Monday, 27 May 2013

HAPPY BELATED BIRTHDAY AZIEZUL HAQIEM ZAKARIA (26 May)

happy birthday to you..
happy birhtday.. happy birthday..
happy birthday to youuuu!~!



okayy.. dear bestie. selamat hari jadi joe. actually, aku dah nak tulis entry sal mu time malam kejadian mu di beranakkan kali ke 21 sebenarnya. tapi.. tak mampu pulak. sebab letih okay.. yela.. gie kenduri kat rumah 'sahabat' aku kan.. HAHAHA! so.. joe.. pliss.. bace dengan mood yang jiwang okay!?


Joe, tahniah.. hang dah besakk daa. aku ucapkan semoga mu bahagia sentiasa, sihat sentiasa, maintain smart and yes.. kepoyoan mu tuh harus! kunci kitorang untuk ketawa okay! sekalung jutaan kekesalan aku ucapkan. kerana tak mampu untuk menyambut hari jadi mu seperti tahun-tahun yang lepas. bagi aku and gang.. we all memang sangat-sangat nak celebrate. tapi tulah. dek ramai yang tak da.. benda nie macam tak happening tau. takpelah. nanti ye. and yes.. hadiah? tetap ada.. nanti eh.. tunggu je dulu.. aku belum mampu lagi untuk bershoping. nanti i delivery lagi eh?..

thanks joe, di atas unpredictable friendship yang terbina nie. aku pun lau pikir-pikir tak faham macamana aku ngan kau leh kamceng tahap dewa. okaylah. takpelah. mu yang nak sangat kan berkaan ngan aku kan? usha-usha aku kan time form 3. then form 4 pergi kem kat pahang sekali barulah terhegeh-hegeh tegur aku. kamcing ngan aku and sekumpulan ngan aku kan? haa.. pastu baru officially baik. tapi.. takde lah nak cakap kamcing cam sekarang kan? hurm... macamane nak explain erk?? haha! takpe joe.! bialah tu menjadi rahsia kita erk!? haha.

terima kasih joe. atas keprihatinan mu menjaga kebajikan aku and kengkawan selama berkawan.. hahaha. kebajikan kah? yela.. selama hampir 3 tahun kita menuntut ilmu di bumi Chendering. mu lah yang tak henti-henti menolong aku dan kawan-kawan aku yang lain kan? yelah.. sampaikan bunyi tikus kat dapur yang disangkakan pencuri pun.. dah nak menangis masing-masing nak suruh telefon mu. bukan cik azmi okay! u!! haha. macam lawak pun ada time tuh. keke. buat prank hari jadi kawan aku pun (ika) konon tayar kereta pecah dia dah kalut mintak aku telefon gjoe. aku nie nak tergelak pun ada. ada ke suh aku panggil mu?? macam lah mu tauke 'silvers stone' punya tayar kan? haha. takpelah.. nampak tak? kau hero kami di mawar 20. ececeh! haa!


Antara jasa mu kat bumi chendering
1. hidupkan moto aku secara manual. walaupun bukan mu yang hidupkan tapi kawan mu kan? ape nama dia? Danial budak OM tu kan? shitt ah! mu tahu mengepek je. dah aku pompuan. mana larat nak startkan moto ego kot! puih! haha. tapi thanks. sebab dari JPK even takde kelas pagi tuh.. mu mari jugak tolong aku and amanina. sayang u joe! haha

2. kasi pinjamkan aku laptop time-time darurat kan? seingat aku dah 3 kali kan? first time masa lepas minggu orientasi kita kan. pastu time aku nak guna kat library wat report. then time laptop aku rosak kat rumah sewa aku tuh. ye tak? haa.. lebih kurang la. thanks joe. i owed u a lot kan?

3. haa.. time aku tengok carrymarks physc aku. tetiba je mu muncul. then aku tetiba nak nangis dek sebab carry mark aku rendah gila. and thanks to you! memang aku ingat sampai mati ahh. konon consult konon. tapi makin menge'down'kan aku ade ah. cis kau! haah

4. datang dengan harzim kat rumah sewa kitorang. tolong kereta member aku yang tiba-tiba berasap tuh kan. padahal air kereta kering. chiewahh.. nasiblah ada abe joe nge abe ajim datang membantu! haha.. cute je uolss.. habuan dia? dapat buah kan? and rendang hasil tangan aku masak. hahaha!ekceli member aku yang masak. aku tolong balikkan ayam je. hehe

5. and tak lupa! ingat tak mu bagi aku pinjamkan duit RM10 nak pergi pasar malam. dek kerana ATM tak menjadi time tuh. aku pun terus mintak duit mu. and janji nak bayarkan? tapi aku rasa tak tau lah aku bayar atau tak. rasa macam belum. hahah. mintak halal ehh? dek keran 10 ya tulah aku buleh isi perut aku malam tuh. masehhh .. HALALkan eh? haha. nak bayar sekarang aku takder duit lagi. lam bank ada RM20 jah. muahahaha. 

6. and..yela.. segala ape jenis pertolongan mu secara langsung dan tak langsung.  thanks bro.

thanks sebab selalu berada di belakang aku and najwa selama di
Bumi Chendering
bagi aku, walaupun mu memang annoying and agak menyakitkan hati. tak pernah nak berlembut ngan aku nie kan. kalau aku nie semua tak kenalah. beli nasik petang-petang pun kena marah. haha. macam-macam. tapi bila ingatkan sekarang lucu sangat-sangat lah. aku bangga dengan pencapaian mung . series! u must be born to be a leader. a great, great leader kan? haha. tahniah! kekalkan kemajuan mu. nanti degree ko sapu bersih eh? haha

gang kuat atau orang kuat intake June 2009. haha. tahniah bro. atas
kejayaan masing-masing. gjoe selalu suh aku puji kerja korang
suruh aku bangga lah . and memang tak perlu suruh pun
tapi memang aku bangga gila dah okayy!?

terima kasih joe. sebab menjadi abang kepada aku. membela aku. thanks. semoga terus berjaya. oh ye.. semoga mu dengan cinta hati mu makin bahagia okay? jaga mia elok-elok. kuatkan semangat. jangan mudah melatah. jangan bekeng ngat ngan mia. lau bekeng mu macam bekeng ngan aku. memang larilah budak tuh tau. hehe. just be happy. okay? well behave dengan dia okay?? ingat, jauh lagi perjalanan korang. this is just a beginner okay. learn from the mistakes. ahaha. pandai lak i bagi ceramah free kan.?? well, aku kan hot setahh! hahaha! =)

cinta hati dia! yang tudung kuning nie. lawa kan?

mia, 
kakpoh sayang mia *juga seorang blogger. haa.. KLIK SINI* ngan gjoe. jaga gjoe baik-baik okay. dia memang buruk perangai. takder yang baik pun dekat dia mia. terencat pun dia. tapi kak poh percaya.. ngan mia je dia tunjuk segala kesweetan dia tuh kan. so be happy uolls. oh ye! tahniah ye atas kejayaan masuk Matrik kat johor Tangkak eh? hehe.. elajar elok-elok. lawan pointer si gjoe. buat jadi pembakar semangat okay? jaga Baby Bear kak poh bagi elok-elok tuh.. hehe. Thanks sebab memahami keadaan gjoe and kak poh selama nie. thanks for being so understanding. MIA memang COOL! semoga ada peluang untul lepak lagi ye comel? =)

last sekali, thanks untuk persahabatan nie. more years to come. hope, persahabatan kita tak berhenti di sini. semoga makin akrab, makin banyak benda bodoh, cerdik tak berapa nak betul kita dapat buat bersama . doakan kejayaan masing-masing ok? nanti kahwin dah janji kan? masing-masing nak jadi pengapit masing-masing kan? aku pun tak faham macamana tuh. haha. arghh! caralah! aku tak mo pikiaq. jauh lagi. mu ngan mia dulu lah ye. haha.  and  joe..

p/s: aku doakan kau sambung degree kat Segamat Johor. nahh.. ambik kau dekat ngan mia. pegi guide mia pulak. haa.. MIA!! jaga-jaga. pok guard gjoe memang amanah gila tau. haha! and bila dah tak sekampus dengan hang!! haa... senang siket aku nak berparti liar time kat degree nanti bila dah tak sekampus ngan mu. nak try lah jugak jadi minah bandar kan? nie tak! bila tau je aku kua malam even kua gie mydin je pun! sibuk call suruh balik! menyampah gila tau! tapi.. aku kena admit lah. aku terharu ngan keprihatinan mu. =) thanks. so sweet! yelah.. hot blogger mixed korean faces kan? boooowekkr! koya gila mu joe! hahaha. thanks for eberiee things. =) i gonna missed everything at bumi chendering joe. =( nanti aku gie kampus besar.. dah takda orang lah nak jaga aku macamana kau jaga aku kan? =(

sweet 21 okay!!!

lots of menyampah,
nur hafifah hazizi


Tuesday, 21 May 2013

Life updated: akulah suami akulah isteri.

Hello, dah lama gila tak menulis panjang-panjang. makin malas lak untuk menulis. benda nk bercerita sentiasa ada. tentang tersepak batu. adam berak sembelit pun semua aku nak ceritakan kat sini. muhahaha. tapi hanya mampu untuk tweet je. senang kan?




semenjak 2 bulan aku dengan rasminya telah menamatkan diploma aku dengan bangganya aku masih lagi memegang title  PEMAKAN ANGGUR (penganggur). kadang-kadang aku tergelak sakan bila tau ada kawan aku jadi kerani lah.. jadik cashier la kat mall di KL, ada yang duk kawan ngan orang keling lah, ada yang buat kerja rumah batu, menjahit , waiter/waitress lah.. and macam-macam bidang pekerjaan lah yang kadang-kadang aku pun tak tau ape jenis pekerjaan yang mereka tengah lalui sekarang. dulu, sebelum diploma habis akulah yang selalu riuh dengan budak-budak nie.. 

AKU NAK KERJA! AKU NAK KERJA! AKU  NAK KERJA!! 

kenapa nak berkerja sangat?
 sebab selepas habis diploma nie kononnya aku nak simpan duit untuk beli phones. pastu aku ngan gang zaman sekolah rendah berjanji bulan 6 nie tak pun lepas raya.. we alls yang girls nak gie SINGAPORE.. hello time tuh semester break part 5. memang berkobar gila ahh nak join trip tu bila aku contact je ngan gegirls aku nie mesti dorang tanya " dah simpan duit?? dah cukup duit tak?"
tapi sekarang.. aku macam malas lak nak cari kerja. sebab ape tau.. aku dah macam  takde motif dah nak cari duit. sebab kawan aku cakap mungkin hujung tahun pulak kot. aku pulak belom tentu ada lagi tak. kot kot lah dapat sambung deg jauh dari orang kan? argh! lantaklah. dapat kerja pun takpe. takde pun takpe.

dalam tempoh 2 bulan nie. dah macam-macam tempat aku pergi untuk carik kerja. salesgirl kat market la. mintak kerja?! bukan main malu ok. mesti aku pergi heret si AMA temankan aku. dia yang tolong tanya kot kot ada jawatan  kosong lah. apelah. mostly, sales girl gaji agak lumayan jugak . kan kerajaan dah suruh naikkan gaji kan? =) tapi malangnya. waktu kerja dia memang gila lah start kol 10 pagi hbis 10 mlam 2 jam rehat. ? eee! tak nak lah aku! nanti aku takda masa ngan adam. tak da masa ngan kengkawan aku. yelah,. dah penat kan? balik terus tidur lah. 

last few weeks, ibu sedara aku call. dia seorang cikgu. ajar budak Tuisyen.  dia cakap nak jadi cikgu tuisyen tak? standard PMR je. aku pun macam sangatlah interested ok! setakat PMR boleh lah kot. bila tanya subjek ape? Geografi. i was like?? err.. err.. lau sejarah tak pun math boleh lah jugak. sebab yelah benda leh kaji. aku nie dah la lupa macamana nak tengok peta, lajur baris bagai tuh kan. try jugak wat homework tengok balik buku PMR tuh. tapi! mat oii.. aku tak  beranilah nak ajar benda yang aku tak pasti. so, aku cakap tanak. humphh... 

so??sekarang dengan gembiranya aku katakan yang hidup aku sekarang nie tak ubah cam
Suami Isteri

kenapa kau jadi suami wei?? buat operation jantina ke ape?
hoii! celupar kan mulut hang! haha. aku sekarang menjadi suami dalam rumah aku nie. dek kerana akulah yang paling tua dan dah besar. mostly, perkara internal and external rumah memang ma akan rujuk aku. 

" poh, tolong bayar bil api,air, kereta, telefon, astro, bla,,bla,,"
"poh, minyak, kicap, senduk , sudu, ayam xdop.. tolong belikan.."
" poh, adik tadi mitok ma belikan seluar trek.. tolong gie beli.."
" poh, ubat darah tinggi, kecing manis, kecing tawar, bla.. bla.. habis. gie beli ye?"
" poh itu.. poh ini..."

bila aje aku kua rumah, aku mesti ditemani oleh ma. mana aje aku pergi mesti pergi heret dia. even, nak kua kan duit ATM dia pun.. aku yang kena keluarkan. aku makin beramah mesra ngan bank-bank, tempat pembayaran bil, di mana aku tak rasa orang muda seusia aku dah kena handle, beratur ambik nombor untuk bayar segala benda nie. #sigh. nak buat macamana kan?? aku yang paling besar. tapi aku enjoys! bagi aku. semua benda nie mematang kan aku. =)

baru-baru nie, sekali lagi aku menjadi seorang suami. abang aku asyik telefon dan mesej  aku.
 " tolong gie tukar minyak hitam kereta, gie servis. patutnya awal tahun lagi kena tukar minyak hitam tuh. tolong gie tukar tayar kereta depan belah pemandu. botok dah tayar tuh. dah nampak bunga dah. bawa kereta mesti dalam kadar perlahan yang amat. pastu alignmentkan sekali tayar tuh!" tiap kali call tiap kali tulah dia duk ulang. dan last few days. aku dah settled down semua job list yang dia buat untuk aku.

mula-mula. serviskan kereta. tukar minyak hitam, check aircond , enjin and ape yang patut kat satu kedai cina. nasiblah my mom ngan adam pergi jugak so, senang siket tugas aku. haahahaha. aku kust suh ma jelah yang cakapkan. so, yes.. my myvi dah selamat di operatekan. selama satu jam menunggu. aku terdetik, ya allah.. dah  besar rupanya aku. banyak benda dah yang aku terlepas pandang selama nie aku dah tau. brader servis  kereta punyalah baik ok. duk tulung bagi nasihat macam-macam sal kereta nie. aku nie? hanya angguk and geleng-geleng je lah. tak pun pura-pura mendengar walaupun aku tak berapa paham term..term kereta and ape benda yang disebutnya tuh pun aku tak tau. braderr! thanks untuk nasihat lu,. gua appreciated gila. lepas jer servis kereta, ma pun ajak pergi kedai tayar. aku layan kanlah. lagipun kedai tayar nie kedai kakak angkat aku. so, takder hallah tunggu alignment siap, tayar ditukarkan. sementara menunggu. aku berbual ngan kakak angkat aku. lepak ngan ma and adam sekali ok. lawak pun ada time tuh.keesokannya, abang aku ada call malam sebelumnya yang dia cakap kereta kami ada appoiment ngan pihak perodua. ala.. sal kereta myvi yang dipanggil balik nak tukar gear stereng ape ntah. ambil masa selama tiga jam. dek kerana kasihankan si adam untuk menunggu selama 3 jam lamanya. aku bertekad untuk pergi sendirian. kauuu! takut and jakun ok. masuk tuh macam nak nangis. nak rujuk sape nie? nasiblah diorang semua friendly layan customer. so, selama aku menunggu 3 jam. aku rasa aku terbongkang tak sedarkan diri. tau-tau je kakak perodua kejutkan aku. bukak je mata. mat aii! ramai jugak orang. alahaiii! malunya makngahhh! haha. so, selesai..!

lastly, hari nie.. aku dah berjaya nak mandikan myvi. dah lama pasang niat. lepas sehari, sehari. dek kerana takut sebab pekerja nya lelaki. aku selaki lagi angkut mak aku sekali gie car wash. rupa-rupanya kawan aku punya tempat kerja lah. Izzat (5pd) . rancak doe bercakap ngan dia. len  kali.. aku dah tak segan lah nak pegi basuh kereta. sebab kawan aku ada kan/ heee.. so, macam tu lah.. pengalaman aku. yang memang gila besar nak di bandingkan ngan gadis awal 20-an yang lain. dah gaya bapak orang kan?

nie pulak gaya mommy.. adam makin hari makin manja ngan aku mana aje aku pergi memang series nak ikut. kalau tak nak bawak dia.. aku memang kena lari-lari secara diam. tak boleh kasi dia nampak. lauuu tak.. mahunya mak aku call telifon mintak suruh balik. sampaikan ma aku selalu rungsing bila dengar aku nak kua jumpa kawan ke ape. datang umah.. terus masuk bilik aku. isap susu sambil baring lam pelukan aku atas katil. kadang tuh ajak aku bergusti korek mata hidung pun ada. perasaan yang sangatlah bahagia. series wa cakaplu. walaupun kekadang dia sombong tanak kawan aku, sebab adik aku ada kan? bila aku lesap kejap je.. mulalah menangis, kalut tak tentu fasal carik aku. aku rasa dia anggap aku macam mommy dia lah. sebab kadang-kadang kan mulut dia pernah tersasul panggil aku dengan panggilan mommy. pergi market duk lam troli mesti tunjuk barang yang dia nak sambil cakap " mommy,, adam nak.. mmommyy.. nak!' kadang-kadang tengok kiri kanan . malu. mesti cakap aku nie gatai menikah awal kan? tapi lucu pun ada. mesti diorang jeles ngan aku. dapat hubby hemsem. yelah.. dah adam comel gila kan? hahaha! tak aku genetik suami lah. muhahaha!! gila doe berangan.

so, kesimpulannya. itulah rutin harian aku, jadi seorang anak, kakak, ibu dan macam-macamlah. haa! jugak jadi driver my mommy! haha. takpelah. asal happy kan? korang?

XOXO,
nur hafifah hazizi

Friday, 17 May 2013

Follow me!


kat sinilah aku mencoretkan segala rasa. aku menjadi orang paling manja. jadi orang paling bodoh. orang paling marah. orang paling mengarut. kat sini. the true color of min. mengharapkan orang lain faham perasaan aku. kadang-kadang aku susah di jangka. tetapi, di sini.. aku jujur. aku akan cakap apa yang aku rasa. disini. dan mungkin termasuk kisah anda jugak di sini. FB.. selamat tinggal. dunia FB hanyalah sementara. twitter.. ya.. aku datang..!

FOLLOW ME. 

#mostly, apa yang tak terluah di blog and facebook, segala kepahitan and kegembiraan aku. aku coretkan di sini
# crush, family, friendship
# hope, dream, reality
# my daily routines. even nak masuk toilet pun aku cakap! =)

p/s: aku rasa jarang untuk update hidup aku kat sini.  blog nie lebih kepada bercerita tentang sesuatu. its kindda limited things to share. =) so, twitter.. #sigh.. like seriesly....

kan senang kalau ape yang aku coret dan kamu leh tahu kan? so,
 we both pun behave sesama sendiri  kan?
=(

XOXO,
nur hafifah hazizi