertutup. so agak lemas and panas sedikit lam kedai nie. lau macam dekat food village kan kawasan dia open kan? tapi, takpe.. it was a good start then. aku percaya nanti kedai nie akan di renovatekan and landskap dia akan bertambah lawa lah! =)



grab sana.. grabb sini.. nielah serba sedikit gambar yang sempat di snapkan. i enjoyed myself there. ahaha. perut aku memang lapar gila dek kerana aku hanyalah breakfast je pagi tu. ahaa! jangan salah faham nie hanyalah barangan grills je. steamboat macam sosej, ketam, fish cake , and mee hun, maggi, mee kuning pun ada diorang sediakan =) so.. kenyang la siapa yang datang. sayur pun ada. haa..! healthy giteww =)


masing-masing makan and lepak. suasana dia sangatlah okay and nice! 




makan-makan.. borak-borak.. add on lagi barangan makanan tu kan. lau perut kau mampu nak add on 10 kali pun takpe ok. asalkan jangan membazir! kasi licin lau tak kena denda! hehe. sebab first round tadi tak mampu nak ambik banyak sebab takut membazir kan? kang melayang pulak duit aku and gang! haha. so, second round aku lagi sekali bangun. hehe.. aku kalau sal makan memang tak malu lah! asal perut kenyang semua sanggup nokk! =)


makan-makan perut kenyang sampai kami terlupa tetang desert yang kedai Najib sediakan. yelah. Aiskrim kan? takkan nak letak kat luar. so.. kita kena mintak dengan mereka. duk syok berbual tetiba Najib datang meja kitorang "hoi, pok mung tok se aiskrim ko?" dan barulah aku menjawab "nok la weii! gano buleh tok ingat nie. derah.. derah.. gie ambik" haha. amna ngan mamat hanya mengeleng. hello.. najib je pun. dia pun tau lah true colour aku. tak perlu nak behave sangat pun. nak-nak kami pernah tuisyen sekali. lagilah! haha





excited kemain dapat aiskrim nokk! haha
 so, kami semua gembira! perut kenyang.. happy! balik terus aku panjat katil sambil menunggu masa untuk ketiduran. so, cubalah pergi. insyaAllah.. selera korang pun akan terbukak. jangan malu-malu. just pergi je bawak satu family ye. =)


tak taulah ape jenis conversation aku ngan amna nie.
ape lah yang happy sangat. entah lah mak ngah. =0
nie yang tak leh blah! ape jenis keadaan pun aku tak tau.
seriesly nie candid. kenapa ngan aku and amna?
kitorang skodeng sapa? hahaha

lots of love,
nur hafifah hazizi

Wednesday, 29 May 2013

Bukit Keluang, Besut Terengganu one word that i can say is "awesome


Okaylah.. biasanya apabila orang cakap pasal Bukit Keluang nie. tentu yang terlintas kat kepala korang tentang pantai dia yang cantik gila tu kan? yes! memang no doubt. view dekat pantai keluang memang lawa! siyes wa cakap lu! okay! tapi aku nak cakap banda lain kali. iaitu, *dugudugudugu* sound effect kasi debaran siket. ngehngeh taaadaaaa! BUKIT KELUANG!

okaylah!so, aku ngan beberapa orang kawan aku nie main lepas mulut je sebenarnya.maksudnya kami rancang benda nie on the spot. main-main je ekcelikan? tapi kitorang yang belum naik lagi atas tuh macam ekcited giler nak naik! aku? lagilah.. aku memang suka hiking and climbing nie kan. chiewah! haha. so, kami pun berkumpul awal-awal pagi lagi okay! konon pukul 7 dah ada kat dataran kaki bukit tuh kan. tapi biasalah janji melayu. mana nak tepat kan? tu belum lagi aku ceritakan kisah aku pergi pungut kawan-kawan gegirl aku yang lain tu kan? hee.. lawak habis ah.

SEE.. SEMANGAT OKAY! PAGI-PAGI BUTA DAH NAK HIKING!
MUKA SEMBAB LAGI OKAY! 
NIE KES TAK LAIN LAH.
BERGADUH MESTI WAJIB! ERRHHH~!
TAPI MAINTAIN HAPPY!!
GAMBAR TETAP PENTING TAUU!~

so, untuk korang yang tak pernah naik lagi and tak pernah merasa and nak merasa naik ke atas puncak Bukit Keluang tuh.. korang boleh je pergi sendiri. tak perlu upah guide pun. tapi! haruslah ada seseorang yang dah biasa naik Bukit tu. karang sesat aku tak jamin! jangan cakap aku tak pesan pulak. kan tak pepasal polis datang carik aku lau korang sesat kan? ishk! tak patut! tak patut!

DEK KERANA AKU MACAM KALUT DARI RUMAH
SO, AKU BERGEGAS PAKAI SELIPAR JEPUN JE.
KPOP OKAY STOKING! NIE PUN NASIB ADA =)
CIKUGU PJ, GURU BESAR AND PK.HEM SIBUK MERANCANG XTVT =)
SO CHUMEL
WA, HILMI, MAMAT IZYAN AND GJOE
TAKDE LAM GAMBOR AKU, MENA AND IMAN =)

JUM MULA! TENGOK HUTAN YANG
KAMI MASUK GILA KAU!

HAPPY TIME WITH AWESOME
 BOYFIES AND GIRLFIES

so, mana tempat kita mula tuh? ok! biasanya sebelum sampai pantai Bukit Keluang nie dia ada cabang tiga tau. sebelah ke kanan and sebelah ke kiri. so, kalau nak gie pantai memang korang akan nampaklah pantai berada di sebelah kiri penumpang. dah nampak dengan mata kepala kau dah. tak perlu poyo  nak pening konon sesat ok. and untuk yang sebelah kanan penumpang nie lah jalan untuk nak start ke kaki Bukit Keluang nie. jalan dia sunyi wa cakap lu. aku drive pagi tadi macam. "err?? memang series budak nie nak naik? OMG" cuak jugak la. sebab memang sunyi kot jalan tuh. so, lebih kurang 500m korang akan sampai ke satu kawasan yang luas gila and ada satu macam toilet lama gitu. so, kat situlah kami park kereta kami. oh ye! kawasan agak sunyi pagi hari.. so, aku galakkan korang datang banyak kereta. and berlainan gender okay.jangan nak tunjuk hero gegirls nak pegi sendirik. lelaki harus ada! a must! 


FIRT PIT STOP. VIEM LAWA KAN?
KENAPA DENGAN TUDUNG I??! ERHHH!~
TADI GADUH KAN? SEKANG DAH DAMAI. SIAP CERITA SAL PERSONAL LAGI.
P/S : MIA! GJOE CAKAP "I LOVE U" ATAS PUNCAK BUKIT KELUANG.
SO SWEET!! HEHE. MUCH ENVY!
IZYAN AND WAWA. =)

NIE DAH SAMPAI TOP PEAK DIA. MACAM NEWZELAND AN??
TENGOK! TERBONGKANG AKU. NASIB ADA PK HEM TOLONG
BACKUP AKU DARI BELAKANG. HAHA 
ekceli,, aku tak tau kenapa dengan muka aku. buruk amat! haha

macam duk cameron. duk atas nie series sejuk. sumpah!

kepoyoan!

kami naik agak lewat jugak sebab menunggu kawan aku datang. lebih kurang pukul 7 setengah pagi. barulah we all naik guna jalan hutan! sejibik cam mendaki Gunung Tebu. haa.. kat Bukit Besar Terengganu ape kes kan? jalan pakai Tar. kat belakang tuh.. cinonet je jalan hutan. tu pun tak thrill sangatlah. tapi jalan untuk mendaki bukit nie memang! memang! korang di nasihatkan makan dulu sebelum naik. tak yah poyo konon diet lah pagi tuh. tanak makan kan? sebab korang series! perlukan makanan. u need energy to reach at the peak of the Keluang Hills. denai ? denai kah? tak tau aoe orang panggil tapi dah adalah trek yang orang buat. sape buat? haa.. jangan tanya.  gua tak tau! hehe. so, agak menakutkan lah. sebab yelah kawasan sunyi! hutan boleh tahan tebal! kami just berlapan orang. dalam hati tak habis-habis baca ayat suci. yelah.. tempat macam tuh kan? korang kena beringat jugak tau. =)

tengok trek dia! 
we are here!!!
best bro and cute sista behind me! mena!
so, bagi budak-budak MRSM Kota Putra nie mesti dah pernah naik kan? sebab kawan baik aku nie Izyan Farhana nie.. cakap dia dah naik dah. siap ingat lagi jalan okay! kagum! kecik tapi bersemangat waja. tahniah Yan. mu memang hebat! hehe. so, berpandukan Izyan and Hilmi *mereka dah pernah naik* sampailah kami ke puncak Bukit Keluang tuh. tapi.. jalan dia.. fuhhhH! memang 45 darjah ah! non-stop! aku, hanya makan maggi petang semalam memang pancit habis. tak pernah aku naik bukit sampai rasa nak muntah. segala isi perut aku nie menari-nari clubbing untuk keluar. kepala? pening gila kot. lau ikotkan hati.. tanak dah aku gagahkan diri nak naik lagi sampai puncak. series aku cakap. lam masa 20 minit mendaki bukit tu.. aku rasa dunia aku macam gelap tau. kaki nak melangkah untuk memanjat trek-trek yang tersedia memang susah gila. nak mati mak! kata yan " mesti tak makan nie sebab tuh mu kenaling nie poh" . alhamdulillah.. dengan semangat keng kawan aku. aku berjaya jugak sampai. sampai-sampai je terus aku baring pejam mata. sampai hilmi cakap " naik bukit mari untuk tido jah. ada ke orang mari buat cam tuh poh?" . aku yang rasa mual and loya gila tak mampu nak membalas kata-kata hilmi. " kan aku muntah kecoh pulak korang kan" desis hati aku.

pondok besar gedabak di puncak.
korang boleh makan nasik kat sini =)
tengok! tengoK!
view dia series lawa!
GIRLS IN ACTION!
NIE LA TOP VIEW PUNCAK TU. LAWA KAN?? =)
so, bila dah sampai tuh. first time aku tengok. wow! Amazing. Subhanallah! view yang terlampau indah. macam duduk overses. korang buleh nampak seluruh tanah melayu kita nie. seluruh pulau yang berdekatan nie. pagi tadi agak berkabus sedikit. so, mata aku yang rabun nie tak mampu nak melihat view dari jauh. hehe. aku and gang berhenti 2 perhentian. first tuh dah puncak tapi tak tertinggi lah lagi. bila aku tengok sebelah bukit sana masih lagi ada trek aku terus tanya hilmie ngan Izyan " ehh, yang nie tak puncak lagi ke? kat sana tuh trek untuk ape? macamana nak pergi sana?" terus kawan aku yang lain gelak. konon poyo lah.. nak naik lagi tinggi tapi yang tak berapa tinggi pun dah pancit. mamat pun balas " gila mekpoh, nak naik yang nie pun pancit. duduk sini jelah. xyah lah naik!" konon kan? saja petik nama aku padahal dia pun sama tak larat! dah berborak,bergambar sakan kat atas tuh.. tiba-tiba hujan turun. ape lagi.. memang mati-matilah nak turun. hilmi pun bawak kitorang nie cari tempat berteduh. kononnya kita turun. aku ngan najwa yang pancit tadi terus segar and hyper taw. mulut riuh kembali. nak-nak si gjoe duk belakang sama dengan aku and mena. memang riuh lah kat belakang dengan suara kitorang. nampak rumah-rumah kat bawah yang macam semut lah.. hampir keseluruhan besut jugak kot. yeke? ntah.. tapi korang nampak la.. rumah-rumah yang berkelompok kecil. " wei! rumah aku lah! maaa!! wat gapo jemur kain tuh??!!" laung gjoe tak pepasal. gila pun ada. haha. kelakar pun sama.

I JUST LOVE MY POST IN THIS PIC.
KEMBALI KE KAKI  BUKIT!
perjalanan mula-mula landai and alih alih dah macam mendaki pulak. eh?? nie nak naik bukit yang tinggi lagi satu ke? okayy! hilmie tipu!! rupa-rupanya dia bawaknya aku and gang ke bukit tertinggi sekali. lagi sekali aku pancit! tak sempat jumpa pondok terus terduduk kat trek yang tersedia tuh. ampun!! mommy! tak larat!! =( haha. banyak masalah aku pagi nie. sebelum panjat bukit tadi.. tiba-tiba perut aku meragam nak buang air besar. kecoh kejap cari toilet. nak buat macamana dah tuntutan semula jadi aku!? hishh! haha. dengan pancitnya, dengan tetiba tudung aku buat hal. so funny!  so, alhamdulillah.. kami berjaya mendaki Puncak Bukit Keluang! takderlah tinggi sangat tapi cukup untuk puaskan hati kita. =) and All went well. =) 
TERIMALAH GWIYOMI DARI MEREKA,
ALOLORRR OMEYY NGAT!

THANKS FOR ALL THE GUIDANCE! =)

P/S: Umo 21 tahun baru tahu keindahan Bukit Keluang. padahal rumah tak sampai sepuluh minit. hehe. korang bila lagi?? try lah! =) babes.. terima kasih beri peluang aku kenal dunia sekeliling. hehe. terima kasih sebab sabar melayan kerenah aku dari pagi tadi. banyak je ragam aku. sayang korang!

lots of love,
nur hafifah hazizi