Thursday, 17 January 2013

trouble makerr!

sekali lagi, thanks pada housemate aku sebab baik je dia kasi aku pinjamkan laptop dia. keke. ALA!! thanks! muahahaha

actually aku taktaw ape nak tulis. malasnyerr! siyesly aku takder mood dah nak on9 FB ,TWITTER, SKYPE and YM. malaaaassssnyerr. my whatsapp pun da jarang aku on9 kn anti socialkah aku? hurmm aku pun tak tahu kenapa aku cam nie.

sekarang aku dah tak peduli pun handphone aku. arggh! lantaklah, ade call ke ade mesej ke.. i just dont care! dah takde mood . kenapa? kenapa? dalam kelas pun aku dah tak bersosial sangat. lebih kepada membuat kerja masing-masing. aku, kawan aku lagi 3 orang. yang lain korang punya pasal! aaarghh!! kenapa macam nie! kenapa?!! tidak! umurkubaru sahaja 21 tahun. aku belum monopos lagiii! umur?? tidak!! aku budak lagi! kenapa?? arrghh?! hormone tak stabil kah? OMG! OMG!!!

tadi aku makan malam ngan ama and maisya. so, cakap lah sal si budak yang ama minat. sebab ape? sebab tadi time nak carik makanan.. kami ader jumpa budak tuh. aku and maisa layan jerlah mabuk cinta dorang. tak layan kan gila pulak karang. ahahha! bercakap itu ini. kami bercakap sal feeling kami. biaselah ladies talk kan? macam2 lah kua..

tetiba, maisa tanya aku. "poh, kau dah tak nak capel ke?" in ( dialect tregnu tapi malas aku nak taip banyak-banyak. so, i taip KL terus lah yer.. =) . aku yang ngah syiookk gila gigit tulang ayam nasik lemak depan kolej kampus aku petang tadi terus tercenggang. asal pulak minah nie. mungkin maisa faham kot kerutan muka aku yang chantik berseri nie berkerut 1000 dia terus sambung cakap' "tak la, lately kau dah tak der berbunyi  pun nak capel, sunyi lah ape lah. lau dulu 24/7 almost on the timelah mesti merungut + mengogoi cam baby mintak susu si mummy je." tuuu dia mintak ade pakwe kau! *desprate tak i? aku pun tersengih . ehh, aku dah berubah yer? hehehe.. 

aku pun termenung sekejap. aku macam tuh ke? kenapa? kenapa? apakah??? end up aku pun cakap.

" mai, ama, aku pun tak tahulah kenapa aku dah tak berminat. aku macam dah anti social pun ada. dah takder feel. hairanggg gak nie! haha" sambil melawak

tapi lam diri nie, aku pun tak tahu kenapa aku dah tak teringin. susah kot nak cari pakwe!! aku hairanlah bagi oraang yang senang dapat peganti! hebat kau!! aku??? bapaklaaaa susah! sebab:

1. aku rase takder pun yang ikhlas mahukan aku.
2. aku tak rasa kot aku mampu . maksudnya?? entahlah
3. aku malas nak pikir! nak pikir! nak pikir! kalau ader aderlah
4. aku tak memilih. tapi aku nak betol-betol mampu jadi imam aku. betul.. aku letih lah.. aku tak memilih . tapi pliss.. aku nak yang betu2. aku tak nak main-main. bukan jenis aku lah nak main-mainkan perasaan orang. aku nak ape yang aku nak. 
5. Allah s.w.t belum bagi lagi kami bertemu. takpe, i'll wait =)

bagi aku, aku dah malas nak cakap banyak. dah setahun 8 bulan aku hidup sendiri. mula-mula hanya allah je tahu betapa sunyinya hati nie. tapi alhamdulillah.. aku dah biasa.. malah, lebih tenang lagi. takperlah. aku tetap menunggu. lau ada, adalah. lau takder lagi menunggulah lagi. hati aku dah kosong. kosong se kosong kosongnya.aku harap dan berdoa moga hati nie akan terisi. biarlah dengan pemiliknya. bukan nya orang yang entah siapa-siapa . Insya Allah.. =)

love is hard,
nur hafifah hazizi

Tuesday, 15 January 2013

be polite. gggrr**

hidup nie kenalah saling bantu membantu.. baru hidup akan sihat, sempoi and takder stress - stress.

1. bila rasa diri tuh nak something perfect, tolonglah struggle sikit. push diri tu untuk peroleh pulangan yang anda inginkan.

2. bila dah rasa diri tuh dah ketinggalan, jangan lah mengharapkan orang. push yourself la!

3. cuba alert ! peka . jangan jadi lady boss. kesiannn orang bawahan u nie kan? u punyer pasal dorang pulak pening.

4. jangan la tarik muka amoiii! u punyer stress , u tarik muka masam kat orang sekeliling u. cantikknyaaa perangai! datang dari mana haa?

5. hormatlah orang. and they will do the same. appreciate every single thing what the others dah buat pada u! susah sangat ke?? senang je kan?

6. Mulut!! haaa! jangan cakap anda lupa pepatah melayu. "terlajak perahu boleh di undur terlajak kata?? haa! lu pikir lah sendiri

7. jangan pikir orang yang selalu je bersabar nie memang takda perasaan marah. Human Being kot! wojib2 lah ado!

8. pikir dulu sebelum buat. hidup nie karma. lau tak hari nie, esok mungkin terjadi kat diri kita sendiri tu kan? =)

** itulah, sekian. bukan ape pun. saja nasihat untuk diri sendiri and U!! haa! padan lah muka sape suh terrbace entry kali nie kan? =) dalam maksudnya hokeyy ;)

adiooss,
nur hafifah hazizi

Sunday, 13 January 2013

PANAS BARAN!!

yeah! haha.. berbekalkan kesempatan yang diberikan oleh roomate aku a.k.a Amanina, dapatlah jugak aku on9 and sekali gus  update blog aku. kuang! kuang! haha. bengam betol lah aku. pas satu, satu masalah laptop aku. uzur bangattt sih, nak tukar xde pintis! haiish..
hehe, bercakap sal panas baran nie. aku salah seorang daripadanya. maksud aku, perangai aku nie semula jadi tau. pada pandangan aku lah , aku tak pernah marah orang tau.. tak garang pun.. biasenya lau nak marah aku akan pilih untuk mendiamkan diri. tapi! tapi! bagi akulah kan, kalau orang kacau aku.. memang mulut aku akan balas balik! lazerrrr! biasenyalah.

ok! balik pada hot tempered. fine. perangai nie aku baru perasan this lately laaa. hurm, sebab tu pun melalui amanina. kawan baik aku. 

ama: poh, mu nie sebenarnya panas baran jugok erk?
aku: wat the?%^@^&?? * bukan mencarut ok! tapi menyumpah. =)

so, aku baru perasan yang aku jugak seorang yang cepat panas tapi cepat je sejuk. aku jugak baru je noticed yang aku nie cepat sangat melenting. no wonder lah my mum  pun penah cakap, poh bekeng (garang) nie memang takda orang nak dekat lah. tak laku la kekgi. and aku raselah. aku da termakan sumpah my mum! oh mummy!! tolong daku!! tolong tarik balik!! huaaaa!! aku tanakkkk! aku nak berfeeling gediks-gedikss cam gituhhh! huaaaa!!

=(
haisshh, no wonderlah aku ngan amanina selaluuu je bertikam lidah. jarang la kami smooth. leh di katakan lam satu hari, memang akan ada lah benda yang menyebakan kami bertikam lidah. yang peliknya dia dan aku! haha. i bet semuanya berpunca dari perangai teruk aku kot. haha. aku ngan dia memang sangat-sangat lah kontra tau! bagi aku langit dan bumi! tapi my dear ama, lau u bace lah entry aku kali nie. thanks babe, thanks sebab bersabar ngan segala kerenah aku. memang aku agak annoying. tapi percayalah beb, seteruk mana lah tempered aku lagi teruk kau punyer tempered! haha =)

tapi betol, aku marah sekejappp je. memang akan ketara muka nie. nak-nak aku memang tak pandai berlakon. lau aku bengang memang agak jelas raut muka aku nie tegang. tapi aku masih lagi menggunakan nada yang lembut. tapi yes, sinis tuh tetap ada. hehe. sedab tu lah kadang-kadang kepala aku pun orang main pijak je. oh! sabar poh sabar. jangan jangan! hehe. tapi yelah..  semua tuh lumrah manusia kan?? biaselah. =)

 P/S: so, kita memang tak boleh nak halang kan perasaan amarah kita bukan? kadang-kadang orang jalan lambat pun kita jadi bengang! orang gelak sakan pun kita jadi berbulu telinga. haha. macam-macam lah yang boleh menyebabkan kita marah. tapi! poh, kau kena ingat. cuba lah letak diri engkau di tempat mereka. =) bila marah orang cuba sedaya upaya untuk bersabar. sebab cuba pikir kalau kau kena marah? kau suka ke?? =) 

sayonara,
nur hafifah hazizi