Saturday, 9 February 2019

Happy Feb of 2019

Tiba- tiba aku gigih meloloskan diri untuk bukak email lama semata-mata nak update post baru berpeluh jugak la dahi nak ingat email lama ngan pasword lama nie. hadoyaiii.. Ya Allahhh! kotengok last post aku kali terakhir ialah 2017! wallawei.. aku jump ke 2019 terus la nie? Aku check kat dashboard banyak post yang  nak dipostkan sepanjang 2018. tapi semua dalam draft. bermaksud?? kekeliruan semangat untuk menulis.

2019- lewat tak kalau aku nak cakap pasal azam? dah sebulan lepas kot patut bercakap sal azam. hari nie genap 10 hari di bulan dua baru nak bercakap pasal azam. ko ghaserr?

Related image

Aku rasa untuk tahun 2018 lebih kepada aku mengenali kehidupan aku sebenar. ( aku tak tau lah ayat aku nie okay ke tak? lama betul tak menaip) Dimana aku kena struggle. aku kena kuat demi abang dan adik aku. buat benda kena pikir diorang sebab aku dah termasuk dalam tanggungjawab menangung keluarga. aku kerja cikai- cikai je. bermula sebagai assistant QC di satu syarikat makanan dan aku di promote kepada Executive akhir tahun lepas which is December 2018.  Kalau 2018 aku lebih kepada aku mengenali erti susah, 2019 aku boleh kelaskan sebagai tahun untuk aku belajar dan berkembang mungkin. 2018 aku letakkan diri aku yang kedua dalam segala hal. tahun nie aku nak lebih fokuskan pada diri sendiri, memberi ruang pada diri sendiri, dan mencantikkan diri sendiri luar dan dalam.Insyaallah. Aku nak lebih menghargai diri aku di samping menambahkan lagi ilmu agama dan mempersiap-siapkan diri untuk? haaa untuk ke sana, untuk jadi anak solehah, penyejuk mata keluarga dan insyaallah bakal suami.πŸ‘€πŸ‘€ (miang)  Insyaallah.


2018 aku tak berjaya temukan cinta hati lagi. konon nak seorang tapi entah lah. mungkin sifat aku yang dingin, yang overthink, yg tak tau lah nk cakap buat  orang tak stay dalam hidup aku. Sis pnya skill dah berkarat duhh al maklumlah hampir 5 tahun mengingle. ko ghaser?tapi sebenarnya aku pun half hearted jugak nak berkenalan dengan orang-orang nie kononnya still tak boleh move on, menunggu-menunggu tapi untuk 2019 nie aku dah tak naif lagi dah. aku tak nak buang masa, cukup aku menunggu sehingga 2018.. Tapi untuk 2019 nie, aku akan cuba membuka ruang, lebih open, lebih menambahkan circle untuk mengenali seseorang. aku target 2020 aku nak kahwin! paling tidak pun 2020 aku dah punya calon.  Tapi jangan salah faham ye, aku tak jatuh dalam situasi yang korang boleh labelkan aku sebagai desperate. naaahhhh, aku cuma rasa aku perlu fikirkan hal kahwin kahwin nie as aku dah cakap 2019 nie tahun untuk belajar, belajar menyayangi dan mencintai ke pelamin! bukan cam dedulu, asal nak khatam je masuk dalam kubur. alihnya diorang dah kahwin beranak pinak aku jugak yang terkebil-kebil .haiiilahh.
Image result for i'm going to get marry

Oh ye, Family aku dah bertambah! abang dah kahwin dan dah anak dah pun. Alhamdulillah, mungkin berkat dia berkorban demi aku dan adik, Allah kabulkan doanya dengan memberi isteri yang cantik mata memandang, lembut dan penyayang jugak pendiam! hahaha betol lah orang cakapkan, pendiam lawannya peramah. abang aku maha peramah orangnnya! 16/01/2019 baby diorang keluar! Aariz Naufal bukan Aoron Aziz uols. Ya allah, taip nama naufal pn dah cukup buat cikngah tersenyum tak berhenti. He is such a cutie! comel ! and handsome! cikngah can not lah!



2019 lebih mengajar aku untuk lebih bertanggungjawab. aku lebih fokus, cakap pun berlapik bukan main cakap je. Noob aku tetap ada, tapi untuk yang mengenali aku dengan dekat, mereka tahu aku dah bertambah kematangan dan semoga lebih matang lagi. Doakan semoga aku dimurahkan rezeki, dipercepatkan jodoh dan jugak di kurniakan kesihatan yang baik. Insyaallah.


sincerely,
hafifah hazizi



















Thursday, 27 April 2017

SESUATU YANG TERTINGGAL

Helo! Gutten Abend!

This will be a long post i think. theres a lot to say here. i stop writing for months. i thought to be more series in this writing but my laptop suddenly passed away. arghhh! stress nok! betol-betol lepas belajar dia buat hal. i nak apply kerja pun merangkak sekarang. 2 month and half.. genap lah tittle mnganggur iols. this is not what i wished for. i wanted to work right after i officially graduated but yeah, mungkin masa itu tak sampai lagi kot. #husnudzon!

Well, camner nak start eh? aku nak meluahkan rasa actually. i had a lot to say in here as i cant say it right away to someone. phathetic right? feeling so lonely. HAHAHA. okay, the stories start from i had phone called made by one company to asked me if i interested to join them as a material assistant executive somewhere in Puchong. I was soooo happy! thats really a called made from heaven. but it turned out not as what i expecting to be. i cant go to the IV sessions because of i was at here in TRENGGANU. in shorts, there is no transport and the company needed me to go to the IV sessions as soon as i could. i tried to reach help from my nearest people around me but its all vain. my brothers cant help me, so did the other. 

I was frustrating at that time. i even cried  asking lord "why there is no one willing to help me?" . i had limited number of friends. they were always by my side before this time but during that period of time, they cant help me. okay frankly speaking ahh i tell you i am quite-quite-quite dissapointed. but its just only for one day. i repeat again aaa ONE DAY ONLY! the next day,i startled my self " what the hell i am thinking? " "i am too greedy asking them to give me all theirs attentions toward me." "this is seriesly not righ! Hafifah!" " Allah choose me because he know what i needed most. the kids still need me. He know the right time for me. so kenapa peningkan kepala dengan urusan Allah Hafifah? tepat masanya nanti.. dia akan izinkan. "

What happened really blew up my mind. i realized something. looking my self back then and i finally realized one thing for sure that is, nothing remains forever. nothing gonna stay with you forever. 

P/S: dont be mad. please read my explaination. without negatives vibes okay?

why did i said it so?

People will changes, not today but someday for sure.. no body will staying forever besides you. r they gonna have careers, families, and many more responsiblities and why would they give you all the priorities?. i didnt said they forgot you but, maybe they arent able be there for you like they did before. their attentions were changed .

That is why you must become brawny. I mean we, we need to become strong and yes independent.  less dependent. dont sticks with the same persons anymore. widen your circles so you will lessen your dependent issued towards someone. my main lessons is, i had a limited people in my life. i hardly gave others spaces to enter my life because i think i only need my dearly limited people.. so i will always sticks with my limited persons.but, the thing is, i need to give them spaces for their own life. they need freedom from me. and i should wake up from my dream. Worlds are challenging right now. look straight, strive your own goals. we are 25 years old and we need a lot of people to help us to be where we wanted to be. 

Hikmahnya di sini, i become more open and widen my circles. Insyaallah boleh berkongsi ilmu, bantuan and many more things that maybe i missed before this. habis aku chat dengan kawan-kawan lama balik. bertanya khabar and many more. i dont believe love fairy tales anymore. there is no such thing in this life. i am too busy waiting for someone who willing to  share my problems * i am problematic person actually*  then i realized, there is no such thing. kalau ada itu adalah bonus. but now, my focused is only for my own self,  my two brothers and many thing more. i left everything in God hands. 

Alhaamdulillah, thanks for every single persons in my life. my two brothers, family members, and my six best friends. Allah je mampu membalas segala kebaikan korang. Insyaallah, ada rezki lebih aku belanja.  now, sekarang i kena buat networking dengan orang-orang lain. Bismillah.


sincerely,
hafifahhazizi

Wednesday, 18 January 2017

S U N I S R I S I N G


berbekalkan musik mendayu-dayu dari folder lagu i kat laptop nie, tetiba i rasa nak menaip. meluap-luap rasanya.  gigih pulak tau.. 2 entry skali naik. haaaa hambekkk! ngeh ngeh
Image may contain: 1 person




literally, i dah berusia 25 years ols. doesnt feel i ages at all. tapi bila tengok Safiyyah (anak sepupu) dah masuk darjah satu kalau dulu selalu main -main dengan dia pantang jumpa akumesti! mintak phone. sekarang dia dah pandai dan ada phone sendiri. tengok adik kawan member semua dah habis SPM. bila tanya adik kau sekarang buat ape? adik aku dah masuk degre, diploma, bla.. blaa.. pokoknya, i nak cakap yang semua dah habis sekolah. what? how time flies kan?

im getting older, day by day. tak yah bilang hari, setiap minit-minit yang bakal di tempuhi pun dah cukup nak menandakan yang daku makin tua. oh no! not only me, including you! HAHA
umor 25 tahun, some dah punya segala, career, aset , family and some still merangkak.. i was one of them masih merangkak. 

okay, aku nak jadi cheesy dikit tonight, tak malu betol tapi tak kisahlah/ jarang rasanya aku hupdate pasal hati nie die sebab dah serik. sakan punya tapi satu pun tak jadi! macam ape ntah! so, bialah di pendamkan perlahan-lahan. chiewah tapi bolehlah sekali sekala buat confession kat sini. nak confess di UIA confession malu plak itew. hak hak hak gedik lah mekpah!

i am single. takde istilah scandal, tak de eh.. orang cakap takpe aaa takde pakwe ko scandal ramai! oiii cantik sikit! lansung takdak okay. phone aku sunyi je kalau  takde orang whatsapp.. harapkan whatsapp group je lah. lau tak jangan harap lah weiiii!!.  aku pun taktau lah kenapa, im a true loner and loser. adalah tu kan silap mana-mana Allah takizinkan lagi. insyaallah lepas nie kalau jumpa terus kahwin. tak payah nak couple lelama ye tak? hehe

dear Mr Zauj,
i dont know where you are, who are you. everyone might tell u are the unluckiest person in this world for choosing me. i had infinities of imperfection. u had no idea about that. but, please bear with that. u never know how hard i wanted to change.. to behave like others. please know i am a person who hard to take care of others and mind them but once i do, i will do it my entire life. i love my brothers, i cant lose any of them anymore. so please  be nice with them. i missed my mom and dad, so i am hoping that ur parents will love me.

kalau awak cari seorang yang penuh kesempurnaan, yang cantik, pandai dari segala aspek, saya jauh bezanya. saya paling lemah untuk melakukan kerja rumah. i tried my best tho.. i tried my best to be worth by some one, one day. MOM surely proud with me now. i will promised to stay  with u , facing all bad circumtances together, just let you know i'm good enough with that after abah left me. it just, i dont mind anything as long, bila saya demam awak bawakkan ubat panadol untuk saya. bila saya sedih, awak dah tau macamana nak naikkan semangat saya balik. dah banyak kali bagitahu dekat kawan-kawan aku . HAHAHA.

takpelah en jodoh, manalah awak nie kan? takpe saya yakin awak akan datang.. by time passing Insyaallah. saya tunggu dan cuba jadi yang terbaik untuk awak. mungkin ini masanya saya berserah kepada pencipta. segala rezeki, jodoh, ilmu, kejayaan ditentukan oleh Allah. semoga terbukak hati kita pada waktunya. sekarang kita tengok kebahagiaan sahabat handai. Insyaallah. mungkin masa yang ada sekarang nie untuk perbaiki diri dulu. kan? 


last sekali, i love this song. semangat bila down. =)

"The Sun Is Rising"
When life has cut too deep and left you hurting
The future you had hoped for is now burning
And the dreams you held so tight lost their meaning
And you don't know if you'll ever find the healing

You're gonna make it
You're gonna make it
And the night can only last for so long

Whatever you're facing
If your heart is breaking
There's a promise for the ones who just hold on
Lift up your eyes and see
The sun is rising

The sun is rising

Every high and every low you're gonna go through
You don't have to be afraid I am with you
In the moments you're so weak you feel like stopping
Let the hope you have light the road you're walking

You're gonna make it
You're gonna make it
The night can only last for so long

Whatever you're facing
If your heart is breaking
There's a promise for the ones who just hold on
Lift up your eyes and see
The sun is rising

Even when you can't imagine how
How you're ever gonna find your way out
Even when you're drowning in your doubt
Just look beyond the clouds

Just look beyond the clouds

Whatever you're facing
If your heart is breaking
There's a promise for the ones who just hold on
Lift up your eyes and see
The sun is rising

The sun is rising

Even when you can't imagine how
How you're ever gonna find your way out
Even when you're drowning in your doubt
Just look beyond the clouds



p/s: please dont get me wrong. i'm not desprate macam yang duk viral-viral nak cari jodoh semua jadah tu. I rasa nak menulis saje. meluahkan . nak luah in person no body will know. this is my healing. so please do not misunderstand. 


with love,
nur hafifah hazizi

N e w y e a r w i t h n e w p h a s e !

It is finally 2017 and still in January so i guess i'm not that late to wish
  HAPPY NEW YEARRRRR!! yeah, now is 18th January kot.





Image may contain: 1 person, standing, shoes and indoor



Alhamdulillah, i has ended my degree life !!! basically not official yet. hopefully, everything turn out well for me. okay dah la.. malas nak speaking penat aih nk kena brain ayat, grammar semua semua. i had enough stress kot. setelah hampir 3 bulan lamanya di bumi Shah Alam, finally! aku boleh jugak balik rumah di kampung, tidur lama-lama macam dah tanak bangun. seriesly, aku nak bergerak pon malas wei. nak bergerak sekejap pn xmampu.. taktau kenapa jadi malas gila. mungkin, mungkin sebab dah hampir sebulan lebih aku dah habis kan masa berjaga, berpenat lelah , otak semua untuk siapkan thesis aku. so, bagilah dulu diri peluang nak rehat sekejap. kannnnnn~


so, after this what is next?
of course JOB HUNTINGGG!!! 
job hunting? senang ke nak dapat? alamak aihh seram siot. migrain kepala pikir masa depan. rasa nak menjerit. i dont know where and how to begin what so call 'Job Hunting'. last last aku bukak laptop aku layan stocks movie. i had plenty of them.! stress-stress nie lah aku. malas nak hadapi lagi. lagipun semua fail-fail akuada dengan my bro. lagi seminggu dia balik. so, aku akan mulakan job hunting aku seawal bulan 2 insyaallah.

so, aku buat ape sekarang? aku mengasuh adik aku kat rumah. masak, kemas rumah., as the way i want it to be.i  nak mantapkan saham, nak pandai masak..pandai lipat baju dan jugak sapu rumah. part nak lipat baju dan jugak sapu rumah tu aku palinggg malas nak buat. doa-doakanlah supaya badan aku tak naik membulat sementara di rumah nie. insyaallah.




p/s: semoga dimurahkan pintu rezeki hafifah hazizi, semoga dipermudahkan jalan baginya. ameen

with love,
nur hafifah bt hazizi  

Tuesday, 16 August 2016

M E L A K A WITH B O Y F R I E N D S


For the very third post for August's entry!


My kind of OOTD

well, i do not believe that hapipah is soooo sooo gigih typing New entry. weihh bukan kau memang pemalas ke? bukan belog kau dah berhabuk, debu atau mungkin sudah karam ke?? * hati kecil ini berperang sendirinya* chiewah ayat novelis Siti Rosmizah kauuu jahhh! biasalah ibarat camar mencari jalan pulang begitu jugak aku, dah kembali kepada belog chumels nie. walaupun agak hambar! lantak piee lah.! *tersengih-sengih.*

sesebebenarnyaa lah kan, sis nie bosan yang amat. kerja ada tapi mak aihh bukan main culas lagi nak siapkan. Makanya dengan itu, aku pun ambik keputusan nak menulis. sambil membakar waktu cepatlah berlalu  untuk ke jam 5! *jeling jam sikit, 11; 20 a.m* huh! jauhhh lagi perjalanan kau jemah! #sigh!

Tajuk entry sis yang gigih kali nie adalah :

 MELAKA TRIPS 2.0 DENGAN BOYFRIENDS!

AUUU! CATCHY tak ? catchy tak entry i???? pleaseeee cakap catchy!!

*krikk..krikkk.. krikk dan angin pun berlalu*

Melaka yes we went! Stupid trio eh no! Duo actually.  Stupid Dollahs. Jemah behave and comel je
sorang Jemah vs 2 stupid Dollahs



 lupaaa.. belog i bukan macam belog FL ngan Maria Elena. Lupa kita bukannya Cikepal dan PenaMerah jugak Irine Nadia. yeee! tauuu aku hanyalah Nur Hafifah Hazizi yang hanya glemer di dunia sendiri. ohhhh! sedihnya hati sis! betapa kerdilnya diri sis! okay enough with the talks. now, i nak critakan salah satu kenangan terindah bagi i lah. yeke ?
merujuk kepada tajuk di atas, kenapa 2.0?


2.0 bermaksud trip kedua aku dan kawang-kawang ke melaka yang bezanya adalah bilangan sahabat aku. 1.0 haritu kami pergi waktu Khairi (mamat) konvo. enam orang, tapi kali ini hanya Aku, Mamat dan Gjoe. 

Boyfriends?
alaaa.. itu adalah tips nak hangatkan keadaan. boysss . i highlight okay word { sss} mean more than one. no! no! jangan gosip rentis i pergi berdua! tamau! tamau! dosa okayy!

Kami decide ke sana sebab kawan sepengajian Mamat berkahwin. dia datang dengan bas so, kebetulan kereta dengan aku. dia mintak aku dan Gjoe temankan dia ke Melaka. Melaka? cuak gak nak mintak keizinan abang aku. well, try lah call nasib lah big boss LULUSKAN! abang aku memang harap je dengan mereka nie. asal! selamat! 



Makanya, kami bertolak dari rumah sewa aku pada jam 9 pagi. trafik agak perlahan mungkin sebab hari minggu jam 11.30 pagi kami dah selamat sampai ke Melaka. dengan perut kosong terus masuk majlis orang kami Makan. meriah jer orang melaka punya majlis. siap ada warong aneka kuih dan Cendol jugak pelbagai minuman. Nasi beriani beraneka lauk. memang sedap lah tapi ynag tak sedapnya aku sakit tekak di sebabkan baru nak sihat dari demam, malah batuk-batuk sikit. so, makan sekadar mengalas perut sahaja. 

lama kami di majlis kahwin kawan aku, sebab kawan aku tuh nak tunggu segala mak nenek kawan diorang time belajar dulu. bosan pon ada nasiblah tempat tu lawa jugak. sebab betol-betol tepi laut. bolehlah melaram kejap aku ngan Gjoe sementara menunggu Mamat. 





lepas je  kenduri tuh mamat nak pergi kelebang. tengah-tengahari nak pergi kelebang? aku dah lah demam. berpakaian baju kurung kau rasa??? mau matinya aku terbakar. taknak! aku cakap pleasee tak mau pergi kelebang! alhamdulillah nasib baik diorang memahami. so kami decide pergi je lah jalan-jalan tengah bandar melaka, ingat nak lah naik sky tower yang tinggi tuh kat melaka, si Mamat nie pulak gayat. haish stress. pekena cendol femes dekat kawasan jonker walk tu .. mak oihh best! gambar takder sebab aku dah kepanasan dan berpeluh. tak jadi nak bergambar.




dah habis pusing kami singgah sembahyang di Masjid Selat. Maha suci Allah.. cantiknyaaa! series dan besar dan beraircond. kagum sangat dengan masjid selat. lepas tu, Gjoe nak makan asam pedas claypot. Memanglah harituh pun dah makan harinie nak makan lagi? takper sebab dia yang nak belanja aku tadahkan jelah perut aku. =)


aku tak dapat habiskan asam pedas pari aku sebab mulut aku macam tak sedap, aku rasa kemasinan kuah tu agak melampau tapi Mamat dengan Gjoe makan cam tak hengat ape. mungkin mulut aku masih tak elok dari demam kot. alihnya, Gjoe yang habiskan asam pedas aku. Aku dari tadi tak larat nak berjalan sangat. tapi masih nak berbonding dengan diorang. tanak balik lagi! aku mengajak mereka berdua tonton wayang. Gjoe macam setuju tapi biasalah control macho buat-buat tak nak. dan yang geramnya mamat langsung tanak! baru bukak mulut ajak wayang terus cakap TAKNAK! huaaa.. kuciwa gila. orang nak tengok wayang! nak tengok citer hantu! dah lama tak tengok wayang! 







tapi perempuan kan, duduk dengan abang dan adik aku mengajar aku erti mengalah. takpelah taknak tengok pun. aku redha. tapi Gjoe mungkin cam kesian kot kat ku..dengan gaya poyo-poyo abadi beliau dia pun berjanji ," u nak tengok wayang ke? nak tengok crita ape? kita balik kl dulu okay sampai sana kita tengok wayang okay?" pastu punyalah bersinar mata aku " betol nie? promised dulu!"  tak sabar nak melompat. dia angguk sambil tayang muka miang " yes, i promised u lah!" ujarnya. " tapi mamat cakap tanak! mamat memang kalau dengan aku semua tanak kalau letak farah je mesti lajuuuu je on! ish tak adil lah.. bla,. blaa blaa" aku mengeluh. mamat ketawa. akhirnya dia setuju! yeayyyy! sayang depa a lot.

muka excited nak tengok wayang!
sesampainya di KL, gjoe mencadangkan kami menonton wayang di IOI Puchong sebab katanya tak ramai orang. i tellll hiiyuh! memang tak ramai pun! seronok je hakak. sampai je depan kaunter aku nak tengok light out dia macam taknak. tell uu ah, i nie berjalan dengan babies tau.. semua tak gemar tengok cerita hantu. aku macam keras lembut ubi. konon tak kisah tapi nak light out, sebab gjoe nak belanja mamat diam je. dan gjoe lepas satu-satu dia pujuk tengok cerita lain. "senang-senang kita osom lah wei! siapa menang decide " ujar aku. duk tengah que nie. tak peduli orang lalu lalang. 
" fine! kita osom sekali je eh! first win the he will decide" balas gjoe , sarkastik habis. kompidem je guna 'he' pastu first round je alih-alih aku yang menang! Light Out is on! yeayhhh!

sementara nak menunggu wayang, mereka berdua nak berkaroke. okay aku mengalah walaupun malasnya nak karok. sebab suara aku seriesly tak de! tapi yelah kan da belanja aku pun temankan je lah. time tuh hingar bingar pulak kawan aku call cakap paip patah lah ape lah semua. lawaknye lahai.! then sejam kemudian kami masuk menonton wayang,lepas jamak kat surau IOI Puchong. wayang tu.. kami bertiga menjerit memang tak hengat. lelaki-lelaki nie pun menjerit jahhh kau rasa? musykil pulak aku. hahaha. aku memang meluas dengan botol airnya kat tangan nasib tak melayan ke depan. wa cakap lu cerita nie memang mendebarkan. dia tak seram tapi nervousness dia memang top ah! 


  lots of love,
nur hafifah hazizi

Monday, 15 August 2016

B R O T H E R


Lagi sekali, aku akan menghupdate cerita. mak aihh! lama bebenor nie. actually banyak benda nak menaip tapi dek kerana masa dan entahlah mood ke laut aku taip separuh dan aku berhenti. taip lagi separuh berhenti dan akhirnya berbulan blog aku sepi. tak pelah, sekadar nak meluahkan hati. bukan nak mengharapkan ribuan followers pun . =)


Aku tengah  menjalani Latihan Praktikal di FRIM, Kepong. tak terpikir pun akan berada di kepong. Jam dia.. ya Allah tuhan aje tau babe. aku takder banyak cerita sangat pasal Praktikal aku, rasa malas lah nak hupdate pasal FRIM. dah habis mengarang dalam Log Book Practical , so aku rasa tak yah lah kencang sangat pasal FRIM. FRIM je ponnnn~!!

Image result for siblings


Aku rindukan adik dan abang aku sebenarnya. sunyi rasanya tak jumpa dan dengar suara diorang. aku dah ada satu habits sekarang nie.. believe it or not kalau 3 hari sepi aku akan call salah sorang daripada mereka. tanya khabar mereka. YAA! inilah NUR HAFIFAH HAZIZI yang baru. seriesly. *mengangguk kepala dengan senyuman yang maha angkuh* haha
Aku yang jenis heartless. before nie aku mengaku aku bukanlah jenis yang clingy gila. i mean siblings lah. masa arwah ma ada kan, aku tak heran pun ape nak jadi dengan adik-beradikku yang lain. yang penting my mom selalu call. kadang tu dengar je lah ape yang my mom ceritakan. nak bertanya?? memang tak lah.

selepas ketiadaan my mom, abang aku dan aku, dimana aku dengan dia tak pernah rapat. series! tak pernah tapi sekarang macam belangkas. segala rahsia aku dia tahu. sedikit sebanyak mengantikan kerinduan aku pada my mom. sebab ape? sebab dia layan jer cerita aku.. dia suka menanyakan hubungan aku lagi-lagi pasal member aku. malahan, dia pulak yang masuk geng dengan kami semua. aku orangnya yang suka apabila kawan baikku rapat dengan keluargaku. yalah, aku dah takder sesapa, sedikit sebanyak kadar kebergantungan aku dengan member aku sangatlah tinggi. abang aku layan kami macam adik-adik. 

"poh minggu nie balik kampung, tolong uruskan bil kereta suruh farah temankan"
"poh balik sekejap tolong uruskan borang Yayasan adik. ajak mamat gie terengganu"
"poh tolong beli bla..bla.. pakai duit kawan mu dulu nanti bayar"

Image result for siblings

rileks badak diaaa jer suruh aku pau member aku. tapi itulah, abang aku dah biasa dengan diaorang. aku suka macam adik beradik. nak nak mamat, farah dan amna. asal depa datang rumah mesti riuh dengan abang aku. abang aku sembang macam-macam bagi nasihat lah apelah. aku senyum.. sebijik macam arwah ma buat pada aku. 

" aku anggap adik-adik je semua kawan kau nie, aku pun banyak berterima kasih jugak dengan diorang. jaga mung. lagipun tolol semua kawan kau nie, aku ketawa tak hingat!" ayat yang selalu abang aku guna. di fesbuk sangatlah suka mengomen status aku mahupun kawan-kawan aku. pastu bahan diorang. gelak tak hingat. mungkin kami masih muda dan masih fun! tu yang dia suka kot melayan kami. alah,,. macam korang kan? suka lepak dengan budak-budak sebab ape? takde tekanan lagi kan? layankannnn je lah,.

abang aku bila aku call pun panjang jugak sembang, dalam 5minit jugak *dulu jarang okay, 30 saat pun rasa susah nak sampai* tanya itu ini, takpun dia cerita dia kerja itu ini. dan perubahan terbesar aku boleh teman melepak dia makan kat kedai dan kami sembang lama bukan main, macam-macam lah cerita sal kawan, family dan masa depan. chiewahhh! perubahan paling besar bagi aku dan dia. kalau dulu duduk sekali punnn jarang. apatah lagi nk sembang kedai mamak sama-sama. kau rasa?

Alhamddulillah, allah hadiah kan Abang yang bertanggungjawab untuk kami adik beradik. di usia 22 tahun, dia mengalas amanah arwah abah supaya menjaga kami,*ma,adik dan aku*. dia sanggup jual kedua-dua motornya untuk menanggung aku yang tengah belajar dan juga ma dan adik aku sementara menunggu duit pencen. Allah murahkan rezekinya.

 Abang aku di permudahkan dalam mencari kerja. Dia seorang abang yang takkan membiarkan adik-adiknya lapar, rasa susah, sebolehnya! takkan biar kami terasa kurang. ditelan segala cemuhan orang demi kami. tangan aku terketar air mata hampir menitis tatkala terkenangkan pengorbanan beliau.

sesungguhnya, abang aku segalanya bagi aku. Nadi aku, aku kuat demi dia, demi adikku. Aku kuat untuk mereka. aku berterima kasih, insyaallah.. Suami ku akan menghormatinya. insyaallah aku pastikan segala jasanya terbalas. Insyaallah segala penat lelah untuk aku dan adik akan memudahkannya di masa hadapan. Insyaallah.





love, 
Nur Hafifah Hazizi

Wednesday, 16 September 2015

L I F E U P D A T E

FINALLY!
WELCOME BACK HAFIFAH! WELCOME BACK!
FUHHH.. FUHH.. Berdebu.. bersawang gila belog kiut aku nie kan. Haish..macamanalah aku boleh abaikan minat aku terhadap penulisan  belog nie? Kalau dulu. Gian kot nak menulis. Duk dalam kelas pun kepala duk ingatkan belog. Macam-macam cerita kalau boleh nak tulis. Sepak batu, kucing hilang and etc. lawak pun ada. nekad gila sanggup hide blog nie berbulan lamanya. And now, aku bukak balik belog nie. Dah tak nak ada yang sibuk-sibuk hal aku. So, aku tapis balik segala post aku yang dulu. Saja. Malas nak bagi pisang berbuah dua kali. Ecehhh!



So, ehem..Bismillah. dengan berbekalkan lagu fav all the time aku – GIT FRESH- BLOW ME A KISS. Aku rasa semangat lain macam pulak untuk menghupdate belog. . Gigih kot angkut laptop bawak turun ground floor semata-mata nak dapat line wi-fi. Ngeh ngeh. Ingat nak tukar layouts aku.tapi leceh lah pulak. Take time karang. tapidah bertahun lamanya belog nie tak bertukar rupa. ngeh ngeh. nanti ada masalah aku tukar semua. So, aku hupdate je lah dulu. =) Aku berada di hostel. Kolej Melati ,UiTM Shah Alam.  Believe it or not.. I’m stepping another stage towards my last semester! not last one yet.. Insyaallah lagi 2semester aku akan pegang titlle
 Graduan Ijazah Kepujian Bio-Komposit. 
 Oh! Lamanya perjalanan hidup aku. Kawan-kawan seangkatan aku dah lama habis. Aku still lagi merangkak. #sigh. Takpe.. Allah dah tulis perjalanan hidup aku. And I believed all those hardships will lead me to the better future.

Ape eh nak di taip? Tadi punyalah banyak nak di taipkan sampai tak menyempat sesudah isyak terus turun bawah. Hurm.. okay.. aku taip yang terlintas je kay.

Last semester I managed to finish one whole semester without my supportive and loving mom. It was hard. Bagi yang kenal aku they knew that my mom and I were closed. Sebiji zarah pun aku takkan  berahsia. So, tiap kali tekanan time study my mom lah yang akan menjadi spirit booster untuk aku. Call tiap hari. Whatsapp tiap hari . menanyakan benda yang sama. Naik muak pun ada. Biasalah time ada sekarang bila dia dah tiada. KACA bhaii!

 Tapi allah maha kaya ..pada semester lepas, semua urusan aku di permudahkan. Orang lain kelas tak tau mana. Tunggang langgang. Aku siap boleh pilih lagi nak itu ke.. nak ini ke.. bayangkan babe. Kolej pun. Tumpang 3 hari siap orang kolej call mintak  ambik kunci. Itu semester lepas. But not for this semester. Ternyata tak semudah yang ku sangkakan. Aku menghadapi kesukaran untuk mendapatkan kolej dan mengaturkan jadual. Ya allah tekanan tu takleh nak diceritakan pada orang. I really-really stress. But still, I put a smile as a mask hiding my true feeling.  Bila my brother call “ how’s  going?” and I always answered “ just fine. And bla.. blaa.. bla”asking for another things. I'll never tell him. Aku kesiankan dia. He did everything to me, so masalah nie masalah aku. Sebolehnya aku tak mahu menyemakkan fikirannya.Hal study tanggingjawab aku. not him.  Susah bagi orang lain untuk perasan perasaan sebenar aku. Jarang. Bila aku stress pun aku akan tido and bangun tu aku akan kembali bersemangat. Cakap takkan berhenti. Tarik rambut kaki tangan member. Tapi, aku tak tau lah tahap stress aku menggunung atau aku macam dah penat sangat ke atau Allah mngurniakan seorang sahabat yang memahami jiwa aku, Nurul Syazwani Shafiee je yang tahu perasaan aku.

One day, in last week, aku berulang alik sekitar kampus. Cari lecturer itu ini. Berurusan ngan kolej. Check nama tak naik-naik. Aku tak nak duk luar. I don’t have enough money untuk mnyewa. Tamau! Tapi pahamlahkan. Berurusan dengan sistem. Semak doe! Lagi susah daripada berurusan dengan orang. Eh tapi sama naik je lah. dua-dua semak!that day, Aku balik monyok ke bilik kawan aku di mana tempat aku menumpang.but still can act like nothing happened I did not cry. Memang aku jarang menangis Cuma aku akan kuat termenung and mengeluh. Kalau member ajak sembang, aku still boleh layan lagi. Even kekadang aku tak fokus sangat pun. But still, I’ll try to be there for everyone. 
Menjadi manusia biarlah yang memberi manfaat pada orang lain. InsyaAllah. 

Masa lepak ramai-ramai nak layan movie masa makan. Aku berlagak macam biasa membontoti nurul menolong bukakkan laptop. Tapi tiba-tiba tangan aku di pegang, Nurul pandang aku tajam.
“kenapa minah nie?” pelik okay pelik.aku terkejut pun ada tetiba tangan kena pegang. Series pulak tu. Tak tau lah orang lain perasan tau tak. tapi series aku sungguh terharu selepas dengar kata-katanya.

KEBETULAN AKU ADA GAMBAR PEJAM MATA. 

“mek pah.. kau pejam mata. Tarik nafas panjang-panjang tau. Kau akan dapat ape yang kau perlukan. Percayalah cakap aku. Allah akan bagi. Cuma kau kena sabar sikit. Kau kena bertahan. Jangan pikir sangat. Kadang-kadang benda yang kita tunggu tu besar hikmahnya” dengan series. Lepas tu tangan dia kembali bergerak untuk membuka laptop. Mencari cerita untuk di tonton beramai-ramai. Aku kaku. Berair mata aku. Nurul hanya tersenyum. Dia tau.. dia tak perlu bercakap banyak untuk aku.cukup sekadar sekali.Ya allah, di saat aku lemah kau hadirkan sahabat ini bagi menjawab segala kebuntuan fikiran nie. inilah yang aku mahu dengar. Inilah yang aku perlukan sebenarnya. Semangat. Terima kasih untuk sahabat ini YA ALLAH.

Ya, betol.. Allah uji aku untuk aku sedar yang aku punya sahabat di mana dia tahu bila masa aku menghadapi mental breakdown. Dan alhamdulillah.Nurul was right. Akhirnya aku mendapat kolej.  setelah habis cuak semua tu.Malah jauh lebih baik dari sem lepas. Aku juga dapat mnyelesaikan masalah jadual aku yang aku fikir impossible untuk di selesaikan. Tiba-tiba benda menjadi mudah. Jumpa je DR NAZA. Semua dah kembali sedia ada. Allah uji aku untuk aku sentiasa mengingati kuasanya. Allah sebaik-baik perancang. Kuncinya sabar. =)


Okaylah. Nie lah dulu. Penat pulak aku nak menaip. Nanti tulis lagi. 
love,
nur hafifah hazizi

Friday, 10 April 2015

MY HEALING THERAPY : DRIVING

HELLO ALL!

Lately, my heart are about to explode for everything around me. Dia macam nie tau. Ko ad tekanan ko xleh nak lepas. Ape ko rasa ? xke sakit jiwa ko di buatnya? Silap hari bulan boleh gila aku.  Hahaha. But don’t u worry because Iman aku still kuat lagi.InsyaAllah. =)Dan maaflah… tak da orang yang mampu membuatkan aku tenang sebagaimana my mom did to me. Hanya allah tempat aku mengadu. I hate sharing my feelings with others. Sebab dorang tak faham and memang takkan faham.but at least ak hargai effort mereka yang sedaya upaya nak memahami aku. =) thanksss yuuuucholl =)

 I still can bear it! I just missed my mom.so so much! Sumpah selama aku hidup nie. My mom sahaja yang betol-betol kenal aku. Even kadang-kadang dia marah and she said something unpleasant to hear tapi kuasa Allah, hati kita tenang bila berbicara dengan ibonda kita kan? she know me in and out. sebab dia macam kakak kita tau. dengan mommy, aku boleh kongsi pasal malam pertama, suami,lelaki,pakwe, kawan baik and anything la. even, masa aku di Chendering dulu, tuan rumah tu sangatlah baik. dia selalu nasihat macam-macam bila kawen. orang lain sipu-sipu malu. tapi muka aku rilek je. aku still ingat lagi ayat dia " jangan malu..sebab korang takde sape nak bercakap sal nie/ orang pompuan kena tau. mak cik tau korang nak bercakap hal nie dengan mak korang mesti korang segan kan??" ujar mak cik tu.konpident je taw. 

TETTTT!!
orang lain mungkin. my mom?? TAK HOKEY! mami turun segala pantang larang tauuu kat iols. mengandung la menikah la. takde tapis-tapis. sebab kenapa? sebab my mom is the best! =) 



Kalau dulu.

Aku sedih. Kalau aku di rumah. Aku akan merayau keluar dengan kereta., my mom and I memang perghhh cenggini. Kalau ak ad di rumah je. Ak lah yang akan jadi driver dia. Setiap hari tu dah plan nak gie memana.

“  poh.. esok g terengganu nak gie umah bla..bla..”   -BEREH BOS!-
“poh esok gie kb nok  gie umah cik long”                    - esok? Okayy ma -
“esok bangun awal nak cri barang”                            - hamboiii, okay-
“ esok nak gi bank”                                                       -okay-

Dan begitulah esok kepada besok kepada besok - pastu aku akan huplod instagram 
"demi mu mommy jadi driver tak berbayar pn poh sanggup. anything for you"
 caption win aku dolu dolu =)


Even, I used to say aku tak suka drive but actually I love driving. Cuma bab penat tu je xmampu tapi series aku puas bila drive. Aku akui aku seorang yang clumsy when it comes to driving. Bukan driving je pun sebenarnya. Haha tapi mommy dia percayakan kebolehan aku. maybe sebenarnya mungkin dia takda pilihan lain kot. tapi lama kelamaan. dia dah biasa. hahahaha. =) Walaupun dia memang akan guna high pitch to say something common

sorry malas nak godek gambar. nahh gambar lama =)
“lubang tu! Jangan lah lintas laju nak kemana? And memacam la”

The most  unbelievable things was, she let me drive from besut to gambang. Even my brother look hesitate at first but mom say to everyone yang cam macam “bia betul nak suruh poh drive??”
“ ehhh, bakpo nya dio xleh bowok.dio gie pah kemaman doh. Bowok sesat dalam bandar doh  lalu kot SOGO KLCC bla.. bla.. bla..” nampak tak? Time aku cerita senyap je tak de bagi respon paling kurang terkejut. But ma is ma.. she never scold me for being to bold. dia tau mana perangai berani tak bertempat aku dapat nie kalau tak dari farrah. dia percayakan farrah. sebab tu dia tak kesah kalau aku dengan farrah.hehe okay, mana kita? oh ye.. Lepas je dia cakap camtu terus ada semangat tau. zapppp! masuk dalam jiwa nie tau. hehe  Rupanya ma percayakan aku. And my bro dengan berat hati letting me drive that time. Sumpah wei..aku excited giler. Thanks ma.


But as for today,
Dah takda orang yang akan back up aku.even abang aku pun melampau tau. Walhal aku masa study dulu mampu je kot ulang alik terengganu ke besut seorang diri but now, nak pergi jertih pun kena ada orang teman. Kalau kengkawan aku ke ataupn cik abam dah sah-sah aku jadi co.pilot. mula-mula aku pasrah but lately aku jadi memberontak tau. Sumpah aku rasa orang yang rapatttt dengan aku nampak aku memberontak dari dalam.  


Its just I want my life back. My old life back. I don’t want something new and I’m not prepared to change at all. I just want my life and freedom back before my mom gone. That is just why, aku kadang-kadang berseloroh, mehla nakdrive! Memang muka nampak heartless je kan. Tapi series aku sangat mahukan anggukan dari mereka. Aku tertekan and I need my healing therapy. That is driving.






































































and.



















































I really missed to drive. In long distance. Seriesly. Ma.. =)   #alfatihah

lots of love , 
nur hafifah bt hazizi

Wednesday, 11 February 2015

P E N G H I J R A H A N

ALHAMDULILLAH DAN ASSALAMUALAIKUM =)




Ya Allah.. lama sungguh aku biarkan belog comel lagi kiut ini sepi kan? muhahaha *still gelak xmakan saman! *  rindu bangattt sama menulis. sebenarnya, macam selalu lah alasan aku kan.benda nak tulis tu banyakkk tapiiii lately mood tu yang kureng. taktau lah asal.. #sigh  maybe aged is the main reasonlah kot.! bahaha nak  sangat nauuu jadi tua! keke

grrr .. tak tau camana nak citer up and down.. twist and roll berkaitan tajuk entry sekarang iaitu PENGHIJRAHAN. 
bukan tahun baru hijrah tau! sebenarnya aku nak berkongsikan cerita penghijrahan aku yang tak seberapa nak hijrah lagi sebenarnya tapi ape yang boleh aku cakap sebelah kaki aku dah melangkah ke alam penghijrahan ini Insyaallah berkat doa dan semangat orang sekeliling terus dua kaki kann.. =)

aku percaya perasaan aku nie bagi sesiapa yang nak berhijrah ke arah yang lebih baik mereka  akan faham kot. yelaaa kita dari yang penuh daki orang cakap kan..kotor  dengan dosa. cara  berpakaian terutamanya dan cara pergaulan.dan yang penting ibadah tunggang tebalik ape kan. dan yang penting kita happy dan takda rasa bersalah pun kann. HAHAHA  banyak gila 'dan' aku! ahaha ye la.. orang cakap ape ye.. kita just ambik mudah benda yang remeh. eleh! aku tau kot mengucap kalimah syahadah dengan betol. aku tau kot sembahyang 5 waktu! malah aku tak ponteng pun puasa tambahan aku pernah jugak buat solat sunat dan sewaktu dengannya. soooo???
MasyaAllah. itu aku. aku yang dulu. InsyaAllah.


  • bagaimana dengan NUR HAFIFAH HAZIZI sekarang?
NHH yang sekarang mula berhijrah ye adik kakak. tak banyak pun penhijrahan beliau buat masa sekarang namun yang pasti kekosongan jiwanya terisi. apabila kita lebih ikhlas menghadap Tuhan. betol.. kita akan tenang.

  • Kekosongan? takda teman ke sampai rasa diri kosong?
tak.. bukan kekosongan yang sebegitu. alhamdulillah.. aku di kurniakan para sahabat yang sejati dan keluarga yang penyayang dan insan istimewa yang setia. takda kekurangan satu pun dari mereka. akan tetapi kekosongan itu datangnya dari aku. iaitu jiwa. terlampau dahagakan ilmu Allah. terlampau penat dengan dusta dunia sampai satu saat kita mencari apa yang hilang.

  • kenapa baru sekarang?
aku tergelak pulak. fefeelim Neelofa sangat kan?? bajet kena press conference! bahaha. berangan gila!! HAK HAK HAK. sejujurnya.. niat aku berubah sentiasa ada.serius.. dah lama! zaman awaldiploma lagi. sumpah aku suka melihat wanita wanita yang fully muslimah berpakaian. naluri untuk berpakaian sebegitu sentiasa ada! sungguh. tapi.. tatkala niat untuk berubah dari segi pakaian, aku sering bandingkan dengan orang lain. contohnya..

"poh..tak semestinya kena tutp semua.. kau pun tutup ape?! " macam-macam lah aku pikir . lebih kepada menyedapkan hati sendiri sebenarnya.biasalah manusia kan? dia dengar ape yang dia fikir dan nak je. tulah manusia.

tapi, petunjuk allah maha berkuasa. apabila masa menelan waktu.. naluri itu makin kuat! sungguh.
contohnya, semester lepas.. aku tetiba mendapat roomate yang begitu muslimah. maksudnya dari segi pemakaian dan juga ibadahnya.  sering bercerita tengtang agama dan sebagainya. hatiku juga terdetik tatkala dia mengajak aku menunaikan solat secara berimam. ya allah! selama ini aku sentiasa mencari alasan untuk berimam sebabnya ape?? nak cepat! sehinggakan aku lupa pahala yang ingin dikumpulkan. jahil kan?? dan itu lagi..

dan satu ketika.. aku mohon doa kepada sepupuku yang mengerjakan umrah dan di masayang sama aku mengikuti pendakian ke Gunung Nuang. satu malam, tatkala tidur disurau.  aku berkongsikan cerita tentang arwah ibuku kepada kawan ku. dan aku nyatakan hajat ku untuk menjadi yang lebih baik. 

" aku dah lama nak jadi macam si yunie and anis.tapi tak taulah kenapa wani, aku tak kuat la"

boleh ditanya pada orang-orang yang rapat dengan aku disana berapakali  aku suarakan hajat aku di sana. " mungkin nilah masanya. perkemaskanlah dulu solat kita. lepas solat tu doalah dengan allah. permudahkan segala jalan. Insyaallah poh niat baik allah bantu."

masih terlayar di mataku peristiwa tu. dan malam tu.. air mata aku benar-benar mengalir. kesunyian dan kepenatan aku menuntun aku memikirkan segala kealpaan ku selama ini. dan aku benar-benar yakin mungkin ini lah masaku. aku menjadi pemarah. betol-betol tak tenang selepas kejadian malam tu.aku tertanya-tanya kenapa dengan aku. sampaikan orang yang rapat dengan aku yang menjadi mangsa panas baran ku. dan aku mula terfikir.. jiwa aku lah yang mula memberontak. dan aku telah mula memilih ke jalan ini.. jalan di mana Allah di hadapan ku.


sungguh aku tak kuat. tak kuat meninggalkan perkara yang aku suka di belakang. contohnya berpakaian. tapi..

"tak semestinya orang muslimah tak leh berfesyen. tengok Fara Qiffa, *kawan sekolah* bla.. bla.. nla.. tetap cantik kan?"

perangaii??

" jadi diri sendiri. betolkan dengan Allah dulu.. lepas tu baiki sedikit demi sedikit. sekarang, pandai jaga diri je. betolkan ibadat and pemakaian dulu.ingat.. berubah demi Allah. bukan MANUSIA. manusia takkan berhenti menilai"


sungguh aku malu untukbercakap tentang agama. sebab diriku yang dahulu. orang mungkin boleh memberi nasigat berunsur agama. akan tetapi.. aku tidak. aku malu dan segan.aku tak nak orang cakap aku memandai je cakap. so, jangan lah kalian kata" laa.. da berubah tapi bercakap cam biasa je" jangan meletakkan harapan yang tinggi kepada ku. perangaiku masih sama.tidak berubah sedikit pun.masih lagi gila dan mereng. dan aku masih lagi lemah. tak sampai sesuku pun penghijrahan aku. dan aku sering tewas lagi sekarang. doakanlah aku Istiqamah dan kuat melawan Nafsu.kekuatan ku hanyalah senipis kulit bawang lagi. semoga aku terpilih oleh Allah sebagai orang yang berdiri dan brnyawa dalam keredhaanNya. 

Ameen. 



lots of love,
nur hafifah hazizi

Sunday, 11 January 2015

B O N D A

Bismillah,
try ma best to be so energetic eventhough i,m going to post about my mommiey.

Alhamdulillah, astargfirullah.. genap 43 hari aku kehilangan ibonda tercinta. ya allah.. sekejap je masa berlalu. masih terbayang-bayang keletah ibuku. seorang yang periang, penyayang yang amat dan juga sensitif. dan aku? aku seorang anak yang selalu melakukan seribu kesalahan. ya allah..


aku tak minta orang untuk bersimpati, tetapi aku lemas dalam kerinduan kasih sayang seorang ibu di mana aku tak rasa pun orang faham ape yang aku rasa. no one. kepiluan.

bila anda stress, siapa kah yang anda cari???

apabila anda marah , pada siapa yang boleh anda luahkan??

dan berita paling gembira anda dengar pada siapa yang akan anda kongsikan??


ibu.bukan??


ya allah, maafkan aku. aku tak mampu untuk menulis. kebuntuan ketandusan ideaa.. air mata laju mengalir. kekadang, aku mandi sambil berjuraian air mata. dengan keadaan sekeliling aku. aku... aku... mafkan aku. aku tak boleh.

al fatihah.

yang ikhlas,
nur hafifah hazizi

Tuesday, 18 November 2014

M E N U L I S


 hello babe.

 thanks for keep reading my entry one by one. puhahaha hakakrasa sanaddd *sangat* happy ever after! muehehe.. =) 

ditemani lelagu jazz, raggay * i dont know how to spell it right* dariyou tube. argh! life is complete with a glass of milo and laying down and hupdating blog. cool rights?  *sengih nampakgigi taring sambil flipping hairs*

sebenarnya, aku tak da points nak di tuliskan pon.cuma.. cuba kembali kepada mood mula-mula aku memasuki dunia blog.kenapa? sebab menulis dengan aku tak pernah padam. no no no no aaaaaa * goyang-goyang manja jari telunjuk aku* walaupun aku seolah-olah kurang mengupdate belog. kekangan waktu semestinya dan ketandusan idea. jiwa aku tak stabil. so menganggu emosi dan semangat nauuu! tapi tu dulu tapi malam nieee mood okay! so,

MENULIS

AMANI SORRY KIDNAP GMBAR KO
aku suka menulis, berangan semestinya. aku akan tulis ape jer yang terlintas di kepala hotak aku. rasa best aku layankan je. ermm..! sebelum melalut lebih jauh.aku nak bagitau hangpa. zaman sekolah aku bukan cemerlang mana pun buat essay, karangan bagai nie wei.. pernah dapat C pun hadeerr. BM dpt C dalam ujian bulanan ? yesss aku lettew. *angguk-angguk kepala*kepelikannya aku punyalah ngam dengan cikgu BM masa tuh tapi dapat C jugak.whyy?????! xdak sapa tau . chet! abaikan yang penting SPM akan A solid utk BM. muehehehe.



dulu pernah berangan nak jadi novelis. selalu berangan buat novel. tak sampai suku aku dah 'sadakallah' . tak pernah nak habis. padahal kalau mampu memang masyukk la. takpe lah. nak buat macamana. dah sememangnya aku orangnya hangat- hangat taik ayam. so sebab itu buat belog. sebab gian nak menulis boleh di lepaskan dengan hanya bercerita satu topik, padat , ringkas dan bermanfaat insyaAllah. walaupun aku dapat rasakan belog aku nie mengarut.keke.=)

aku selalu dengar ayat orang-orang yang aku pikir sedikit poyo dengan statement mereka.

"eleh, konon perahsia tapitulis belog satu dunia tau! hek eleh!"

"nak glemerr la tu!"

"buat belog untuk semua orang baca? ho.. so not me! nak kena bagitahu semua . " nie ayat paling poyo. 

"baik tulis diari laaa dari taip blog. satu je tuh kuncinya. nak di kenali la tuh!"

do we look like we care? takkan?? =)

hokayy.. itu antara aku pernah dengar ayat-ayat pedas orang- orang di sekeliling aku. dan bila mereka komen sebegitu, terusss tau adrenaline akak zapppp! naik . mcm lava nak kua dari gunung berapi!.


ape masalahnya kami menulis belog?? anda mungkin kata macam-macam sebab minat anda bukan disini. tak sewajarnya kalian  menghukum serta mengadili kami. bagi aku. sememangnya menjadi tumpuan ramai. konon perahsia tapi dalam belog pung pang pung pang. itu tak boleh nak judge semua orang macam tu. gaya penceritaan mereka berbeza. ada yang untuk berniaga, personal , travel dan memacam lah lagi. u guysss patut hormat mereka. sebab ini minat mereka.


bagi aku.. kenapa wujudnya blog comel nie?
aku tak kejar followers bejuta-juta. aku tak kisah ada atau tidak pembaca . malas nak ambik pusing. ada tak pe takda pun takpe. bagi aku , menulis adalah 'healing treatment' untuk aku. aku dapat luahkan dengan cara menulis aku lega. sekurang-kurangnya aku tahu ada orang yang membaca. mengomen dalam diam. helloo!! zaman dah canggih.. ada ke lagi orang pakai buku? naaa! tak da la ! aku boleh kerat jari tau.. ecehhh! confident. ada betol tak pepasal melayang jari aku.okayla. mostly memang akan menaip. satu, tak penat tulis pepanjang. cantik boleh letak gambar. kenangan kan? so,, kenapa nak poyo-poyo nak buat diari tulis pakai pen liplap liplap. pastu sengaja letak open open saja nak suruh orang tengok baca la ape la. sama je la kan? 

peace no war babeh!! =)

p/s: so, hormatilah minat orang. kenapa perlu potong minat orang kalau kau yang tak minat menaip. diam-diam dah la. tak perlu kottt nak heboh condem orang tak pepasal. uneducated okay. penulis da cukup bijak sebenarnya nak menulis. kalau betul dia nak rahsiakan sesuatu. dia memang takkan tulis. so, ape yang mereka tulis sebenarnya dengan satu niat sahaja. iaitu.. berkongsi. kongsi rasa, pendapat, perasaan and etc. okay?


sincerely,
nur hafifah hazizi