Saturday, 27 July 2013

Impian

bercakap tentang impian.
aku punya impian. dari kecik sampai ke besar gajah nie. aku punya impian.

impian untuk berjaya dalam hidup, bahagia dalam hidup, pandai, jadi cantik ,bijak dan well standing macam hanis zalikha *ececeh! i'm a big fans of her*. impian untuk membahagiakan orang tua. impian untuk punya sahabat sejati, impian untuk menjadi muslimah sejati yang diredhai Allah. InsyaAllah.

tapi, tak semua yang kita impikan tuh dapat. realitinya.. hidup nie tak semanis impian, hidup nie jugak tak seindah mimpi. itu yang kena kita ingat.

bila kita berkehendakkan sesuatu yang tak nyata.. dan Allah seakan sedang memberi kita nikmat keindahan impian kita itu walhal kita tak pasti pun berapa lama benda tu kekal ke.. tak  ke.. ape ke kan? wahai manusia, kalian sedang di duga! =)

dugaan datang sekali dengan impian.
why did i say so??
sebab, bila kita impikan sesuatu, contohnya.. nak hidup senang(kaya) , nak bahagia (manusia), nak makan/shopping/macam-macam lagi (keperluan hidup). dan macam-macam lah lagi segala jenis keinginan.  percaya tak aku cakap, yang manusia akan buat ape saja walaupun mungkin dengan cara kotor semata-mata untuk meraih impian mereka? betul kan?
tapi! tidak sesekali berhempas pulas untuk memantapkan keimanan dan amalan mereka. bila ditanyakan ape yang semua nak di akhirat, semua tanpa segan silu akan jawab "syurga". akan tetapi, tak pulak berusaha macam nak mati ke arah sana.  *nasihat pada diri sendiri jugak sebenarnya* *malu dengan diri sendiri*

oleh itu,
impian memang macam-macam. semua yang indah. tapi awas! silap haribulan.. impian tersebut lah yang membunuh kalian. chiewaahh! aku nie dah kenapa kan? cakap macam dah dewasa gila. hehe.  saja. acah sikit! nak suh korang nervous! kah kah!

aku punya impian. dan aku jenis degil serta keras hati. bila aku cakap nak tu.. nak lah jawabnya. bila aku suka benda tu. benda tu lah jugak aku stick like a gum! bila aku susah sayang orang, tapi bila nama kau masuk lam hati aku, susah lah kau keluar. so, impian aku inilah. tapi, aku ada kelemahan. aku tak berani mencuba atau mengekspresskan feeling aku. aku tak berani kejar impian aku. masalah jugak aku nie.


aku punya impian untuk bekerja. nak belajar setinggi mungkin. at least ada deg. carik kerja, and yang penting aku nak tolong ma. nak sangat-sangat. aku anak perempuan seorang. dari 3 adik beradik. abah dah tak da. sekali gus aku rasa aku juga bertanggungjawab untuk ma. sangatlah takut untuk tersalah pilih suami. sekarang umur 21. aku dah boleh pikir sal nie. sebab tu lah taknak terburu-buru. mencari kekasih memang mudah kan? tapi tidak suami. ape yang penting aku nak bahagiakan ma. adik aku. abang aku? haha! dia kan abang.. keke. =p. itulah impian aku. menjadi seseorang yang mampu melindungi adik dan ma aku. bila dipikirkan balik. takpe aku sorang-sorang. asalkan aku punya adik ngan ma selamat. tuhan maha adil kan? insyaallah. kesunyian aku nie di gantikan dengan insan terbaik. yang mampu melengkapi kekurangan dalam hidup aku. yang mampu membimbing bukan memusnahkan. mampu melindungi aku, sebagaimana aku cuba untuk melindungi keluarga aku. hanya itulah impian aku. sekarang,  aku gembira . kerana hidup aku tak pernah sunyi. bila aku diduga. aku punya sahabat di belakang ku. ramai yang menyayangi diri ini. itu jugak impian aku. di sayangi oleh sahabat. terima kasih atas nikmat mu. di sebalik aku sibuk menunggu my mr.one. rupa-rupanya, aku ada sahabat yang melengkapi kesuyian hati nie.


 siapa cakap being alone is not fun? kan? =) all u need is "just love yourself,live urlife to the fullest!" enjoy every moment yang kita ada. kita selalu cakap kita di duga kerana impian kita tak terlaksana kan?  tapi, bila impian kita dapat, pernahkah nak bersyukur? kita cakap kita ditinggalkan.bersendirian. tapi Allah hantarkan sahabat sejati pada kita untuk bersama. kenapa kita tak nampak? jawapannya. impian kita tak terlaksana. bukan? take a look around u. anda pasti akan cakap. yeahh! aku dah punya lebih dari apa yang aku impikan. trust me. insyaAllah. 

i left everything from yesterday, so today i will live my life well. i chased away all the pain, as i hope that i can feel the happiness soon. i chased them away from me as i was an option for them. i will live my life well, for a better tomorrow. 

love,
 nur hafifah hazizi

Thursday, 25 July 2013

money


Living a day without any money in ur wallet/purse is damn!
pffttt~!


duit! sape tak mo duit kan? hurm.. masalah bagi aku kalau tak berduit nie. bila tak da duit nie mulalah malas nak bergerak, nak berhubung ngan girlfies, ngan sape-sape lagi lah. mula rasa nak dukkkk je lam rumah jadi anak dara sejati.. weee~~ untung tau u alls dapat iolss y sejati tak kua rumah!. *statement mintak pelempang!* haha

well.. kawan-kawan aku nie jenis style cam boboi siket okay. kitorang tak macam others girlfies. kua sembang kat pantai ke, kat sana la.. kat situ. ala.. yang sweet-sweet punyer tempat. we, nie macam boboiboy. nak nak dengan girlfies sekolah rendah iolls. memang on the spot je kua tau. yang syoknyer. kua pulak malam-malam . siang hari membuta. manly enough!

bila kua, memang perlukan duit! port paling best lepak rumbia ngan kedai pok awie. mesti! mesti! berkumpul kat situ. kedai tuh laku atas jasa we alls je. muhehehe. banyak fuluss melayang tau! haishhh. kesian pulak ngan mami. tak tergamak nak mintak duit. alahaiii.. nasib nasib.. semua duit sekarang. kua ngan kawan pun kena pakai duit tau. mana mau cari duit?? nak kerja? i malasss! muhehe. huargh! *stress!*

lenie, hampir 3 tahun bersendirian aku mula dah biasa. rasa malas nak berdua. chieewah! malas lah. selain dari bebas nak kua ngan sape.. bebas sebebas-bebas nya.. money pun diperlukan lam perhubungan. lau aku nie.. aku jenis yang suka bagi hadiah laa.. suka beli itu la.. beli ini. over you! walhal satu pun tak jalan! bila cakap "maaa!! nak kawennn !!!" mulalah mami iols balas. " nak kahwin ada duit ke?? gewe pun tarak! dulu bukan main lagi bercapel!" haaa.. lebih kurang cenggitu lah. hehe. biasalah ma. proses puberty omputih kate. wehehe =* shayam mami!


so, money money money! cari harta dulu baru boleh pikir hal seterusnya!. nak duittt! nak duit nak shopping! nak duit nak beli gadjet.. nak duit nak bergayut ngan crushhh! nak duit nak berbelanja and yahhh!!! i'm craving for moneyyyyyy~ pelish! haha.. desperado gilers an? takderlah. aku just nak gambarkan dunia alaf 21 nie. semua kena duit. giteww.. takpe.. aku dah adapt dah keadaan tak berduit nie. so, live well. insyaAllah.. aku percaya rezeki di hadapan hari. =)

adiooosss~!
p/s: i need money! need it almost 3K. mana mau cari??? nak g jepunnnnnnn~! =(
love,
nur hafifah hazizi

Monday, 22 July 2013

Kun Faya Kun.

 Ya Allah,


mungkin rahmat mu di bulan ramadhan. semangatku kian pulih.aku mula mampu menerima kenyataan  dari tamparan hebat ini sedikit demi sedikit. segalanya aku serahkan kepada Allah. segala yang berlaku ini semua dengan izin mu. dugaan mu mungkin kau turunkan untuk aku dek kerana aku alpa dan jauh darimu. alhamdulillah, aku makin dekat dengan mu Ya Allah. =)
KUN FAYA KUN
Bila Allah berkehendak serta menghendakinya, dan pabila Dia telah menetapkan sesuatu maka Allah berfirman kepadanya: "Jadilah", maka jadilah dia. Begitulah beberapa ungkapan ayat-ayat kun [jadi] maka faya kun [jadilah] dalam al-Qura’an.


aku kian pulih. aku mula menjadi sebiasa mungkin di alam maya, di whatsapp dan juga di depan rakan-rakan. terima kasih rakan-rakan aku, kawan baik aku yang tak habis-habis memberikan yang terbaik untuk membantu aku kembali bersemangat. semoga kalian di rahmati.

senyumku bukan bermaksud aku lega, tawaku bukannya bermaksud aku gembira. aku redha. mungkin ada sesuatu yang menanti aku. mungkin Allah telah tetapkan ape yang terbaik untuk  aku. Allah knows better.

sabar dan sabar dan sabar.

maafkan aku. satu perkataan yang benci aku dengarkan ketika 3 tahun lepas dimana aku sentiasa di suruh bersabar ketika abah aku sakit. seorang demi seorang datang membuatkan aku lali dan sangatlah membenci perkataan "sabar". kak anne aku know me better. hanya dia aje yang mampu menenangkan aku tanpa menggunakan perkataan sabar. Kak anne, kawe rindukan demo =(.dan sekarang, aku terpaksa menemui perkataaan sabar. adrenaline aku sentiasa naik sekiranya perkataan ini aku dengari. sungguh aku benci perkataan sabar. hati ini bagai tersiat-siat tatkala mendengar perkataan sabar. sabar bagiku tak ubah macam menunggu. dan menunggu sesuatu yang mungkin tiada harapan sangatlah memedihkan hati. secara realitinya,mustahil untuk digapai dan terlalu jauh untuk dikejar.

sungguh sehingga kini. aku kadang-kadang tak memahami kenapa aku? kenapa selalunya aku? walhal aku tidaklah jauh ketinggalan dengan kalian. kenapa selalunya aku??? Ya Allah. ampuni aku kerana menyoalkan ketentuan mu. kurniakan aku kekuatan sebagaimana kau kurniakan kepada para nabi untuk berdakwah menentang orang kafir. 


doakan aku kuat, tabah dan mula mencorak langkah untuk segala kemungkinan yang bakal  terjadi. ya Allah.. kurniakan lah hambamu secebis kekuatan dan semangat. jiwaku melayang. sungguh. aku ibarat melayang. tak mampu untuk dikongsikan rasa pedih dan sakitnya hati ini dengan orang lain.sememangnya kejam untuk aku meluahkan ape terpendam kepada kawan aku. ibarat membunuh kebahagiaan mereka. aku taklah sekejam itu. maka, aku terpaksa menyembunyikan rasa sakit ini. mereka mengatakan mereka memahami perasaan dan kedudukan aku. tapi, mereka hanya memahami di permukaan aku sahaja. bukan dasar aku lagi.

thanks ma and my bross. i know aku mengecewakan kalian. tapi sungguh.. aku tahu kalian mahu yang terbaik untuk kita sekeluarga. terima kasih di atas dorongan. keluarga akulah yang paling terbaik. yang mendengar aku menangis teresak-esak. yang termenung yang mengalirkan air mata secara tiba-tiba.dan aku mulai demam. akhirnya, aku mula bangkit melihat realiti. andai bukan di sini rezekiku. akan ada lagi di hadapan hari. sekian. =)



kun fa ya kun.

trust Allah,
nur hafifah hazizi