Friday, 15 February 2013

HOME ALONE

HOME ALONE, I'M ALONE!!

sob..sob.. pukol 4 pagi tadi my mum and adik bergegas bertolak ke KL. follow mak sedara aku. urgent. My pak long katanya masuk ICU. sakit jantung. so, they all adik beradik decide jugak bertolak pukol 4 pagi tadi. dorang plan pada malam khamis lagi. aku pulak terpaksa decide tak dapat ikut sebab ada TEST BIO ahad nanti. huh! so stress! 

so, being alone nie hebat jugak kot bagi aku. ape orang kata independent kan? actually, this is not the first time that i am alone. masa sekolah dulu pun pernah lah. tapi bezanya ada kawan teman kan aku. banyak kali jugak lah aku tinggal ngan kawan. konon study group. salah satunya, tak mau ikot my abah pergi khusus kot time tuh. suka lah!  then time abah sakit. abah was admitted in ward at KBMC. my mum and abang jaga abah kat sana. i was told to call my aunt at that time. di sebabkan adik aku sekolah.. aku terpaksa balik tidur di rumah dengan dia. abang aku hantar aku and my adik . agak lewat jugaklah. malam macam tulah. dia bergegas. and dapat call dari my mum abah macam sesak nafas. di sebabka kalut yang teramat.. dia pun bergegas pergi. dia mintak aku call mak sedara datang ambil. aku ngan adik aku pun di tinggalkan sendirian. at that time, aku baru berumur 18 tahun and adik 13 tahun. huh! cuak gila. tapi melihatkan adik aku yang dah lena tertidur lam bilik aku. aku pun decide. "its ok poh, takdop gapo punya. kunci pintu rumah.. and duk je dalam bilik." and i dont know where on earth i gained that strength and confident. esoknya, bila my aunt tau i tak called dia. memang kaw-kaw kena marah. its ok, at least i bangun pagi tuh kejutkan adik untuk ke sekolah jugakkan? =) 

dan sekali lagi i was alone. now, today, at this time. bertemankan kucing aku yang setia (abu) and Running Man. sejak petang lagi hanya channel 393 and 391 je aku bukak. nak bukak TV3, astro ke channel yang sewaktu dengannya. aku takutkan iklan hantu. so, untuk selamat.. stay je lah ngan channel K-pop nie. hehe.
abu memang loyal tau. satu hari dia tak keluar rumah. even aku bukak kan pintu sliding siang hari tadi. tak bergerak pun . duk je kat kaki aku takpun baring atas kertas study aku. geram aku. sesekali duk meraung tak tentu hala. and now its night. its a bit freaking to me. but i have to. dah tak tau nak mintak tolong siapa temankan aku. kengkawan semuanya balik awal. and aku pun takder transport nak pergi ajak dorang. huhu.
my mum pulak almost every single hour called. mesej me. membuatkan aku rasa sayu.. huaaa! my mum jauh!
rinduu! rinduuu!

so, nahh.. my lil conservations with my mummy.. =) ( missed her so much) * a bit macam nielaa.. 

from my everyting (ma) :
duk wat gapo? tak takot ke?

me:
duk on9.. dop ahh.. gagah perkaso..

from my everything (ma) :
kato tokse ikot sebab nak study.. sapo temankan?

me:
hehe.. 9.30 kekgih start ah.. xdop sapo.. mat abu jah adonya

fom my everything (ma) :
kunci pintu..jangan bukok sesapo panggil. sebab semua org tahu doh ma takdop.(merujuk kepada kejiranan kami) pukol 11 duk dalam bilik je deh? jangan duk luar. kunci pintu bilik.

me: 
haha.. ok...! taulah.. maa.. poh lapa.. =(

from my everything (ma) :
lauk pagi tadi ma masok bakpo tak panas? habis doh ke?

me:
jatuh.. takpolah.. masok maggi jah.. 

from my everything (ma):
padan muko tuu.. esok wat nasi goreng. ma letok doh barang kat dalam peti. tengok lam bekas kuning. toksoh wat maggi. kerek bena poh make.

me:
ok! hehe.. wat gapo?

from my everything  (ma):
duk rumoh abe yong (my cazen) .. duk molek. nati ma talipon pulop. nok kua make kejap.

me:
ok.. kim salam belako.. jago diri. bubaii 

from my everything ma:
ok!

huh!.. jauh sudut hati.. sedihhhh sangatt.. maaaa.. esok poh nak gie terengganu ngan ama n apiq, ma takdop nok lambai.. huhu.. sedihh.. esok rumoh nie sunyi.. TV tak bunyi.. huhu.. sedih.. taksukanyaaaa!! 

p/s: doakan keselamatan aku yer malam nie =) huhu.. berdebar jugak nie haa.. 

lots of love,
nur hafifah hazizi 


Tuesday, 12 February 2013

Jodoh itu rahsia Allah s.w.t kan?

 hye..!
memang sengaje anak dara nie buang tabiat tau! tido then terjaga balik. menyampah betul lah! mata2.. kenapakah?? huhu

oklah.. pukul 7petang tadi rioh rendah rumah aku ngan kerenah abang aku. lepas mengusik adik aku ,dia pulak usik my mum. riuh lah. si ibu and anak bongsu tuh dah jugak popet-popet mintak berhenti. i tak tau lah ape jenis gurauan beliau lakukan terhadap my mum n adik sebab i tengah memasak hokey kat dapur. ehem! ingat kita tak pandai masak ke? pandai hokei! cuma td saje je i masak maggi kari berapi. hehe =) malas nak melayan. i pun ngan muka seposen bawak semangkuk maggi, healthy maggi ok. ade ayam,telur and sedikit sayur. hehe. saja mencantikkan maggi gua. i bukan vagi ok!.

dengar lah adik aku duk berbalas mulut ngan abang aku. pasal ngorat mengorat lah. suka atie kamu lah. yang penting jangan curi maggi aku. habis je niat murni aku tuh aku luahkan dalam hati.. ahaaa! terjonggol muka abang aku curik maggi. hampeh! hampir separuh kot dia telan. aku pun marah la. lapar ok! 

aku: hoi! habislah maggi aku! perangai hudoh la mu nie.
abang aku: dekut teh! ore make siket jah pun. 
aku: taik eh! banyok nie. molep siket. nok makan gie buat sendiri lah! jangan kaca ore gak. 
sedass jentikan mendarat di dahi aku. tahan je lah perasaan amarah ketika itu. kalau tak memang kaki aku saiz kaki 6 takpom 7 nie memang akan mendarat dah atah dahi dia pulak. wat the hell.

"patutlah gewe tuh lari, peranga hudoh dekpom" bisik aku. saja nak suruh dia dengar sambil tersengih-sengih.. dan memang dia dengar. terbahak-bahak ketawakan aku. yelah protes aku , aku takkan melawan sebab tau sakit aku. aku balas mulut je lah. 

abang: mana tau aku putus gewe? aku adolah gewe. mu tau gapo. mu tuh tok laku.
aku: bukan tok laku. aku jah tokse kokre. ramaiii la yang tergila-gilakan aku. *poyo ok! menegakkan benang yang basah. hehe *serentak my mum n adik serta abang ketawakan aku. tahu sangatlah aku yang dorang memerli.
ma: ado gewe gapo. handphone takdop batery pun tok cas. adik pun ado gewe. masam-masam adik pun ado ore nok. mu tuh tak dop pun. * n bisinglah mulut si adik membela diri dengan ma.
abang: tau! koya mu tuh. 
aku: hello, rama lah! tok ke lah nk tunjuk ko mu. *mula bersemangat untuk membalas.
abang : mano2? sapolah nok ke mu.. peranga macam jantan, bersepah, pemalas bla..bla.. *kaw-kaw ok kutuk aku.
aku: eleh, macam lah dia baik sangat. *mencebik
abang : ada ke yang nakk? *nada perli ok. nak tergelak pun ada ketika tuh.
aku: adolah! acu duk diam gak. makan pun tak senang. *bunyi soksek-soksek kat belakang. mesti ma tengah berkomplot dengan anak-anak terunanya mengutuk anak daranya,. malas layan eh!
abang: beratlah, nantikan tok nikoh lah mu.jgn milih sangatlah. nanti tok laku. ma, ank ma hok nie tok nikoh laa..
ma: jangan kata gituh mat!
aku: jodoh tuh.. tak perlu cari lonie.. tibo maso ado lah muncul. lambat atau cepat jah.sibuk jah! nikoh-nikoh la mu tuh. sibuk hal orang bakpo?
abang: haha..jodoh tuh keno cari tapi. dia tak mari golek depan mato. macam rezeki jugak.
aku: bialah. lau takdop ore leh trima nak wat gano.
* angkat punggung basuh mangkuk maggi. abang aku menyambung lagi hujah-hujahnya. aku dengar tapi malass nak layan lah. bukan menang pun cakap dengan dia.

and aku pun mulalah tepikir-pikir. kenapalah susah sangat nak temui seseorang. haishh.. bulan 8 genap 2 tahun aku sendiri kot. impian aku nak kahwin awal tapi dah memang kompem2 aku rasa aku nikah lewat. hehe. lucunya! kenapa pulak sal jodoh nie dijadikan isu. ? entahlah. nie semua mulut masam abang aku lah nie. eleh, aku perangai hero nie pun menurun dia lah jugak pun. adeke salahkan aku pulak. wat the hell! haha tapi memang betollah kata dia, aku punya seribu satu kekurakuangan. aku nie perangai cam jantan, sopan santun tuh adelah lam 60 %. yeke? ye lah kot. hehe. tak pandai wat kerja rumah. kerja dapur?? siket-siket boleh la. entah lah. takpayah pening-pening lah , jauhhh lagi. mungkin sekarang aku tak punya sesape tapi manalah tahukan? aku dah letih lah nak cakap sal gewe-gewe nie. aku bukan memilih. aku nak yang betol-betol. susah ke nak paham?? takpelah. duhai hati, bertahanlah ye. sekarang pun hidup aku pun dah happy. ada ma,abang,adik,adam,abu, n kengkawan n sepupu sepapat.hadap dorang hari-hari pun dah boleh buat aku lupakan dunia FB,Twittter, Whatsapp, any msg bagai. yang penting? aku sihat, happy n ceria. bukan ke tu dah cukup?? nantilah.. kat degree karang i cari pakwe ok. tanak sorang tapi terus ngaap sepuluh. haha! gelojoh kau! takderlah. saya nak sorang je. satu pun susah nak cari. apatah lagi sepuluh. huhu! ingt aku nie Nelydia senrose pujaan ramai tu ke? aku nie hanyalah Nur Hafifah Hazizi sahaja. bukan mereka-mereka yang megah di luar sana. =)


lots of love,
nur hafifah hazizi


Monday, 11 February 2013

daddy's little lucky girl ;)

wahauu! lama! lama! and memang lama dah aku tinggalkan laman sesawang aku nie kan? kekeke.. actually, banyak gilers benda yang aku taip tapi xsempat di publishkan. taip panjang-panjangpun hanya tersimpan lam draft. ader lah lam 5 stories giteww.. hehe. if i got paid for being lazy, for sure enough i'd be a billion,billion,billionaireee =) sekarang dah masuk tuesday kan? hampeh! sunday nextweek i ada test bio. 2 chapter lagi kena cover. and! how lazy i am.. baca 3 pages je terus tutup notes. study kat rumah kan? mana leh jalan brooo! =) 

so.. daddy's little lucky girls kan? lucky k? takderlah lucky sangat pun. tapi kenapa aku katakan diri aku nie lucky? sebab i'm soo lucky to be born as NUR HAFIFAH HAZIZI not NUR HAFIFAH halim ke, dolah or papelah. bagi aku 3 beradik. aku lah yang paling jauh dengan abah. abah seorang yang suka bercerita itu ini. tapi dengan aku sangat-sangatlah jarang. tapi bila aku bersembang perihal 'abah' dengan kengkawan. aku rasa bertuah.. ye, aku sangatlah mesra nak di bandingkan sahabat aku dengan kengkawan yang lain. aku punya kenangan bersama abah di mana tak semua remaja seperti aku dapat rasakan. abah seorang yang baik dengan anak-anaknya. tapi cukup tegas kalau tak kena cara. menangis woooo! huhu. bila kami tengok cerita sesamakan? dia mesti ulang atau buat ulasan tentang cerita tuh. kalau time puasa masa nak berbukak dia selalu layan mulut adik dan abang aku untuk cerita sal mati, petanda kiamat and macam-macam lagilah. sebab time puasalah genap 30 hari kami makan bersama-sama. =) satu kenikmatan puasa untuk kami sekeluarga.  abah tak pernah mengecewakan kami adik beradik. mintak aje ape, walaupun bersyarat and kekadang kami tak dapat nak menepati syarat abah, lambat atau cepat abah pasti penuhi hasrat/keinginan kami adik beradik. ada ketika jugak abah melayan aku bercerita sal sekolah, malah selalu bagi nasihat. di mana kami biasanya akan berkumpul waktu malam and berkongsi cerita. abang aku sal moto, aku sal sekolah and adik aku? mungkin CD game PSP terbarunya waktu itu. bila aku ceritakan balik kepada kengkawan aku.. kebanyakannya jarang yang ada kenangan manis sebagaimana abah kami berikan pada kami.  =)

dah 3tahun abah pergi. walaupun aku mungkin yang paling sedikit kenangan bersamanya tapi alhamdulillah.. kenanangan tuh membuatkan aku bersemangat and berasa bertuah kerana aku tahu.. abah aku dan aku ada 'sesuatu' di mana tak semua orang dapat berkongsi kemesraan dengan abah masing-masing.

sekarang hidup aku hanya menumpang kasih bapa saudaraku. aku lebih rapat dengan bapa saudara sebelah abah berbanding dengan ma. mungkin sebab aku jarang bersama bapa saudara sebelah ma. jauh. aku baik dengan bapa saudara bongsu aku (pok su) . entahlah, aku pun hairan kenapa dia senang menasihati aku. berkongsi cerita dengan aku walhal sepupu aku yang sebaya dengan aku (perempuan) ada. tapi hal berkaitan masa depan, pelajaran, kerjaya, malahan politik pun dia mendidik aku. bagaimana nak berjaya lam kehidupan, jadi isteri, tugas aku sebagai anak, malahan dia juga pernah memberi nasihat tentang wang nanti aku dah berkerja. gaji pertama ape perlu aku buat,kedua ape.. and seterusnyalah. dimana kekadang aku rasa aku tak layak lagi tahu tentang sesuatu tapi! aku dah tahu. bila aku ceritakan ape yang poksu aku nasihatkan kawan-kawan aku. mereka mesti kata "aku tak pernah pikir pun sal nie lagi.. sal politik? jauh lagi aku. belajar dulu and then baru aku nak rancang and bla..bla.. bla.."panjang lebar.kadang-kadang  hatiku tersentuh. selain mirip sekali ngan perangai abah dia jugak perihatin pada aku. terima kasih pok su. poh hargai segala nasihat poksu.

keduanya abang sulong abah. (pok long) walaupun jauh nun di puncak alam. sekali sekala dia akan bertanyakan jugak khabar aku. sangat bermakna bagiku . sebab dia sudah terlalu jauh dengan ku. sudah punya keluarga sendiri. cucu pun dah berpinak-pinak. tapi alhamdulillah, masih juga teringat tentang aku adik beradik. memadailah kan? aku takperlupun wang ringgit. tapi aku hanya mahukan secebis dan sesuap kasih sayang. tak perlu hulurkan aku adik beradik wang. cukup sekadar kasih sayang.

aku bertuah! aku tak pernah menyesali ape yang terjadi dengan nasib aku. malahan, aku redha dan menerima segala dugaan untuk aku di usia muda ini. bertuah kerana aku tahu siapa orang-orang di sekeliling ku. bertuah kerana aku memiliki kekuatan dan ke'independent'an aku sendiri. bertuah kerana aku lebih tabah. walaupun aku down. aku tetap diam. aku selalu ingatkan diri nie. takkan ada dugaan besar selain abah pergi. jika pemergian abah pun aku mampu bangun. apatah lagi benda lain. mengingati arwah HAZIZI YUSOFF aku bangkit. 

so,that is why

daddy's little lucky girl ;)
*
now, i perasan how kepet my hidung was! ggrr!