Wednesday, 11 February 2015

P E N G H I J R A H A N

ALHAMDULILLAH DAN ASSALAMUALAIKUM =)




Ya Allah.. lama sungguh aku biarkan belog comel lagi kiut ini sepi kan? muhahaha *still gelak xmakan saman! *  rindu bangattt sama menulis. sebenarnya, macam selalu lah alasan aku kan.benda nak tulis tu banyakkk tapiiii lately mood tu yang kureng. taktau lah asal.. #sigh  maybe aged is the main reasonlah kot.! bahaha nak  sangat nauuu jadi tua! keke

grrr .. tak tau camana nak citer up and down.. twist and roll berkaitan tajuk entry sekarang iaitu PENGHIJRAHAN. 
bukan tahun baru hijrah tau! sebenarnya aku nak berkongsikan cerita penghijrahan aku yang tak seberapa nak hijrah lagi sebenarnya tapi ape yang boleh aku cakap sebelah kaki aku dah melangkah ke alam penghijrahan ini Insyaallah berkat doa dan semangat orang sekeliling terus dua kaki kann.. =)

aku percaya perasaan aku nie bagi sesiapa yang nak berhijrah ke arah yang lebih baik mereka  akan faham kot. yelaaa kita dari yang penuh daki orang cakap kan..kotor  dengan dosa. cara  berpakaian terutamanya dan cara pergaulan.dan yang penting ibadah tunggang tebalik ape kan. dan yang penting kita happy dan takda rasa bersalah pun kann. HAHAHA  banyak gila 'dan' aku! ahaha ye la.. orang cakap ape ye.. kita just ambik mudah benda yang remeh. eleh! aku tau kot mengucap kalimah syahadah dengan betol. aku tau kot sembahyang 5 waktu! malah aku tak ponteng pun puasa tambahan aku pernah jugak buat solat sunat dan sewaktu dengannya. soooo???
MasyaAllah. itu aku. aku yang dulu. InsyaAllah.


  • bagaimana dengan NUR HAFIFAH HAZIZI sekarang?
NHH yang sekarang mula berhijrah ye adik kakak. tak banyak pun penhijrahan beliau buat masa sekarang namun yang pasti kekosongan jiwanya terisi. apabila kita lebih ikhlas menghadap Tuhan. betol.. kita akan tenang.

  • Kekosongan? takda teman ke sampai rasa diri kosong?
tak.. bukan kekosongan yang sebegitu. alhamdulillah.. aku di kurniakan para sahabat yang sejati dan keluarga yang penyayang dan insan istimewa yang setia. takda kekurangan satu pun dari mereka. akan tetapi kekosongan itu datangnya dari aku. iaitu jiwa. terlampau dahagakan ilmu Allah. terlampau penat dengan dusta dunia sampai satu saat kita mencari apa yang hilang.

  • kenapa baru sekarang?
aku tergelak pulak. fefeelim Neelofa sangat kan?? bajet kena press conference! bahaha. berangan gila!! HAK HAK HAK. sejujurnya.. niat aku berubah sentiasa ada.serius.. dah lama! zaman awaldiploma lagi. sumpah aku suka melihat wanita wanita yang fully muslimah berpakaian. naluri untuk berpakaian sebegitu sentiasa ada! sungguh. tapi.. tatkala niat untuk berubah dari segi pakaian, aku sering bandingkan dengan orang lain. contohnya..

"poh..tak semestinya kena tutp semua.. kau pun tutup ape?! " macam-macam lah aku pikir . lebih kepada menyedapkan hati sendiri sebenarnya.biasalah manusia kan? dia dengar ape yang dia fikir dan nak je. tulah manusia.

tapi, petunjuk allah maha berkuasa. apabila masa menelan waktu.. naluri itu makin kuat! sungguh.
contohnya, semester lepas.. aku tetiba mendapat roomate yang begitu muslimah. maksudnya dari segi pemakaian dan juga ibadahnya.  sering bercerita tengtang agama dan sebagainya. hatiku juga terdetik tatkala dia mengajak aku menunaikan solat secara berimam. ya allah! selama ini aku sentiasa mencari alasan untuk berimam sebabnya ape?? nak cepat! sehinggakan aku lupa pahala yang ingin dikumpulkan. jahil kan?? dan itu lagi..

dan satu ketika.. aku mohon doa kepada sepupuku yang mengerjakan umrah dan di masayang sama aku mengikuti pendakian ke Gunung Nuang. satu malam, tatkala tidur disurau.  aku berkongsikan cerita tentang arwah ibuku kepada kawan ku. dan aku nyatakan hajat ku untuk menjadi yang lebih baik. 

" aku dah lama nak jadi macam si yunie and anis.tapi tak taulah kenapa wani, aku tak kuat la"

boleh ditanya pada orang-orang yang rapat dengan aku disana berapakali  aku suarakan hajat aku di sana. " mungkin nilah masanya. perkemaskanlah dulu solat kita. lepas solat tu doalah dengan allah. permudahkan segala jalan. Insyaallah poh niat baik allah bantu."

masih terlayar di mataku peristiwa tu. dan malam tu.. air mata aku benar-benar mengalir. kesunyian dan kepenatan aku menuntun aku memikirkan segala kealpaan ku selama ini. dan aku benar-benar yakin mungkin ini lah masaku. aku menjadi pemarah. betol-betol tak tenang selepas kejadian malam tu.aku tertanya-tanya kenapa dengan aku. sampaikan orang yang rapat dengan aku yang menjadi mangsa panas baran ku. dan aku mula terfikir.. jiwa aku lah yang mula memberontak. dan aku telah mula memilih ke jalan ini.. jalan di mana Allah di hadapan ku.


sungguh aku tak kuat. tak kuat meninggalkan perkara yang aku suka di belakang. contohnya berpakaian. tapi..

"tak semestinya orang muslimah tak leh berfesyen. tengok Fara Qiffa, *kawan sekolah* bla.. bla.. nla.. tetap cantik kan?"

perangaii??

" jadi diri sendiri. betolkan dengan Allah dulu.. lepas tu baiki sedikit demi sedikit. sekarang, pandai jaga diri je. betolkan ibadat and pemakaian dulu.ingat.. berubah demi Allah. bukan MANUSIA. manusia takkan berhenti menilai"


sungguh aku malu untukbercakap tentang agama. sebab diriku yang dahulu. orang mungkin boleh memberi nasigat berunsur agama. akan tetapi.. aku tidak. aku malu dan segan.aku tak nak orang cakap aku memandai je cakap. so, jangan lah kalian kata" laa.. da berubah tapi bercakap cam biasa je" jangan meletakkan harapan yang tinggi kepada ku. perangaiku masih sama.tidak berubah sedikit pun.masih lagi gila dan mereng. dan aku masih lagi lemah. tak sampai sesuku pun penghijrahan aku. dan aku sering tewas lagi sekarang. doakanlah aku Istiqamah dan kuat melawan Nafsu.kekuatan ku hanyalah senipis kulit bawang lagi. semoga aku terpilih oleh Allah sebagai orang yang berdiri dan brnyawa dalam keredhaanNya. 

Ameen. 



lots of love,
nur hafifah hazizi

Sunday, 11 January 2015

B O N D A

Bismillah,
try ma best to be so energetic eventhough i,m going to post about my mommiey.

Alhamdulillah, astargfirullah.. genap 43 hari aku kehilangan ibonda tercinta. ya allah.. sekejap je masa berlalu. masih terbayang-bayang keletah ibuku. seorang yang periang, penyayang yang amat dan juga sensitif. dan aku? aku seorang anak yang selalu melakukan seribu kesalahan. ya allah..


aku tak minta orang untuk bersimpati, tetapi aku lemas dalam kerinduan kasih sayang seorang ibu di mana aku tak rasa pun orang faham ape yang aku rasa. no one. kepiluan.

bila anda stress, siapa kah yang anda cari???

apabila anda marah , pada siapa yang boleh anda luahkan??

dan berita paling gembira anda dengar pada siapa yang akan anda kongsikan??


ibu.bukan??


ya allah, maafkan aku. aku tak mampu untuk menulis. kebuntuan ketandusan ideaa.. air mata laju mengalir. kekadang, aku mandi sambil berjuraian air mata. dengan keadaan sekeliling aku. aku... aku... mafkan aku. aku tak boleh.

al fatihah.

yang ikhlas,
nur hafifah hazizi

Tuesday, 18 November 2014

M E N U L I S


 hello babe.

 thanks for keep reading my entry one by one. puhahaha hakakrasa sanaddd *sangat* happy ever after! muehehe.. =) 

ditemani lelagu jazz, raggay * i dont know how to spell it right* dariyou tube. argh! life is complete with a glass of milo and laying down and hupdating blog. cool rights?  *sengih nampakgigi taring sambil flipping hairs*

sebenarnya, aku tak da points nak di tuliskan pon.cuma.. cuba kembali kepada mood mula-mula aku memasuki dunia blog.kenapa? sebab menulis dengan aku tak pernah padam. no no no no aaaaaa * goyang-goyang manja jari telunjuk aku* walaupun aku seolah-olah kurang mengupdate belog. kekangan waktu semestinya dan ketandusan idea. jiwa aku tak stabil. so menganggu emosi dan semangat nauuu! tapi tu dulu tapi malam nieee mood okay! so,

MENULIS

AMANI SORRY KIDNAP GMBAR KO
aku suka menulis, berangan semestinya. aku akan tulis ape jer yang terlintas di kepala hotak aku. rasa best aku layankan je. ermm..! sebelum melalut lebih jauh.aku nak bagitau hangpa. zaman sekolah aku bukan cemerlang mana pun buat essay, karangan bagai nie wei.. pernah dapat C pun hadeerr. BM dpt C dalam ujian bulanan ? yesss aku lettew. *angguk-angguk kepala*kepelikannya aku punyalah ngam dengan cikgu BM masa tuh tapi dapat C jugak.whyy?????! xdak sapa tau . chet! abaikan yang penting SPM akan A solid utk BM. muehehehe.



dulu pernah berangan nak jadi novelis. selalu berangan buat novel. tak sampai suku aku dah 'sadakallah' . tak pernah nak habis. padahal kalau mampu memang masyukk la. takpe lah. nak buat macamana. dah sememangnya aku orangnya hangat- hangat taik ayam. so sebab itu buat belog. sebab gian nak menulis boleh di lepaskan dengan hanya bercerita satu topik, padat , ringkas dan bermanfaat insyaAllah. walaupun aku dapat rasakan belog aku nie mengarut.keke.=)

aku selalu dengar ayat orang-orang yang aku pikir sedikit poyo dengan statement mereka.

"eleh, konon perahsia tapitulis belog satu dunia tau! hek eleh!"

"nak glemerr la tu!"

"buat belog untuk semua orang baca? ho.. so not me! nak kena bagitahu semua . " nie ayat paling poyo. 

"baik tulis diari laaa dari taip blog. satu je tuh kuncinya. nak di kenali la tuh!"

do we look like we care? takkan?? =)

hokayy.. itu antara aku pernah dengar ayat-ayat pedas orang- orang di sekeliling aku. dan bila mereka komen sebegitu, terusss tau adrenaline akak zapppp! naik . mcm lava nak kua dari gunung berapi!.


ape masalahnya kami menulis belog?? anda mungkin kata macam-macam sebab minat anda bukan disini. tak sewajarnya kalian  menghukum serta mengadili kami. bagi aku. sememangnya menjadi tumpuan ramai. konon perahsia tapi dalam belog pung pang pung pang. itu tak boleh nak judge semua orang macam tu. gaya penceritaan mereka berbeza. ada yang untuk berniaga, personal , travel dan memacam lah lagi. u guysss patut hormat mereka. sebab ini minat mereka.


bagi aku.. kenapa wujudnya blog comel nie?
aku tak kejar followers bejuta-juta. aku tak kisah ada atau tidak pembaca . malas nak ambik pusing. ada tak pe takda pun takpe. bagi aku , menulis adalah 'healing treatment' untuk aku. aku dapat luahkan dengan cara menulis aku lega. sekurang-kurangnya aku tahu ada orang yang membaca. mengomen dalam diam. helloo!! zaman dah canggih.. ada ke lagi orang pakai buku? naaa! tak da la ! aku boleh kerat jari tau.. ecehhh! confident. ada betol tak pepasal melayang jari aku.okayla. mostly memang akan menaip. satu, tak penat tulis pepanjang. cantik boleh letak gambar. kenangan kan? so,, kenapa nak poyo-poyo nak buat diari tulis pakai pen liplap liplap. pastu sengaja letak open open saja nak suruh orang tengok baca la ape la. sama je la kan? 

peace no war babeh!! =)

p/s: so, hormatilah minat orang. kenapa perlu potong minat orang kalau kau yang tak minat menaip. diam-diam dah la. tak perlu kottt nak heboh condem orang tak pepasal. uneducated okay. penulis da cukup bijak sebenarnya nak menulis. kalau betul dia nak rahsiakan sesuatu. dia memang takkan tulis. so, ape yang mereka tulis sebenarnya dengan satu niat sahaja. iaitu.. berkongsi. kongsi rasa, pendapat, perasaan and etc. okay?


sincerely,
nur hafifah hazizi